♥ Jom Follow ♥

Friday, 12 December 2014

Seminar Sehari Bijak Mengurus Wang

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sangat tak berkongsi di blog. Hari ni Hanim nak share sedikit ilmu tentang kewangan. Ini sebenarnya teks ucapan Hanim masa morning prayer kt office Jumaat lepas. Rajin-rajinkanlah diri untuk belajar ilmu baru dan paling penting always empty your cup bila belajar. Kalau tak, ilmu baru tak akan masuk.



Disclaimer: Perkongsian di bawah ada yg 100% copy dari blog & internet sebab asalnya teks ni untuk dikongsi dengan officemate. Kepada pemilik blog/ayat berkaitan, mohon maaf sebab Hanim tak quote blog anda. Tak ingat yang mana satu.


Bismillahirahmanirrahim. Tiba giliran saya untuk Sesi Perkongsian Ilmu. Hari ini saya tidak berkongsi hadis, sebaliknya nak berkongsi sedikit terjemahan ayat al-Quran. Saya memetik kata seorang blogger di internet:

“Ayat-ayat al-Quran mempunyai terjemahan dan tafsirannya tersendiri. Al-Quran hanya menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia. Manakala kita sebagai manusia biasa perlu mengkaji terjemahan dan tafsiran ayat al-Quran atau mempelajarinya terus daripada orang yang telah membuat kajian mengenai ayat-ayat al-Quran.

Mungkin sekiranya kita membaca sendiri terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita tidak akan memahami ayat-ayat tersebut secara terus kerana ia mengandungi maksud tersurat dan tersirat mengenai sesuatu. Adalah lebih baik sekiranya kita membaca buku-buku yang membincangkan terus mengenai tafsiran ayat-ayat al-Quran ini mengenai bab-bab tertentu. Contohnya adalah seperti berikut:

1. Sekiranya kita ingin mengetahui mengenai kisah-kisah kaum terdahulu di dalam al-Quran, adalah lebih baik kita membaca buku Kaum-kaum yang Pupus tulisan Harun Yahya. Buku ini memperincikan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kaum-kaum terdahulu yang sudah tiada lagi di alam yang fana ini. Kaum-kaum yang diceritkan dalam buku ini ialah kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Kaum Saba’ dan lain-lain lagi.

2. Untuk mengetahui ayat-ayat al-Quran yang menyebut mengenai riba’ secara terperinci, adalah lebih baik kita membaca buku Riba dan Isu Kewangan Semasa tulisan Zaharuddin Abd. Rahman dan Riba : Perangkap Dosa Besar dalam Urusan Kewangan tulisan Hisham Ahmad.”

Manakala daripada surah Yusuf antaranya ialah ialah ilmu tentang pengurusan sumber kewangan dan bekalan melalui Surat Yusuf Ayat 47-49. Perkongsian ini sebenarnya saya dapat melalui Seminar Sehari Bijak Mengurus Wang, semalam.

Surah Yusuf ayat 46-49 menceritakan bagaimana kita perlui sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencana supaya tidak kelam kabut di saat akhir atau tatkala ditimpa bencana. Kalau saya boleh recall latar belakang ayat ini sebenarnya pada masa itu Sultan Mesir bermimpi, dan tiada seorang pun mampu mentafsirkan mimpi Sultan tersebut . Lepas itu, Sultan Mesir dapat tahu Nabi Yusuf (yang pada ketika itu merupakan tahanan penjara) boleh mentafsir mimpi dengan benar. Lepas Nabi Yusuf tafsirkan mimpi Sultan, baginda dilantik menjadi Menteri Kewangan Mesir.

Tafsiran mimpi tersebut diceritakan pada ayat 46 iaitu:

Surah Yusuf : 46 "Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya." 

Surah Yusuf : 47; Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Surah Yusuf : 48; Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih) ” 

Ayat: 49; Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)"

Ayat 46 merupakan soalan daripada Sultan Mesir. Manakala ayat 47-49 adalah tafsiran dan nasihat daripada Nabi Yusuf yang boleh dipecahkan kepada 3 fasa. Iaitu ayat 47: Zaman senang, Ayat 48: Zaman Susah, Ayat 49: Zaman Pemulihan.

