♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday, 24 February 2012

Mari Menggemok?

Bismillah...
Assalamualaikum... :)

-Jom ramai-ramai singgah booth Fitrah As Sham – Herbalife J19 @ Karnival WOW Putrajaya -



Bangun pagi bersiap nakgi opis, rembat roti 2-3 keping, makan dalam kereta. On the way ke opis, singgah stall nasik lemak tepi jalan (konon sebab nak tolong macik tu kasik laku). Sampai opis, terus makan nomnomnomnom buat kerja.. bosan.. g pusing tempat member, rembat kepek ngunyah-nyunyah.. ada kacang dalam drawer, ngunyah lagi. (-.-”) pukul 10, turun mengeteh dengan member. Beli mee goreng dengan teh tarik... habis makan, nyembang kejap sambil makan cekodok goreng... beli kuih RM2 buat bekal dalam bilik karang.. 11pagi masuk opis buat muka tak bersalah, duduk, buat kerja sambil berangan..oke, tu aku..

Sementara tunggu lunch hour, makan kuih tadi. Perut kenyang dah tapi mulut still nak mengunyah.. Grrr... Boss datang bebel-bebel...stress. Mata pandang jam, tangan buat-buat bizi main keyboard. Bila nk lunch ni... adoi...

1.00pm.. HURRAYYYYY!!!! Gaji baru masuk. Boleh makan besar sikit. Takde jauh-jauh aihh..ikan bakar kat kafe bawah ni pun cukuppp... Baru bau asap dari dapur, perut otometik lapar balik. Tengok air asam dia, pergghhh... Terus mintak nasik lebih.. Lapar beb.. Plan asal nak makan ikan bakar je, tapi nampak telur masin, amik sepotong, amik ulam buat cukup syarat. Oh ada papedom, masyuukkkk... * Sambil nakg amik ikan bakar ternampak ketam masak lemak. Hermmm... dah dilema antara ikan bakar dengan ketam.. okelah.. taruk kuah ketam pun jadilah* oh lupa nak oder.. “adik, milo ais satu!”

Errkk..Alhamdulillah. Kenyang yangg amat. Menyandar kat kerusi sambil sembang-sembang *Leklu..sapkok lu ← ini bukan saye* before naik opis, singgah 7-eleven beli cikedis buat bekalan kalau bosan petang ni.. KALAU BOSAN OKE.. tapi tak bosan pun, omnom nom nom nom jugak. Sambil plan malam ni nak masak ketam sebab tadi tak dapat makan, goreng ikan pekasam, buat kangkung goreng sikit ← buat cukup syarat janji ada sayur je ni. Oh rutin hariankuuuu...

Malam goreng nuget dengan kopok sikit buat jajan nak tengok TV japgi. Before masuk tido, tengok muka depan cermin “lawa kottt aku ni”.. tengok badan “ok, aku gemok. Esok nak puasa”.. Hakikatnya, esok tak jadi posa.


Sedar tak sedar, inilah rutin harian buat kita yang suka makan.. oke, aku pun suka makan. Haha.. Kalau ikutkan, sayur pun nak makan yang bergoreng. Kekadang tu, minyak sayur tu lagi lebih dari minyak ikan goreng.. Perghhhh...kolestrol...

Hewwww..... Seronok rasa bila pagi-pagi masuk opis orang tegur “u nampak dah slim”.. auwww.... hoho... tapi bila orang tegur “nape kau macam dah gemok?” terus muka berubah 1000 bentuk. Meowww... Takpe, Herbalife kan ada. Haha ← sempat pomot ni.. Tapi kalau rasa nak jimat tanak makan Herbalife, meh nak bagi sikit tips untuk berdiet:-

  1. KURANGKAN MAKANAN BERGORENG A.K.A BERMINYAK
korang sedia maklum makanan berminyak itu sememangnya mengGEMOKkan walaupun sekadar guna minyak zaitun.

  1. PILIH MASAKAN YANG LEBIH SEGAR & SIHAT
Kalau tengok sayur pun dah layu, ikan pun dah lembik semacam, pilihla makanan sihat macam KFC ke McD ke.. oke, ajaran sesat ni.

