♥ Jom Follow ♥

Monday, 26 March 2012

Omma! Sarangheyo!!!

Hari ni birthday umi saye.. 

Kami semua doa supaya Allah panjangkan umur umi sampai kami dapat balas jasa umi kat dunia ni.. 
Omma... saranghaeyo! cheongmal chuahaeyo!


chocolate indulgence from secret recipe..

*chup* kisses from abah.
nyummmm....

alamak..ceksu tak masuk gambar.. TT_TT

hamekau! 

Celebration birthday umi kali ni dibuat di warung Sup Meletop bandar Seri Permaisuri. Motip umi nakgi situ ==> abah dah lama nak makan sup tu (isteri solehah betul).

Sambutan ni semalam. Tapi birthday umi hari ni. Kire pre celebration la.. muahahaha...

Apapun..kamek sayang umi kamek!

weheee!!! rindunye kat umi.. k bai. 

Wednesday, 21 March 2012

Wordless Wednesday: You say you love...

Monday, 19 March 2012

Running Man In Malaysia!



Bismillah..
Assalamualaikum..

Muahahahaha... <-- Gelak besar dulu. Oke. Perkhabaran terbaru dari sumber yang boleh dipercayai, Running Man akan datang ke Malaysia bulam April ni. So aku agak teruja memandangkan kitorang satu family memang follow Running Man ni since sebelum Dukturah Hanum ke Egypt *malangnya ada tiada di sini untuk mengejar RM ye* dan since zaman RM tak kua lagi. ok aku tipu . Sebab aku minat Yoo Jae Suk, maka since Family Outing kitorang dah follow beliau.


Walau bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi berhubung tarikh kedatangan mereka. Menurut sumber lagi, penggambaran RM akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur selama seminggu dan akan disertai oleh Joong Ki.. YAHOOOOOOOO!!!!!! Dulu Joong Ki part of member tetap RM ni tapi sebab dia bizi dengan drama, maka beliau stop RM. Mesti beliau kagum bila RM sekarang meletup-letup compare dengan drama yang dia wat tu. Takpe Joong Ki-sshi, what u decide is always the best. No regret.

Setiap malam kamis jugak, KSHOWNOW.NET secara bangganya akan kuakan episod baru yang dah disubbed kan untuk peminat-peminat tegar. Ok, before berkenalan dengan Geng Running Man, sukalah kiranya aku nak ucap terima kasih kat Mr Kim Min Soo yang jadik cekgu kitorang sepanjang 3 bulan dalam kelas korea. 

KAMSAHAMNIDA!!
 
Berbalik pada Running Man, sesapa yang ada info, silalah maklumkan sebab pada masa ni, aku sangat yakin dan komfemmmmmmmm ramai rakyat Malaysia yang akan berkumpul beramai-ramai semata-mata nak jumpa diorang *ini termasuk aku*.
 
Yoo Jae Suk a.k.a Yoo Hyuk @ Yooruce Willis atau Grasshopper. Aku suka sebab dia pnye common sense sangat bagus. Calon suami aku mestilah seorang yang ada perwatakan seperti beliau... atau Haha..
Song Ji Hyo. The only girl dalam Running Man. Dulu ada Lizzy tapi beberapa episod je pastu tatau nape beliau menghilang.
Ha Dong Hoon a.k.a Haha jugak dikenali sebagai Haroro. Kasanova dalam Running Man. Tapi aku suka laki macam ni. Comel.. Muahahaha...
Song Joong Ki – Even though beliau dah tade dalam team RM, tapi ada gak time dia datang as guest. Aku suka laki jambu tapi untuk buat jadi laki, idak leerrr.. Hensem sangat pun payah, nanti ramai orang minat laki I.. auwww....

Kang Gary – beliau cool tapi agak sengal... dan lembab... tapi dia memang sangat cool... cool...dan cool... serta cool.. pun aku suka...
Kim Joong Kok – a.k.a SPARTA.. xminat walaupun muscle agak gagah.. Muahaha..
Lee Kwang Soo – a.k.a Kwangvatar. Reason dia sebab dia ada style avatar siket. But yang aku notice, ramai minat Kwang Soo-sshi sebab dia asyik kena buli je... Muahahahaha

Ji Suk Jin – Sebabkan beliau ala2 pakcik, so ramai yang tak berapa minat. Termasuk aku. Hahaha...