Daripada ayat di atas terutama ayat 47, ada tiga isi utama yang dapat kita fahami iaitu:

1. Menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam.
2. Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya.
3. Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Dari isi pertama ayat 47, kita perlu menyimpan dahulu pendapatan yang kita perolehi dan bukannya berbelanja dahulu dan menyimpan sekiranya ada lebihan. Formula yang sebetulnya untuk menyimpan adalah Gaji – Simpanan = Perbelanjaan

Dalam kata lain, bila tiba hari gaji, terus asingkan certain amount untuk ke akaun lain yang tak ada kad atau akses ke duit tu susah. Contoh, Tabung Haji (jangan link kan dengan kad ATM) dan ASB. Kalau rasa tak boleh konsisten, buat potongan gaji. InsyaAllah, ia akan membentuk disiplin anda untuk menyimpan. Sebabnya, kalau kita rasa susah nak menyimpan, percayalah, lebih susah kalau kita tak menyimpan.



Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya. Ayat ini menunjukkan bahawa gandum perlu dibiarkan pada tangkainya sahaja dan disimpan. Ini adalah untuk mengekalkan khasiat gandum sebelum tujuh tahun sebelum ia digunakan sewaktu tujuh tahun zaman kesusahan.

Ayat ini menyuruh kita agar menukarkan duit kita kepada dalam bentuk aset ataupun komoditi seperti emas, perak, hartanah dan sebagainya. Kita perlu menukar duit kita dalam bentuk aset kerana supaya duit simpanan kita itu kalis inflasi. Kerana duit RM50 dalam poket kita pada hari ini adalah tidak sama dengan nilainya untuk tempoh  5 tahun akan datang. Kalau kita tak nak tukar dalam bentuk asset sekalipun, kita boleh simpan ditempat-tempat yang memberi pulangan dividen yang lebih tinggi daripada nilai inflasi tahunan semasa.



Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Ayat menyeru kepada kita supaya berbelanja setelah kita memperuntukkan jumlah untuk disimpan. Kita perlu tahu komitmen kita setiap bulan untuk makan minum, bil-bil, sewa, hutang-hutang dan sebagainya. Adalah tidak cerdik dipandang orang apabila kita berbelanja melebihi pendapatan kita setiap bulan.

Itu untuk Ayat 47 iaitu Fasa Senang. Yang bermaksud, fasa di mana kita belum ada banyak komitmen dan hutang dan duit gaji kita tu masih boleh bawa bershopping, berjalan-jalan.

Ayat 48 iaitu fasa kesusahan: tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan yang bermaksud akan datang zaman tiba-tiba kita terdesak nak guna duit untuk sekolah, tiba-tiba duit poket kering dan sebagainya, masa ni kita kena gunakan sedikit dari yang kita simpan. Masa ni kita kena buat bali re-alignment untuk kewangan kita dan susun balik perbelanjaan. Potong hutang-hutang yang ada. Mana perbelanjaan yang tak perlu, kita buang terus atau kurangkan.

Ayat 49 iaitu fasa pemulihan: Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah masa inilah kita dapat balik merasa nikmat kita menyimpan tadi. Contohnya kalau simpanan awal kita di ASB ada RM10ribu, lepas 30 tahun berkerja, simpanan kita tu berpotensi untuk membiak sehingga RM600ribu.

Akhir kata, setiap kali dapat duit gaji atau bonus, pertimbangkan semula sama ada nak berbelanja atau nak bersabar dan gunakan duit tu untuk melabur semula. Tak rugi kalau kita menjadi orang yang bersabar.

Wallahualam, sekian.


p.s: InsyaAllah lepas ni Hanim akan kongsikan jenis-jenis tabung yang perlu ada untuk masa hadapan. Perlu Hanim ingatkan, perkongsian ini 100% Hanim terima dari Tuan Pakdi (Suzardi Maulan). Wallahualam ~ Allah jua yang Maha Mengetahui.

Friday, 31 October 2014

Liebster Award ~ Thanks Dhiya

Bismillahirrahmanirrahim.

Thanks a lot Dhiya sebab tag saya.. Aku pun macam Dhiya jugak, menulis tanpa mengambil kisah hal-hal camni. Bila tanya Uncle G apakah maksud award ni? Masih tiada jawapan tepat...hoho.. terasa bengap diriku ini..