  1. JADIKAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNACK
    Kenyang pun kenyang, sihat pun sihat. Kalau malas nak potong kat rumah, beli je epal ke, limau ke. Buah potong pun baru singgit... -jangan kedekut untuk kesihatan anda-

  1. AMALKAN '88888'
Ini Menteri Kesihatan yang cakap oke. Makan sebelum lapar dan benti lepas 80% kenyang, makanan terakhir mesti before jam 8 malam, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tidur 8 jam sehari, dan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari.

  1. MALAS BERSENAM? TUKAR HABIT ANDA.
Sejujurnya, akusangat tak rajin nak bersenam sebab masa aku sangat terhad dan aku memang tak rajin. Tapi sejak akhir-akhir ni, energy bertambah (Herbalifers memang energetic sikiit). So kalau kau biasa rumah sejengkal dengan kedai pun nak naik kete, sila tukar amalan tersebut. Kalau selama ni parking kat soping mall tu nak depan pintu masuk, kali ni cari area jaoh sikit. Pelan-pelan kayuh beb!

  1. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Ini dah kaver semua aspek ni. Dalam erti kata lain, ambil balik piramid makanan tu, pastu ikut betul-betul saranan dia. Ada paham??

Thursday, 23 February 2012

Wordless Wednesday- oh..rini kamis eh?

Tuesday, 21 February 2012

Learning process...




Bismillah..
Assalamualaikum..

Pagi ni habis semua artikel aku baca, tapi yang satu tu macam teruja sikit bila baca. It's kind of story. Ala-ala cerpen gtu. Apa pun, Alhamdulillah rakyat Malaysia semakin terbuka ke arah kebaikan. Dan semestinya banyak gejala rosak akhlak jugak. Tapi itula tugas kita kat muka bumi ni. Tarik lagi ramai saudara untuk mendalami Islam yang sebenarnya..kan? Pendek kata, apa yang aku dapat hari ni ada beberapa point penting:-


Yakin pada Allah bukanlah mengharap termakbulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya,
Rasa bahagia dalam ujian walaupun perit,
Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah,
diuji kita sebagai tanda DIA sayang pada kita.

Ingat bila kali terakhir kita solat dengan iklas – bila kali terakhir kita doa dan faham maksud sebenar doa kita – bila kali terakhir kita syukur dan redha dengan ujian Allah. Aku sendiri manusia pelupa. Bila datang ujian, aku terlupa Allah sebenarnya nak check iman aku sama ada aku redha atau tak, sama ada aku tabah atau mengeluh. Alhamdulillah. Allah ingatkan aku balik dengan terbacanya artikel ni. Kalau tak, Wallahualam. Allah, ampunkan daku...


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar SUSAH dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari satu KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.


Alhamdulillah. Sifat baran aku makin berkurang. Baru pandai kontrol emosi.. Pendiam? Diam dalam konteks ni maksudnya banyakkan berfikir dan jangan melawan. Tapi jangan berfikir terlalu banyak sebab takut nanti belajar dengan syaitan pulak. Pendek kata, sedikit demi sedikit, aku belajar balik semua benda yang umi ajar dari kecik tapi tak pernah lekat dalam hati n kepala. Dalam erti kata lain, I have to change my attitude. Maryam cakap “you have to be a good person baru boleh jadi a good leader” dan aku sangat agree.
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Ali;
Wahai Ali, orang yang alim itu ada 3 tandanya;
- JUJUR dalam berkata-kata, menjauhi segala yang HARAM, dan MERENDAH DIRI-
Orang yang jujur itu ada 3 tandanya;
-Merahsiakan IBADAH, Merahsiakan SEDEKAH, Merahsiakan UJIAN-
Orang yang TAKWA itu ada 3 tandanya;
-takut DUSTA & KEJI, Jauhi KEJAHATAN, memohon yang HALAL (kerana takut jatuh dalam keharaman)-
dan Ahli IBADAH itu ada 3 tandanya;
-Mengawasi dirinya, menghisab dirinya serta memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T-

Bila dilihat, tak layak pun nak mengatakan diri aku berada di salah satu kategori ni. Malah, mungkin jauh lagi. Nauzubillah. Jadi, siapa kita di sisi Allah? Dalam jutaan muslim di muka bumi ni, adakah kita mampu menjadi seorang yang luar biasa untuk menjadi kekasih Allah? Tak malu ke kita kalau non-muslim bertanya tentang Islam dan kita tak mampu beri jawapan terbaik untuk mereka? Kalau Allah tanya apa yang kita buat dengan badan kita yang Allah beri sempurna sejak dari perut umi, apa yang kita buat dengan harta yang Allah tetapkan sejak di Luh Mahfuz, apa yang kita buat sebagai khalifah Allah, apa kita nak jawab?


