♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Monday 31 December 2012

Gubahan Hantaran: Peach & Turquoise



.: Bismillahirrahmanirrahim:.


Gubahan hantaran ni ditujukan khas untuk abang aku. Tahniah Abangcik & Kak Ain! Selamat bertunang pada 22 Disember lepas. Entry ni sebenarnya nak tujukan khas buat Cik Nurul Azlen & Puan Anis Zuana sebab tolong siapkan hantaran bertunang abangcik. Tapi gambar diorang takde in action pulak. So gambar hantaran jela yang ada.

Dikisahkan.... planning bertunang ni dah ada sebulan awal. Dan kitorang hanyalah bidan terjun menyiapkan hantaran ni. Maka semuanya last minute punya la.. Asalnya nak color peach & turquoise, tapi susah naw nak mencari bunga kaler gitu, last-last jadi cream+biru cair.. Nasib baik cantik gak...

Aku ni tangan batu, tak kreatif. So urusan pemilihan design hantaran ni diserahkan dekat Anis je. Planning asal nak hantaran camni:



Tapi kakak kedai bunga tu kasik idea baru... dia ajar kitorang buat camni:

belajar buat bunga hantaran ni dari 9pm sampai 1 pagi... (TToTT)

Kalau ikut estimate harga kakak tu, upah satu dulang dengan design camtu lebih kurang RM200. Kalau total 7 dulang, mak aihhhh... RM1400!!!


Cara design dalam imagination kitorang.. sangat tak kreatif... sobsob

End up, satu hari tu dipenuhi dengan kerja-kerja hantaran. Kitorang bahagi kerja untuk 3 bahagian. Yang pertama, siapkan base hantaran. Satu hantaran amik masa dalam 1 jam. Kakak kedai tu dah siapkan 1 so tinggal lagi 6. Nasib baik buat berdua dengan Azlen. So dalam 3 jam dah siap base. Base aje tau! belum masuk bunga-bungaan lagi.

Baru siap 7 bijk base hantaran.

Nak buat ni tak susah. Sekejap je belajar. Surela tak secantik dan sekemas kakak kedai tu buat. Tapi untuk amatur cam kitorang, puas hati dan kembang jugak la nak pandang hasil kerja sendiri. hehe

Antara barang-barang "disebalik tabir"

By the way, sekadar sharing. Barang-barang kat kedai bunga Lavender ni agak murah. Dan beliau berbesar hati untuk beri tunjuk ajar secara percuma sekiranya kita beli barang kt tempat dia. Aku kahwin nanti pun nak beli dari dia gak. So sila ke Prima Seri Gombak. Kedai beliau kat sebelah kedai buku Pustaka Rakyat.

In making of kotak kek. End up tak guna pun kotak kek sebab Mak Lok sponsor halwa buah... yeay! Free satu hantaran! 

Adatlakan, nak kahwin ni kalau kita anak orang kaya, atau kita memang kaya, dan tak kisah nak kuar belanja, upah jela kat kedai. Memang hasil dia lagi cantik daripada buat sendiri. Tapi untuk orang yang baru nak kaya macam aku ni, kena la berjimat dulu. Jangan berhabis kat kahwin tapi lepas kahwin kena makan ikan bilis je hari-hari. So kenalah pandai cari idea. 

Tadaaaaaa!! Siap! hehe... 

Memandangkan handphone aku taklah begitu indah, maka ini jela gambar yang ada. Tapi aku akan kidnap gambar dari kamera canggih abangcik.. Boleh tunjuk gubahan hantaran balasan daripada keluarga kak ain. Canteeeeekkkkkk!! 

Apa pun, terima kasih sangat kat kawan-kawanku, Azlen & Anis. Pregnant+sakit badan pun Anis nak jugak ikut cari kedai bunga tu. Panas sampai melecur kaki terkena pistol gam pun, Lin tolong gak siapkan hantaran. Thanks yang tak terhingga.... Sayang korang! Auwwwww!!!

Tuesday 25 December 2012

Tips Kewangan: Atasi masalah kewangan anda



.: Bismillahirrahmanirrahim:.