Macam-macam bentuk logo dah ada. Aku tanya dan tanya lagi dekat Uncle G, dan basically aku paham Liebster Award ni macam ask.fm cuma Liebster Award ni ask dalam blog. So blogger pencalon akan tanya 11 soalan, kita jawab, lepas tu kita pulak bagi 11 soalan dan calonkan 11 blogger lain. macam soalan berantai la. hehe.. 


Ooo...Discover new blog katanya.. hihi.. jom berkenalan.

Peraturan Liebster Award:

Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan bloggers lain yang anda tengok followersnya kurang 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada bloggers tersebut.
Maka, aku menyahut seruan Dhiya (leh folo dhiya sekarang..haha) 

11 soalan daripada
 Dhiya:

1. Tiga perkataan yang menghuraikan diri anda?
- Blur, fast-learner, happy-go-lucky~

2. Sumber inspirasi dan motivasi anda? 
- Yobo, keluarga dan buku.

3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
- henpon

4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
- 9gag

5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
- Jadi pakar motivasi macam Dr. Megat

6. Hobi waktu senggang?
- Baca buku tentang kreativiti & leadership~ *aku memang skema*

7. Menonton TV atau mendengar radio?
- err.. dua-dua tak minat.. tapi lebih banyak dengar radio sambil driving.. hihi

8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
- Nak pergi haji dengan Yobo cepat-cepat..

9. Bakat terpendam/ kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
- Empathy; cepat rasa sedih & kesian bila jadi Dr Love untuk orang lain..

10. Situasi yang buat anda tertekan?
- Kerja ad-hoc; bila semua benda nak kena siapkan masa tu jugak.

11. Komen anda tentang blog Dhiya Dahlia? 
- saya pembaca tegar blog dhiya, so memang saya suka la kan.. haha


11 blogger terpilih:
3. Wawa
4. Syed
5. Hanim
8. Nadia

11 soalan untuk dijawab:

1. Apa tema (purpose; e.g: travel, food) blog anda?
2. Azam tahun ni dah capai?
3. Apa target anda dalam tempoh 5 tahun akan datang?
4. Apa jasa seseorang yang tak pernah anda lupa?
5. Kalau boleh putar balik masa, nak putar masa bila dan kenapa?
6. 3 perkara yang saya perlu tahu tentang anda?
7. Pernah give up & macam mana bangkit semula?
8. Boleh share cara anda mendapat inspirasi untuk terus survive dalam kehidupan?
9. Dah capai target follower?
10. Nasihat untuk sesama blogger?
11. Apa komen anda tentang blog Sarah Hanim?

Hihihi.. selamat menjawab (^_^)

Tuesday, 2 September 2014

PENGUMUMUMAN! Giveaway: Happy 6th Year Anniversary; Thank You YOBO!

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah... rasa syukur yang amat sebab GA Hanim yang pertama ni mendapat sokongan daripada rakan bloggers. Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan pada hadiah GA ini kerana saya telah membuat salah terhadap kalian yang mengjoin GA ini. Sepatutnya pemenang diumum semalam – 1 September 2014. Dek kerana kekangan masa, hari ni baru berkesempatan untuk mengumumkan pemenang. Bila saya buat salah, saya akan rasa tak tenang sebab saya rasa saya dah mengabaikan effort rakan-rakan yang join GA ni. Oleh itu, setiap yang join GA ini akan terima voucher Burger King tanpa mengikut random.org (sepatutnya 10 pemenang je).

Anyway, sebelum Hanim umumkan pemenang, jom review tulisan mereka ini (^_^) :















Boleh diconcludekan bahawa kebanyakan komen kata:-

1.       Warna background ni too colourful
2.       Letak shoutbox
3.       Padam verification kat komen <– aku tak perasan pun benda ni ada.. haha

Terima kasih yang amat! Maka, seperti yang dijanjikan, setiap peserta akan menerima voucher Burger King bernilai RM12.00++ dan pemenangnya adalah:

1 Botol Slimist Spray bernilai RM90.00 x 1 Pemenang (Backlink paling ramai)

Shawl (ekslusif jahitan Hanim) x 2 Pemenang



Blog Review x 2 Pemenang




Iklan Percuma selama 7 Hari x 3 Pemenang



Yang telah join tapi tak de dalam list ni, jangan risau, anda pun akan terima voucher tu.. semua pemenang dicabut mengikut urutan oleh random.org kecuali pemenang hadiah paling mahal (sebab bawa backlink paling ramai)..

