♥ Jom Follow ♥

Saturday, 31 December 2011

Dah Bina Azam 2012?

Bismillahirrahmanirrahim~

Beberapa jam je lagi tirai 2011 akan ditutup..hewhew... Alhamdulillah.. banyak perkara baik yang terjadi dalam tahun ni.. Aku dapat banyak pengalaman.. dan I am ready to learn more...heee... 

So dipendekkan cerita, End Year Fiesta di Nutricity berjalan dengan lancar. Bertemakan PRESIDENT's TEAM, semua yang hadir agak beretika dan datang memang mengikut tema.. whewww... ramaiiiinyeee President Team kat sini! hehe.. Motif Fiesta ni adalah untuk menyampaikan azam baru atau impian bagi tahun 2012.. Tahun 2011, aku tak letak sebarang azam mahupun impian. 

Sebenarnya--> aku tatau nak letak impian pe.. haha

Tapi berada di celah-celah President Team tadi, hati tiba rasa bersemangat nak letak azam. Semestinya bila kata azam/impian itu bererti GOAL.. dan untuk mencapai GOAL tersebut, kita kena ada objective yang SMART.. oke, SMART ni term yang digunakan dalam business (masa Gadis belajar dulu la).. Kali terakhir Gadis guna SMART Goal ni masa nak determine apa objective kat opis dulu..haha.. So basically semua pun tau kan.. SMART ni initial to -SPECIFIC-MEASURABLE-ACHIEVABLE-REALISTIC-TIMELY

Cane nak buat Goal yang SMART..? contoh ye.. instead of buat azam:

NAK BELI KERETA TOYOTA

ditukar kepada

Bulan Mei nak beli Toyota Vios harga lebih kurang RM90k (men letak je ni). Target bayar bulan2 RM1000 untuk tempoh 7 tahun...

Sekiranya dibaca betul-betul statement kedua compare dengan statement pertama, maka uolz akan dapati yang kedua tu lebih SPECIFIC iaitu dengan menyatakan jenis kereta yang dia nak, detail on payment, semua-semua lah.. pastu memang MEASURABLE coz dah ada ukuran kuantitatif kat situ dari ukuran harga kereta tersebut. ACHIEVABLE - ni kena tanya diri sendiri, mampu tak nak capai dream yang satu ni. REALISTIC - ha..ni lagi satu.. janganlah dengan gaji RM 1800 kata nak beli kereta yang bulan-bulan bayar RM1000 oke.. bukan mustahil, tapi realistik ke bila RM1000 dari RM1800 dah ditolak untuk kete, pastu minyak, pastu tol. silap hari bulan makan megi je nanti.. oh jangan susahkan diri sendiri.. Kalau nak sangat kereta Vios tu, meh join Herbalife meh.. ;p dan yang terakhir, TIMELY. ini ukuran masa. bila nak beli kereta, sampai bila nak bayar kereta tu.. etc..etc..

Hee.. Motip entry ni supaya kita ramai-ramai check balik azam tahun lepas, ada ke menepati ciri-ciri GOAL yang sepatutnya.. kalau tak, sila ubah azam anda mengikut corak yang sepatutnya... 

Jom kita buat azam kita.. Make sure hati kental okeh..


sila baca ramai-ramai:
PROF. DATO' DR TOH PUAN SARAH HANIM H.A.M
INSYAALLAH!!!!

(will try to make this happen walaupun tak tahu caranya)

No comments:

Post a Comment