Apapun, kredit dekat PD (Program Director) yang sangat kreatif. Berapa kali aku ulang pun, aku still tak bosan tengok program yang Jae Suk-sshi handle. Editor pun sangat bagus sebab pandai carik scene best and edit music + background pelik2..

Kesimpulannya, sesiapa yang ada exact date Running Man come to Malaysia, kindly please inform us. Ramai peminat Running Man menanti kehadiran mereka.. weheee!!

Thursday, 15 March 2012

Wait till one day: and you may have no opportunity

Today, our house is getting bigger and bigger, but our family, smaller and smaller.
Life is easier, but time, less and less.
Our education level is higher and higher, but common sense, less and less.
Knowledge is getting more and more, but judgement becomes worse and worse.
We have more professionals, but there are more and more problems.
Medicine has improved greatly, but health is becoming worse and worse.
We expend a lot, but enjoy life very little.
We drive cars very fast, but temper bursts out faster.
Sleep very late, read very little, view too much TV and pray very little. 
Our fortune is doubled, but value reduced.
We talk a lot, but  love very little and lies abound.
We learn how to lead a life, but we careless creating life.
We extend our life span, but never increase life in our days.
We have taller and taller buildings, but less and less EQ.
We have wider high speed motorways, but have narrower viewpoints.
We spend a great deal, but own very little. 
We buy more, but enjoy less. 
We travel to the moon and back, but never stir to visit our neighbors. 
We conquer the outer space, but have no clue as to how to control our prejudice.
We can dissect atoms, but are unable to remove our biased thinking.
We write more, but learn little.
More schemes, but little success.
We learn how to busy ourselves, but never learn how to wait.
Our income has risen, but morality, declined.
We produce more and more computers, control more information,
Multiply more and more copies, but our communications with others very lacking.
We produce more, but quality deteriorates.
This is the year when fast food is aplenty and digestion failing.
Huge physique with lowly temperament coexisting era.
Lots of rest, but little enjoyment.
More food, less nutrition.
More family income, more divorce cases.
Many more millionaires, but more broken families. 
I propose.  In such an era,
You do not keep what you want to do till a specific time to do,
Because the day you are alive and kicking is the specific occasion you should do. 
Read more and obtain more knowledge. 
Sit in your front veranda and enjoy the beauty of nature.
Do not have to worry about life's essential needs.
Spend more time with your friends and families,
Enjoy your fond food.
Travel to places you like to visit.
Life does not depend on maintaining one's existence.
It consists of many happy occasions chained together. 
Never keep your best perfume on the shelf.
Any time you want to use it, do so.
Remove "one day" "some day in the future" from your dictionary.
Go now to write that letter
The letter you want to write one day. 
Let us now tell our family that we love them very much.
Do not postpone telling them your happiness and love till one day.
Every day, every hour and every minute is all very special,
Also, you do not know if it is your last minute of life.
If you are too busy and unable to forward this email to people you love,
You tell yourself "Wait till one day" I shall forward.In that case, please believe me "Wait till one day" you will never have any opportunity to do so.

Written by: Sun Yat

Wednesday, 14 March 2012

Life Is Short, Enjoy Your Life.


Bismillah.

Assalamualaikum.

Today is better than Yesterday..

Since aku kecik, aku ada satu Ideal Image yang aku nak jadi or ambitios nak jadi. Somehow when I turns 22 years-old, aku mula 'hilang' identiti. Tak tahulah sama ada masa tu aku baru berjinak-jinak dalam alam pekerjaan or aku kena shock sebab dah mula pegang duit sendiri (sampai sekarang kott..haha) atau aku belum nak adapt life aku. Yang pasti, pada usia 22-current, aku dah tak follow Ideal Image yang aku ambitious sangat nak jadi satu masa dulu.

