♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 23 June 2015

Throwback Kerja Gomen

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hanim baca balik post lama.. terasa segan pulak baca. Nampak benor tak matang ye.. =)

Harini teman nak kupas sikit perjalanan hidup yang baru sejengkal usia.. 1 Julai ni insyaAllah genap 1 tahun perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga genap 6 tahun berkhidmat mengisi kekosongan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 secara kontrak. (Tolak 1 tahun service di LHDN ).

Kalau ikut hati, dari mula habis belajar, memang tak ada langsung cita-cita nak berkerja di sektor awam. Rezeki kita Allah yang tetapkan. Seminggu habis belajar di UKM, Hanim dipanggil untuk bertugas di Kementerian Sumber Manusia dan ditempatkan di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM). MPM ni letaknya di bangunan straits trading, bersebelahan dengan bangunan warisan sejarah,bangunan Sultan Abdul Samad. 

Bermula 2 Julai 2009 sehingga 30 Jun 2012, Hanim ditempatkan di bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Perkhidmatan Jabatan. Antara tanggungjawab Hanim ialah menjalankan audit ISO, melaksanakan naziran ke atas aset Jabatan, dan antara aspek housekeeping (will update later).

1.3.2013, Hanim mula bertugas di uni Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Jabatan Cukai Korporat (JCK) yang kini dikenali sebagai Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB), Lembaga Hasil Dalam Negeri di Jalan Duta. Ini memang cita-cita zaman tok kaduk lagi.. sebab Bunda berkhidmat di situ, dan dari kecil kami memang selalu dibawa ke ofis Bunda, maka pengaruh LHDN tu memang tebal ke atas Hanim. Dan dah tertulis rezeki Yobo di LHDN, maka hasrat tu dipendam sedalam dalamnya. 

Kalau anda pernah baca post Hanim tentang Panggilan Temuduga Pegawai Tadbir Gred N41, korang mesti tahu Hanim dah dilantik ke jawatan tu mengisi kekosongan PTD M41. Temuduga jawatan tu memang Hanim takleh nak lupa. Sebab tak lama lepas interview PTN41, Hanim ke interview Peg Eksekutif (Penaksiran) G41 di LHDN. Jawatan yang dimimpi-mimpi setiap malam.

Interview PtN41 tu memang sangat intense. Dekat sejam lebih baru keluar. Siap dengan muka kelat sambil membebel-bebel call incek Yobo. Konon nak mengadu yang interview tu susah. Siap cakap "confirm takkan dapat". Tapi siapa yang tahu kuasa Allah? Rezeki Allah datang dari pelbagai arah kan.. interview di LHDN yang diharapkan (siap semua orang support bgtau confirm dapat) tu hanim tak dapat.. Last-last ke JPA lah kite..


1.7.2013, kami beramai-ramai diberi taklimat masa lapor diri di Auditorium JPA. Asalnya Hanim tak check pun result.. sebab SPA maklumkan result akan kua pada 16.6.2014 dan sebab konfiden takkan dapat job tu. Tp incek Yobo tolong check jugak n tarikh result kua 6.6.14. Rezeki sebab Allah lintaskan hati Yobo nak tengok.. tu pun masa Hanim tgh susukan RyAnis so tengok cemtu je result. Antara tempoh nak lapor diri 1 julai dengan tarikh keputusan keluar, ada jarak sebulan. Dan ramai yang dah berkumpul dalam group whatsapp termasuklah Hanim. Jadi masa lapor diri di Audi, ada antara kami yang dah sedia kenal dan memudahkan sesi ice breaking kami.

Di JPA, ada lebih kurang 15 orang batch kami. Hanim dan Ikhwan duduk di satu unit.. akhir tahun 2014, kami sama-sama gagal dalam interview PTD dan kami sama-sama jadi calon simpanan Kastam. Cuma rezeki Ikhwan lebih awal, dia dah pun melapor diri sebagai Penguatkuasa Kastam W41. 

Kami di sini? 

Masih lagi berkhidmat. Cuba untuk dapatkan sebanyak mungkin pengalaman dalam pada masa yang sama, cuba bina network di JPA dan di Kementerian agar urusan kami dipermudahkan di masa hadapan.

Siapa tahu kalau rezeki Hanim di Kastam atau mungkin jadi PTD atau mungkin mimpi di LHDN jadi kenyataan?

Sungguh.. Rezeki Allah itu luas.. 

Kita dah usaha.. sekarang tinggal doa dan tawakkal..

Bicara Hanim: Happy Anniversary kawan-kawan PTN41. Kita datang bersama. Kita pergi mungkin berasingan. Harapnya agar kita teguh dalam berimpian..

No comments:

Post a Comment