♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 31 January 2012

Wordless Wednesday: Err...Food Stadium?

source:www.9gag.com

Thursday 26 January 2012

Malu I nyahhhh!!

Bismillah...
Assalamualaikum..

Hee.. Pagi tadi masa on the way nakgi Putrajaya, aku pasang Hotfm.. Hotchat pagi ni pasal 'perkara yang memalukan anda di khalayak ramai'.. Hoho.. Ramai yang share cerita dorang.. aku pun try la hengat apa menda yang memalukan yang pernah jadik kat diriku ini.. Oh, xde pape yang memalukan pun <-- cakap dalam hati dengan komfiden ok! Haha

Pastu sampai je kt opis, aku mulakan dengan aktiviti merebut parking.. Muahaha.. Hari ni org dh mula ramai yang masuk keje, so parking agak penuh.. So aku g kt MakGuard kaunter nak mintak pas naik tingkat 6, tibe-tibe dia tegur 'lambat datang rni..? Biasa awal..?'... aku pandang dia.. Pandang lagi. Pastu aku tanya 'biasa awal..?' aih.. Pelik ni.. Ni baru hari kedua kursus. Mana pulak 'biasa' tu datang..?

Tiba-tiba je muka makcik tu berubah n sengih-sengih, dia cakap 'eh.. Mana biasa kan.. Nama pun pelawat kat cni' ... Dia gelak.. Aku sengih macam kerang busuk.. Patutnya aku tak payahla cakap camtu kottt.. duhh!.. Ok... Malu pertama bermula di sini..

Kursus mula 8.30.. aku dah sampai 8.15.. Sempat minum air aloe 500ml pastu g toilet.. Toilet dorang terletak dekat dengan lif.. Nak masuk opis kena lalu 2 pintu berbeza dengan 2 pas berbeZa.. So pintu 1 lepas.. Muahahahaha.. Second door, Gadis tolak pintu.. Xbukak.. Tolak lagi.. Pun xbukak.. Tolak lg kuat.. Orang kt kaunter dalam tu dah pandang-pandang.. Muka dah merah.. Terus tekan loceng.. Kutla pas aku yang xle guna.. Sekali orang kt kaunter tu buat isyarat suruh 'tarik'.. TARIK ok.. Malu sudah.. Diorang terus bantai gelak tak hengat.. Nak kaver malu, aku pun gelak gak dgn dorang.. Muahahahahaha..!Ces!

Dalam beberapa minit je, 2 insiden memalukan dah berlaku ye..

Then kusus mula.. jam dah pukul 9.30. Dah minum seliter aloe... Menuju ke toilet buat kali kedua.. Tiba2 terserempak dengan staf opis kat bilik depan. Dalam hati dah pelik.. Mem ni bukan kena attend kusus dengan aku ke..? So aku tegur dia 'Mem! U ada apa kat situ?' .. Dengan muka tergamam, dia pandang aku n tanya 'bukan kat bilik tu ke.?'.. Hohohoho.. Gelak kuat2... 'kusus kat Bilik Latihan ICT la.. Tu Bilik Mesyuarat!'.. Sama-sama gelak.. Beliau nampak ramai orang masuk bilik mesyuarat tu.. So konfiden je masuk sana gak..

So pagi ni je dah 3 kali insiden melibatkan malu beramai2 terjadi.. Apakah pasni akan jadik mende yang lebih memalukan...? TIDAKKKKKK!!!! hahahahahaha

Wednesday 25 January 2012

Life is unfair...!

-Bismillah-
~ Assalamualaikum ~

wuhuuu!! oho..dah lama tak menulis.. ngeee... kenapa title entry kali ni begitu bunyinye yep?

hoho..sejak kebelakangan ni, stress datang bertimpa-timpa.. misfortunes over misfortunes.. entah kenapa banyak pulak dugaan di musim cuti ye... habis musnah cuti-cutiku..haha

ehem..tapi betul ke life ni tak fair? 

Hubungan putus di tengah jalan... life tak fair?
Tidur tak cukup sebab nangis2..life tak fair?
Dengki tengok orang lain hepi sedangkan kita sorang2 sedih..life tak fair?