Semalam, aku baca buku Atie bagi as a gift (Thanks sayang!). Lepas habis baca nanti baru aku cerita pasal buku tu ye. Honestly speaking, aku sangat tak suka baca buku dalam Bahasa Inggeris sebab otak aku lambat pickup tang bahan bacaan English ni. (Tips sukahati aku: baca buku bahasa Inggeris dengan kuat supaya telinga dengar and hantar kat otak untuk translate dan ingat dengan mudah dan cepat).

First chapter dalam buku tu sangat simple. Be Yourself. Of course la ada situasi sebenar untuk moderate topic ni kan. In conclusion, baru aku realize yang sejak aku kerja, aku selalu imitate orang lain & tend to think much. Bukan nak kata thinking tu problem, but then, fikir terlalu banyak will cause distraction in our mind. Aku perasan each time aku nak communicate, kena pikir dulu macam “kalo aku cakap camni, dia oke tak? Ke dia sensitip sangat? Ke dia tacing ke nanti?” In the end, jadiklah komunikasi tak berkesan.

Tapi idak le aku kata nak cakap tu tak payah pikir. Kalo menda bagus, cakap jela. Even if orang tak suka, tapi if benda tu betul, apa kau kisah. Janji tak buat musuh sudah..

Aku baca buku tu dari 5.30 petang sampai 6.15 petang sambil tunggu nak masuk kelas. So dalam kelas, terus nak practic sebab masa kat kelas baru dapat jumpa balik kawan-kawan sekepala. Result: Unsuccessful sebab aku still try to be perfect. *sigh*. (Try to be perfect bagi aku adalah ayat lebih positip daripada *takut salah*.. sekian)

Balik tu baru dapat sembang macam biasa dengan kawan-kawan. Oke bagus. Puas hati kejap.

On the way balik rumah (perjalanan sejam ye), try pasang IKIM.FM. Cakap.cakap.discuss.cakap.diskuss. Dah nak sampai rumah, Ustaz jemputan tu cakap “Life is short, enjoy yourself”. Ok aku tipu. Dia cakap “Life is short, so live to the fullest as if kita hidup hari ni je” sebab bila kita rasa esok kita nak mati, hari ni kita akan try untuk buat the best.

Tapi aku lebih tertarik dengan adik Uzma punya ayat “hidup ni macam setitis hujan. Siapa tahu dengan setitis hujan boleh terbina sebatang sungai?” (Uzma ni penerima anugerah cemerlang 8A PMR tahun lepas ye). Tambah lagi “tapi tengok la betul-betul, sungai tu hanya terbentuk bila setitis hujan tadi dikumpul jadi banyak dan hujan turun berhari-hari. Dalam erti kata lain, setitis air ni ibarat usaha kita. Bila kita terus menerus dengan usaha kita, Insya Allah rewardnya berbaloi ibarat sebatang sungai tadi.”

ok budak. I love your spirit.

As the slave of Allah, aku still cari reason WHY aku dihidupkan kat bumi ni and apa yang aku cuba nak achieve. Yelah, exam kat dunia ni sekali je. Kalau aku tak dapat A+ pun atleast aku mesti usaha nak capai A solid. Exam dunia bukan leh repeat macam exam kat sekolah. Once the time is past, there is no turning back. But we always have time to enhance apa yang dah jadi semalam. Sebab tu kita kena keep on learning from experiences.

So untuk aku sendiri, adik-beradik aku (especially) Dukturah Hanum yang kat Egypt, Amirah n Intan serta sesiapa sahaja yang rasa berkaitan, sila kuatkan iman dan pendirian anda. Jangan sesekali goyah. Once kau dah lahir kat muka bumi ni, takde sebab ko nak masuk balik perut mak n susahkan mak angkat kau dalam perut. Camtu jugak dengan usaha. Once kau dah belajar, jangan benti belajar n terus maju ke depan. Once kau dah mula bisnes A, jangan quit tapi cari cara untuk majukan bisnes kau. Ada faham? (Baiklah! Aku paham!).

 Good Luck!

Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday: Chuzzle?





 spot him

 closer

Tuesday, 6 March 2012

Cantiknya Langit Tu! ~ Until here

Bismillah.
Assalamualaikum.

