Bismillahirrahmanirrahim..
Dikala
sekelian umat bizi share gambar raya masing-masing, aku tetiba nak share story
pasal Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41 .. Kisahnya, masa
aku dapat surat interview tu aku tengok je. Takde langsung rasa nak prepare
apa-apa sebab aku dah rasa selesa kerja satu ofis dengan Bunda &
Yobo.. Tapi Yobo pujuk suruh pergi gak.. Tarikh interview aku
pada 2 Mei 2014 (Jumaat) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Jalan
Cenderasari. Pagi tu Yobo hantar dan aku dengan penuh confident n ready nak
jawab soalan temuduga.
Sepatutnya
turn aku pukul 10 pagi tapi aku datang pukul 8.00 pagi sebab nak
selesaikan urusan cepat-cepat. Yela, selagi tak habis interview, selagi tu tak
benti debar kan? Senang cerita, interview kali ni aku memang terasa sangat frust..
Keluar je interview terus senyum kelat. Tak tahu nak menangis ke nak marah ke. Bagi
aku, soalan yang tuan penemuduga tanya memang dah mudah sangat, cuma aku je
yang panik dan terkedu masa terima soalan tu. Mungkin soalan yang aku target
tak keluar, maka bila soalan mudah yang ditanya, terus aku kelab kelibut. Ini
antara contoh soalan dan jawapan temuduga aku masa dekat SPA tu. Yang mana
elok, korang buatla contoh. Mana yang tak elok, korang buang la ye.. tapi
awal-awal aku bagitahu, aku sendiri rasa tak konfiden dengan jawapan aku.
1) Apa
pendapat awak tentang GST?
- ni
okeylah, sebab tanya pendapat, so takde betul atau salah.
2) Sekarang
ni ramai orang menentang GST, kalau kena turun kat kampung, macam mana awak nak
bagitahu kebaikan GST ni dan macam mana awak nak betulkan persepsi orang
tentang GST?
- aku jawab
konfiden sebab memang dah faham. Pastu Tuan Panel senyum sambil reply
"awak rasa kalau awak jawab macam ayat dalam newspaper, diorang nak faham
ke? Orang kampung tak minat nak dengar syarahan awak... bla.. bla.. bla.."
okeh.. sentap sekejap...
3) Kenapa
awak nak lari dari LHDN? Yela, LHDN kan bagi bonus setiap tahun, gaji pun lagi
besar daripada dekat Gomen ni.. Tak rasa rugi ke?
- Wallahi,
aku memang rasa rugi nak tinggalkan LHDN. Hatta, kalau boleh aku memang ready
untuk stay kat LHDN the whole life. Aku sedia menabur bakti, mencurah ilmu jasa
setia kat LHDN. Mungkin sebab aku dah membesar dengan suasana LHDN (terima
kasih Bunda) dan aku tahu selok belok kerja di LHDN. Mungkin jugak kerana aku
dah prepare dari Tingkatan 4, terus ambil course Akaun sebab nak masuk LHDN.Tan
Sri CEO, mohon ambil saya berkerja dengan LHDN please!
- So, soalan
ni memang aku jawab jujur je.. Aku jawab “Saya bukan nak lari dari LHDN,
malah saya bersyukur dan gembira kerana dapat peluang untuk berkerja di LHDN
walaupun hanya setahun lebih. Walaubagaimanapun, saya sedang mencari jawatan
yang sesuai dengan kelayakan saya. Di LHDN, meskipun saya menjalankan
tugas-tugas yang sama seperti pegawai yang lebih tinggi jawatannya, hakikatnya
saya hanya mampu memberi khidmat di peringkat sokongan, di mana idea dan
pendapat saya sangat terbatas untuk dikongsi di peringkat atasan. Saya percaya
saya mempunyai bakat dan kreativiti untuk membantu mempertingkatkan kualiti
kerja di jabatan saya sekiranya saya diberi peluang sewajarnya. ”
4) Dulu awak
kerja dekat Mahkamah kan? Ada berapa tingkat mahkamah di Malaysia?
- ini aku
salah jawab. Lepas tu panel tu gelakkan aku sambil cakap “macam mana awak boleh
kerja kat mahkamah ni”. Sentap mak tau.. Aku pun balas la “saya kerja dekat
Mahkamah Perusahaan Malaysia, uruskan hal-hal perindustrian. Bukan mahkamah sivil untuk kes-kes jenayah ke apa ke” grrr.. Nampak la panel tu pun tak mahir jugak
tentang Mahkamah Perusahaan Malaysia ni. So sama jela kite kan, tak perlu nak
gelak sangat la..
5)
Pada pendapat awak, kenapa gomen sibuk sangat nak cakap tentang inovatif,
inovatif, inovatif?