Tips kewangan ni khusus untuk mereka yang rasa ada masalah kewangan. Macam mana nak tahu anda ada masalah kewangan? Cuba kenal pasti adakah anda tergolong daripada salah satu yang berikut:-


  • Poket kering setiap kali hujung bulan.
  • Makin banyak gaji, makin banyak hutang.
  • Tiada simpanan kecemasan
  • Tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
  • hutang kad kredit semakin bertambah

Kalau ada, maksudnya memang dah WAJIB untuk atasi masalah kewangan anda.

Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.
Scary kan? So SH share kan 5 tips untuk atasi masalah kewangan ni. Harap-harap dapat membantu.

#1: MENABUNG

Biasakan diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan anda. Setiap kali dapat income jangan beli apa-apa hatta isi minyak kereta sekalipun Sebaliknya, terus masukkan 20% dalam tabung simpanan. Lebih baik menyimpan sedikit demi sedikit daripada semua income kita kena bayar duit hutang, kan? 

#2: PEMBAHAGIAN PENDAPATAN

20% sudah masuk simpanan, pastikan anda mempunyai pembahagian yang betul untuk baki 80%. Contohnya, 10% untuk sedekah dan zakat, 20% bayar hutang, 20% belanja kecemasan, dan 30% belanja isi rumah. Yang penting, wajib berdisiplin. Ketahuilah bahawasanya, orang yang kaya raya pun boleh jatuh miskin jika tidak DISIPLIN.

#3: BANYAKKAN BERGURU

Sekarang dah baaaanyaaakkkkk sangat bantuan kewangan contohnya daripada AKPK. Bukan setakat tu, pergi je kedai buku, berlambak buku-buku berkenaan tips kewangan. Amalkan membaca sekurang-kurangnya  satu buku satu bulan supaya kita sentiasa be updated dengan info kewangan dan trend perbelanjaan terkini. Bukan setakat membaca, banyakkan bergaul dan berbincang secara general dengan kawan-kawan sepejabat. Tujuannya adalah untuk memastikan kita tidak terover bajet berbanding orang lain. Tapi jangan pula terpengaruh jika kawan-kawan kita lebih belanja daripada kita oke!

#4: BERBINCANG

Bagi yang belum berkahwin, pastikan anda berbincang dengan ibu bapa kerana mereka lebih arif dalam hal kewangan. Sebaliknya jika anda sudah berkahwin, perbincangan harus berlaku sesama pasangan. Suami perlu tahu perbelanjaan isteri, begitu juga isteri. Bukan untuk menyekat, sebaliknya untuk memastikan kedua-dua pasangan tahu perancangan bulan itu. Berdua kan lebih baik? Dan semestinya JANGAN sesekali mendedahkan perbelanjaan anda kepada pihak ketiga. Tidak menjadi masalah jika sekadar meminta pendapat. Bak kata orang, "Dengar boleh, Percaya? Nanti dulu."

#5: ISTIQAMAH

Apa pun cara yang anda lakukan, mestilah dilakukan secara ISTIQAMAH. Kalau sekejap simpan, bulan depan tak simpan, bulan seterusnya baru simpan semula, percayalah, anda akan balik ke tempat asal. Istiqamah atau Disiplin diri sangat penting. Kalau kewangan pun tak boleh disiplin, tak taulah masa, pakaian, kekemasan dan SOLAT boleh disiplin ke tak kan... =P

Pilihan di tangan anda. Anda boleh pilih sama ada nak kurangkan perbelanjaan (dapatkan tips daripada MasKahwin) anda atau tambah pendapatan anda . All the Best!!

Wednesday 28 November 2012

Tutorial Blog

Aduhai... Part edit mengedit blog la yang paling payah sekali Hanim nak buat. Mula-mula rajin sangat nak buat sendiri. Tapi end up, cacamarba jadiknye.. So cara paling mudah ialah dengan meng'hire' blogger yang rajin dan kreatif.. Di samping membantu mereka menambah income, kita jugak dapat memuaskan hati dengan hasil kerja blogger-blogger ni. Kebanyakan designer ni very creative dan ada buat tutorial sendiri. Rajin-rajinkan diri untuk menggodek-godek blog mereka ye.. :)

Macam aku sendiri, aku menggunakan design daripada Cik Bulat. Smart n simple.

