♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 24 May 2016

Tabung Haji Online

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hari ni terasa rajin nak share tentang Tabung Haji. Saya sangat suka akses secara online. Kalau dulu, semua urusan Tabung Haji dan ASB perlu dibuat di Tabung Haji atau pejabat pos. Syukur kerana era IT sangat berkembang laju menyebabkan kebanyakan agensi berusaha mengejar teknologi terkini dan Tabung Haji juga tidak ketinggalan. Berita baiknya, dengan ada online transaction Tabung Haji, bila-bila masa pun boleh keluarkan duit terutama dalam keadaan terdesak. Dan tak bestnya, kalau kita tak disiplin, duit tu boleh mengalir keluar dengan cepat. Macam air lah habisnya nanti.

Sebenarnya dah lama boleh buat simpanan Tabung Haji melalui online transfer. Tapi perasaan nak share tu baru datang.. hihi... Saya share untuk Maybank dan CIMB je ye. Bank lain boleh refer di website bank berkenaan.

Sebagai pengguna, saya memang suka guna Maybank sebab facilities Maybank lebih meluas berbanding CIMB. Tapi surface CIMB lebih menarik dan user friendly berbanding Maybank. Malangnya, CIMB belum ada surface untuk check baki tabung haji. Tapi jangan risau, ada pilihan lain untuk semak baki Tabung Haji secara online jika anda tidak memiliki akaun Maybank.


Pengguna CIMB

Step 1: Mula-mula log in CIMBClicks dulu. Alahai comeynya sotong tu.

Step 2: Klik tab "Pay" . Pilih Pay Bills.

Step 3: Pilih akaun mana yang anda nk keluarkan duit.  Pad ruang 'to' tu isikan 'Tabung Haji' nanti ada keluar auto-detect 'Lembaga Tabung Haji'.

Step 4: Lengkapkan butiran Tabung Haji anda (atau anak, atau suami, atau mak dan lain-lain). Tick box kecik bawah tu kalau lepas ni nak simpan lagi kat akaun TH yang sama. Lepas tu, boleh klik 'proceed to payment'. 

Step 5: Pastikan maklumat korang lengkap dan betul. Buatla double/triple check. Biar susah sekarang, nanti kalau salah nombor akaun, lagi susah nak dapat balik duit korang tu. 

Lepas tu proceed lah dengan Tac dan selesaikan pembayaran. Seperti yang tertera di atas, caj CIMB hanyalah sebanyak 53 sen.

 Pengguna Maybank

Step 1: Ini wajib buat sebelum online Maybank2u. Wajib pergi ke mana-mana ATM Maybank terdekat dan daftarkan akaun Tabung Haji di ATM tersebut. Lepas dah berjaya register kat ATM baru boleh proceed ke Maybank2u macam ni.

Step 2: Tekan link 'Transfers'. Sekali lagi ditekankan, option ini hanya boleh dibuat jika anda telah mendaftar akaun TH anda di ATM Maybank.


Step 3: Klink Tabung Haji cam kt bawah ni.


Step 4: Tadaaaaa... Ha.. inila specialnya guna M2U.. Boleh check baki dan buat pendaftaran haji secara PERCUMA.. fuiyoooo... ops.. okok ..  now, pilih fund transfer.


Step 5: Dalam option ni ada banyak pilihan. Kalau nak keluarkan duit dari TH ke akaun Maybank, ikut link dalam box merah tu. Jaga-jaga, jangan terover keluarkan duit dari TH ok! Kalau nak menyimpan dari Maybank ke TH, amik yang Maybank to TH account transfer.


Sebab saya ada dua-dua akaun M2U dan CimbClicks, maka saya manfaatkan dua-dua. Untuk simpan ke akaun TH, saya guna CIMB sebab caj nya hanya 53sen berbanding Maybank yang caj 1.06 sen. Tapi kalau korang takde akaun Maybank, bolehlah cari alternatif bank lain untuk keluarkan duit TH tu. Contohnya guna Bank Islam atau Bank Rakyat.

Satu lagi cara nak semak baki (tapi takleh keluarkan duit TH ke akaun simpanan bank) ialah dengan mendaftar Tabung Haji Online di e-THiJARI. Tekan link Daftar di sini cam kt bawah tu.


Tapi sebelum mendaftar ni, kenalah dapatkan No Pin dulu di mana-mana pejabat TH berdekatan.


Bagi yang dah daftar, boleh lah semak sama ada dah daftar haji ke belum. Tahun 2084 ni saya dah 97 tahun. Entahkan panjang umur dan sempat dijemput atau tak, Wallahualam. 

Boleh jugak check baki akaun. Yela, tiap-tiap bulan buat auto debit. Mana nak tahu entah masuk entah tak kat akaun kita. Kotla tersalah akaun ke kan... ha.. baik check..


Sekian sahaja sharing kite pada hari ini.. Gunakan teknologi, semuanya di hujung jari.hihi

Semoga bermanfaat.. =)

6 comments:

  1. saya dah transfer dari cimbclick ke tabunghaji, dekat cimbclick dah tulis transaction succesfull tapi bila saya cek baki dekat portal tabung haji, masih sama dengan bulan lepas. Ni dah 3 hari buat transaction, duit masih x masuk dalam tabung haji(dekat cimb dh potong). Biasa cik buat transaction brapa lama baru masuk dalam tabung haji ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya memang 3-4 hari baru boleh nampak dalam statement. tabung haji memang lambat.

      Delete
    2. saya guna maybank 2u laju terus keluar kat th balance. mungking problem cimb

      Delete
  2. Tq sis:) bru tau gna cimc clicks Pon leh transfer ke tbng haji:)

    ReplyDelete
  3. Tq sis:) bru tau gna cimc clicks Pon leh transfer ke tbng haji:)

    ReplyDelete