- ni aku
jawab dengan penuh sopan dan detail. Tapi panel SPA cool je jawab “betul tu.
Tapi saya nak dengar main point awak”. Aku pun jawab lagi.. Tapi dia senyum je
sambil bagitahu jawapan yang dia nak dengar.. Cuba korang teka apa jawapan
panel tu?
Dan beberapa
soalan lain aku tak ingat dah.. Lepas keluar tu, terus call Yobo mintak ambil
aku. Siap buat muka sebab rasa tak puas hati dengan performance aku.. Huhu..
Kalau dah aku sendiri tak puas hati, panel macam mana pulak kan.. Harapnye
diorang ambil kira pengalaman aku dan mengerti bahawa aku reti buat kerja Cuma
tak reti nak menjawab soalan interview je.. Nervous...
Keputusan
dianggar keluar pada 16 Jun 2014. Aku pun dah tak rasa nak check.. Sebab dah
tawar hati dan tak nak berpisah dengan besties kat LHDN.
6 Jun 2014, masa aku tengah menyusukan Ryan
dengan Anis, Yobo mesej tanya keputusan temuduga dah keluar ke belum. Aku ni
dahlah tengah bizi menyusu dua baby serentak, boleh pulak Yobo ni paksa-paksa
aku suruh jugak bukak. Last-last Yobo surrender, dia yang check dan hantar aku
gambar ni:
Alhamdulillah.. memang tak sangka.. Rezeki baby agaknya (masa tahu ni aku belum tahu aku pregnant). Aku pun terus cari info tentang jawatan ni. Dalam pencarian ni lah aku jumpa Dhiya , jumpa Ena, Farish, Siti Nurhanim, Siti Sarah (Nampak tak, dua-dua nama aku ada dalam
ni..hahahah), Kak mar, Fazly, Adleen, Hidayat, Zhuhaini KJ dan ramai lagi..
Mujur jugak Dhiya bukak entry tu, kalau tak, mungkin kitorang masih
bersepah-sepah sekarang ni...
Alhamdulillah.. memang tak sangka.. Rezeki baby agaknya (masa tahu ni aku belum tahu aku pregnant). Aku pun terus cari info tentang jawatan ni. Dalam pencarian ni lah aku jumpa Dhiya , jumpa Ena, Farish, Siti Nurhanim, Siti Sarah (
Dan
sekarang, aku berada di sini, jauh dari kawan-kawan baik aku kat LHDN, jauh
dari Yobo, jauh dari Bunda. Sedih kan ayat aku. Sebagai orang yang kurang
pandai nak bergaul, aku rasa Allah sengaja nak beri peluang untuk aku belajar
dan teruskan pembelajaran (ada hikmah di
setiap kejadian). Apapun, thanks a lot Dhiya. Kalau Allah tak gerakkan hati
Dhiya, maybe kita semua tak kenal rapat gila macam sekarang. Mungkin kita semua
baru nak berkenalan kan..
Bagi yang
kurang arif tentang perjawatan dan tugas di jawatan ini, macam mana nak apply
dan sebagainya, aku nak share sedikit info. (Info ini adalah petikan dari penerangan panel temuduga dan juga
penerangan semasa kami lapor diri). Kebanyakan dari kami tidak memohon
jawatan ini di SPA. Setakat yang kami difahamkan, batch yang gagal temuduga PTD
M41 tempoh hari dipanggil untuk diberi peluang semula untuk menduduki temuduga
jawatan ini. Secara umumnya, tugas kerja jawatan ini sama seperti PTD M41
kerana insan terpilih akan ditempatkan pada kekosongan PTD M41. Dalam erti kata
mudah, yang mana ditempatkan di Kementerian akan menjalankan tugas-tugas
Penolong Setiausaha (PSU) dan yang mana di Jabatan akan menjalankan tugas-tugas
Penolong Pengarah (PP).
Mengapa jawatan ini diwujudkan?
Kami pun
mempunyai persoalan yang sama. Tetapi menurut kata pegawai yang saya hubungi, terdapat
banyak kekosongan bagi jawatan PTD M41 dan kami mengisi kekosongan PTD yang
sedang menjalani latihan DPA. Wujud persoalan sama ada selepas PTD tersebut
tamat latihan, adakah kami yang mengisi kekosongan tersebut akan ditamatkan
perkhidmatan? Secara peribadi dan berpandukan hitam putih serta pemikiran akal
yang waras, aku rasa semua calon yang menerima tawaran ini jangan terlalu
mengharap untuk diserap tetap. Kita masih perlu melalui proses temuduga dan
lain-lain syarat yang ditetapkan SPA untuk dilantik secara tetap. Soal adakah
perkhidmatan kita akan ditamatkan sebaik PTD yang menjalani latihan DPA pulang
tu tak perlu dibangkitkan kerana syarat dan terma kontrak adalah 1+1 (Kontrak 1 tahun dan lanjutan maksimum 1
tahun). Dalam tempoh menjawat jawatan ini, grab ilmu sebanyak mungkin kerana
ia mungkin boleh dijadikan pengalaman dan menguatkan keyakinan semasa temuduga.
