♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 18 March 2014

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Thursday 13 March 2014

Proses Renew Passport

Bismillahirahmanirrahim..

Ini bukan kali pertama aku renew passport. Tapi nak share jugak story passport ni. Sebab setiap kali pun prosesnya tak sama. Lokasi pun berbeza..

Masa first time dulu aku buat kt Shah Alam.. kt kompleks PKNS tingkat 2. Ingat sangat sebab kt situ siap dengan cepat..(masa tu tengah belajar kt UiTM, sebab tu buat kat situ). Sebelum datang tu aku dah sediakan semua dokumen yang diperlukan so boleh terus ambil nombor, pegawai kat kaunter nombor tu check dokumen pastu proceed je (masa ni tetiba tak fotostat ic.. so pusing2 cari kedai nk fotostat jap).. masa ni sekitar tahun 2010 kot.. sekarang ni tatahu macam mana proses kat Imigresen Shah Alam.

Kali kedua renew online.. Punyalah tak rajin anak Tok Majid ni.. semua benda nak buat online.. Sebab memang tak rajin nak ambil cuti, nak tunggu lama-lama kat situ dan paling tak rajin sekali nak cari parking.. hohoho.. isi online ni paling mudah.. bukak website Imigresen, cari eperkhidmatan, isi ikut mana yang perlu, lepas tu pilih nak pick up kat cawangan mana. Hanim pilih Wangsa Maju kononnya sebab situ paling dekat. Proses online ni ambil masa 1 hari berkerja..so esok tu dah boleh ambil.. nasib baik bos baik hati, bos bagi time off kejap untuk pick up passpport.. Memang sekejap sangatlah proses nak ambil tu. Masuk tu ambil nombor, dalam 5minit tu dah dipanggil, bagi passport lama, tunggu nombor dalam 5 minit je dah selesai.. dalam 15 minit je kat situ.. tapi nak mencari parking tu yang pening kepala.. sob.. sob.. (TT.TT)

So hari ni aku ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kuala Lumpur yang terletak di belakang opis kitorang kat Jalan Duta.. (nak mention gak ofis tu kan. Hehe). Tengok ek proses ni:-

Jam 8.15 pagi bertolak dari ofis (sebabnya aku g melepak kt ofis umi kejap).
8.30 pagi tiba ke destinasi.. terus ke tingkat 2 bahagian passport dan beratur untuk tangkap gambar (nasib baik pakai lawa sikit hari ni..hehe). aku dah ada gambar sebenarnya tapi baru tahu kat sini lain sikit prosesnya.. Diorang wajibkan tangkap gambar kat situ supaya boleh masuk sistem terus.. free je tangkap ni.
8.50 pagi selesai bergambar boleh ambil nombor kat kaunter 26. Tunggu nombor dipanggil.
9.06 pagi nombor dipanggil untuk proses bayaran. Kadar bayaran RM200 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun.. ni normal rate ye.. yang di luar normal rate boleh check di website imigresen.. hihi.

Nombor akan dipanggil di kaunter 1-5 ya.. Tunggu 1 jam dari sekarang 《-ni akak pegawai tu yang cakap.

aku kan xreti duduk diam.. So aku berlagak ala-ala Mystery Shoppers nak buat pemantauan.. hehe.

Tengok ni.. purata kaunter 3 punya serahan.. tak sampai seminit wa cakap lu.. hehe.. tapi tiba-tiba abang kaunter di buat pengumuman:

"Perhatian, bahagian passport mengalami gangguan sistem. Proses passport dijangka mengambil masa lebih dari 1 jam".

Alaaaa.. baru nak excited main kira-kira.. so Stopwatch aku hanya bergerak untuk kira tempoh menunggu serahan passport aku jela..

Hari sabtu lepas, aku dan abang ke UTC Sentul, Imigresen Kajang, dan uTC Pudu tapi semuanya nombor dah habis.. ohhh... boleh pulakkkkkkk.. Ahad tu kami pergi lagi ke UTC Sentul.. baru 9.30 pagi tapi nombor dah habis.. maka terpaksalah kami pasrah yang UTC ni kena pergi lepas subuh baru buleh dapat nombor.. renew online pin tak boleh sebab sistem ditangguhkan seketika. so baiklah cuti je.. boleh bawak Romeo ke klinik..

Satu.. satu.. lima lapan..kaunter sembilan.. satu.. satu.. lima.. sembilan..kaunter sebelas.. tak berhenti mesin ni panggil nombor. Rasa akak mesin yang bunyi nombor tu pun penat.. Tapi memang cepat kat sini.dan diorang semua baik-baik dan tak sombong.sila datang beramai-ramai.. =p


Oke.. 10.50pagi.. tak sampai 2 jam dari proses bayar tadi.. sekarang  dah siap.. jom ke destinasi seterusnya. =)