Untuk design je ye. Part meng'indah'kan lagi blog, nak tambah bloglist ke, komen ke, FB ke, semua tu perlulah anda merajinkan diri. Takdelah susah mana. Cuma perlukan sedikit masa. Maka dengan itu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada para bloggers di bawah kerana sudi mengeshare tutorial dan pastinya banyak membantu aku. Mudah-mudahan new blogger dan blogger lama yang nak mencantikkan lagi blog masing-masing boleh memanfaatkan ilmu tu bersama.

SENARAI BLOG DESIGNER

Cik Bulat (Designer SH)
Iera Afzu
Tempah Blog
Semanis Epal
Pen Merah
Hairuliza
Keju dan Kopi
 
SENARAI TUTORIAL BLOG

Lyssa Faizureen (Paling SH suka =P)
Lisa Afha
Rina Supian
Cik NurFarah
Fara Hamster
Adi Widget
Farah Tutorial
Amalina Suhaimi
Nabila Medan
Dear Oh-Well Paper
Fiza
Myra Aida
Sally Yatie
Blog Cap Ayam
Diary Lisa 
Mari Bina Blog
Wan Hazel
Intan Nurul Fateha
Budak Nakal
Nurhafizah


Okey setakat ni dulu... Nanti kite update banyak-banyak..  Selamat mencantikkan blog masing-masing!

Wednesday 24 October 2012

Word of the Day: Never Give Up

Regret. 
We tend to regret most of the things we give up on. So don't give up.
See the leaders. Borrow their eyes.
 And the leaders have used the path. If it wasn't hard, nobody is special.
In front of us are diamonds. Dig more.
 Because if we stop...
Now start creating our future. Dream Big.
And never looked back.
So, team, please:-


I'll be your supporter. I'll be loyal. I'll be here.
ALL THE BEST.

Sunday 21 October 2012

Kerja dari rumah, cabaran atau masalah?

Bismillah..

Kerja dari rumah memang seronok tetapi bukanlah semudah yang dijangka. Apa pun, adakah kerja dari rumah merupakan satu cabaran atau ia membawa masalah kepada kehidupan kita?

Seperti yang sedia maklum, ramai yang sudah berkerja tetapi masih tercari-cari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan harian. Dan untuk menambah pendapatan secara Part Time itu bukanlah sesuatu yang sukar, apatah lagi jika ia boleh dilakukan di rumah, di samping anak-anak dan pasangan masing-masing.

Apa pun, ia bukanlah satu pilihan yang mudah. Once kita decide untuk mencari extra income, kita perlu ada mindset bahawa tanggungjawab kita sudah bertambah. Maklumlah, kita sudah pun mempunyai dua kerja dalam satu masa! Even though perniagaan kita bermula dari rumah, namun kita perlu mempunyai semangat dan dedikasi serta mempunyai keinginan yang serius untuk menambah pendapatan kita. Cuba lihat antara berikut, agak-agak mampukah anda menghadapi kesemua dugaan ini:-

1. DISIPLIN MASA

Terlalu ramai yang menyerah kalah di saat baru sahaja memulakan perniagaan dari rumah. Dan punca utama adalah MASA. Tak dinafikan, Hanim sendiri menghadapi masalah yang sama pada awal perniagaan. Tapi SYUKUR! Saya TAK give up!

2. GODAAN UMUM

Aduhai. ini yang payah. Katil sudah memanggil, sofa pula memujuk, dan TV pula sedang menggoda. Maklumlah, siang dah kerja. Malam pun kena sambung kerja. Memang sangat TERUJI! Kerja dari rumah memang perlukan konsentrasi penuh. Adakah anda cukup kuat untuk menepis godaan ini?

3. ASAS PERNIAGAAN

Ya, perniagaan. Kenapa bisnes? 90% kerja dari rumah adalah berbentuk PERNIAGAAN tak kira sama ada bisnes dengan kawan, atau sendiri, atau dropshipping, semuanya merupakan suatu perniagaan. Memulakan perniagaan dari rumah memerlukan pengetahuan dalam selok belok perniagaan bagi mengelakkan anda MENAMBAH kerugian dan MENGURANGKAN keuntungan.


