♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 27 September 2018

Riadah ke Farm in the City, Seri Kembangan



Bismillah.

Alhamdulillah, minggu lepas sis bawak budak-budak ke Petting Zoo - Farm in the City Seri Kembangan. 2 hari sebelum kejadian, Ryan sikit-sikit buat muka cheeky tanya "kita nak pergi tengok binatang kat Farm in The City ke?" Tak lama lepas tu, datang balik tanya soalan sama. Kalau ikut hati mak-mak ni, nak je cubit pipi tu. Nasibla cheeky.

Tapi bila dah sampai, menangis-nangis pulak dah takut nak masuk. Hailah nak.. aritu kemain excited lagi..

Kisahnya, Team Gojes Mommy decide nak pergi 10 Sept. Entah macam mana, sis boleh termiss pulak pada hari kejadian (ampun..sis pelupa.. sis dah tua).. Makanya sis pergi 17 Sept 2018 (Cuti ganti Hari Malaysia). Syukur even though public holiday, we still enjoy our trip. Sis memang dah lama survey Farm in The City ni. Sebabnya, this is the largest petting zoo dan tercatat dalam Malaysia Book of Record tau.  Paling best, Farm in The City ni salah satu lokasi di tengah-tengah Bandar yang ada banyak aktiviti luar untuk meransang perkembangan minda budak-budak (dan sis sekali). Takdela terperap dalam rumah atau shopping mall je kan. Okey jom sis nak share gambar lawatan kami tempoh hari.

Sebelum tu, sis share harga tiket ke Farm in the City  dulu.



HARGA TIKET FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN TAHUN 2018

Tanpa MyKad

Dewasa: RM 55.00
Warga Emas: RM 45.00
Kanak-Kanak: RM 45.00

Diskaun MyKad

Dewasa: RM 37.00
Warga Emas: RM 30.00
Kanak-Kanak: RM 30.00




Family Package: RM 125.00 (Mykad)
(Lebih berbaloi kalau grab promosi ni. Untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Dapat macam-macam voucer lagi ha)



**Kanak-kanak bawah 90cm masuk PERCUMA** yeay!

Comel je duduk kat tepi kaunter tiket tu..


Kat luar & dalam ada banyak mesin makanan ni.. boleh beli nanti..Kotak makanan tu nanti buang dalam pondok kecik sebelah tu.


Ada nota atas tu ha.. ops.. maaf.. sila abaikan ketahian itu..

Dalam mesin tu ada makanan kering je.. Makanan basah boleh beli kat pintu masuk. 1 bucket RM10 je.


Muka Ryan tu cuak + excited..aiyookkk


Ha..ni daily activities. Bolehlah budget timing kalau nak datang nanti..


Okay dah ada tiket.. jom masuk!


Map ni dapat kat pintu masuk. Kalau ikut laluan tu, masuk terus ke kiri.. tapi kebetulan ada parrot show masa kitorang sampai, so ke kanan lah kami..


Pandai wooo parrotnya..


Amboi dia.. Pandai berlakon ni..
  

Anis cakap "Woaahhhh.. besarrrrnyeee telurrrr".. Ye inilah sebab kenapa kita kena bawak anak-anak ke sini.. sebab diorang kena tahu selain telur ayam yang diorang makan tu, ada banyak jenis lagi telur lain. 

Pentingnya pendedahan kepada dunia luar sebab nak budak-budak tahu, dalam dunia ni bukan ada kita sahaja.. Ada banyak lagi hidupan lain yang jarang kita jumpa, tapi masih wujud dan adakalanya tak terjangkau dek akal pun rupa spesis tu..



  Comel.. tapi malu-malu je nak keluar.


Ha..gigit apa tu haaaa.. 


Oh.. nak buang sarang ye..


blue tounge lizard. menguap pulak dia..

Masa kat blue tounge lizard ni,  Ryan tanya kenapa blue? So sis jawab, tengok lidah dia warna apa.. kebetulan pulak lizard ni menguap. Ternampaklah lidah tu biru. Pastu dia tanya pulak "nape tak yellow? nape tak red?" (-.-)

Sebab red & yellow is too mainstream..kikiki


Ini skunk.. yang kentut bau busuk tu.. kagum gila ada skunk ni kat sini. selalu tengok dalam kartun je.. 


