♥ Jom Follow ♥

Friday, 6 January 2012

Pentingnya restu keluarga!



.: Bismillahirrahmanirrahim:.

wuuuuu...semalam kan... aku tatahu la nak consider as apa kan.. tapi aku nak consider semalam as hari emo sedunia.. tak kira, nak jugak! huk...ceritanya gini...
ini daddy saye!
 semalam stok Herbalife sampai rumah.. Abah selaku penerima barang-barang tersebut agak terkejut..so masa Hanim balik tu berlakula sesi interview antara kami:-

Abah: sapa punya Herbalife tu cek
dengan bangganya Hanim jawab: Cek punya la..Cek dok wat Herbalife la ni..
Abah: Cek toksah dok ikut la juai2 menda gtu.. merepek je.. pak dah dengaq macam-macam cerita pasai ni.. Dok beli stok beribu-ribu tapi nanti rugi, kita tanggung sorang-sorang.
Hanim: Bapak, Herbalife ni barang makanan Pak.. kalo orang xbeli pun, kita buleh makan sendiri. Ni kan untuk kesihatan. Pak tamau kah anak Pak jadik cantik n SLIM belaka...?
Abah: Mestilah mau
Hanim: Untuk bisnes pulak, bapak pun tau kan.. USAHA tangga kejayaan. Kalau kita nak juai barang, kena la promote kat orang. bukan pasai Herbalife takdak buat promotion tapi pasai orang tatau kita dok jadik coach Herbalife.. Macam mana orang nak beli pen kalau dia tatau kita ada pen yang dia nak tu? haaa..gitu la...
Abah: Pak tau la. tapi Pak pun dah dengaq Herbalife ni dari Pak kat London dulu lagi. Berapa banyak untung dapat? 200 ke 300 ada tak..?
Hanim: err... kami tak men untung siket2 pak.. kami men untung ribu-riban..
Abah: ha..good...buatlah apa pun..asalkan tak merepek.

(nota kaki: Jalan cerita di atas adalah benar.. Namun bagi tujuan hiburan, dialog tersebut diubah mengikut citarasa sendiri)

Abah aku business-minded. Bunda aku pulak, simple je; kau tak kaco aku, aku tak kaco ko. hihi.. Untuk makluman, aku tak bagitau abah yang aku dok buat Herbalife ni pasal aku plan nak buat dulu. Dah jadik nanti baru tunjuk kejayaan tu kat Abah and Umi. Mungkin pergerakan aku agak perlahan compare dengan member yang lain. Tapi yakin dan percaya je, InsyaAllah akan membuahkan hasil.

Wuhuuuu...Alhamdulillah, bulan lepas aku dah buat first cut World Team. minggu ni memang agak kalut sebab aku ada 2 exam, 1 presentation dan 1 report untuk di submit. tapi bak kata Maher Zain, InsyaALLAH ada jalannya. oke..dah membazir huruf nak menaip..haha

Pendek kata, aku dah recruit Amirah Majid selaku team aku. So cuti semester ni memang beliau kena menggila buat Herbalife dengan aku. Abah dan Umi merestui perjalanan kami.. YAHUUU!!!

So ada sesiapa yang mau join buat bisnes? Boleh emel kat gadisjutaria@gmail.com tapi untuk yang betul-betul SERIUS sahaja oke. yang curious boleh cari information atau tanya Uncle Google pasal Herbalife ni. Sekali lagi ye.. hanya yang BETUL-BETUL serius nak ubah nasib Mak Ayah Adik Beradik atau Anak Beranak, atau yang serius nak SIHAT tanpa lomak keliling jantung n peparu bagai, atau yang nak spend more time dengan family sebab kerja sekarang ni bizi memanjang.. atau sesapa yang SERIUS... hehe... aku mengalu-alukan kedatangan korang...
sapa kata makan Herbalife takleh makan menda lain? nipu je tu...

No comments:

Post a Comment