Ini baru Hanim senaraikan 3 dugaan. Jadi, apa yang anda nampak, masalah atau cabaran?


Apa pun yang anda lihat, ingat ayat ni sampai bila-bila "THE HARDEST THINGS TO DO IS TO MAKE THINGS HAPPEN BUT ONCE U DONE IT, IT WILL BE THE BEST THINGS TO DO".
Dan bak kata slogan Nike, JUST DO IT!

So tak kiralah kerja di pejabat mahupun kerja dari rumah, kedua-duanya adalah pilihan kita sendiri. The future is in our hand. Kita yang buat keputusan untuk diri kita sendiri, maka kita jugalah penentu masa depan kita. Dan sekiranya anda sedang mencari peluang untuk berkerja dari rumah seperti mana yang aku sedang lakukan, insyaAllah ada jawapannya.

Wednesday 26 September 2012

Memilih nama perniagaan

Memilih nama perniagaan yang hebat bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, ia juga bukan sesuatu yang mustahil. Dalam memilih nama perniagaan, anda mungkin perlu mempertimbangkan beberapa perkara antaranya adalah keunikan nama perniagaan tersebut.

Mentor Hanim, Irfan Khairi seringkali mengingatkan bahawa pemilihan domain name bagi menjalankan perniagaan internet mestilah digabungkan dengan ciri-ciri unik serta menggambarkan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.

Teringat masa kecil dahulu, Abah selalu beri kami teka-teki antaranya adalah mengenai nama perniagaan. Bagi yang sudah tahu, senyap-senyap ya dan yang masih belum tahu, cuba teka!

Dalam kampung Ali, ada 3 orang sahabat karib dan ketiga-tiga mereka bernama Ahmad. Ketiga-tiga mereka bercadang ingin membuka restoran. Bagaimanapun, pergaduhan berlaku kerana masing-masing mahu menggunakan nama "Restoran Ahmad".

Maka Ahmad yang pertama terus membuka restorannya menggunakan nama perniagaan "Restoran Ahmad". Ahmad Kedua sangat marah dengan tindakan Ahmad pertama. Lalu Ahmad kedua membuka restoran disebelah Restoran Ahmad dengan menggunakan nama "Restoran Ahmad 2".




Ahmad ketiga kecewa melihat pergaduhan di antara Restoran Ahmad dan Restoran Ahmad 2 kerana mereka saling berebut pelanggan sehingga seringkali menyebabkan pelanggan restoran tersebut tidak selesa. Oleh yang demikian, Ahmad yang ketiga turut membuka restoran di sebelah Restoran Ahmad 2. Sejak hari itu, pelanggan Restoran Ahmad dan Restoran Ahmad 2 semakin berkurang. Persoalannya, nama apakah yang digunakan Ahmad ketiga sehingga pelanggan berpindah ke restoran beliau....? haa... cuba teka...

<kalau tak dapat jawab, boleh scroll ke bawah>
Nama Perniagaan Ahmad ketiga adalah:-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 "PINTU MASUK RESTORAN AHMAD"

Heee... sekadar jenaka di petang hari.

Kesimpulannya, nama perniagaan memainkan peranan yang sangat penting. Semoga berjaya dalam memilih nama perniagaan anda!

Tuesday 25 September 2012

Sarah Hanim ..That's me!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang memuliakan nama hambaMu, sucikanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan gantilah ia dengan sifat mahmudah. Ya Allah, sepertimana Engkau gerakkan hati umi dan abah untuk memilih namaku, maka gerakkanlah hatiku untuk perbaiki akhlakku sesuai dengan maksud nama itu. Amin.

Hi readers.

Sebenarnya Hanim takde pun buat entry pengenalan diri sebelum-sebelum ni. Main redah ikut suka hati je. Asal korang paham sudah. Tapi nak jugak gedik kenalkan diri.. So korang baca jela ek.

