Bismillah.
Setiap manusia dilahirkan sama. Sebab tu ada perumpaan "anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan kain tu". Sila jangan salahkan mak ayah anda oke... Tapi selaku seorang yang dah akil baligh, maka menjadi kewajipan kita sendiri untuk buat penilaian antara baik dan buruk sesuatu keadaan tu.
Baru-baru ni satu Malaysia kecoh tentang pekerja KFC bergaduh dengan pelanggan. Honestly speaking, aku tak mempersoalkan tentang siapa salah dalam isu ni. Kebanyakan isu camni jadi sebab kurangnya adab. Aku sendiri lebih suka berkerja dengan orang yang tak berapa bijak atau sebodoh-bodoh manusia tapi aku memang LANGSUNG TAK BOLEH nak communicate dengan orang yang biadap.
Soal adab dan akhlak bukan isu baru ye kawan-kawan. Dari zaman Nabi Adam lagi dah wujud isu adab dan akhlak. Kita diajar sebaik-baik pemberian adalah barangan yang paling kita sukai <- ini dari kisah Qabil dan Habil. Pada zaman tu pun dah wujud perkataan TERIMA KASIH. Tak cukup dengan tu, ada lagi doa bila menghadap cermin. Dahla doa tu macam satu permintaan, Allah bagi lagi pahala, pastu Dia bukak lagi jalan untuk perbaiki akhlak kita. So, apa lagi reason untuk kita tak jaga adab kita?
Abah selalu cakap, orang yang tak jaga adab, hidup sentiasa diselubungi tekanan. sebab takde orang nak kawan, pastu tak dengar lagi nasihat orang..bla..bla... Tapi sedar tak punca utama orang muda jadi makin biadap? hemm.. apa lagi kalau sebab makanan?
"You Are What You Eat"
Dalam erti kata lain, if u eat like baby elephant, ofkos kau besarpun jadi elephant. mana ada anak gajah membesar jadi zirafah cik adik oi. Sebab tu korang akan dengar
Kalau budak-budak hyperaktif atau murung je, apa orang cakap? --> Tak cukup nutrisi la tu...
Tapi sedarkah anda sebenarnya bukan budak-budak je yang perlukan nutrisi. Selagi anda bernama manusia, anda SANGAT memerlukan NUTRISI. Instead of bagi makanan berkhasiat dan bernutrisi, kita bagi makan K*C, McD**NA*D dan bagai-bagai. Bukan tak boleh makan langsung., tapi janganla setiap minggu pun bawak makan menda-menda gtu. Rosak perut mei...
Berbalik pada adab dan akhlak... Apa kena mengena nutrisi? oke.. imagine kejap.. Kalau korang perhati kat Malaysia ni ada banyak jenis pump station kan? ada shell, ada petronas ada bla.bla... Korang mesti nak pilih the best punya minyak kan? So korang pun try minyak A, tak ok, minyak B, tak jimat, Minyak C, oke, sangat best. So korang proceed dengan minyak C sebab sayang, tanak kereta cepat rosak. Tapi kenapa attitude kita tak macam tu bila kita jumpa makanan?
imagine kalau lemak pun boleh buat kiraan macam sugar cubes tu,, euwwww
Makanan ni ibarat minyak pelincir jugak la. minyak yang bagus, dia akan cuci enjin kita. Tapi kalau apa yang kita makan tu tak mencuci perut kita, pastu lagi block salur darah, pastu tambah lag lemak euwwww ok tu scary... Bila jadi stuck dalam badan, mula la hormon tak stabil. Pastu bermula lah masalah emosi.. Asyik nak hangin satu badan.. pastu hari-hari dok maki orang.. Kalau dibiarkan je, maka, secara otomatik, berlakulah sesuatu yang tak enak didengari iaitu BIADAP.. .tak best kan kalau asyik kena tegur je... (-.-)"
Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat. Jaga adab, jaga akhlak~
No comments:
Post a Comment