Terima kasih sekali lagi.. dan nantikan hadiah sampai depan pintu rumah masing-masing ye.

p.s: mohon semua peserta reply emel dengan segera..  (^^,)

Sunday, 31 August 2014

Giveaway: Happy 6th Year Anniversary; Thank You YOBO!

-INI ADALAH STICKY POST-

Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam, dah 6 tahun rupanya… dalam 6 tahun ni boleh kata banyak benda jadi… 20 Ogos 2008 tarikh kami berkenalan.. Memandang kan Hanim ni penghidap STM, maka data sebenar kejadian hari perkenalan tu gagal diingati..hihi…Dalam tempoh 6 tahun ni, banyak memori wujud lepas kahwin.. Yang sebelum kahwin tu semua tersimpan dalam kepala je.

Saje ngengada nak go through perjalanan kami…hihi

Gambar masa lapor diri UKM (Yobo 2007, aku 2006) 

 Gambar 1st kami..ouwwww....


Carl's Jr - Newlywed

 All in black.. Jom masuk ofis!

15 Feb 2014 - Cameron Highland

1 Mac 2014 - First Galleria Taiping

12 April 2014 - USS, Singapore

Pintu masuk Bukit Merah Laketown Resort


Our Twin - Ryan and Anis

Our screen saver.. hihi

Selama 5 tahun + 1 tahun married, hanya 4 bulan masa untuk kami betul-betul tinggal dalam 1 rumah dan kenal side yang kami tak dapat tengok masa zaman bercinta.. Terkadang ada rasa rugi sebab berjauhan dengan Yobo. Tapi ada juga rasa happy sebab setiap kali jumpa, mesti excited as both of us jadi lebih appreciate masing-masing. 

Dalam bulan Ogos, ada 3 hari wajib sambut untuk aku:
20 Ogos - date we first met
22 Ogos - Birthday aku
24 Ogos - Hari Ijabkabul.

dan... jengjeng... Surprise!

Selamat datang ke Giveaway Hanim!hihi

Sempena hari perkenalan kami, Hanim rasa agak murah hati nak bagi barang-barang free ni. Sebelum ni Hanim tak letak column "Follow" dekat sidebar Hanim. Sekarang baru terasa nak tambah follower.. Jemput ramai-ramai ye..

Syarat-syarat:

1. Follow blog Sarah Hanim D'Belog

2. LIKE Page FB & Follow twitter Sarah Hanim. (dekat sidebar)

3. Tekan semua iklan yang ada dekat sidebar blog ni.

4. Klik 3 butang kat bawah entry ni (macam gambar)


Cara Mudah:

1. Wajib buat semua syarat-syarat

2. Buat entry bertajuk:  "Giveaway: Happy 6th year Anniversary; Thank You YOBO!" . 

3. Copy banner dibawah ni dan paste ke entry korang.  

4. Backlinkkan ke sini.

5. Buat sedikit komen buruk mengenai blog Sarah Hanim D'Belog.
Maksudnya, apa yang buruk dan boleh diberi tambah baik untuk blog Hanim.
e.g: kaler blog ni buruk, kalau letak warna cerah lagi cantik kot.

6. PUBLISH!

7. Tinggalkan e-mel dan URL entri anda (link entri giveaway ye)
di ruangan komen entri ini sahaja.

8. Pemenang akan dicabut melalui random.org

Hadiah??

1 helai shawl (ekslusif jahitan Hanim) x 2 pemenang
Blog review x 2 pemenang
Iklan PERCUMA di blog Hanim selama 7 hari x 3 Pemenang
Voucher buy 1 free 1 daripada Burger King x 10 Pemenang

Ekslusif!
1 botol Slimist Spray (bernilai RM90) bagi 1 pemenang yang membawa paling banyak backlink.

*Saya perlukan 20 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Giveaway ini akan berlangsung sehingga jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2014.
Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2014.

P.s: Hanim ada banyak voucher Burger King ni. 
InsyaAllah setiap yang join ni akan terima sekecil-kecil hadiah. 
(^_^)


Friday, 22 August 2014

1Malaysia: Hari Berkabung

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali, alfatihah buat semua mangsa #MH17 & #MH370. Takziah buat semua ahli keluarga.

