♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Monday 22 June 2015

#Syukur Selalu

Bismillahirrahmanirrahim..

"Kalaulah dulu aku buat macam ni... bla..bla..bla"
"kalaulah..kalaulah..kalaulah.."

Semua orang mesti pernah rasa nyesal sebab tak buat something beforehand. Aku pun selalu gak rasa macam tu. Mahu idaknye, bila tak buat awal-awal, maksudnya kita dah terlepas peluang tu dan paling tak best bila kita dah takde peluang nak kejar benda tu balik.

Hari ni tetiba rasa rajin nak rewind topic dalam buku "how to get inspired". dah tak ingat pun penulis buku tu. Omputeh la penulisnya. Kau tahu tak betapa positifnya mat salleh ni? Diorang ada attitude yang "takpela. bukan rezeki. Let this be my lesson learnt and try harder next time". Best part yang aku rasa dah lama tak buat, hari-hari before tidur kena tulis atleast 5 perkara yang kau rasa syukur yang amat. Tak kirala dah lama jadi ke, jadi hari ni ke janji apa-apa yang kau rasa syukur.

Warning: Aku listkan bukan untuk menunjuk. Tapi atas spirit #SyukurSelalu. Kalau kau baca dalam nada aku ni macam riak ke, tolong komen bagitahu so aku boleh rephrase ayat bagi nampak baik sikit.. (TT_TT)

1. Dapat Abah garang tapi hati tulus

Korang tahu tak, Abah aku memang garang tapi very supportive. Ko cakap jela mende ko nak buat. Selagi tak salah, dia akan support. Aku rasa kalau abah tak garang, mungkin aku jadik anak manja kededeng. Abah memang garang dengan anak-anak, tapi hati abah nampak benar pure tulus suci. Hari-hari dari kecik sampai kitorang dah tua, abah wajibkan kiss pipi kiri kanan. Aku rasa memang tak ternilai dan tak teringat dah kalau nak tulis balik cerita tentang abah. Kesimpulannya, Abah kite garang bersebab weiiii..

2. Sambung master immediately lepas degree

Dek kerana abah garang tu jugak mendorong aku sambung belajar. Sebab abah dok ulang cakap "belajar tinggi-tinggi bukan rugi pun".. sob sob.. Disebabkan aku dah ada master, insyaAllah aku boleh habiskan belajar sampai PhD before umur aku 35 thn. Go Hanim Go!
p.s: sapa nak tolong bagi geran kat aku? hihi

3. Belajar berbisnes

Aku tak pernah menyesal join Herbalife sejak 5 tahun lepas. Aku rasa dalam Herbalife paling banyak aku belajar bab berbisnes ni. bukan dari orang yang lebih tua dari aku, tapi banyak belajar dari adik-adik. Sungguh lah.. Kalau hati kita sanggup buat 3 perkara; learn, delete, relearn, insyaAllah banyak yang boleh dipelajari. Orang pun suka nak ajar kita macam-macam =)

4. Beli rumah berketul-ketul.

Ok tipu.. beli rumah seketul je. Tapi syukur la sebab kalau tak beli rumah tu, sekarang kitorang tidur bawah tangga umah umi je.. sob sob.. k tipu lagi.. 

5. Dapat rasa PJJ

Perkahwinan jarak jauh.. hehehe... kau tahu tak nikmatnya rasa rindu kat suami time atas bas tu melambai-lambai suami kau sambil lap air mata.. kalau tak aku atas bas, Yobo la atas bas tu.. Sebabkan kau tahu tengah PJJ, maka kesungguhan kau nak nikmati moment bersama dia tu berganda-ganda. Memang masa dia tak ada tu la kau baru ingat nak appreciate dia bagai kan.. kalau ada depan mata, gaduh memanjang.. hoi.. rindu lak rasa hati ini..



Okey.. turn korang pulak kenangkan balik kejadian-kejadian yang terasa syukur sangat.. boleh amalkan hari-hari.. hehe.. babai




Thursday 18 June 2015

Ryanis, My Jewel of Jannah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.. ketemu jugak Ramadhan tahun ni.. 

Kalau tahun lepas ditemani Cik Anis dan Abam Ryan serta Tok Umi, tahun ni special lagik.. sebab ni tahun pertama berpuasa bersama-sama dengan incek Yobo. Tahun lepas berpuasa dalam keadaan berdua dalam perut dan dua luar perut (RyAnis lettew).. Tahun ni bukan rezeki untuk si kecik yg dalam perut tu sambut Ramadhan bersama sebab Allah lagi sayang dia.


Aku xperkenalkan lagi my jewels berdua ni kat umum.. Memandangkan kedua-dua mereka membesar dengan cepat dan dah pun setahun, so hari ni meh nak kenalkan kt korang..hihi


homaiii.. mahu body itu kembali..

Berat aku sebelum kawin 50KG jek.. Selepas Mr Yobo muncul sebagai pasangan hidup, ditambah pulak dengan kewujudan RyAnis (tetiba je bebudak ni kena..hihi), maka kebahagiaan berganda-ganda lalu terjadilah pertambahan berat yang hamat mendadak. Tak kira gugur 3 kali tahun lepas. homaiii


Tema Manggis 2014: ouhh..pipi tu.. pipi tu.. suda tembam di situ..

Muhammad Ryan Iskandar


baru lahir dah pandai senyum.. syok layan pandangan syurga lettew.