(jalan raya yang lengang di waktu pagi)

4.30 pagi, bangun dan bersiap nak ke Port Dickson. Masa nak gerak nilah baru sibuk nak pack baju n barang-barang lain.
5.30 pagi, Alhamdulillah, semua dah siap. Check kejap ; Beg shake (ni no satu, kalo tak, nanti kelaparan dalam hall) - siap, toiletries - siap, beg baju - siap. Oke dah jom salam umi abah mintak restu sebelum bertolak.

Perjalanan dari Gombak nak ke PD tak lama pun, adalah dekat 2 jam. Registration mula jam 8.30 pagi tapi sebab aku malas nak rushing, so aku bertolak awal. Tapi antara sebab utama aku kua awal boleh la tengok kat gambar-gambar ni.. haha.. <yep..langit>

Aku suka sangat tengok langit. Masa aku kecik dulu rumah kami ada laman, so buleh la baring-baring sambil tengok langit. Masa tu enda dah besar sikit, so dia pun selalu tanya soklan budak sekolah rendah (aku tak sekolah lagi masa tu). Tapi soklan yang paling aku ingat " Ce teka, kenapa langit tu bergerak?". ha, korang leh cuba meneka sampai berjaya. Sebabkan soalan tu la aku minat sains. Thanks enda. haha.. tetiba nak rindu zaman kecik dulu kan. oke, off topic.

Sebab aku suka sangat tengok langit, aku akan tengok bila-bila masa je aku boleh tengok. Sambil drive ke, tengah jem ke, dari bilik mesyuarat kat opis ke mahupun dari pantry opis aku. Tengok langit boleh merileks kan mata yang tengah penat dan boleh merelease tension serta menstabilkan tekanan darah. Ok, tu teori aku sebab aku selalu anxious so bila tengok langit otometik aku pun stabil balik. haha...

Sebenarnya motip rini nak tunjuk antara gambar langit yang aku tangkap masa on the way ke Port Dickson masa Zero to Hero hari tu. ni memang perjalanan dari 5.30 pagi (gambar yang atas tadi) sampai petang. iPhone 3G xde flash so gambar malam memang tak cantek. Bulan April ni insyaAllah ada lagi Zero to Hero. Jomla join. Buleh tengok langit sesama.. :)
Masa ni dah dekat area Nilai kot. Sebab matahari macam dah nak keluar, so aku cepat-cepat benti tepi.
 Tadaaaaa... Subhanallah... Canteeeeekkkknyaaaaaa!!!!

 Dah terang dah masa ni. Tapi langit dah bertambah terang n cantek.
Ni masa petang around 3.30 kot. Masa nakgi pekan cari ATM. Muahahaha.. Nampak tak langit mendung? Kereta pun banyak.. sobs... (TT_TT)
Langit macam ni boleh dilihat pada waktu 6.30petang ke atas. Langit dah mula merah tandanya tanduk syaitan dah nak kua. So kena bersiap masuk rumah untuk maghrib. :)


Gambar di atas ni semua hasil tangkapan sendiri dari henpon murah dan takde kena mengena dengan sesiapa yang ada gambar yang sama. Aku memang suka nak share ciptaan Allah ni. Sila syukur (Alhamdulillah) sebab kita masih boleh tengok beza warna langit dengan 'ainun  kita compare dengan mereka yang kurang berkeupayaan.

Monday, 5 March 2012

You Are What You Eat

Bismillah..
Assalamualaikum... 

 Cubaan mengimbas sejarah masa zaman gemuk melampau..haha


Pagi bangun pukul 5.30, mandi dan bersiap nak ke ofis.. 6.30pg dah ready nak kua rumah, grab roti sekeping dua nak mengunyah dalam kete nanti. On the way ke opis singgah stall nasik lomak macik tepi jalan nak beli sambal kerang -mesti makan sebab nak produce darah banyak2- sampai ofis, turun dengan opismate beli roti canai telur... sambung keje...


Pukul 10.00 dah mengantuk, tido kat surau jap. Pas 5minit manket sebab takut tlelap lama-lama. Pegi round satu opis sambil mengunyah-ngunyah kacang+kerepek+maruku yang dapat kat keliling meja macik-macik opis. pukul 12.30 turun beli makan. habis makan, tido tengahari. Petang buat keje sambil makan buah. Pastu sembang-sembang pikir nak makan pe petang nanti. 