Aku malu.

Thursday, 16 February 2012

Adab vs Biadap


Bismillah.

Setiap manusia dilahirkan sama. Sebab tu ada perumpaan "anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan kain tu". Sila jangan salahkan mak ayah anda oke... Tapi selaku seorang yang dah akil baligh, maka menjadi kewajipan kita sendiri untuk buat penilaian antara baik dan buruk sesuatu keadaan tu.


Baru-baru ni satu Malaysia kecoh tentang pekerja KFC bergaduh dengan pelanggan. Honestly speaking, aku tak mempersoalkan tentang siapa salah dalam isu ni. Kebanyakan isu camni jadi sebab kurangnya adab. Aku sendiri lebih suka berkerja dengan orang yang tak berapa bijak atau sebodoh-bodoh manusia tapi aku memang LANGSUNG TAK BOLEH nak communicate dengan orang yang biadap.

Soal adab dan akhlak bukan isu baru ye kawan-kawan. Dari zaman Nabi Adam lagi dah wujud isu adab dan akhlak. Kita diajar sebaik-baik pemberian adalah barangan yang paling kita sukai <- ini dari kisah Qabil dan Habil. Pada zaman tu pun dah  wujud perkataan TERIMA KASIH. Tak cukup dengan tu, ada lagi doa bila menghadap cermin. Dahla doa tu macam satu permintaan, Allah bagi lagi pahala, pastu Dia bukak lagi jalan untuk perbaiki akhlak kita. So, apa lagi reason untuk kita tak jaga adab kita?







Abah selalu cakap, orang yang tak jaga adab, hidup sentiasa diselubungi tekanan. sebab takde orang nak kawan, pastu tak dengar lagi nasihat orang..bla..bla... Tapi sedar tak punca utama orang muda jadi makin biadap? hemm.. apa lagi kalau sebab makanan?

"You Are What You Eat"

Dalam erti kata lain, if u eat like baby elephant, ofkos kau besarpun jadi elephant.  mana ada anak gajah membesar jadi zirafah cik adik oi. Sebab tu korang akan dengar boleh google pun k perut adalah punca segala penyakit. dalam erti kata lain, back to basic, yang dalam perut tu datangnya dari...?... MAKANAN...

Kalau budak-budak hyperaktif atau murung je, apa orang cakap? --> Tak cukup nutrisi la tu...

Tapi sedarkah anda sebenarnya bukan budak-budak je yang perlukan nutrisi. Selagi anda bernama manusia, anda SANGAT memerlukan NUTRISI. Instead of bagi makanan berkhasiat dan bernutrisi, kita bagi makan K*C, McD**NA*D dan bagai-bagai. Bukan tak boleh makan langsung., tapi janganla setiap minggu pun bawak makan menda-menda gtu. Rosak perut mei...

Berbalik pada adab dan akhlak... Apa kena mengena nutrisi? oke.. imagine kejap.. Kalau korang perhati kat Malaysia ni ada banyak jenis pump station kan? ada shell, ada petronas ada bla.bla... Korang mesti nak pilih the best punya minyak kan? So korang pun try minyak A, tak ok, minyak B, tak jimat, Minyak C, oke, sangat best. So korang proceed dengan minyak C sebab sayang, tanak kereta cepat rosak. Tapi kenapa attitude kita tak macam tu bila kita jumpa makanan?

imagine kalau lemak pun boleh buat kiraan macam sugar cubes tu,, euwwww



Makanan ni ibarat minyak pelincir jugak la. minyak yang bagus, dia akan cuci enjin kita. Tapi kalau apa yang kita makan tu tak mencuci perut kita, pastu lagi block salur darah, pastu tambah lag lemak euwwww ok tu scary... Bila jadi stuck dalam badan, mula la hormon tak stabil. Pastu bermula lah masalah emosi.. Asyik nak hangin satu badan.. pastu hari-hari dok maki orang.. Kalau dibiarkan je, maka, secara otomatik, berlakulah sesuatu yang tak enak didengari iaitu BIADAP.. .tak best kan kalau asyik kena tegur je... (-.-)"

Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat. Jaga adab, jaga akhlak~






Wednesday, 15 February 2012

Be matured.. The more you give, the more you get.