Hari ni pukul 6.50am aku dah terpacak dekat Putrajaya. Sepanjang 45 minit perjalanan ke ofis, aku berangan sambil membebel "awat langit macam redup semacam?".. Hari ini hari berkabung. baru termaktub dalam sejarah Malaysia berkabung secara nasional. Dan hari ini hari lahir aku.. 



HotFm dari semalam dah pasang lagu-lagu islamik.. pagi ni AMkrew ke KLIA.. biasanya pagi-pagi aku nak dengar suara depa ni pasal aku penakut.. yelah, tengah gelap, matahari pun tak naik lagi.. nanti aku imagine tiba-tiba ada tangan pegang kaki aku.. huhu.. dalam kepala dok imagine plan petang ni nak amik abang..malam nakgi secret recipe makan Shepherd's Pie, tiba-tiba lagu ni berkumandang:-

Lirik Lagu SurgaMu - Ungu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena Kutahu
Hanya Kau Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena kutahu
Hanya Kau Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu


Sentap habaq hang.. aku ni dahla memang emo berlebih.. pastu terus terimagine.. Agaknya, apalah yang diorang nampak bila tahu kapal terbang tu dah nak terhempas? yang ada anak tu, sempat tak mak-mak pegang dan peluk anak dia? yang suami isteri, sempat tak cakap "saya sayang awak sangat-sangat".. Aku pun mula bayang kalau aku ada dalam situasi tu dengan Yobo dan anak-anak.. nauzubillah.. wallahi.. tak kuat untuk aku imagine. 

Pagi ni, seluruh Jabatan dijemput berkumpul di lobi untuk sama-sama bertafakur.. Aku dan Yani sanggup dok menyelit sebab nak tengok berita. Hari ni, kumpulan pertama sebanyak 20 jenazah tiba di bumi kelahiran mereka. Itu tarikh lahir aku dan aku akan ingat hari sejarah ni.. 24 Ogos, tarikh anniversary kami, kumpulan kedua jenazah akan tiba. Kali ini belum pasti berapa ramai. Aku terbayang lagi, "habis tu, kalau family yang tak terima jenazah hari ni macam mana?" hurm... mesti lagi hiba dan sedih.. dalam seluruh rakyat Malaysia secara rasmi menyambut ketibaan jenazah mangsa, ahli keluarga yang belum terima apa-apa pengesahan hanya mampu melihat dan berdoa. Tabahlah wahai sekelian makhluk.. 

Aku memang emo. Aku boleh menangis bila tengok Ryan dan Anis menangis. Aku boleh menangis bila kucing aku mati sebab sakit. Aku boleh nangis bila tengok bangkai kucing/anjing mati dilanggar tapi tak dialih.. Dan aku boleh menangis bila dengar kawan aku sentap dengan aku sebab aku tak belikan roti john. Inikan pulak bila aku menjadi saksi sejarah hari ni, mahukan aku tak menangis. Aku terbayang di masa hadapan nanti, kalau anak-anak aku baca buku sejarah pastu tanya, “Ibu, kenapa dapat jenazah pun orang sambut?”, “Ibu ada tak masa ni?”. Sebab aku selalu tanya Arwah abah dan arwah Tok Mama, tentang sejarah zaman Jepun yang masa tu tengah menjajah Malaysia.

Tapi, akan ada tak kesempatan tu?

Hari ni usia aku bertambah lagi setahun. Belum pasti akan bertambah lagi seminit, apalagi nak tambah sehari.. Allah pilih mereka, orang-orang bertuah, untuk pulang pada Allah. Allah pilih keluarga mereka untuk terima ujianNya. Dan Allah pilih kita semua.. Sama ada untuk menjadi saksi, atau pula untuk menyedarkan kita bahawa dunia ini sementara..

Dan aku masih terbayang, bagaimanakah rupanya detik akhir aku nanti?


Sempat tak aku cakap “Abang, kite jumpa lagi nanti ye?” 

Ore nampyeon, saranghaeyo... 

Thursday, 21 August 2014

JUAL BELI BARANG ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah tak beli barang online?

Hanim pernah.. bukan setakat pernah, malah dah tahap ketagih.. sobsob.. senanye kalau beli online ni dah banyak kali terkena problem yang sama - barang tak/lambat sampai. Paling mahal Hanim pernah beli regenye 2k lebih. Tapi biasanya Hanim tunggu sampai seminggu dua dulu baru contact supplier. Dan based on respond supplier tu Hanim akan ada feeling macam "oke, takpelah, maafkan jelah.." atau "hurmm.. pasni tak beli dah kat sini kotttt". So this is another story yang dalam kategori "oke, takpelah, maafkan jelah.." tapi masih menggamit emosikuuu..

11 Ogos 2014 - Isnin minggu lepas, aku beli barang online. Kali ni aku beli stroller untuk si kembar Ryan dan Anis. Kalau ikutkan patutnya aku dah dapat barang tu sebab normal Poslaju 1 hari je untuk kawasan Bandar. Paling lama pun 3 hari. Dek kerana Bunda dah bising bertanya, aku pun whatsapp owner kedai ni untuk check status. Aku wassap pada 15 Ogos 2014 - Jumaat tengah hari tapi owner cakap dia akan update status kat aku petang tu memandangkan dia berada di luar kawasan. Malam tu kutunggu dan kutabahkan hati dek kerana janji beliau tidak kesampaian. Sebab aku pembeli yang baik, maka aku malas nak bising-bising dan aku tunggu je. Untuk pengetahuan, Barang melalui pos boleh diterima pada hari Isnin hingga ke Sabtu. Tapi aku anggap Isnin-Jumaat sebab aku tak suka nak buat repo tak baik dengan orang.

Isnin – 19 Ogos 2014, aku wassap lagi tanyakan status. Agak pelik di situ sebab aku ada beli barang daripada kedai lain tapi barang tu ambil masa 2 hari je nak sampai. Lalu aku bertanya lagi dengan owner.. Sepi… tiada balasan… Setelah 3 jam menunggu, aku wasap tanda soal “??” itu je sebagai tanda bahawa aku ni sedang tertanya-tanya dan bosan mendengar soalan Bunda. Beliau reply dengan meminta aku tanya di page FB. Terus aku mesej page berkenaan.

20 Ogos 2014- Selasa, aku baru terima mesej reply dari page berkenaan. Daripada gaya reply dan soalan tu, nampak macam order aku tak diproses lagi. Aku rasa page ni dah ada 21k LIKE, maka repo dengan customer sepatutnya dah tip top. Come on lah. Kalau ada customer yang boleh gaduh dengan owner kedai sebab baju/tudung/ barang lain yang harganya bawah RM200, aku rasa aku lagi boleh mengamuk sebab aku order ni stroller untuk twin yang korang pun sahih tahu harganya bukan ciput. At least inform la bila dah pos ke apa ke. Aku pun ada jugak online business tapi takde pulak customer aku merungut barang tak sampai Yang lambat sampai pun sebab hari raya dan customer aku kat Sabah.

Untuk page berkenaan, dan mana-mana individu/syarikat yang nak buat sale secara online, tolong jangan abaikan nasihat aku ni. Aku share tips ni mudah-mudahan urusan bisnes korang lagi sistematik dan ramai customer datang. Untuk pengetahuan, tips ni bukan aku yang create, tapi aku belajar dengan otai-otai online bisnes and aku ubah ikut bahasa aku.

URUS TEMPAHAN

1.       Bekalkan pelanggan dengan maklumat produk, spesifikasi dan harga. Jangan takut pamer harga dan biarkan pelanggan buat pilihan mereka.
Kalau kita sendiri nak shopping pun kita pilih-pilih harga kan, so bagi peluang tu kat pelanggan kita jugak. Rezeki kita Allah yang bagi,so percaya Allah sepenuhnya.
2.       Confirmkan jumlah pembayaran, cara pembayaran. Kalau dah isi form tu, make sure korang komfemkan balik. Kalau susah sangat, download app MSM dekat smartfon tu pastu buat autoreply. Seboleh-bolehnya elakkan pelanggan isi form banyak kali dan elakkan soal jawab yang terlalu banyak.
Ini antara satu kelemahan kedai ni. Aku dah isi form online, dia suruh aku wassap lagi detail tu.. Sepatutnya kalau dah customer wassap bagitau nak beli, korang provide dengan detail payment, mintak dia isi borang online, pastu tanya dia balik dah isi ke belum. Kalau dah, korang check terus kat emel, atau apa aplikasi yang berkaitan, pastu komfemkan lagi sekali dengan ayat “oke cik, saya dah terima form. Ni Cik XYZ alamat yang kt Gombak tu, betul kan?” Tak payah nak formal sangat sebab pelanggan online ni lagi suka relationship dengan owner kedai supaya diorang rasa secure.
3.       Terus prepare barang yang nak pos. Update customer dengan detail pos.
Jangan menipu kata dah hantar tapi sebenarnya belum proses pun order tu. Percayalah, ada balasannya nanti. Macam aku biasanya aku memang akan rembat form Poslaju kat pejabat Pos tu banyak-banyak atau aku beli je sampul Pos Prabayar. Yang penting bukan cara korang balut bungkusan tu, Tracking Number dekat borang tu yang customer nak tahu.
4.       Lepas 2-3 hari, check balik tracking number tu dekat website Poslaju.
Apapun status di Poslaju, make sure korang update customer. Tanya dah dapat ke belum.
Ni boleh check sekali 10 number. So takde isu kedai kau banyak sangat order sampai rasa leceh nak check.
5.       Kalau barang dah sampai, buat ucapan terima kasih & appreciation to customer.
Ini sangat mudah tapi jarang ada owner kedai yang buat. Kena ingat, memang rezeki Allah yang pegang, tapi Allah nak jugak tengok usaha kau. Sekecil-kecil usaha pun boleh membantu di masa hadapan. Kalau customer kau suka kau, InsyaAllah dia akan beli lagi dengan korang.

Apa yang Hanim tahu belum tentu betul dan tepat. Tapi atleast perkara atas ni benda basic yang kena ada. Biasanya masalah jadi kalau kita buat bisnes ni part time (tak kata fulltime takde problem tapi normally orang yang buat part time la jadi masalah sebab bisnes ni side income je kan) Hanim juga owner kedai online secara part time. So jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Sama-sama jaga peniaga yang lain oke.

Dan hari ni, 21 Ogos, receive mesej dari admin:

“As salam Pn.... Pn N minta maaf & nk sy inform customer utk kami proceed suruh supplier refund payment shj.. sbb 2 hari lepas Pn N dh pegi kat tempat supplier .. utk check stock & ambil sendiri stok utk penghantaran brg.. tpi stok masih belum sampai lgi.. sbb terlalu ramai sgt2 yg order.. ramai supplier lain juga menghadapi masalah yg sama...masih menunggu stok.. Pn N x puas hati business dgn supplier yg macamni sbb lambat nk tggu stok yg kami dah order & bayar. Nnti service & business kami juga akan terjejas sbb penghantaran lambat brg kpd customer. Nnti Pn.. bgi a/c Maybank ye utk kami compile utk isi refund form kat supplier. Minta Maaf sekali lgi. Terima Kasih

I am speechless.. 2 hari lepas baru check stock? Aku kompius sekejap.. sebab rasa dah bayar seminggu lebih kan.. Agak mengecewakan sebab untuk aku, motip aku beli barang kat kedai tu sebab harga dia offer tu lebih menarik dari tempat lain. Memangla boleh refund, tapi aku rasa aku still nak kan barang tu daripada nak duit tu direfund.. grrr..

Untuk owner kedai ni, aku harap pasni ada prevention action taken. Too bad I have this bad experience with your shop. Apa pun reason di belakang kejadian Hanim ni, mohon selamatkan pelanggan lain supaya perkara sama tak berulang. Kalau pun ada masalah peribadi, be professional. Dan kalau rasa tak dapat nak penuhi demand, don't promote. Orang kata nak minta maaf memang mudah, tapi hati yang koyak tu susah nak diubat kembali. So pelanggan yang kecewa tak mungkin akan ke kedai yang sama dua kali. 

p.s: korang yang tahu kedai ni mungkin alami pengalaman berbeza. dan review aku hanya tertakluk kepada pengalaman aku sendiri. Bad experience yang aku terima tak menderterminekan korang akan mengalami masalah yg sama. dan aku mungkin akan ke kedai yg sama kalau aku dah lupa pengalaman ni...