♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday 24 July 2015

Tips Membeli Beg Tangan

Bismillah..
Assalamualaikum..

Korang ada Hand Bag?

Dah menjadi lumrah alam untuk wanita dan gadis-gadis, beg tangan adalah aksesori terpenting semua wanita. Bukan sekadar aksesori wanita, malah beg tangan wanita juga merupakan keperluan penting untuk kami, para wanita, memuatkan segala barangan peribadi kami. Sebab itu, jangan pelik kalau selongkat beg tangan sesetengah wanita, korang boleh rasa macam jumpa ‘peti harta karun’. Memandangkan fungsi beg tangan amatlah penting bagi semua wanita, meh aku nak kongsi sikit tips membeli beg tangan;
Pertama sekali, beli beg tangan daripada jenama yang berkualiti. Tidak semestinya anda harus berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk memiliki seutas beg tangan yang berkualiti. Sekarang ni ada banyak jenama antarabangsa dan tempatan yang menawarkan koleksi beg tangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bukak je website Zalora.. banyak gila choices beg tangan dia..Cantik..murah.. cantikkkkkk! Hei geram.. okey makk dah rambang mata.

Yang kedua, kena bijak memilih material beg tangan yang elok dan berkualiti. Ini kerana, penggunaan material yang berkualiti dapat menjamin jangka hayat beg tangan tersebut. Material yang tidak berkualiti menyebabkan beg tangan anda cepat rosak seperti terkoyak. Masa zaman belajar dulu, selalu beli beg tangan murah dalam RM20-30 gitu. Sudahnya, tak sampai sebulan, kulit beg dah menggelupas, terpaksa beli baru..
Ciri-ciri yang ketiga pula adalah ‘spacious’ atau mempunyai ruangan yang luas. Kalau  korang memang suka memuatkan segala keperluan anda di dalam satu beg tangan, rekaan beg yang luas merupakan pilihan yang terbaik buat anda. kalau beg tangan aku, dari luar memang nampak kecik. Tapi bila bukak dalam, hamboihhh.. satu rumah pun aku nak sumbat.
Dan yang terakhir, pastikan beg tersebut mempunyai compartment yang banyak untuk memudahkan anda menyusun barangan peribadi anda. Bukan itu sahaja, ciri-ciri ini juga berguna untuk anda mudah mencari barangan yang terdapat dalam beg tangan anda.

Sebab sekarang dah bersepah yang jual online, aku pun tak tahu nak cari kat mana. aku pun antara mangsa yang selalu kena tipu bila beli online ni.. Lepas tu tak serik-serik kan.. shopping online lagi.. Mujurla ada website Zalora.. Tak payah bayar dulu. Boleh Cash On Delivery. barang pun boleh check dulu sebelum settle payment. takde isu kena tipu lagi.. 

Ha..apa lagi, jom la serbu Zalora!

Thursday 23 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hurrayyyy!!! Raya sudaahhhh..

Alkisahh.. Raya pertama tu, sepagi-pagi mungkin kami bertolak ke KLIA nak amik Dr Petai balik dari Mesir. Touch down pukul 8.50 pagi katanya.. Dah sampai pukul 10.30pagi pun belum ada batang hidung beliau kelihatan.. Ada jugak warga Malaysia yang beraya di KLIA menunggu flight dari Dubai yang masih tak kunjung tiba. Rezeki RyAnis pagi raya kot. Ada uncle yang jaga kat ERL KLIA tu bagi duit raya kat diorang.. kemain bahagia lagi tau budak-budak tu...

budak kecik tengah tu nama dia Sarah. 
Ryan & Anis teruja tengok anak mat salleh gamaknya.. Nama budak tu Miranda.. lembut je dia..


Seronok sangat tengok RyAnis berlari-lari main kejar-kejar kt KLIA. Entah anak sapa-sapa je dia buat kawan.
Hei..siapa itu~

oke dah ready nak pergi beraya.. 

Balik rumah, tengok dah ada tetamu.. wow!kami anak beranak pun belum sempat beraya, laju betul deme ni..

Raya pertama, kami pusing rumah sanak saudara di KL. Selama ni pun beraya di KL memang best.. Sebab itulah masa nak tengok jalan kat KL ni tak jammed. Hari kedua - keempat, balik kampung Yobo di Taiping dan kampung Bunda di Penang.. Aku duduk sesaja dalam kereta pun dah rasa kematu punkoq, bebudak dua orang tu macam mana gayanya..

Side encik Yobo.. tiba-tiba semua bertukar jadi warna purple..

Ryan dah pandai menyembang... 

Tok umi kenalkan ryan kat pokok rambutan.

Malas nak layan aih..

budak banyak mulut.

alolor jibam jibam..






Raya kelima, kami ke Johor Bahru. Terlupa pulak nak buat wefie..Raya keenam, masing-masing tidur kat umah.. Penat.. hehe.. hari ni, semua dah mula kerja..

P.s: Jalan dah mula penuh dengan kereta walau office tak penuh dengan manusia..

Wednesday 15 July 2015

#Raya Throwback

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hoooyeayyyy...!

Berapa hari lagi nak raya ni?

Aku excited tunggu Dr Petai balik dari Mesir pagi raya nanti.. kitorang laki bini belum ada baju raya lagi ni haaa.. banyak shopping barang si RyAnis je. Penuh dah baju baru dorang.. ingat malam dekat nak raya nanti buleh la pergi ke Jalan TAR cuci mata sambil shopping barang sepasang dua baju raya kan..

Nak throwback sikit raya tahun-tahun sebelum ni.. hihi..

2010 - Alahai kurus lagi masa ni
2010 - Rumah wajib pregi ~ Tan Sri Ghazali Seth

2012 - Rumah wajib pregi ~ Dato' Ibrahim Abu Bakar

2012 - Rumah wajib pregi ~ Tan Sri Ghazali Seth

2012 - rumah Tan Sri Ghazali Seth

2012 - Raya kedua wajib ke rumah uncle Mahathir Lokman

2012 - masih raya kedua .. ke rumah kawan Enda.

2013 - tahun ni beraya ke Penang pulak.. nak jemput sedara-mara ke kenduri kahwin nanti

2014 - raya gombak le kite

2015 - ?????

doa-doakan la kami.. mudah-mudahan ada rezeki tambah lagi 2 babies..eh?

kbai~