Bismillah...

Malam tadi ada HOM kat Nutricity Melawati. Aku sensorang.. Tengok kiri, ada couple tengah hangat bercinta (taktau dah kawin ke tak.orang Herbalife ni muda-mudi dah kawin dah). Tengok kanan, datang dengan kawan. Aduh..sedihnya.. kenapa aku sorang-sorang je.. :(

HOM mula macam biasa. Entah kenapa masa testimoni produk, aku bangun n pegi bagi testimoni. Aunty Asriah belakang aku.. Sembang-sembang jap. cuak sebab first time bangun bagi testimonial. Bila turn aku:-

"Assalamualaikum. Nama saya Sarah Hanim, Umur 24 tahun, student di UiTM Shah Alam. Sebelum Herbalife saya ada migrain teruk, asma teruk dan semua yang teruk... diam... tapi Alhamdulillah lepas Herbalife, semua masalah kesihatan hilang. Dah takde asma (sampai hari ni aku tak tau inhaler aku dok katne), migrain pun hilang serta merta. Adik saya pun dah turun 5KG dalam 2 mingggu"

Masa cakap tu mata panadng pintu keluar je.. Cuak kot.. The moment aku sebut kesan Herbalife tu, ada yang jerit WOW ada yang macam 'betul ke?'.. it's true ok.. itu kesan Herbalife yang buat aku nak sangat proceed dengan bisnes with this product. Tapi pasa masa tu, tiba-tiba ada sesuatu meresap direct ke hati. Yang aku ingat dalam hati dok ngucap sambil cakap 'Ya Allah.. Lomah jantung aku.. takutnya!" So siapa yang first time pegi HOM, kitorang tak mereka-reka cerita. it's sooo damn true.

Then bermulalah sesi HOM. Tapi kebanyakan masa aku macam leka.. Nak kata berangan, aku leh ingat bijik butir yang ditarbiyahkan semalam. Sampailah time the best speaker ever - Aunty Kamilah, (president team only in 6 tahun) -.. Aunty cerita lots of things.. How she get involved in this business, how she seeks the way to be PENYUMBANG to ekonomi islam and nation. Suddenly I became sangat sebak Whatever aunty cakap, dalam kepala aku kapa "Ya Allah, aku nak success. Aku tak tahu success aku setakat mana. Tapi aku nak success in Herbalife.." Tapi the end of the dia, i recite "N I really, badly wanted to be success together with somebody". The word somebody tu baru semalam aku tahu kenapa aku sebut dalam doa aku.

After a moment, baru aku realize dream yang aku tulis masa Year End Fiesta tu bukanlah a dream yang aku nak achieve sangat pun. I'm a person yang very bad in relationship called as friendship. Which makes me tiap-tiap hari rasa sedih coz i have almost no friends nak diajak keluar shopping or nak ngadu masalah or nak gedik-gedik or whatsoever. Everytime pun gitu. Tapi in the same time, aku rasa syukur yang teramat sangat sebab Allah still bagi peluang untuk show kat aku the meaning of true friends.

The moment aku takde duit atau tengah emo tibe-tibe, Cik Fasihah hulur bantuan.
Most of the time, Incek Fitri will be the punchbag for me.
Then bila aku sakit, tiba-tiba Allah bawakkan Herbalife dalam hidup Yussamir (then baru Herbalife datang dalam hidup aku.
Pastu Atie jadi suri rumah Yus, Allah buka peluang untuk aku kenal dengan dunia perkahwinan budak dua orang ni (and also budak2 Herbalife yang lain).
Then the brought me to STS kat Pullman. Masa tu aku kenal dengan Herbalife. 27 November 2011 if I'm not mistaken. So pada masa tu, aku nampak Herbalife as a family.
Malam tadi, Mel dengan Maryam bersembang dan aku dengan tak malu duduk nyampuk. (orang kata nak jadi leader, u have to be friend with leaders). Dengar diorang sembang pasal team masing-masing. Masa tu spirit naik balik.