Instead of pikir yang negatif tu, why not tuka corak berfikir.. Yela..dari pikir 'napela abang hensem tu tak syok kat aku..aku tak cantek ke?' baik pikir 'takpe abg hensem tu tak minat aku pun..mesti ade abg lagi hensem nak syok aku pasni' MUAHAHAHAHA..oke..joking.. sori abg hensem...

hoho..sebenarnya lepas bermukadimah panjang lebar ni, aku nak share cara aku kawal stress je.. hoho... tengok ni..
oke.. negatif person adalah orang yang sukaaaaa sangat fikir menda-menda remeh dan negatif..Sekiranya ada seorang yang pemarah, mudah kecik hati, or kuat merajuk dsb, sila maklum bahawa anda tergolong dalam golongan orang NEGATIF ye...

 cara pertama untuk ada elakkan diri dari berfikiran negatif ialah dengan muhasabah diri... Kalau perlu, tuliskan apa habit negatif anda yang ingin anda ubah dan berazam untuk tak mengulangi habit tu lagi. Lepas tu, jauhkan diri daripada berkawan dengan geng ahli kelab negative ni.. sebabnya. anda akan mudah terpengaruh dengan aktiviti kurang sehat dan boleh mendatangkan sakit jantung sebab tak pandai kawal stress.. Lepas tu, setiap kali datang musibah atau apa-apa ujian, sentiasa cakap dalam hati dan percaya bahawa 'ADA HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN'.

Yep.. ALLAH Maha Mengetahui tentang apa yang di hadapan kita. Sebagai makhluk kerdil, kita usaha apa yang kita nak capai, tapi kalau banyak dugaan, percayalah bahawa Allah sebenarnya nak tunjuk sesuatu yang lebih indah untuk kita. 

So gitulah cara aku kawal emosi..  Minda akan sehat kalau sentiasa berfikiran positip..

Wordless Wednesday: My life-for-u????


(-.-)" sigh...

Sunday 22 January 2012

Bernikah kerana apa?



Wednesday 18 January 2012

Wordless Wednesday: Langkawi, best place to shop..haha

(-.-)"

Wordless Wednesday: Tiger vs Nescafe?


Thursday 12 January 2012

Sayangi adik anda..

.: Assalamualaikum :.

Haha.. tajuk anda emosi anda.. boleh tak...? hehe..

So dengan tajuk tu, hari ini tak lain tak bukan, nak cite pasal adikku..

Aku sangat mengagumi adik-adik  aku oke.. sebabnye mereka sangat pandai.. sekolah pun semua pakat masuk asrama penuh. Paling lembik pun MRSM... Sambung study pun semua tahap gaban punya course.. Aku ni mampu wat bisnes je...hoho.. so ini cerita tentang kerja Cu Yang...

Cu Yang seorang bakal arkitek.. Masa anak buah aku kecik, kami tanya 'Cek nak jadik apa besaq nanti?' dia jawab 'Jadik arkitek macam Cu Yang'. So hari ni aku nak share kerja Cu Yang..weheeee....


creative kan?
one of the creation yang buat kitorang tak tido malam.
 wee..air terjun..eh?

oke..ini dah rupa chalet..
 really love this one..
 ni baru satu..tak tengok group lain g.. semua kreatif wei!
another creation that made us headache..

Friday 6 January 2012

Siapakah anda sebenarnya?



.: Assalamualaikum :.

huk..semalam adalah hari emo sedunia ye kawan-kawan.. Dunia aku jela..haha... Semalam aku balik dari Balai Polis Gombak dah pukul 12.30 malam. Mengantuk dan lapar sebab terlupa nak makan dari tengahari. Nasib baik ada shake dalam kereta. Sampai rumah, main iPad kejap, bukak netbook layan blog.. pastu aku bukak la Insyirah punya blog Haruman Mawar. Insaf kejap. Muhasabah diri balik. Bila bermuhasabah ni baru teringat dosa, pahala, syurga, neraka.. perghhhh...terasa diri ini sangat kerdil..

aku bukanlah Ustazah Pilihan yang dah berjaya hafaz Al-Quran 30 juzuk. Hatta nak jadi calon pun jauh panggang dari api. Aku pun bukanlah pelajar Darul Quran yang lancar bacaan jawinya dan terror cakap bahasa arab. Aku ni budak sekolah menengah biasa je.. wuwuuuu...

