♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Wednesday 30 July 2014

Aidilfitri 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat hari raya!

korang raya mana ni? Dah servuce kereta? Dah buat kuih raya? Acececey.. dah beraya sakan baru nak tanye kan.. haha..

Tahun ni tahun pertama dengan Yobo kat kampung.. tahun pertama jugak beraya dengan si kenit 2 orang tu.  Hihi.. apapun, dalam kita beraya, ingat mereka yang dalam kesedihan.. dalam saudara islam kita yang lain mati kebuluran, kita pun kena berjaga supaya tak terlebih makan.. *ops*..

Anyway, Hanim doa kuat2 supaya korang semua dipermudahkan perjalanan pergi balik dan dipermudahkan segala urusan.. nanti kite stori panjang2 ye.. jom raya!


Wednesday 23 July 2014

Dewan Kahwin Final Part - Reveal

Bismillahirahmanirrahim..

More story on Dewan Kahwin:

At last, dapat jugak nak post pasal dewan ni. hahaha.. Punya lah lama tertangguh.
Nak cari dewan kahwin ni paling crucial sekali.. Bila dah komfem je tarikh majlis, inilah benda pertama sekali yang kami buat (incek asben pun kalut tolong cari dewan kan..hihi)
Pertama sekali, dilistkan syarat apa yang nak kena ada kat dewan tu:-

1.       Dekat dengan rumah
(sebab ramai warga emas, so kalau sesiapa nk berehat boleh balik rumah je)
2. Saiz dewan - sebab jemputan Hanim ramai. so kena consider saiz ni.
3.        Parking luas & banyak
4.       Dewan ada aircond & PA System
(Projektor tak penting sangat, tapi kalau ada pun ok gak)
5.       Toilet + Surau / Ruang rehat
6.       Bersih dan cantik (nak nampak eksklusif gitu)

Dewan kat area Gombak yang paling famous sekali ialah Dewan Beringin.. Cuma tak memenuhi nombor 1,2,3. Malang sekali pakcik yang jaga tu kata dewan ni dah full 1 tahun yang lepas (TToTT). Pada awalnya kitorang plan nikah bulan April 2013. Tapi ditunda ke bulan Ogos sebab nak tunggu Si Petai balik dari Mesir (tengok Hanum, untung en kakak+abang sanggup tangguh kahwin sebab tunggu kamu.hahaha) Sebab tu dewan ni mula-mula tak berapa nak cari lagi (konon-konon nak prepare baju nikah dulu).

So entry kali ni special sikit sebab aku nak tunjuk dewan Y tu kat mana. Hihi
Sekali lagi, untuk tak mahu mengecewakan sahabat-sahabat yang duduk jauh, dewan Y ni terletak di Taman Melewar, Gombak. Kalau anda tidak berada dalam radius yang bersesuaian, maka entry ini mungkin tidak dapat membantu anda.


Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan Dato’ Haji Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad. Terletak di tapak lama Markas Pas di Taman Melewar, Gombak.



(ha..jemput datang..sila..sila.. tapi dah lepas dah tarikh dia..haha)


Untuk memudahkan korang membuat persiapan, sila lah tengok dan lawat laluan-laluan ke dewan tu. Sesiapa yang mahir dengan kawasan ni mesti tahu kat mana nak lalu kan, tapi mana nak tahu kot la dah lama tak lalu situ pastu tetiba de jalan tutup ke kan.. apa pun, pegi survey dulu. Map dah ada, so pergi tengok kawasan dulu.


Disebabkan kitorang ni pemalu -sangat kannn- , kitorang takde pelamin. Ada hiasan untuk makan beradap saje. Gambar ni dicilok di page FB Dyvaz Butik. Korang boleh Google Dyvaz ni. Price memang leh kata murah dan reasonable. Pastu boleh nak demand and mintak ikut kepuasan hati. Jangan lupa mention nama I oke.. Masa nak kawin tu tetiba otak jadi blank, so dorang ni yang tolong design bagai.. I oke aje.. hihi

(pandangan ke depan)

(pandangan ke belakang)

Masa ni ada lebih kurang 40 meja kali 10 kerusi, tak termasuk meja pengantin ye. Jemputan aku ada dalam 1500 kad, ni tak termasuk rombongan 2 buah bas daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia. Alhamdulillah tak ada yang menunggu untuk duduk - maksudnya seat mencukupi - dan kalau ada pun sekejap je (based on kata bonda). Syukur sebab dapat accomodate semua tetamu dalam keadaan sederhana. Paling penting, takde kekecohan berlaku. Alhamdulillah.

Untuk yang dah call aku dan dah dapat dewan ni, tahniah tau. Thanks a lot untuk Kak Fana, Umairah, Hafizuddin dan lain-lain yang telah menginvite saya ke majlis korang. Kalau taka da aral, InsyaAllah aku dan Yobo sampai. Hehe.

Sekian ceritera dewan kahwin saya.

Selamat Berkahwin !
\(^_^)/
(`‘)o(`’)

Update: mohon maaf pada yang email sebab tak berkesempatan nak reply pada semua. No telefon dewan ni 03-6185 5616. Good Luck!