Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni aku nak share sedikit ilmu tentang
kewangan. Ini sebenarnya teks ucapan aku masa morning prayer kt office Jumaat lepas. Rajin-rajinkanlah diri untuk
belajar ilmu baru dan paling penting always empty your cup bila belajar. Kalau tak, ilmu
baru tak akan masuk.
Disclaimer:
Perkongsian di bawah ada yg 100% copy
dari blog & internet sebab asalnya teks ni untuk dikongsi dengan
officemate. Kepada pemilik blog/ayat berkaitan, mohon maaf sebab aku tak
quote blog anda. Tak ingat yang mana satu.
Bismillahirahmanirrahim. Tiba giliran saya untuk Sesi
Perkongsian Ilmu. Hari ini saya tidak berkongsi hadis, sebaliknya nak berkongsi
sedikit terjemahan ayat al-Quran. Saya memetik kata seorang blogger di internet:
“Ayat-ayat
al-Quran mempunyai terjemahan dan tafsirannya tersendiri. Al-Quran hanya
menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia. Manakala kita sebagai
manusia biasa perlu mengkaji terjemahan dan tafsiran ayat al-Quran atau
mempelajarinya terus daripada orang yang telah membuat kajian mengenai
ayat-ayat al-Quran.
Mungkin
sekiranya kita membaca sendiri terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita tidak akan
memahami ayat-ayat tersebut secara terus kerana ia mengandungi maksud tersurat
dan tersirat mengenai sesuatu. Adalah lebih baik sekiranya kita membaca
buku-buku yang membincangkan terus mengenai tafsiran ayat-ayat al-Quran ini
mengenai bab-bab tertentu. Contohnya adalah seperti berikut:
1. Sekiranya kita ingin mengetahui mengenai kisah-kisah kaum terdahulu di dalam al-Quran, adalah lebih baik kita membaca buku Kaum-kaum yang Pupus tulisan Harun Yahya. Buku ini memperincikan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kaum-kaum terdahulu yang sudah tiada lagi di alam yang fana ini. Kaum-kaum yang diceritkan dalam buku ini ialah kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Kaum Saba’ dan lain-lain lagi.
2.
Untuk mengetahui ayat-ayat al-Quran yang menyebut mengenai riba’ secara
terperinci, adalah lebih baik kita membaca buku Riba dan Isu Kewangan Semasa
tulisan Zaharuddin Abd. Rahman dan Riba : Perangkap Dosa Besar dalam Urusan
Kewangan tulisan Hisham Ahmad.”
Manakala
daripada surah Yusuf antaranya ialah ialah ilmu tentang pengurusan sumber
kewangan dan bekalan melalui Surat Yusuf Ayat 47-49. Perkongsian ini sebenarnya
saya dapat melalui Seminar Sehari Bijak Mengurus Wang, semalam.
Surah
Yusuf ayat 46-49 menceritakan bagaimana kita perlui sentiasa beringat dan
berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi
sebarang bencana supaya tidak kelam kabut di saat akhir atau tatkala ditimpa
bencana. Kalau saya boleh recall
latar belakang ayat ini sebenarnya pada masa itu Sultan Mesir bermimpi, dan tiada
seorang pun mampu mentafsirkan mimpi Sultan tersebut . Lepas itu, Sultan Mesir
dapat tahu Nabi Yusuf (yang pada ketika itu merupakan tahanan penjara) boleh
mentafsir mimpi dengan benar. Lepas Nabi Yusuf tafsirkan mimpi Sultan, baginda
dilantik menjadi Menteri Kewangan Mesir.
Tafsiran
mimpi tersebut diceritakan pada ayat 46 iaitu:
Surah Yusuf : 46 "Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
Surah Yusuf : 46 "Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
Surah Yusuf : 47; Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Surah Yusuf : 48; Kemudian akan datang selepas
tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang
kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk
dijadikan benih) ”
Ayat: 49; Kemudian akan datang pula sesudah itu
tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat
memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)"
Ayat 46 merupakan soalan daripada Sultan Mesir.
Manakala ayat 47-49 adalah tafsiran dan nasihat daripada Nabi Yusuf yang boleh
dipecahkan kepada 3 fasa. Iaitu ayat 47: Zaman senang, Ayat 48: Zaman Susah,
Ayat 49: Zaman Pemulihan.