Sarah Hanim bermaksud Puteri Kebijaksanaan. (mudah-mudahan membawa keberkatan)

Watak utama Hanim (yang selalu dengar orang cakap since kecik) ialah memahami. I can relate to that. Maybe sebab hati ni terlalu banyak perasaan cinta dan saying, maka semua orang pun aku rasa macam nak saying. Sampai nak kahwin dulu pun kena betulkan niat sebab kadang-kadang jadi tamak nak kat semua orang.. hahaha

Aku suka travel.. Hatta kalau Yobo tak ajak bercuti pun aku tanpa segan silu ajak Yobo honeymoon. Pasni hadap jela entri bab cuti-cuti aku ye. Hihi.. Aku pun suka makan.. Sebabkan body aku jenis cepat naik, cepat jugak turunnya, maka aku memang suka main bantai makan. Tapi aku pun suka try macam-macam benda untuk kuruskan badan.. HAHAHAHAHA... Macam korang tahu, aku very active dalam Herbalife tapi dalam masa sama Hanim aktif try benda baru. Of course la kalau try tu, Hanim stop pengambilan Herbalife untuk make sure takde connection antara produk tersebut.

Setakat ni Hanim dah pernah try Slimist Spray – bagus tapi tak tahan bau tersangat kuat sampai menyengat hidung. Hanim pernah try EZY Slimming – takde kesan atas Hanim. Hanim pernah try ke Slimming Centre, tapi semua pun tak berapa memberansangkan. Oh, Hanim cuba produk ni bukan sebab tak yakin atau ragu-ragu kat Herbalife ye.. Hanim memang yakin 100% Herbalife ni bagus dan Hanim masih aktif dengan Herbalife. Sila jangan salah faham.

Tujuannya sekadar nak mencuba keberkesanan produk lain... Kalau korang pun pernah try nak diet, mesti korang paham hati dan perasaan orang yang nak slim kan? Hanim pernah jumpa customer yang very sceptic sebab dia dah try banyak jenis produk tapi tak berkesan. Alhamdulillah, dia berjaya turun 7KG dalam sebulan dengan Herbalife. So aku memang recommend amik Herbalife. Tapi kalau dia rasa Herbalife tak sesuai dengan lifestyle dia, mungkin ada cara lain yang aku boleh tolong kan.. atleast adala other option untuk dia.. hihi.. Eh.. terlajak promote.. ha kennnnn... kalau korang nak tanya produk mana lagi Hanim pernah try dan puas hati, boleh emel at gadisjutaria@gmail.com .

Lagi apa nak story tentang Hanim? Oh.. Sebab aku suka makan, pasni ada banyak gambar makanan dan restoran sedap-sedap tengah menunggu untuk dipostkan.. Tungguuuuu~

Dahla..rasa boring pulak membebel... Follow me & do not forget to link back oke!


Dadadididudu~

Saturday 11 August 2012

InsyaALLAH.. itu satu janji!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lately tabung draft blog ni sangat banyak dengan entry yang tertunggak. "Sesungguhnya orang yang bertangguh itu adalah pencuri masa". Nauzubillah.  sila insaf!

Dua hari lepas, kami berbooth di Institut Kemahiran Mara, Kg Pandan. Kali ni agak seronok sebab dapat dengar basic training FREE dari ramai coach Herbalife. Booth memang best. Macam-macam style ada. So aku sendiri try untuk practic one of the best training. Invitation to events. Perasan atau tak, InsyaAllah adalah ayat paling mudah digunakan oleh orang kita bila nak mengakhirkan satu jemputan?

Contoh:-

Aku: "Akak, malam ni kita ada Customer Day kat Melawati. Akak free?"

Akak: "Tengoklah nanti. InsyaAllah."

Aku: "InsyaAllah tu 99.99% confirm kak. Datang bawak kawan-kawan pun takpe. Free je."

Akak: "Ha ye. Insya Allah" < sambil sengih2>

See? InsyaAllah adalah satu istilah yang cukup sinonim dengan orang melayu. Sangatlah faymes.

InsyaAllah bererti "Dengan Izin Allah" atau dalam bahasa omputih "with God's will". Sila fahami bahawa ianya merupakan istilah yang bersangkut paut dengan janji. Dan kebiasaanya bila berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan cakap "InsyaAllah" sebagai isyarat kepada penerima janji bahawasanya janji itu akan TERTUNAI dengan izin Allah.

