♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Wednesday 23 May 2012

Dugaan & Cabaran Melihat Makanan

Bismillah..
Assalamualaikum.

Okei adik-adik, kakak2, macik-macik, abang2 sekelian, hari ni kita nak masak... hohohoooii!

Oke tipu..

Hari ni taknak memasak.. Aku tengah dok godek external, sekali terjumpa gambar-gambar sadis ni.. 

Cuba korang lak tengok..


aaammmmmmm... nganga mulut besau-besau..
 zasssss...pedassss!
 ni aku sorang je pun leh habis..haha <--- bunyi riak kan...
 Wuuuuuuuu... tomyam...wuuuu
Ciss! eh... cheese.. hahahha..aku dah kebulur..

Tengok..tengok.. betapa terliurnye aku menonton gambar seumpama ini sejak pagi tadi... adoyaiiii

Tengahari ni otometik kena gi makan..muahahahha


Tuesday 22 May 2012

Tips Makan Tanpa Gemuk

Bismillah.
Assalamualaikum..

Tahukah korang bahawasanya aku baru saje kembali daripada training di Singapore...

Nanti akan di story mory kan sori cekgu BM kisah negara singa itu. Ha, apa pulak ni. Tiba-tiba makan tanpa gemuk kan... emo pulak dengan perkataan "gemuk" tu ye. grrr.. I taula..I pun comelsss jugakk. Korang mesti power bila cakap pasal makanan kan. Sihat dan makanan memang tak sah kalau tak dikait dengan piramid makanan. betul tak?


 

Problemnya, aku sendiri kompius cane nak kira saiz hidangan yang betul. Nasik 4-8 hidangan sehari? mak aihhhh.... Rasanya bukan aku sorang je kot yang kurang paham dengan piramid ni. baik ngaku cepat. Maka disebabkan kekonfiusan ini, wujudlah pelbagai piramid lain yang direvised untuk bagi orang-orang lembap seperti aku faham kegunaan piramid tu. Dek kerana tahap kegemokan di Amerika amatlah membimbangkan, maka wujudlah piramid berbentuk pinggan ilham daripada First Lady, Michelle Obama. Sweet kan? Nama piramid ni ialah myplate.

 Jelas kan?

Myplate diperkenalkan pada Jun 2011 dengan harapan ianya lebih mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan. Rata-rata warga Amerika kelihatan sangat comel di atas jalan raya mereka. Sangat sedih bila melihat kadar obesiti di negara tersebut bergerak seiring dengan permodenan dunia. Mudah-mudahan dengan wujudnya myplate ini, bukan sahaja mereka yang di Amerika itu kembali ke pangkal jalan, tapi rakyat Malaysia pun turut ikut serta. Sangat tak best kalau Malaysia dikenali sebagai "TWIN AMERIKA" kerana rakyat jelatanya gemuk bersepah-sepah dijalanan.

Memang sedap dapat makan banyak, tapi always remember we are what we eat. Jangan risau, myplate ni direka untuk semua golongan masyarakat tanpa mengikut bentuk tubuh badan mereka. Cara nak aplikasikan myplate ini sangat mudah:-

1) Kosongkan minda. Amik pinggan dan mula imagine garisan-garisan serta warna di atas.
2) Berbekalkan nafsu makan yang bukan macam syaitanirrajim, ambil makanan sesuai dengan lokasi sepatutnya. aip.jangan lebih garisan itu!
3) Sila ingat bahawa sayur dan buah-buahan mewakili separuh pinggan anda. So nasik dan ayam dan daging serta makanan yang menggemukkan itu sila kurangkan.
4) Minum air sekurang-kurangnya 2 botol besar air meneral.

Pesanan buat diri sendiri, mulakan dengan Bismillah, dahulukan buah-buahan, dan berhenti sebelum kenyang. Alhamdulillah. Sekian~

Monday 7 May 2012

Bila External Hard Disk Rosak

Alhamdulillah..


Lega suda dapat semula dokumen-dokumen dalam external hard disk... huk2... Buleh imagine tak bila external hard disk 1TB rosak? Dengan semua dokumen pasal customer la, stocking la, report la. Pastu masa tu pulak due nak submit paper bagai. Maka dengan sadisnya, berlaku kekelam kabutan sikit. Please forgive my bahasa~


wohh..manyak space lagi tuh...


Sangat sadis bila pegi Mines nak guna warranty, orang yang first tu kata "Ini kena hanta kilang dulu wooo"... Dalam hati dah berderau darah doa mintak yang terbaik kat Allah. Alhamdulillah mamat hensem yang kedua tu kata "ini wayar je problem". CISSSSSS...... penat dok panik je <--- ayat tak syukur ni...



Just imagine, 1TB oke.. bukan 1 GB... sekiranya tak dapat dicover hard disk itu bagaimana saya mahu mendownload semula cerita ini yang dah mencecah 90 episod?


Running Man: Ni je cite yang I tengok. auww..TV tak dan nak sentuh pun..

Itu lagha je hoke... actually sebab I am very attached to computer, so kebanyakan customer's detail akan disimpan dalam external hard disk. Bukan takat tu, pakej-pakej, stockings detail, semua pasal bisnes ada kat dalam tu. So ini pengajaran buat diri sendiri "SILA PRINT DOKUMEN PENTING!".

 Tak terhenti di situ ye, most of musics, gambar dari tecit sampau besau sume ada kat situ. Cane la gamaknye kalo tak dapat tengok gambo ni:-


Sekolah rendahku...wuuuu (TT_TT)

 Rumah Ampang. Ini rumah lama kitorang... 
(Tempat jatuh lagikan dikenang)

 Pengajaran:

 - Sila buat backup semua dokumen anda
- Sentiasa print dokumen terbaru dan terpenting. contoh; report final sem.
- Jangan panik tak tentu hala. 
- Sila bersyukur. 

Sekian... jom buat kerja!