Dalam erti kata lain, nak berkhidmat dengan Kerajaan tidaklah sukar, cuma ia
bukanlah terlalu mudah untuk dipertikaikan seperti mana yang berlaku hari ni.
Sedikit
latarbelakang, pada usia seawal 22 tahun, aku pernah berkhidmat di Mahkamah Perusahaan
Malaysia (MPM) dan bertanggung jawab secara langsung ke atas urusan Pentadbiran,
Perkhidmatan dan Kewangan MPM. Selama 3 tahun berkhidmat, aku dah hafal dan
memang betul –betul mahir dengan dengan bidang aku.
Bahagian lain tu faham dan sekadar tahu kerana peraturan yang berkuatkuasa sering
berubah seiring perubahan zaman. Pengalaman 3 tahun ini bukanlah asas yang kuat
untuk aku mohon supaya diserap tetap. Besar kerugian bagi pihak Kerajaan apabila
terpaksa melepaskan pegawai-pegawai yang mahir dalam sesuatu bidang. Tapi bagi
aku, pengalaman tu sangat berharga sebab kawalan pentadbiran dan kewangan yang
aku belajar sepanjang berkhidmat di MPM boleh aku bawa ke tempat lain hatta di
rumah aku sendiri. Maka, ambil yang negatif dan tukarkan menjadi positif. Barulah
kita akan nampak betapa besarnya kemewahan ilmu yang kita sedang nikmati.
Untuk yang
dah dapat jawatan dan dah lapor diri, kuatkan hati. Aku tahu korang semua ramai
dah berjawatan besar dan bergaji besar sebelum ni dan tahniah aku ucapkan sebab
korang memilih untuk mencurahkan ilmu dan bakti kepada Kerajaan. Jangan
hangat-hangat tahi ayam! Kalau ada ilmu yang bagus, share dengan orang baru. Benda
baik jangan makan sorang-sorang. Yang baru nak melapor diri, all the best!
Yang dah
ditemuduga tapi belum dipanggil, SABAR. Allah takkan uji kita kalau Dia tahu
kita tak mampu. InsyaAllah ada sesuatu yang legi baik untuk Dia bagi.
Satu hari
nanti kita semua makhluk di muka bumi ini akan dipertemukan. Sama ada dalam
keadaan baik atau buruk, itu belum dapat dipastikan. Mudah-mudahan Allah
pertemukan kita dalam majlis ilmu.
Goodluck!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. Congrat yew.. Sronoknya. Sy nk tnya? Brapa lama keputusan temuduga dri lhdn akan kuar?tq :)
ReplyDeleteAssalam sarah :) mcmana pengalaman jd PT skang? Sronok x? Sy dr batch interview yg sama dgn awk, cuma baru je dpt offer letter harini..harap awk sudi share pengalaman bekrja skrang :)
ReplyDeleteTqvm
Assalmaualaikum sis, Alhamdulillah adik sy akan hadiri temuduga 22/6 bagi jawatan N41 Pegawai Tadbir Mardi di serdang,boleh x puan bg apa² tips @ bercerita sikit tentang skop kerja ini? sy & adik dh seach tp x ada pulak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesalam sis.. dlu sis keje kt lhdn ea.. sy dpt iv lhdn ingt nk tnye sis.. kalo x keberatan boleh x bg contact number ntok sy wasup sis.
ReplyDeletetq
salam sis.. dlu sis keje kt lhdn ea.. sy dpt iv lhdn ingt nk tnye sis.. kalo x keberatan boleh x bg contact number ntok sy wasup sis.
ReplyDeletetq
Aisyah, berapa lama masa antara prmohonan jawatan dengan panggilan interview? Lama x?
Deletehai sis, nak tanya kalau exam online normally soalan yg mcm mana ye? ada sumber untuk study tak?hehe
ReplyDelete20 September nanti ada exam peg eksekutif LHDN, ramai jugak dapat panggilan exam kali ni, ada yang dah tunggu dari 2015 hehe.
ReplyDeleteInfo ada kat sini http://www.lamankerjaya.com/peperiksaan-online-pegawai-eksekutif-lhdn-gred-41/
Salam sis,
ReplyDeleteSaya nak bertanya adakah sis sudah diserap ke jawatan tetap atau tamat kontrak dengan Pegawai Tadbir N41?