Berjanji bermaksud berakad dengan niat menunaikan sesuatu MELAINKAN ia terhalang atau terbatal oleh Allah s.w.t

Maksud InsyaAllah dalam konteks masyarakat melayu:

"Tengoklah dulu"
"Kalau aku rajin aku datang"
"Kalau sempatlah"
"50-50. Tak pasti lagi"
"Kalau tuhan aku kasik, aku datangla"

Nampak keketaraan penyalahgunaan perkataan InsyaAllah disitu? Dalam masyarakat melayu, InsyaAllah selalu digunakan untuk menyelamatkan diri sendiri atau menjaga hati orang yang bertanya tu.

Menjaga hati? Normally bila janji tak tertunai, dialog biasa kita dengar berbunyi:

Ali: Nape ko tak datang training semalam? 

Abu: Kan aku kata InsyaAllah. Nak buat cane, kita mampu merancang. Dah tuhan takdirkan aku takleh datang.

Sila jangan amalkan. Tanggapan ini sangatlah salah.

Dalam kes lain, jom kita tengok contoh invitation ke Majlis Nikah

Aceh: Iman, jemput datang Sabtu ni. Aku menikah.

Iman: Ko punya majlis bila?

Aceh: Dalam kul 1. Ala, ko datangla masa nikah aku. Kita kan Best Fren Forever.

Iman: tanaklah masa aku nikah dulu, kau tak datang pun kan.

Aceh: nak wat cane, sapa suh kau nikah dengan cinta pertamaku. auwwww.... datang tau.. tau.. plish?

Iman: hotak kau. Kau nak ngorat laki aku ke hapa?

Aceh: Gila kau. Laki kau, kau jagala sendiri. Ni la masa aku nak buktikan aku ada cinta hati aku. Kau kan besfwen aku.. datang yeh? yeh? 

Iman: InsyaAllah.

Aceh: Leviu Iman!!!!

Dalam cerita ni, Iman dah pun berjanji untuk datang ke majlis pernikahan Aceh melainkan:-

Iman tiba-tiba kemalangan
Iman diserang sawan dan menjadi gila secara tiba-tiba
Iman tiba-tiba kudung dan tak boleh berjalan
Berlaku bencana alam contohnya hujan petir sehingga membahayakan nyawa, gunung berapi tiba-tiba meletup atau taufan ribut menyerang atau banjir sehingga menyebabkan tsunami berlaku.

Apa yang cuba aku tekankan ialah, InsyaAllah tu sebenarnya digunakan bila kita sendiri berani dan yakin kita boleh laksanakan cuma sekiranya betul-betul terhalang, Allah yang tentukan.

Untuk kes yang dah tak ada halangan, tiba-tiba pada hari kejadian korang cakap:

Malaslah nak pegi.
Daripada pegi wedding Aceh, baik pegi tengok wayang.
Allah dah tentukan aku tidur je hari ni, so aku tidur jela.

Kes camni bolehlah diklasifikasikan sebagai kes "mintak pelempang laju-laju". Dan sekiranya ada hal yang tak dapat dielakkan untuk hadir majlis beliau, jumpa sahabat tu lebih awal. Dunia kan dah moden. Telefon dan mintak maaf dari hati sebab memang betul-betul tak dapat datang. Kesian kalau orang tu sangat mengharap kita datang tiba-tiba kita tak ada pada hari kejadian. Kita tak tahu kita ni special di hati siapa kan? Anggap je kita special di hati semua orang. So appreciate je dorang semua.

Dan silalah gunakan istilah ini pada konteks yang betul. Jangan guna pada masa yang salah. Contohnya "InsyaAllah masa exam nanti aku nak bawak toyol" atau "Malam ni InsyaAllah party kat umah Zack" unless kalau korang buat shake party tu lainla kesnya kan.

Kesimpulannya, gunakan istilah InsyaAllah dengan bijak. Kalau takleh, directly cakap takleh. Kita guna nama Allah, jangan buat main-main.

Sunday 22 July 2012

Video Man Luthfi

Bismillah.

Assalamualaikum...

waaaa... rindu laptop... rindu kat blog..wuwwuuuu.... oke bye..

Alhamdulillah, hari ni 2 Ramadhan, hari kedua umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kat korang kan? hew.. 