Beliau lahir pada berat 3.04kg.. Aku tak perlu explain nama Muhammad in detail and you know why.  Ryan bermaksud kelembutan, kebijaksanaan, atau wangian syurga. Sama maksud macam Ning Baizura bagi nama anak dia Ryan Sky Dalton tu. Nama Iskandar ni special memang nak mengikut nama abang aku > Seth Iskandar. Iskandar bersempena kisah Nabi Iskandar Zulkarnain atau sejarah faymes omputeh iaitu Alexander the Great.  

Mudah-mudahan gabungan nama ni menjadikan Muhammad Ryan Iskandar sebagai anak lelaki yang soleh, bijak dalam membuat percaturan dan lembut dalam ketegasan. 

Anis Shalehah

Berat masa lahir 3.16kg. kalau tak silap la. aku tak ingat dah. banyak sangat urat putus gamaknya. Dedua bersalin normal. Jangan tanya isu bersalin ni macam mana oke. komfem aku takkan jawab. Dari segi bahasa, Anis bermaksud sahabat. Masa pilih nama anis ni kan, aku pun tak tahu macam mana tiba-tiba boleh sebut nak nama Anis. Allah gerakkan hati sebab masa tu teringat kat BFF aku nama Anis Zuana. Dalam masa yang sama, teringat gak kat kawan nama Anis Amalina. Diorang dua ada watak sama -> luar nampak lembut ya amat tapi bila dah kenal, ketegasan dorang jangan disangkal. Dan diorang dua-dua memang kawan yg teramatlah sejati. Bukan kawan makan kawan punya style. Shalehah pulak sempena nama bundaku Puan Shalehah. Kalau gabung, jadila sahabat yang solehah. Untung-untung, Anis jadi Puteri yang mendorong kawan-kawan untuk sama-sama ke pintu syurga.. 


oh pipi debab ni...

In the end, Anis punya perangai pun sama macam BFF + Bunda aku. Sangat independent, a bit of moody, dari luar sangat lady-like tapi bila dah mula tu, dia lagi laki dari abam Ryan. On the other hand, Ryan sangat manja, sangat bijak, peramah dan kuat gelak. Alhamdulillah, masa lahir, RyAnis takde demam kuning. Antibodi Ryan lemah sikit berbanding Anis. Setiap kali Anis tak sihat, Ryan confirm akan berjangkit. Tapi bila Ryan yang tak sihat, jarang sangat Anis berjangkit..


jewels *wink*
ngeeeee... 
starting nak golek-golek...


Macam mana pilih nama?

Macam-macam nama kitorang pilihkan. Every names got its own miracle but it doesn't match. Ende nak letak nama Ryan as Aqashah but rejected. kekeke... taknak nama berat-berat nak sebut ni.. In the end, Ryan dan Anis paling match plus it remind us to our family members (tok umi + ayahchik).

Penat tak nak menjaga?

Hohohohohohohhoho... <<< gelak fake.

Penat memang penat tapi Chu Yang lagi penat kelahiran Ryan dan Anis la yang banyak mengajar jadi penyabar. Sebab diorang adalah miracle from jannah, so tak pernah lagi timbul rasa 'malas' nak layan diorang.

Macam mana jaga?

Alhamdulillah.. sepanjang setahun ni, syukur kerana Tok Umi dan all the makciks sangat sayang dan gigih menjaga mereka. Sebab aku dengan Mr Yobo pun masih PJJ, maka di rumah Tok Umi lah kita tinggal. Di rumah Tok Umi ada Chu Yang, Chu Nah, Mama Chu, Mama Chik, Ayah Chik dan segala adik beradik yang mampu membantu jaga. Sangat syukur (TT_TT).

Masa budak-budak ni umur 7-8 bulan, aku kena chicken pox. Allah je yang tahu seksanya masa tu. bukan seksa sebab kena chicken pox, tapi seksa batin sebab tak boleh pegang budak-budak ni. takleh tidur sama, takleh susukan dorang, hatta xleh duduk dekat. tapi seminggu jela, pastu idak le teman mampu. sob sob.. dalam tempoh cuti MC tu, aku ditemani Chu Nah yang setia menjaga buah hati 2 orang ni. 

Boleh tak bayang kalau kau sorang-sorang, pastu baby taknak tido pastu kau tak tahan nak pergi toilet? homaiiiii... nangis.


huntunglaaa masa ni nak duduk dalam stroller tu lagik...

Alhamdulillah.. Syukur yang amat. Allah janjikan setiap anak tu ada rezekinya sendiri. Bukan setakat rezeki diorang, rezeki kami pun bertambah-tambah. Budak-budak ni lahir tahun 2014. Tahun paling banyak kami berjalan-jalan (nanti aku update travelog yang dah terperam lama tu). Tahu tak nikmatnya berjalan sakan, bergembira dengan keluarga? kalau kau ada duit berkepuk-kepuk pun, belum tentu seluruh ahli keluarga kau dapat ikut sama. banyak sangat kekangan. tak kira yang kerja tu nak amik cuti, yang kat mesir tu nak balik malaysia dulu, yang di nun sini nun sana. tapi rezeki kita Allah yang bagi dan Allah akan bagi dari arah yang tak disangka-sangka.

jalan-jalan ke London lah kitak... 
Abah's University ~ Al-Fatihah
Beijing with TokNgahs & TokNjang...

Sekejap je masa berlalu..


Daripada terbaring macam ni..


Badan dah keras & boleh dirikan camni..


Sampailah dah boleh duduk sendiri. 


Sekarang dah boleh berdiri & berlari-lari. Whatever it's gonna be, we love you both soooo much.. Both of you are our jewels of jannah.

Salam Ramadhan, 2015.


\(^▽^*) Kalau SUKA sila lah LIKE! (*^▽^)/