Then tetiba macam ada cahaya masuk jantung *MasyaAllah* yang tunjuk jalan (macam fairytale tu kan) to guide me to the future. Aku nak ada team yang willing and serious nak naik together with me. Kenapa aku cakap sama-sama? sebab aku pun baru dalam Herbalife. Tapi thru trainings and events, kita belajar sama-sama, know lots of new things, meet lots of people with different background. Before HOM semalam, aku agak down sebab datang HOM sorang2.. Tapi bila dengar Mel dengan Maryam cite, i realized that my usaha is not hard core enough untuk merungut macam-macam. 

So now dah insaf *Allah..ampunkan saye...*... Kena usaha lebih gigih.. Pastu takleh merungut sebab merungut tu melomahkan iman... The more you give, the more you get. So, apa yang korang dah buat untuk dapatkan success story korang?

Be Your Own Boss!


Bismillah...

Motip utama entri ni ditulis adalah untuk mengajak korang yang membaca ni join kitorang jadi sama-sama belajar tentang Herbalife.. How? Pergi SPECTACULAR on 17-19 Februari 2012 ni. With investment serendah RM400, Insya Allah korang takkan menyesal.. Event ilmu kotttt....

Tengok! lambat sikit je harga tiket dah naik ke RM400... Tapi NO PROBLEM! Come and be part of us!

Kenapa kena pergi SPECTACULAR?

Honestly speaking, this is my first time ke SPECTACULAR.. Sejak first aku register dalam Herbalife, everyboody dah keep on promoting SPECTACULAR. Yang paling aku ingat, SPECTACULAR is the ONLY international event by Herbalife yang dibuat dalam negara kita sendiri. Yang lain tu semua oversea punya event. So yang aku tau, kalau aku tak pergi kali ni, I have to wait another year untuk join SPECTACULAR 2013 pulak. Which is like a year I will postpone my kejayaan.. And aku sangat takleh bear situasi pospon2 ni..

Kenapa korang kena buat Herbalife?

Babe! Akutak paksa lah! aku sebenarnya NAAAAKKKKK sangat grow dengan orang-orang baru dalam team aku sebab aku pun baru je 3 months in this business. Sebab bila kita taktau, kita akan learn sama-sama. Behind us, there are LOTSSSS of leaders yang willing to advice us, and teach us as long as we are TEACHABLE.

Setengah orang suka buat bisnes. Tapi bisnes tak grow. Believe me. I've try LOTSSSS of businesses. Aku paling suka MLM, aku pernah jadi takaful agen, I am part of IKS and everything I've tried dengan niat to earn extra income. Dan aku akan sentiasa berbisnes - InsyaAllah- Tapi aku buat Herbalife ni sebab Herbalife provide profit banyak gila. (73% profit oke! Mana kau nak carik babe!).

Mungkin jugak hidayah Allah nak tunjuk kat aku, dalam dunia ni ada banyak menda kita boleh cuba. Tapi bukan semua benda datangkan faedah. In Herbalife, aku belajar jadi manusia. Bukan nak kata korang yang tak join Herbalife ni bukan manusia ye. Tapi what kind of manusia? oke..haku bukanlah ustazah yang menghafal hadis-hadis dari Quran dan Sunnah. Tapi sekurang-kurangnya in Herbalife, we meet people yang grow seiring dengan Islam. Macam mana?

  1. Herbalife ialah MLM yang takde istilah kau orang bawah, kau takkan potong aku sampai bila2. NO! Dalam Herbalife, yang kitorang selalu praktis is USAHA. Kalau kau usaha more than upline kau, memang kau boleh naik dan say babai sambil tengok upline kau kat bawah tu terkejar-kejar lagi nak naik. Sebab tu in Herbalife, we say “BE YOUR OWN BOSS” bukan “UPLINE KAU BOSS KAU”.
  1. Bila dah kata MLM, semua sceptical. “Ala..MLM kena cari orang la.. malasla”.. Subhanallah.. Besarnya rahmat Allah kat muka bumi ni. Allah ciptakan manusia kat MALAYSIA je ada lebih 27,000,000 orang. Kalau kau jumpa 0.1% which is 0.001 orang daripada populasi tu, memang kaulah President Team kami. Sangat sseeeeeeenaaaaaangggg nak maju dengan Herbalife.