Macam orang lain gak, satu ketika dulu hiburan adalah geng aku.. haha.. sehinggalah aku sedar yang hiburan tu tak ke mana kalau hati tak tenang dan tak ingat kat Allah. Tapi hati manusia ni taklah secekal hati Asiyah mahupun Sumayyah yang sanggup berjuang bermati-matian demi agama. Tambah lagi bila cara penyampaian dakwah ustazah-ustazah pilihan di luar tu tak kena dengan kita kan...mau tak, pandang atas bawah macam nak makan orang.. so lepas ni para muslimah dan muslimin sekalian, berdakwahlah dengan penuh hemat oke... So di situ jelas nyata sedihnya menjadi Islam sejak lahir tapi tak amalkan ajaran Islam pun.

Tapi Alhamdulillah. aku dilahirkan dalam keluarga besar. Meskipun umi & abah bukanlah ustaz & ustazah, tapi aku dapat jugak ceduk ilmu agama dari mereka. Lebih segan bila tengok adik-adik bertudung labuh tapi kakak pakai macam sarung nangka..Mujur ada komuniti Herbalife. Dari situ baru aku dapat tengok betapa ramainya muslimah sejati yang menjalankan perniagaan sebagai ibadah.. Masa tu barulah sedar diri ni serba kekurangan dan tersangatlah kecik kalau beratur depan Allah. Malu beb.. Alangkan handphone yang manusia cipta kalau buruk pun kita sorokkan, inikan pulak ciptaan Allah... So memang memalukan... Silalah sedar diri itu.

aku doa supaya mampu beristiqamah dalam perubahan dan ada suami yang boleh bimbing aku keluar jauh dari neraka Allah. So semua orang, sila beramai-ramai doakan aku cepat kahwin. Semoga Allah makbulkan doa korang. Thanks! hehe

Semua Allah punya


Hari tu Adik patahkan paip sinki dapur. 
Marah Adik sebab geram.

Hari tu ada duit lebih, pergi melepak dengan member. 
Bangga. Sebab nampak macam dah kaya.

Stuck in jammed. 
Maki orang depan sebab bawak lembab.
Maki orang tepi sebab menyelit-nyelit.

Semalam balik pukul 12.30 malam.
mengamuk sebab dah penat.

Tiba-tiba dengar lagu ni. 
Terus search lirik. 
Terus solat taubat. 
Nangis. 
Insaf.

Sila hayati ok.

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Mana milik kita
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah, Ya Rabb.

p.s: Kitorang ubah ayat maki kitorang jadik 'Semoga Allah 

mengampunkan dosa orang tu dan tunjukkan kebenaran kat dia'. :)

Thursday 5 January 2012

Media Sosial... Lama dan baru? Alamak~

Bismillahirrahmanirrahim~

hoho.. Dalam dunia ni ada banyak pesen manusia.. camtu gak dalam dunia blogging..ada  yang silent reader n ada yang gila komentar. haha.. Aku mula zaman blogging sejak kat matriks lagi.. tahun 2006 kotttt.... tapi masa tu memang blogging ni one of the most popular social media gak la.. masa tu takde facebook.. yang ada hanya menatang ni...
 hengat lagi tak?

Antara 2006-2011..oh 2012 sudah...lima tahun oke.. Aku sempat berehat selama 2 tahun iaitu pada pertengahan tahun 2009 sehinggalah pertengahan tahun 2011 dan dimulakan balik dengan blog kali ni.. dan semustinya ku sudah centa bangat dengan blog kali ni.. haha

Masa mula berblog dulu, zaman tu student lagi, so duniaku penuh dengan CSS..haha...sepanjang masa nak main edit theme supaya blog jadik cantek dan menarik.. tapi since kontroversi 2009, terpaksa ku tutup blog tersebut.. sedih... adik-adik pun bising terutama yang komen blog ni tak ramai follower tu.. miahaha.. agak-agak la beb.. zaman tu student g.. masa banyak free untuk blogwalking and backlink tp sekarang bizi nak online.. online pun bila chat dengan customer je.. haha.. 
Semalam ada sorang kawan lama tegur gini 'Weh, blog xxxxx tu kamu punya ke..? pesal buruk semacam?!!" homaigod.. baru aku tahu aku ada stalker..hahaha.. aku memang suka dapat teguran gtu..haha.. sori bro..tak banyak masa nak edit blog.. nanti saye edit kasik cantek baru wat promote oke!