Daripada ayat di atas terutama ayat 47, ada tiga
isi utama yang dapat kita fahami iaitu:
1. Menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang tanam.
2. Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya.
3. Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan
untuk makan.
Dari isi pertama ayat 47, kita perlu menyimpan
dahulu pendapatan yang kita perolehi dan bukannya berbelanja dahulu dan
menyimpan sekiranya ada lebihan. Formula yang sebetulnya untuk menyimpan adalah
Gaji – Simpanan = Perbelanjaan
Dalam kata lain, bila tiba hari gaji, terus asingkan
certain amount
untuk ke akaun lain yang tak ada kad
atau akses ke duit tu susah. Contoh,
Tabung Haji (jangan link kan dengan kad ATM) dan ASB. Kalau rasa tak boleh
konsisten, buat potongan gaji. InsyaAllah, ia akan membentuk disiplin anda
untuk menyimpan. Sebabnya, kalau kita rasa susah nak menyimpan, percayalah,
lebih susah kalau kita tak menyimpan.
Biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya. Ayat ini menunjukkan bahawa
gandum perlu dibiarkan pada tangkainya sahaja dan disimpan. Ini adalah untuk
mengekalkan khasiat gandum sebelum tujuh tahun sebelum ia digunakan sewaktu
tujuh tahun zaman kesusahan.
Ayat ini menyuruh kita agar menukarkan duit kita
kepada dalam bentuk aset ataupun komoditi seperti emas, perak, hartanah dan
sebagainya. Kita perlu menukar duit kita dalam bentuk aset kerana supaya duit
simpanan kita itu kalis inflasi. Kerana
duit RM50 dalam poket kita pada hari ini adalah tidak sama dengan nilainya
untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kalau kita tak nak tukar dalam bentuk
asset sekalipun, kita boleh simpan ditempat-tempat yang memberi pulangan
dividen yang lebih tinggi daripada nilai inflasi tahunan semasa.
Kecuali sedikit dari bahagian
yang kamu jadikan untuk makan. Ayat menyeru
kepada kita supaya berbelanja setelah kita memperuntukkan jumlah untuk
disimpan. Kita perlu tahu komitmen kita setiap bulan untuk makan minum,
bil-bil, sewa, hutang-hutang dan sebagainya. Adalah tidak cerdik dipandang
orang apabila kita berbelanja melebihi pendapatan kita setiap bulan.
Itu untuk Ayat 47 iaitu Fasa Senang.
Yang bermaksud, fasa di mana kita belum ada banyak komitmen dan hutang dan duit
gaji kita tu masih boleh bawa bershopping, berjalan-jalan.
Ayat 48 iaitu fasa kesusahan:
tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan
baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan yang
bermaksud akan datang zaman tiba-tiba kita terdesak nak guna duit untuk
sekolah, tiba-tiba duit poket kering dan sebagainya, masa ni kita kena gunakan
sedikit dari yang kita simpan. Masa ni kita kena buat bali re-alignment untuk kewangan kita dan susun balik perbelanjaan.
Potong hutang-hutang yang ada. Mana perbelanjaan yang tak perlu, kita buang
terus atau kurangkan.
Ayat 49 iaitu fasa pemulihan: Kemudian
akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat
hujan, dan padanya mereka dapat memerah masa inilah
kita dapat balik merasa nikmat kita menyimpan tadi. Contohnya kalau simpanan
awal kita di ASB ada RM10ribu, lepas 30 tahun berkerja, simpanan kita tu
berpotensi untuk membiak sehingga RM600ribu.
Akhir kata, setiap kali dapat duit gaji atau
bonus, pertimbangkan semula sama ada nak berbelanja atau nak bersabar dan
gunakan duit tu untuk melabur semula. Tak rugi kalau kita menjadi orang yang
bersabar.
Wallahualam, sekian.
p.s: InsyaAllah lepas ni aku akan kongsikan
jenis-jenis tabung yang perlu ada untuk masa hadapan. Perlu diingatkan,
perkongsian ini adalah ilmu aku belajar dari Tuan Pakdi (Suzardi Maulan). Wallahualam ~ Allah jua yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment