Bismillahirrahmanirrahim
Korang pernah tak beli barang
online?
Aku pernah.. bukan setakat pernah, malah dah tahap ketagih.. sobsob.. senanye kalau beli online ni dah banyak kali terkena problem yang sama - barang tak/lambat sampai. Paling mahal aku pernah beli regenye 2k lebih. Tapi biasanya aku tunggu sampai seminggu dua dulu baru contact supplier. Dan based on respond supplier tu aku akan ada feeling macam "oke, takpelah, maafkan jelah.." atau "hurmm.. pasni tak beli dah kat sini kotttt". So this is another story yang dalam kategori "oke, takpelah, maafkan jelah.." tapi masih menggamit emosikuuu..
11 Ogos 2014 - Isnin minggu
lepas, aku beli barang online. Kali ni aku beli stroller untuk si kembar Ryan
dan Anis. Kalau ikutkan patutnya aku dah dapat barang tu sebab normal Poslaju 1
hari je untuk kawasan Bandar. Paling lama pun 3 hari. Dek kerana Bunda dah
bising bertanya, aku pun whatsapp owner kedai ni untuk check status. Aku wassap
pada 15 Ogos 2014 - Jumaat tengah hari tapi owner cakap dia akan update status
kat aku petang tu memandangkan dia berada di luar kawasan. Malam tu kutunggu
dan kutabahkan hati dek kerana janji beliau tidak kesampaian. Sebab aku pembeli
yang baik, maka aku malas nak bising-bising dan aku tunggu je. Untuk pengetahuan,
Barang melalui pos boleh diterima pada hari Isnin hingga ke Sabtu. Tapi aku
anggap Isnin-Jumaat sebab aku tak suka nak buat repo tak baik dengan orang.
Isnin – 19 Ogos 2014, aku wassap
lagi tanyakan status. Agak pelik di situ sebab aku ada beli barang daripada
kedai lain tapi barang tu ambil masa 2 hari je nak sampai. Lalu aku bertanya
lagi dengan owner.. Sepi… tiada balasan… Setelah 3 jam menunggu, aku wasap
tanda soal “??” itu je sebagai tanda bahawa aku ni sedang tertanya-tanya dan
bosan mendengar soalan Bunda. Beliau reply dengan meminta aku tanya di page FB.
Terus aku mesej page berkenaan.
20 Ogos 2014- Selasa, aku baru
terima mesej reply dari page berkenaan. Daripada gaya reply dan soalan tu,
nampak macam order aku tak diproses lagi. Aku rasa page ni dah ada 21k LIKE,
maka repo dengan customer sepatutnya dah tip top. Come on lah. Kalau ada
customer yang boleh gaduh dengan owner kedai sebab baju/tudung/ barang lain
yang harganya bawah RM200, aku rasa aku lagi boleh mengamuk sebab aku order ni
stroller untuk twin yang korang pun sahih tahu harganya bukan ciput. At least
inform la bila dah pos ke apa ke. Aku pun ada jugak online business tapi takde
pulak customer aku merungut barang tak sampai Yang lambat sampai pun sebab hari
raya dan customer aku kat Sabah.
Untuk page berkenaan, dan
mana-mana individu/syarikat yang nak buat sale secara online, tolong jangan
abaikan nasihat aku ni. Aku share tips ni mudah-mudahan urusan bisnes korang
lagi sistematik dan ramai customer datang. Untuk pengetahuan, tips ni bukan aku
yang create, tapi aku belajar dengan otai-otai online bisnes and aku ubah ikut
bahasa aku.
URUS TEMPAHAN
1. Bekalkan pelanggan dengan maklumat produk, spesifikasi dan
harga. Jangan takut pamer harga dan biarkan pelanggan buat pilihan mereka.
Kalau kita sendiri nak shopping pun kita
pilih-pilih harga kan, so bagi peluang tu kat pelanggan kita jugak. Rezeki kita
Allah yang bagi,so percaya Allah sepenuhnya.
2. Confirmkan jumlah pembayaran, cara pembayaran. Kalau dah isi
form tu, make sure korang komfemkan balik. Kalau susah sangat, download app MSM
dekat smartfon tu pastu buat autoreply. Seboleh-bolehnya elakkan pelanggan isi
form banyak kali dan elakkan soal jawab yang terlalu banyak.
Ini antara satu kelemahan kedai ni. Aku dah
isi form online, dia suruh aku wassap lagi detail tu.. Sepatutnya kalau dah
customer wassap bagitau nak beli, korang provide dengan detail payment, mintak
dia isi borang online, pastu tanya dia balik dah isi ke belum. Kalau dah,
korang check terus kat emel, atau apa aplikasi yang berkaitan, pastu komfemkan
lagi sekali dengan ayat “oke cik, saya dah terima form. Ni Cik XYZ alamat yang
kt Gombak tu, betul kan?” Tak payah nak formal sangat sebab pelanggan online ni
lagi suka relationship dengan owner kedai supaya diorang rasa secure.
3. Terus prepare barang yang nak pos. Update customer dengan
detail pos.
Jangan menipu kata dah hantar tapi
sebenarnya belum proses pun order tu. Percayalah, ada balasannya nanti. Macam
aku biasanya aku memang akan rembat form Poslaju kat pejabat Pos tu
banyak-banyak atau aku beli je sampul Pos Prabayar. Yang penting bukan cara
korang balut bungkusan tu, Tracking Number dekat borang tu yang customer nak
tahu.
4. Lepas 2-3 hari, check balik tracking number tu dekat website
Poslaju.
Apapun status di Poslaju, make sure korang
update customer. Tanya dah dapat ke belum.
Ni boleh check sekali 10 number. So takde
isu kedai kau banyak sangat order sampai rasa leceh nak check.
5. Kalau barang dah sampai, buat ucapan terima kasih &
appreciation to customer.
Ini sangat mudah tapi jarang ada owner kedai
yang buat. Kena ingat, memang rezeki Allah yang pegang, tapi Allah nak jugak
tengok usaha kau. Sekecil-kecil usaha pun boleh membantu di masa hadapan. Kalau
customer kau suka kau, InsyaAllah dia akan beli lagi dengan korang.
Apa yang Hanim tahu belum tentu
betul dan tepat. Tapi atleast perkara atas ni benda basic yang kena ada.
Biasanya masalah jadi kalau kita buat bisnes ni part time (tak kata fulltime takde problem tapi normally orang yang buat part
time la jadi masalah sebab bisnes ni side income je kan) Hanim juga owner
kedai online secara part time. So jangan disebabkan nila setitik, rosak susu
sebelanga. Sama-sama jaga peniaga yang lain oke.
Dan hari ni, 21 Ogos, receive
mesej dari admin:
“As salam Pn.... Pn N minta maaf & nk sy inform customer utk kami
proceed suruh supplier refund payment shj.. sbb 2 hari lepas Pn N dh pegi kat
tempat supplier .. utk check stock & ambil sendiri stok utk penghantaran
brg.. tpi stok masih belum sampai lgi.. sbb terlalu ramai sgt2 yg order.. ramai
supplier lain juga menghadapi masalah yg sama...masih menunggu stok.. Pn N x
puas hati business dgn supplier yg macamni sbb lambat nk tggu stok yg kami dah
order & bayar. Nnti service & business kami juga akan terjejas sbb
penghantaran lambat brg kpd customer. Nnti Pn.. bgi a/c Maybank ye utk kami
compile utk isi refund form kat supplier. Minta Maaf sekali lgi. Terima Kasih”
I am speechless.. 2 hari lepas
baru check stock? Aku kompius sekejap.. sebab rasa dah bayar seminggu lebih
kan.. Agak mengecewakan sebab untuk aku, motip aku beli barang kat kedai tu
sebab harga dia offer tu lebih menarik dari tempat lain. Memangla boleh refund,
tapi aku rasa aku still nak kan barang tu daripada nak duit tu direfund.. grrr..
p.s: korang yang tahu kedai ni mungkin alami pengalaman berbeza. dan review aku hanya tertakluk kepada pengalaman aku sendiri. Bad experience yang aku terima tak menderterminekan korang akan mengalami masalah yg sama. dan aku mungkin akan ke kedai yg sama kalau aku dah lupa pengalaman ni...
No comments:
Post a Comment