Sebelum aku teruskan topik hari ni, jom tengok video terbaru Man Luthfi ni... Kitorang adik beradik sangat menanti video beliau..muahahahah.. selamat menonton..


Hew... Best kan? 

Wednesday 20 June 2012

Mak Karun Red Bebet~

Bismillahirrahmanirrahim~

Hehehehhee... 

Korang baca tajuk tu boleh paham tak?

Ni ha mendenye:-


Macaroons Red Velvet..

Aku tak suka red velvet.. so sumpah memang aku rasa tak sedap.. 

Mende ni sebijik 6 hengget.. 

Tapi dek napsu membuak-buak nak cuba, aku beli la jugak.. 

besar tapak tangan aku..

dekat seminggu dok dalam peti ais.. last-last Chu Yang habiskan..

muahahhahaha

Sunday 10 June 2012

Makannnn! Deobukki!

Bismillah..
Assalamualaikum~


Entah betul entah idak aku ngeja tu.. 

Sila abaikan kuali dan cara masak yang sangat comot..

Kebetulan abangcik balik dari Korea bawak sos special korea..

Pastu kitorang pun pegila ke Jusco beli bahan nak buat deobukki ni..



Ia adalah sejenis makan korea.. kalau dalam imaginasi aku nak explain, deobukki ni sebenarnya beras yang dah dihancurkan sampai jadi tepun pastu diuli-uli sampai jadi bentuk macam kuey tiow..

Rasa dia lain sikit dari kuew tiow sebab dia ni macam liat sikit. tapi memang makan sikit je dah kenyang..

Sebab aku guna sos dari korea, so aku tak leh nak share resepi deobukki ni..

nanti kalau aku rajin cuba-cuba, aku translate resepi ni dalam cara orang melayu masak ye...


Ngammmmm!




Sunday 3 June 2012

Mohon Jasa Baik Korang!

Bismillah..

Korang pernah pegi Kopitiam tak?

Ala, yang macam Bangi Kopitiam, Old Town White Coffee, PakLi Kopitiam dan berpuluh jenis Kopitiam lagi tu.. Ha.. nak mintak tulun korang sume isi soal selidik ni siket plish.. korang memang comey dan baik hati... Thanks! heeee


*KALAU TAK PERNAH PERGI KOPITIAM, SILA JANGAN ISI.. TERIMA KASEH!*

Umur: 18-25
26-30
30-35
>35
Jantina: Lelaki
Perempuan
Pernahkah anda menjadi pelanggan Kopitiam? (cth: PakLi Kopitiam, Old Town White Coffee, Bangi Kopitiam etc) Ya
Tidak
Apakah yang membuatkan anda tertarik dengan Kopitiam tersebut?
Sekiranya anda mendapati Kopitiam tersebut tidak memiliki Sijil Halal, adakah anda akan mengunjungi Kopitiam tersebut? Ya (saya tidak kisah)
Tidak (saya sangat mementingkan isu Halal)
Apakah cadangan anda untuk memajukan perniagaan Kopitiam? Memohon Sijil Halal
Memperbanyakkan promosi
Mempelbagaikan produk dan menu
Memberi layanan lebih baik dan mesra pelanggan
Mengurangkan harga

Terima kasih kerana menjawab soal selidik ini. Jasa anda sangat dihargai!



This contact form was created by Freedback.



Wednesday 23 May 2012

Dugaan & Cabaran Melihat Makanan

Bismillah..
Assalamualaikum.

Okei adik-adik, kakak2, macik-macik, abang2 sekelian, hari ni kita nak masak... hohohoooii!

Oke tipu..

Hari ni taknak memasak.. Aku tengah dok godek external, sekali terjumpa gambar-gambar sadis ni.. 

Cuba korang lak tengok..


aaammmmmmm... nganga mulut besau-besau..
 zasssss...pedassss!
 ni aku sorang je pun leh habis..haha <--- bunyi riak kan...
 Wuuuuuuuu... tomyam...wuuuu
Ciss! eh... cheese.. hahahha..aku dah kebulur..

Tengok..tengok.. betapa terliurnye aku menonton gambar seumpama ini sejak pagi tadi... adoyaiiii

Tengahari ni otometik kena gi makan..muahahahha