Bismillah...
Assalamualaikum...
:)
-Jom
ramai-ramai singgah booth Fitrah As Sham – Herbalife J19 @ Karnival
WOW Putrajaya -
Bangun
pagi bersiap nakgi opis, rembat roti 2-3 keping, makan dalam kereta.
On the way ke opis, singgah stall nasik lemak tepi jalan (konon sebab
nak tolong macik tu kasik laku). Sampai opis, terus makan
nomnomnomnom buat kerja.. bosan.. g pusing tempat member, rembat
kepek ngunyah-nyunyah.. ada kacang dalam drawer, ngunyah lagi. (-.-”)
pukul 10, turun mengeteh dengan member. Beli mee goreng dengan teh
tarik... habis makan, nyembang kejap sambil makan cekodok goreng...
beli kuih RM2 buat bekal dalam bilik karang..
11pagi masuk opis buat muka tak bersalah, duduk, buat kerja sambil
berangan..oke, tu aku..
Sementara
tunggu lunch hour, makan kuih tadi. Perut
kenyang dah tapi mulut still nak mengunyah.. Grrr... Boss
datang bebel-bebel...stress. Mata
pandang jam, tangan buat-buat bizi main keyboard. Bila nk lunch ni...
adoi...
1.00pm..
HURRAYYYYY!!!! Gaji baru masuk. Boleh makan besar sikit. Takde
jauh-jauh aihh..ikan bakar kat kafe bawah ni pun cukuppp... Baru bau
asap dari dapur, perut otometik lapar balik. Tengok air asam dia,
pergghhh... Terus mintak nasik lebih.. Lapar beb.. Plan asal nak
makan ikan bakar je, tapi nampak telur masin, amik sepotong, amik
ulam buat cukup syarat. Oh ada papedom, masyuukkkk... * Sambil
nakg amik ikan bakar ternampak ketam masak lemak. Hermmm... dah
dilema antara ikan bakar dengan ketam.. okelah.. taruk kuah ketam pun
jadilah* oh lupa nak oder.. “adik, milo ais satu!”
Errkk..Alhamdulillah.
Kenyang yangg amat. Menyandar kat kerusi sambil sembang-sembang
*Leklu..sapkok lu ← ini bukan saye*
before naik opis, singgah 7-eleven beli cikedis buat bekalan kalau
bosan petang ni.. KALAU BOSAN OKE.. tapi
tak bosan pun, omnom nom nom nom jugak. Sambil plan malam ni nak
masak ketam sebab tadi tak dapat makan, goreng ikan pekasam, buat
kangkung goreng sikit ← buat cukup syarat janji ada sayur je ni. Oh
rutin hariankuuuu...
Malam
goreng nuget dengan kopok sikit buat jajan nak tengok TV japgi.
Before masuk tido, tengok muka depan cermin “lawa kottt aku ni”..
tengok badan “ok, aku gemok. Esok nak puasa”.. Hakikatnya, esok
tak jadi posa.
Sedar
tak sedar, inilah rutin harian buat kita yang suka makan.. oke, aku
pun suka makan. Haha.. Kalau ikutkan, sayur pun nak makan yang
bergoreng. Kekadang tu, minyak sayur tu lagi lebih dari minyak ikan
goreng.. Perghhhh...kolestrol...
Hewwww.....
Seronok rasa bila pagi-pagi masuk opis orang tegur “u nampak dah
slim”.. auwww.... hoho... tapi bila orang tegur “nape kau macam
dah gemok?” terus muka berubah 1000 bentuk. Meowww... Takpe,
Herbalife kan ada. Haha ← sempat pomot ni.. Tapi kalau rasa nak
jimat tanak makan Herbalife, meh nak bagi sikit tips untuk berdiet:-
- KURANGKAN MAKANAN BERGORENG A.K.A BERMINYAK
korang sedia
maklum makanan berminyak itu sememangnya mengGEMOKkan walaupun
sekadar guna minyak zaitun.
- PILIH MASAKAN YANG LEBIH SEGAR & SIHAT
Kalau tengok
sayur pun dah layu, ikan pun dah lembik semacam, pilihla makanan
sihat macam KFC ke McD ke.. oke, ajaran sesat ni.
- JADIKAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNACKKenyang pun kenyang, sihat pun sihat. Kalau malas nak potong kat rumah, beli je epal ke, limau ke. Buah potong pun baru singgit... -jangan kedekut untuk kesihatan anda-
- AMALKAN '88888'
Ini Menteri
Kesihatan yang cakap oke. Makan sebelum lapar dan benti lepas 80%
kenyang, makanan terakhir mesti before jam 8 malam, minum air
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tidur 8 jam sehari, dan berjalan
sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari.
- MALAS BERSENAM? TUKAR HABIT ANDA.
Sejujurnya,
akusangat tak rajin nak bersenam sebab masa aku sangat terhad dan aku
memang tak rajin. Tapi sejak akhir-akhir ni, energy bertambah
(Herbalifers memang energetic sikiit). So kalau kau biasa rumah
sejengkal dengan kedai pun nak naik kete, sila tukar amalan tersebut.
Kalau selama ni parking kat soping mall tu nak depan pintu masuk,
kali ni cari area jaoh sikit. Pelan-pelan kayuh beb!
- AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Ini dah kaver
semua aspek ni. Dalam erti kata lain, ambil balik piramid makanan tu,
pastu ikut betul-betul saranan dia. Ada paham??
No comments:
Post a Comment