♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 5 August 2014

FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH





Klik -> Blog Liya

Happy Anniversary Encik Alias Ismail & Puan Rosmawati bt Abdullah.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir: Surah Ar-Ruum, Ayat 21

Setinggi-tinggi syukur dan tahniah aku ucapkan buat pasangan ibubapa Liya. Jujur dalam hati, terdetik perasaan“Wow.. this couple are surprisingly amazing.” Marah? Cemburu? Gaduh? Mungkin ma dan abah Lia pernah lalu semua tu. Awal perkahwinan, itu semua biasa saja. Bukan setakat gaduh sahaja, belum kira romantiknya lagi. Iyalah, dah 29 tahun bersama. Jelasnya lebih banyak yang gembira daripada berduka. Kalau tidak, masakan lebih suku abad mereka masih mampu bertahan bersama?

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, namun itu bukanlah alasan untuk sentiasa sengsara. Dalam pentas dunia, hidup ini umpama padang uji. Terutamanya di alam perkahwinan. Antara rasa hormat dan tertindas, pengorbanan antara hati yang berkasih mengambil tempat. Sekali lagi Hanim ucapkan tahniah dan syukur untuk ma dan abah Liya. Semoga keduanya bertemu semula di Jannah.

Keluarga Al-Majidun

akudaripada keluarga besar. Al-Majidun dipetik daripada nama abah; Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar. aku ada 8 orang adik beradik; tiga abang, sorang kakak, tiga orang adik perempuan. 16 April 2013, iaitu tahun lepas, genap 30 tahun anniversary Abah dan Umi. Adat kami di pagi raya, biasanya kami akan berlumba-lumba bangun paling awal dan serbu bilik abah untuk kejut abah umi dan terus salam raya. Tapi tahun ini adat tu menyepi sebab tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa abah dan tahun pertama aku, dan abang-abang tak beraya di rumah (pagi raya) kerana masing-masing beraya di rumah mentua. Dan kerana Allah sayangkan kami, tahun ini Dia gantikan kami dengan tiga ahli baru; kakak ipar baru dan baby; RyAnis.

Kiri: Muhammad Ryan Iskandar
Kanan: Anis Shalehah

Alkisah, kami sekeluarga sangat suka makan dan makanan. Dulu, kami tak sangat jarang ke bazaar Ramadhan dan kalau bukan Umi yang bawa, memang kami tak jejak ke situ. Kira-kira dua tahun lepas, kami masing-masing dah pandai cari duit sendiri tapi tak pandai manage duit kami. Nak dijadikan cerita, adik-adik Hanim ke bazaar Ramadhan di Wangsa Maju. Mulanya kami plan nak beli sikit je makanan, tapi lain pula jadinya. Hampir RM100 terhabis di bazaar. Malam tu habis kami semua ditarbiyahkan oleh umi dan abah. Dan segala makanan yang dibeli pun terpaksa dihabiskan sampailah ke sahur esoknya.

Abah cukup pantang kalau kami tak bangun sahur. Dah namanya manusia normal, tahap kemalasan di pagi hari tu memang tinggi tak terhinggalah. Satu hari tu, adik akubuat perangai tak nak bangun sahur; mamnu’ katanya. Puas kami kejut, sudahnya kami yang give up. Tak lama lepas tu abah pula naik. Dengar  je bunyi tapak kaki dan batuk abah, terus adik aku terjun dari katil dan berlari turun ke meja makan. Padahal abah naik tu sebab nak masuk tidur.

Kalau ikutkan, banyak cerita Ramadhan yang aku nak kongsikan. Tapi mungkin di lain hari kita sambung lagi. *Tepuk tangan* sebab walaupun panjang, korang baca jugak entry ni sampai habis. Untuk yang belum follow, boleh follow blog ni laju-laju tau. Jangan lupa follow blog liya di sini.

Barakallahulakuma wa jamaah baina kuma fee khair
(Semoga Allah berkati kamu dan dihimpunkan kamu dalam kebaikan)

Wallahualam~


No comments:

Post a Comment