♥ Jom Follow ♥

Thursday, 26 May 2016

Tempat Makan Sedap: Restoran Jemari Kelana Jaya

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.



Siang tadi lunch kat sini. Makyong ngidam nak makan daging goreng kunyit.. Restoran Jemari namanya. Restoran Jemari ni dah pernah dijajah oleh team Jalan-jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Ikram Dinzley.




Gambar menu ni ehsan Zomato.

Haa.. Kalau dah sampai sini, wajiblah mencuba menu kerabu kangkung. Jangan lupa, singgah di restoran tomyam, wajiblah try sup tomyamnye sekali. Kami dah pernah try tomyamnye. Kali ni cuba menu lain pulak.


Tadaa.. Menu kitorang nasik putih + daging kunyit (2 set), Kerabu kangkung dan daging masak kicap. Sambal belacan memang takleh tinggal. hihihi..

Overall, restoran ni standard OK lah. Kalau dari 5 bintang, saya bagi 4 bintang sebab tak rasa ada apa-apa yang speacial dengan menunya. Rasanya mungkin sedap sikit la.. Kalau nak ke sini, boleh ke alamat macam bawah ni:

Jemari-Thai Cuisine
C-G-05, Jalan SS6/5B,
Dataran Glomac
46300 Kelana Jaya, 
Petaling Jaya
03 - 78062413

Selamat mencuba!