  1. “Tu la, sebab nak cari orang tu aku malas” . Oke.. Jangan belajar dari syaitan oke. Allah tak suka, Rasulullah SAW pun tak suka. Cuba ingat, masa Rasulullah SAW mula jadi Nabi, Islam dah terus well-known kat seluruh dunia ke? Tak kan? Rasulullah SAW pun grow perlahan-lahan. Lepas Rasulullah wafat dulu ada lagi ke Rasul yang muncul untuk bangunkan Islam? Tak, kita ada khulafa ar-rashidin yang sebarkan. Tapi kalau 4 orang khulafa ni sahaja yang sebarkan Islam, memang tak sampai Islam ni ke seluruh dunia. Sebab tu ada ulama-ulama. Daripada Ulama, berkembang ajaran Islam ke seluruh dunia sampai berjuta tahun lamanya. Sebab tu Dalam Herbalife, semua basic knowledge yang kita dengar dalam Islam, semua diamalkan di sini.

  1. Dahulukan majlis ilmu berbanding majlis amal. Ini ajaran Islam kan? In Herbalife too! Kita ada banyak events n training yang anda perlu PERGI untuk mendalami ilmu kesihatan, ilmu perniagaan dalan macam-macam ilmu. Even if ada jamuan ke, appointment, mesti dulukan training atau kursus sebab tu majlis ilmu. Tapi kita asyik cakap majlis ilmu tu yang macam kat surau-surau, masjid-masjid. TAK! Oke.. dan majlis ilmu yang WAJIB..diulang.. WAJIB pergi is SPECTACULAR. RM400 adalah investment paling murah berbanding ilmu yang anda akan gain. Sebab tu MESTI datang apa cara sekalipun. Takde training free ke? Berlambak oke! Tapi kau kena paham, even nak masuk tadika yang setakat belajar ilmu ABC je pun kena invest kan? Sebab ilmu ABC tulah proses pertama untuk pandai mengeja dan membaca.
Remember, THERE IS NO CURE FOR REGRET IN THE FUTURE.

p.s: dari hati yang tulus suci murni lagi bersih ececeh haku betul-betul nak grow and berjaya dengan orang-orang yang nak ubah FUTURE dia. tak tipu ni... tengok muka tulus ni =]

Wednesday, 1 February 2012

Jangan Mengalah Sebelum Kalah!

Bismillah...
Assalamualaikum...

Setiap kali hujung bulan (End of Month aka EOM), semua rakyat pemegang no IC Herbalife akan mula berpusu-pusu ke Green House mereka.. Aku pun tak kurang jugak. Masa ni la nak stress VP belum cukup.. hoho...apa yang terjadik pada aku untuk EOM Januari ni? (=,=)

Alhamdulillah, bulan Januari Hanim berjaya meretail lebih RM7000. Tapi maklumlah, ini pertama kali pegang duit lebih RM2000 hasil titik peluh sendiri. Maka dengan bangganya, aku cuma bayar duit kedit kad separuh dari hasil tadi. So bila nak restock, maka berlakulah kekurangan wang...

Orang kata, wang bukanlah segala-galanya... tapi kalo nama pun aku... ofkosla aku kata segala2nya perlukan wang.hahaha..Bila takde duit, datanglah stress menggunung.. Sampaikan masa trening STS ahad lepas tu pun aku tak fokus..



Entah nape Ahad tu memang stress bawak ke Isnin...Pastu masa tu jugaklah demam memang kuat sampai sakit semua sendi. Betul-betul tak dapat nak berfikir dengan waras. Sampai langsung tak ngintai abg hensem no 1... hukkkk.... Tapi gambar 1st n 2nd ni yang buat aku berfikir balik. So hari tu aku doa dengan betul-betul bersungguh.

Alhamdulillah hari Selasa, Allah makbulkan doa aku. Dia bukak hari n minda Hanim untuk fikir dengan tenang. Betul kan? Kalau kata Allah nak bagi peluang kat kita, Dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita.

Maka dengan izin Allah, aku berjaya selesaikan 2nd cut World Team. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. terima kasih yang amat buat bonda dan sahabat yang membantu.. Usaha tangga kejayaan!