Masuk sini sekejap sebab kebetulan nak bagi makan landakkkkk... yeay! Untung betul datang awal.. sekejap2 ada show atau time bagi makan pets.


Besaarrr gilaaaaa..ingatkan landak ni kecik je.. terkejut kitorang tau..


Inilah mammals yang paling nakal sekali kat sini.


Tengok tu.. nakal tak nakalnye dia.. sibuk je kacau iguana tu tido..


Tengok tu lagi.. lubang tu tempat kite masuk jari nk pegang tangan dia. Boleh pulak dia main jilat kat situ.. babab kang.


Amboi dia ni.. amboi dia...


Ha.. Pernah tengok lion king tak? Yang anak singa kawan dengan babi hutan n meercat nama Timon and Pumba tu kan.. inilah Timon in real life.. Ada kat Malaysia beb! Awesome kannnn!


Amboi garangnya dia..okey..okey.. tido la.. tak kacau dah..


Jumpa tasik.. Ni type of birds yang ada kat tasik ni.


Ha.. boleh beli makanan kat sini.. Dalam map pun ada tulis location Food Machine ni tau.


Ada white swan.. besarrrr.. sihat-sihat semuanya.. geram sis tengok haa.. Budak-budak of course excited bagi makan je ni.


Ayah cakap best! sebab ada fishing lake @ longkang ikan. Tapi bukan untuk tangkap bawak balik ye.. untuk main-main disini je.


ni orang sebelah punya.. kitorang tak dapat tangkap pun.. hahahha


gigih tau sambil dukung sambil memancing sekali..


Ni excited bagi makan je.. tak berani nak angkat.. 


Orang cakap tempat ni kecik.. Kalau compare dengan zoo, memanglah kecik.. Tapi dalam kecik- kecik pun, sempatla penat jugak sebab melayan budak-budak sambil main dengan pets kan.. So kita singgah mengeteh dulu.. Harga kafe ni pun affordable..  

Ayah with queen of bird..


Ayah with queen of the house.. hahahaha


time ni hujan pulak dah.. bagi makan birds sambil berteduh.


Iye..kami tak kesunyian.. ramai orang berteduh disini.


Anas ni taknak posing pulak.


Hoi kat sini sis lelaju je keluar.. sebab diorang ni kejar makanan.. so kitorang pun pakat keluar laju-laju sebab takut kena makan.. hahahha


Ayah dengan anas je tinggal.. dorang kurus.. bukan makanan kambing.. #eh..


Dah keluar dah.. ha..kt luar pun ada pets jugak..


Mbekk..mbekk...tapi pony pun ada kat sini..

Ye banyak sangat turtle yg kitorang ingat batu.. tapi tetiba bergerak.. nasib baik tak duduk.

Sementara tunggu ayah dengan chunah..jom main..


Ha.. bolehla beli souvenir dulu sebelum balik tu..

Ada 300 lebih gambar. Kalau boleh nak masukkan semua.. tapi apalah feelingnya setakat gambar kan? Sebab tu korang kena pergi dan feel sendiri.

Review budak-budak:

Soalan: Best tak kat sini? Apa yang best?

Anis cakap "Best.. Macam dekat zoo. Tapi pergi zoo tak boleh pegang-pegang kan? Sini semua boleh pegang-pegang"

Ryan cakap "Nanti kita datang lagi tau. tau.. Kat zoo boleh pegang big turtle je"

FYI, Anis geli dengan haiwan berbulu. Ryan pulak penakut semua haiwan. tapi bila masuk, hilang terus geli, takut tu.. 


Yeay! Mission Accomplish!

Ha, dah ready? Cuti sekolah bolehlah bawak anak-anak. Ni alamat Farm In The City, Sri Kembangan.

Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
Selangor

Lebih mudah, waze ajelah.

Waktu Operasi:
Weekdays: 10.00 pagi – 6.00 petang
Weekend:  9.30 pagi – 6.00 petang

Thanks cik ika & liyana sebab bagi kami peluang ke sini sekaligus up peluang update blog.. hahaha..


Memandangkan sekarang musim hujan dan orang ramai musim cuti sekolah, Sis sarankan korang datang awal pagi. Atau boleh sediakan payung dan baju ujan singgit tu just in case kan.


Farewell.

No comments:

Post a Comment