4.30petang sharp menuju ke kelas kat Shah Alam. On the way ke UiTM singgah drive thru KFC beli set dinner plate (nama pun dinner kan). Singgah seksyen 2 beli roti or asam or jajan nak mengunyah dalam kelas. 6.30 petang, kelas mula tapi mata dah mengantok. 7.30petang, break solat. after solat pegi ikut kawan-kawan makan kat kafe. Perut dah kenyang tapi ada kawan bawak bekal nasik banyak-banyak.. So bedal jugak sekali. 10.30malam, kelas habis. Perjalanan dari Shah Alam ke Gombak lebih kurang 45minit-1 jam. So balik singgah KFC lagi, beli twister or fries or pape yang boleh makan mengunyah supaya mata tak mengantuk. sampai rumah 11.30 terus mandi n tido.


                                   *******************************************


Bila listkan balik macam ni, baru aku perasan betapa banyaknya aku makan.. muahahaha... Tapi untuk pengetahuan jugak, pemakanan aku jadik unstable sebab aku makan ubat untuk tambah selera makan since my body cell need to produce more hemoglobin. Dengan habit makan yang agak tak terkawal ni, aku berjaya menaikkan berat badan daripada 47kg ke 64 kg. 


Bila pikir balik, apa sebab utama aku makan?


B.O.S.A.N...


Maybe la.. Sebab aku tak bape ada masa untuk melepak-lepak dengan kawan, or aku memang seorang yang cepat bosan dan negative thinking, maka makan sepanjang masa adalah hobi aku.. miahahahaha...


Kesan paling buruk untuk aku bukanlah masalah overweight sebab aku tahu aku boleh  kurus. Tapi masalahnya, habit untuk makan tu sangat tegar dan SUSAH untuk dikawal. Setiap kali aku try nak diet, masa tu tetiba datang nafsu makan yang sangat kuat. Sampaikan kebanyakan masa pun aku akan cakap 'esoklah aku diet'. Sedar tak sedar, dah bape bulan tah tak terdiet pun. 


"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 

Alhamdulillah aku takde sebarang penyakit kronik e.g heart attack or diabetes etc. Tapi malangnya aku ada migrain dan asma yang agak teruk. kalau ikut ayat atas ni, pencegahan adalah pokok segala perubatan. Tapi kalau dah jadi, still have to berubat kan? Dan bila dah berubat tu, bermulalah kehidupan bersahabat dengan klinik dan hospital.

Kalau tengok keliling kita pun dah nampak hospital swasta mula tumbuh. Kat Hospital Besar KL, dah mula renovate jadi lagi besar. Nampak tak betapa pakar-pakar kesihatan dah predict pesakit akan bertambah ramai berlipat kali ganda? oke.aku takut.

Pemakanan adalah antara faktor yang mendorong kepada datangnya penyakit. Lagi scary bila budak umur fizikal dia 19 tahun, tapi bila scan dengan TANITA aku, umur body dan lebih 47 tahun. Kalau korang belum buat body analisis, boleh call aku bila-bila masa. Tarak hal punye.. Just imagine if budak tu umo 47, kite yang lebih tua ni berapa pulak gamaknya?

Balik semula ke habit aku tadi.. muahaha.. oke.. Alhamdulillah, berjaya mengubah habit tersebut lepas aku serius nak turun berat badan dengan Herbalife. Kadang-kadang aku rasa sedih bila ada yang cakap "hilang nikmat dunia sebab kena jaga makan". Tapi pernah tak fikir masa dah kena penyakit nanti, berapa banyak yang kita terpaksa hilang? kesihatan, masa, duit... bukan ke masa tu lagi banyak hilang nikmat kat dunia?

Sebab tu makcik-makcik selalu pesan, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" kan best kalau pada usia awal kita dah jaga makanan dan kesihatan so nanti bila dah tua, takdelah kita rugi dan terpaksa menghadap medicine as our meal, kan?