♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 6 March 2012

Cantiknya Langit Tu! ~ Until here

Bismillah.
Assalamualaikum.

(jalan raya yang lengang di waktu pagi)

4.30 pagi, bangun dan bersiap nak ke Port Dickson. Masa nak gerak nilah baru sibuk nak pack baju n barang-barang lain.
5.30 pagi, Alhamdulillah, semua dah siap. Check kejap ; Beg shake (ni no satu, kalo tak, nanti kelaparan dalam hall) - siap, toiletries - siap, beg baju - siap. Oke dah jom salam umi abah mintak restu sebelum bertolak.

Perjalanan dari Gombak nak ke PD tak lama pun, adalah dekat 2 jam. Registration mula jam 8.30 pagi tapi sebab aku malas nak rushing, so aku bertolak awal. Tapi antara sebab utama aku kua awal boleh la tengok kat gambar-gambar ni.. haha.. <yep..langit>

Aku suka sangat tengok langit. Masa aku kecik dulu rumah kami ada laman, so buleh la baring-baring sambil tengok langit. Masa tu enda dah besar sikit, so dia pun selalu tanya soklan budak sekolah rendah (aku tak sekolah lagi masa tu). Tapi soklan yang paling aku ingat " Ce teka, kenapa langit tu bergerak?". ha, korang leh cuba meneka sampai berjaya. Sebabkan soalan tu la aku minat sains. Thanks enda. haha.. tetiba nak rindu zaman kecik dulu kan. oke, off topic.

Sebab aku suka sangat tengok langit, aku akan tengok bila-bila masa je aku boleh tengok. Sambil drive ke, tengah jem ke, dari bilik mesyuarat kat opis ke mahupun dari pantry opis aku. Tengok langit boleh merileks kan mata yang tengah penat dan boleh merelease tension serta menstabilkan tekanan darah. Ok, tu teori aku sebab aku selalu anxious so bila tengok langit otometik aku pun stabil balik. haha...

Sebenarnya motip rini nak tunjuk antara gambar langit yang aku tangkap masa on the way ke Port Dickson masa Zero to Hero hari tu. ni memang perjalanan dari 5.30 pagi (gambar yang atas tadi) sampai petang. iPhone 3G xde flash so gambar malam memang tak cantek. Bulan April ni insyaAllah ada lagi Zero to Hero. Jomla join. Buleh tengok langit sesama.. :)
Masa ni dah dekat area Nilai kot. Sebab matahari macam dah nak keluar, so aku cepat-cepat benti tepi.
 Tadaaaaa... Subhanallah... Canteeeeekkkknyaaaaaa!!!!

 Dah terang dah masa ni. Tapi langit dah bertambah terang n cantek.
Ni masa petang around 3.30 kot. Masa nakgi pekan cari ATM. Muahahaha.. Nampak tak langit mendung? Kereta pun banyak.. sobs... (TT_TT)
Langit macam ni boleh dilihat pada waktu 6.30petang ke atas. Langit dah mula merah tandanya tanduk syaitan dah nak kua. So kena bersiap masuk rumah untuk maghrib. :)


Gambar di atas ni semua hasil tangkapan sendiri dari henpon murah dan takde kena mengena dengan sesiapa yang ada gambar yang sama. Aku memang suka nak share ciptaan Allah ni. Sila syukur (Alhamdulillah) sebab kita masih boleh tengok beza warna langit dengan 'ainun  kita compare dengan mereka yang kurang berkeupayaan.

No comments:

Post a Comment