Antara header masa zaman dolu..haha

oke.. sebenarnya tengah dok baca emel lama-lama ni..teringat zaman dolukala.. sekarang kena mula balik dari bawah.. weeeeheee! kena make sure  by bday tahun ni, blog aku dah ada followers! yahooo! ada sikit pun jadila..haha


Wednesday 4 January 2012

Sisters Day Out!


.: Assalamualaikum :.

WaaaaaaaaaaaaaHhhhhhhhhhhhh!!! Alhamdulillah...

Al-kesahhhhhh... Malam 31 Disember 2011 tu aku terlupa orang nak sambut New Year.. Punyalah kami ni bijaksana bawak Paklong n the Gang gi tengok I-City Shah Alam . Sudahnya, dek terlalu ramai manusia, kami pun pulang la dengan hanya melihat I-City dari tepi highway je.. huk3...

oke..topik kite bukan pasal New Year... aku tengah dok belek-belek gambar dalam external.. tiba-tiba rindu kat adik-adik..huhu...macam la selama ni duduk jauh kan..haha... Tapi apa pun, motif kitorang hanya untuk meluangkan masa bersama-sama gadis-gadis di rumah kami.. MIAHAHAHA... Lokasi kami ialah di Kenny Rogers Setapak....

fight between sisters 
playing games 'Who stole the cookie in the cookie jar'! ops..that's muffin laaaa...

nice pose from our Bonda! 

NO ENTRY! Chicken in bathtub...
Spot the different..haha 
The most famous pose: Mulut itik! 
okai...don't play with your food!

p.s: Tiba-tiba aku nak rindu zaman family berkumpul kat rumah.. boleh tak?

Wordless Wednesday: Jom Study!

.: Bismillahirrahmanirrahim:.





Sunday 1 January 2012

My Goals.. InsyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim~

Tinggal beberapa jam je lagi nak masuk New Year. Terasa nak share my GOAL untuk tahun 2012.oh..betapa ruginya tahun 2011 berlalu tanpa azam...

Oleh kerana kekangan masa nak berfikir, sempat tulis sikit je.. haha.. doakan aku untuk capai semua azam ni oke...

1) Life as a student

InsyaAllah, tinggal 1 semester je lagi which is meant for thesis.. nak lulus pengajian di peringkat Master ni dan konvo pada bulan 10 nanti.
jumpa korang masa convo nanti!

2) World Team 2012 

Oh..saye ada satu azam sangat kuat.. Iaitu mengalahkan Yus n Atie serta mengejar mereka untuk jadik GET team.. tapi belum berkelayakan.. aku sekarang masih di tahap Supervisor.. So target aku, 20 Disember 2012, aku  dah Qualified as World Team member!
sekarang aku datang sebagai peserta.. InsyaAllah 2012  aku akan jadi speaker pulak!

3) Ada perniagaan sendiri

Ini azam dan keputusan terbesar dalam hidup aku.. Doa aku agar diperkenankan serta umi abah merestui perjalanan aku dalam dunia perniagaan. So aku dah decide, apa pun jadi, aku akan usaha jugak untuk kaya melalui perniagaan.. hihi.

4) Kahwin

Weeeeeheee!! bestnye nak kawin! haha... Ni niat dulu yang penting kan.. Yobo, jom kawin! hehe Oh umi! saye mahu kawin!


One of my Bestie's wedding

So yang terakhir... PLEASE aminkan doa aku dan support aku oke!!! LOVE korang jugak..haha..

SELAMAT TAHUN BARU!
WELCOME 2012, THANKS 2011!

sekian