♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 26 May 2016

Online Scammer: Hati-hati dengan penipu online.

Bismillahirrahmanirrahim.


Artikel ni bukan nak mengaibkan sesiapa. Sekadar peringatan dan pengajaran. Sebagai pengguna Facebook, Instagram, Blogger dan lain-lain media sosial, saya sangat mudah terpengaruh dengan iklan jualan secara online. Yelah, kita pun berniaga jugak jadi saya sangkakan semua peniaga sama jujur macam kita. Malangnya, dalam pada beringat tu, tak sangka saya pun jadi mangsa online scammer ni.

Kisahnya berlaku bulan Mac 2015, tahun lepas. Jumlahnya hampir RM10 ribu. Sebelum ini, saya tak ceritakan pada umum sebab masih trauma dan dalam keadaan in denial. Plus, malas nak dengar orang bagi ceramah dan membebel macam duit dia yang kena tipu. Tapi hari ni, saya rasa kena juga share apa yang saya tahu.

Medium yang saya guna > L*z**a. Ya, bukan setakat L***a, di M**h.Com, L****g dan macam-macam jenis website popular, semuanya ada Ular Beracun ni. Plan saya, nak belikan hadiah handphone untuk Mr Yobo. Macam biasa, jumpa berkenan di hati, cuci mata dulu 2-3 hari sebelum beli. Saya pilih handphone Samsung Galaxy Note 4. PM pada seller untuk dapatkan detail produk. Seller minta untuk whatsapp supaya senang berurusan dan dia pun akan beri harga sama macam di website.

Memang medium whatsapp lebih mudah berurusan sebab boleh dapat info n gambar-gambar produk dengan segera. Dan whatsapp jugak jauh lebih mudah menipu. Seller ni kata dia tinggal di Johor Bahru dan dia ambil produk dari kedainya di Changi airport Singapore dan mudah nak dapat sebab hari-hari keluar masuk Singapore. Katanya, dia bawa masuk dalam kuantiti sikit, so tak kena import tax sebab bukan masuk as commercial.

Dan...urusan jual beli pun bermula.

Transfer pertama > Harga 2 handphone berjumlah RM3+++.00

Selesai pembayaran, dia promote Samsung Gear Watch. Harga Asal RM450, nak jual RM250 sebab nak habiskan stock dan dia bagi murah sebab dah beli 2 handphone dengan dia. So beli 2 untuk setkan dengan handphone tadi. Jumlah RM500.

Tiba-tiba dia kata kena bayar VAT (kat Malaysia kita panggil GST) berjumlah RM4++. Masa ni dah start marah sebab tadi takde cite ada caj tersembunyi. Dia cakap dia akan selesaikan urusan pos melalui kurier pada hari yang sama.

Jam 2 petang, dia whatsapp minta check emel. Whatsapp dia nampak cam urgent. Dia desak sesungguh-sungguh suruh bukak emel dari pihak kurier (kita ni dahla jenis cepat panik). Bila buka, pihak kurier suruh buat payment utk pelepasan kastam singapore. Masa ni dah pelik dah sebab dia cakap xde kena caj import.. Tapi pastu dia cakap nanti masa barang sampai, dorang bagi balik duit tu.  Untuk celarance kt kastam je. Amaun dia RM3+++.00. Paling musykil sebab dia bagi no akaun individu, bukan nama kurier ke pe. Tapi masa ni pun xinsaf lagi.. transfer jugak 3k tu. Mungkin Allah nak tunjuk, payment tu kena hold sebab CIMB kata ada potential fraud. So terus cancelkan payment. Atas nasihat pihak bank, diorang suruh buat semua payment atas nama syarikat supplier je.
Punya la gigih scammer ni, siap buat website kurier lagi. Kalau bukak link www.wwexlinks.com/wwideexpress ni memang korang pun xkan terasa ni fake punya website..

 So transfer kat akaun syarikat. Sebabkan bank kata, transfer ke akaun syarikat baru confirm urusan jual beli tu valid, so rasa konfiden datang balik. Tambah lagi seller tu pujuk dan dalam masa sama mendesak suruh wat payment laju-laju. Kalau kena tangkap dia ni, memang rasa nk hempuk sekuat hati. Dalam hati masih ada rasa suspicious, so saya emelkan ke Changi Airport untuk dapatkan kepastian tentang customs clearance ni. Malangnya mereka reply terlalu lambat dan payment telah pun dibuat.



Ingatkan dah selesai urusan ni. baru nak tarik nafas lega sambil berbaring-baring tunggu barang sampai, seller whatsapp suruh check emel dari pihak kurier.


Haa.. nampakkkk.. masa ni darah dah naik sampai hujung kepala dah. terus maki hamun seller tu. Tp dia relax je pujuk. End up, paksa dia yang buat payment tu. Dahla dia bagi akaun individu lagi. Tak lama lepas tu, dapat emel dari pihak kurier.


Kejadian sebelum ni semuanya berlaku pada hari Jumaat. Seller keep on pushing sebab katanya hari Sabtu Ahad takleh buat delivery. Sebabkan dah rasa dorang scam, terus call Airport Changi untuk pengesahan. Sebabnya dalam website kurier tu bagi detail camni.


End up, memanjang maki hamun seller tu. Tapi seller tu wat bodo je sambil nak menipu lagi kata dia baru first time guna kurier tu la bagai. Sebabkan trauma dan masih dalam keadaan in denial dek kejadian tu, tak cerita langsung kat Hasben. Sebab tengah frust. Kite nak bagi adiah special kt dia, lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal lesap duit kita. Dan trauma tu menyebabkan saya taknak ingat pun detail kes ni sebab setiap kali ingat mesti rasa seram sejuk satu badan. 

Tindakan pertama yang saya buat ialah report polis. Sarjan M dari Bahagian Jenayah Komersial Putrajaya yang handle kes saya. Malangnya sampai bulan Julai, senyap sepi  takde berita sehinggalah saya contact beliau semula. Sarjan M nasihatkan untuk buka kes di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). InsyaAllah saya akan share cerita di TTPM tu ye. 

Ini kali kedua saya ditipu online. Cuma amaunnya jauh lebih merugikan dan traumanya lebih besar berbanding yang pertama. Pendek kata, kalau dah namanya penipu, ada je akal liciknya nak menipu. Sampaikan website kurier tu pun sanggup buat macam real.. Mudah-mudahan insaf la dorang ni dan dapatla balasan setimpal... hohoho