♥ Jom Follow ♥

Monday, 5 March 2012

You Are What You Eat

Bismillah..
Assalamualaikum... 

 Cubaan mengimbas sejarah masa zaman gemuk melampau..haha


Pagi bangun pukul 5.30, mandi dan bersiap nak ke ofis.. 6.30pg dah ready nak kua rumah, grab roti sekeping dua nak mengunyah dalam kete nanti. On the way ke opis singgah stall nasik lomak macik tepi jalan nak beli sambal kerang -mesti makan sebab nak produce darah banyak2- sampai ofis, turun dengan opismate beli roti canai telur... sambung keje...


Pukul 10.00 dah mengantuk, tido kat surau jap. Pas 5minit manket sebab takut tlelap lama-lama. Pegi round satu opis sambil mengunyah-ngunyah kacang+kerepek+maruku yang dapat kat keliling meja macik-macik opis. pukul 12.30 turun beli makan. habis makan, tido tengahari. Petang buat keje sambil makan buah. Pastu sembang-sembang pikir nak makan pe petang nanti. 


4.30petang sharp menuju ke kelas kat Shah Alam. On the way ke UiTM singgah drive thru KFC beli set dinner plate (nama pun dinner kan). Singgah seksyen 2 beli roti or asam or jajan nak mengunyah dalam kelas. 6.30 petang, kelas mula tapi mata dah mengantok. 7.30petang, break solat. after solat pegi ikut kawan-kawan makan kat kafe. Perut dah kenyang tapi ada kawan bawak bekal nasik banyak-banyak.. So bedal jugak sekali. 10.30malam, kelas habis. Perjalanan dari Shah Alam ke Gombak lebih kurang 45minit-1 jam. So balik singgah KFC lagi, beli twister or fries or pape yang boleh makan mengunyah supaya mata tak mengantuk. sampai rumah 11.30 terus mandi n tido.


                                   *******************************************


Bila listkan balik macam ni, baru aku perasan betapa banyaknya aku makan.. muahahaha... Tapi untuk pengetahuan jugak, pemakanan aku jadik unstable sebab aku makan ubat untuk tambah selera makan since my body cell need to produce more hemoglobin. Dengan habit makan yang agak tak terkawal ni, aku berjaya menaikkan berat badan daripada 47kg ke 64 kg. 


Bila pikir balik, apa sebab utama aku makan?


B.O.S.A.N...


Maybe la.. Sebab aku tak bape ada masa untuk melepak-lepak dengan kawan, or aku memang seorang yang cepat bosan dan negative thinking, maka makan sepanjang masa adalah hobi aku.. miahahahaha...


Kesan paling buruk untuk aku bukanlah masalah overweight sebab aku tahu aku boleh  kurus. Tapi masalahnya, habit untuk makan tu sangat tegar dan SUSAH untuk dikawal. Setiap kali aku try nak diet, masa tu tetiba datang nafsu makan yang sangat kuat. Sampaikan kebanyakan masa pun aku akan cakap 'esoklah aku diet'. Sedar tak sedar, dah bape bulan tah tak terdiet pun. 


"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 

Alhamdulillah aku takde sebarang penyakit kronik e.g heart attack or diabetes etc. Tapi malangnya aku ada migrain dan asma yang agak teruk. kalau ikut ayat atas ni, pencegahan adalah pokok segala perubatan. Tapi kalau dah jadi, still have to berubat kan? Dan bila dah berubat tu, bermulalah kehidupan bersahabat dengan klinik dan hospital.

Kalau tengok keliling kita pun dah nampak hospital swasta mula tumbuh. Kat Hospital Besar KL, dah mula renovate jadi lagi besar. Nampak tak betapa pakar-pakar kesihatan dah predict pesakit akan bertambah ramai berlipat kali ganda? oke.aku takut.

Pemakanan adalah antara faktor yang mendorong kepada datangnya penyakit. Lagi scary bila budak umur fizikal dia 19 tahun, tapi bila scan dengan TANITA aku, umur body dan lebih 47 tahun. Kalau korang belum buat body analisis, boleh call aku bila-bila masa. Tarak hal punye.. Just imagine if budak tu umo 47, kite yang lebih tua ni berapa pulak gamaknya?

Balik semula ke habit aku tadi.. muahaha.. oke.. Alhamdulillah, berjaya mengubah habit tersebut lepas aku serius nak turun berat badan dengan Herbalife. Kadang-kadang aku rasa sedih bila ada yang cakap "hilang nikmat dunia sebab kena jaga makan". Tapi pernah tak fikir masa dah kena penyakit nanti, berapa banyak yang kita terpaksa hilang? kesihatan, masa, duit... bukan ke masa tu lagi banyak hilang nikmat kat dunia?

Sebab tu makcik-makcik selalu pesan, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" kan best kalau pada usia awal kita dah jaga makanan dan kesihatan so nanti bila dah tua, takdelah kita rugi dan terpaksa menghadap medicine as our meal, kan?

2 comments:

  1. mak aihh...kalo mkn supa gitu bleh tersekat kat pintu..x muat nk masuk nih =p

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.. sebelum tak muat masuk pintu, baik jaga badan dulu..

    ReplyDelete