♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 4 September 2018

2018: Bercuti ke Mesir (Preparation)

Bismillah...

Bila mana blog yang ada ni dah berhabuk, maka marilah kita cuci sawang-sawang ya ada.. hahah...
.
Sebenarnya banyak entri didelete bagi menjaga privacy keluarga dan kawan-kawan. Jadinya, entry lama yang masih relevan dikekalkan sahajalah yang tinggal.
.
Alhamdulillah, Dr Petai tamat pengajian perubatan di Mesir. Disebabkan itu, tirai travel pada tahun ini dibuka dengan bercuti ke Mesir. Entry kali ni nak sembang tentang persediaan kami SEBELUM kami ke sana.
.
Tour Guide yang dipilih semuanya dengan agen di Mesir. Untuk pelajar Mesir dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, mereka ada satu komuniti FB. Jadi mereka berkongsi ilmu dan juga barang jualan di FB tersebut. Komuniti ni sangat bagus untuk pelajar baru. Sebab ia antara platform di mana para senior yang tamat pengajian (macam Dr Petai), untuk let go kepada junior dan kawan-kawan segala jenis buku, perabot, kelengkapan rumah yang tak muat dan tak ekonomik untuk bawa balik negara masing-masing. Jadi, student junior bolehlah berjimat dengan membeli barang senior mereka berbanding beli baru.
.
Ini adalah comparison sebut harga dari tour guide yang kami jumpa. Semua tour guide ini adalah warga Indonesia yang belajar di Mesir kecuali Kembara Sufi yang berpaksi di Malaysia.



Ini adalah sebahagian daripada lokasi tempat yang kami target nak pergi.


Masjid Imam Syafie, Cairo

Sultan Hassan Mosque (Masjid empat mazhab)

The Great Pyramid of Giza, Cairo
The Saladin Citadel of Cairo

Shopping @ Bazaar Khan el-Khalili , Cairo

The Montaza Palace Garden, Alexandria

Bibliotheca, Alexandrina (The Great Library of Alexandria)

Qaitbay Citadel, Alexandria

5 Star Nile Cruise Dinner

Abu Simbel Main Temple (Luxor-Aswan) 

Hatshepsut(Luxor-Aswan)

Karnak & Luxor Temple ((Luxor-Aswan)

Yang paling penting - University of Tanta

Planning ni dbuat sejak bulan 8 tahun 2017. Kami ke Mesir pada pertengahan bulan Februari - awal bulan Mac.
.
InsyaAllah akan update lagi perjalanan harian kami disana.
.
Travel memang penat. Tapi berjalan bumi Allah yang luas ni betul-betul buka mata. Tentang culture, tentang makanan, apa lagi perbualan harian. Walaupun dah 6 bulan berlalu, tapi perasaanny macam baru semalam kami ke sana.
.
Mudah-mudahan diberi kesempatan untuk meronda ke segenap ruang lain di muka bumi Allah ni.
.
Jom kumpul duit!

No comments:

Post a Comment