♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday, 17 January 2013

Senarai Dewan Kahwin

Bismillah...

Permulaan Journey untuk hidup baru... ayokkkkk....

Tengok Dewan Kahwin saya disini..

Masa mula-mula dapat tahu dah nak kahwin (masa ni takde terfikir nak kawin pun), I was like "oh, okey.. nak kahwin dah? hurmm... proceed jela..."... camtu je... takde rasa excited, takde rasa nak amik tahu etc.etc... But then, perasaan nak jadi orang "normal" tu tetiba je ada. Masa ni la terasa semua benda nak di DIY kan. Termasukla dewan... (-.-) sangat tak normal... Since angah kawin lagi, kitorang takde plan nak kawin kat rumah... leceh, renyah, penat etc... Makanya, wedding mesti di dewan supaya tak memenatkan keluarga. I read some bloggers punya facts, kena tempah dewan 1 year before wedding. Sekarang dah bulan Januari. Few month left.. Oh dear... dah lambat sangat ni!!!!

Tapi thanks a lot to B2B, exB2B n para bloggers sebab sharing their views and experience. Antara syarat dewan yang dipersetujui, dewan tu mesti boleh memuatkan sekurang-kurangnya 500pax at satu-satu masa, ada toilet yang best, ada aircond, ada bilik persalinan @ bilik rehat, banyak parking, MURAH. As for now, I could divide dewan-dewan ni dalam 3 bahagian:-

Part 1: Dewan Serbaguna + Pusat Komuniti

Mana-mana dewan bawah Majlis. e.g listed below senarai dewan kahwin under DBKL. (Klik sini untuk ke website DBKL)

  1. Pusat Komuniti Bukit Damansara (Phone : 03 - 2095 4652)
  2. Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail (Phone : 03 - 7728 7591)
  3. Pusat Komuniti Lembah Pantai (Phone : 03 - 2021 3642)
  4. Pusat Komuniti Bukit Bandaraya (Phone : 03 - 2096 2317)
  5. Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis 2 (Phone : 03 - 6187 2023)
  6. Pusat Komuniti Seri Petaling (Phone : 03 - 9018 7285)
  7. Pusat Komuniti Taman Ibu Kota (Phone : 03 - 4023 8641)
  8. Pusat Komuniti Taman Melati (Phone : 03 - 6185 0600)
  9. Pusat Komuniti Sentul Perdana (Phone : 03 - 4043 4076)
  10. Pusat Komuniti Bandar Manjalara (Phone : 03 - 7963 3815)

So far SH dah cari kat MPS, MPPJ, DBKL and also MPAJ.. Malangnya semua suda full.. Sedih ='(

Part 2: Dewan under Agensi Kerajaan 

Dewan-dewan ni perlukan sedikit kegigihan sebab banyak sangat passing-passing.. Apa pun, SH senaraikan dewan-dewan yang SH dah pernah cari tapi terpaksa reject atas sebab-sebab tertentu. Contactnye boleh cari google k? (sorry SH tak simpan contact number, lepas call terus bye2)

  1. Dewan CAC UIA - Out of budget
  2. Dewan KAED, UIA - muat untuk 300pax only
  3. Dewan UTM, Jalan Semarak - sangat tak secure. (If ada any events macam exam ke hape ke, dorang terpaksa cancel majlis kita even dah booking awal2)
  4. Dewan Felda - kena amik pakej
  5. Dewan Gemala Sari, RISDA - kena amik pakej
  6. Dewan Centrium Setiawangsa - kena amik pakej 
  7. Dewan Masjid Wilayah - Off untuk tempahan, tengah renovate
  8. Dewan Masjid Negara - FULL
  9. Dewan FRIM - Full
  10. Dewan Wisma Sejarah - Kecik yang amat
  11. Kampung Pengantin - kena amik pakej
  12. Dewan Puspanita - kena amik pakej
  13. Dewan MARA - kecik
  14. Dewan SEROJA, Kementah (nak sangat dewan ni, tapi takde contact)
  15. Dewan Kem Wardieburn Setapak - FULL
  16. Dewan CIDB - Out of budget
  17. Dewan Prima LJT Melawati - kena amik pakej
  18. Dewan Berlian LJT Melawati - kena amik pakej


Ho... kalo susah sangat, SH buat je wedding kat dewan orang ramai Taman Melewar tu.. Tapi panas.. Dan kebanyakan dewan orang ramai ni tak mempunyai aircond.. kesian orang ramai...Kalau anda berada di bawah area Majlis Perbandaran Selayang, dan dah takde tempat nak buat, dewan orang ramai mungkin boleh jadi penyelamat. Maybe kurang selesa compare to dewan lain. But daripada buat kat rumah, SH rela pergi kat dewan ni.

Untuk sesiapa yang berminat menggunakan pakej dewan, sila abaikan note SH tu. Sebab SH dah ada katerer turun temurun, so tak dibenarkan sama sekali amik dewan berpakej.. sobsob... Jangan tak percaya. SH memang dah call semua dewan (kecuali yang Dewan Seroja tu), and sememangnya bukan rezeki. SH tamola doa orang lain cancel (takutnya imagine cancel wedding.. ohhhh). Mudah-mudahan SH jumpa rezeki kat dewan yang lagi cantekkkk...

Agak fed up jugak dah dekat seminggu lebih tak gak jumpa dewan ni kan. Tapi pencarian perlu diteruskan. Minggu ni plan nakgi wedding festival. Mana tahu ada cadangan dewan yang baru kan. Harap-harap Mr. Yobo ada sama.. Tak larat nak search dewan and frust sorang-sorang... (alasan je ni..) muahahahhaha....

Till then...
Latest: Tengok Dewan Kahwin saya disini..
Yang Masih Mencari Dewan,