♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 25 February 2014

Siapakah lembaga HITAM itu?

Bismillahirrahmanirrahim..

5.30am.. macam biasa.. aku bangun, mandi.. mula iron baju ofis.. that feeling masa pakai baju panas2.. ohhoohoiii..

Pastu solat.. Solat subuh hari ni terasa tak khusyuk.. sebab masa sujud tu ternampak de kelibat lembaga hitam kat tepi kepala.. shh.. tabah.. tabah.. tu sume dugaan je.. pepagi ni hantu tido dah..

Selesai doa, get ready pakai tudung.. bedak sikit-sikit.. erkk.. berderau darah.. macam de mende hitam lalu kat belakang.. kuatkan hati.. perasaan je ni..

Baru nak pakai tudung sekali pranggg.. tabung kumbang pecah.. sapa tolak? Wuwuwuuuu.. kat lua gelap lagi.. dahla i ni penakot.. tido pun pasang lampu lagi.. huhu... takpe.. kite teruskan.. jangan pandang belakang.. kejap lagi baru sapu kaca2 tu..

Elok je nak pin tudung, kedengaran bunyi macam kaca tu dipijak-pijak.. aisehhh.. dramatik betul la pagi ni.. nak tengok.. tapi scaryyyyyy.. kang kalau 'ternampak' yang tak patut kang, ada gak demam sehari.. fufuffu.. jangan toleh.. jangan toleh.. tapi makin kuat lak bunyi kaca tu dipijak-pijak.. ada bunyi macam kaca tu kena seret kat lantai tiles.. ohhhh..

Hanim tak toleh dah.. teruskan pakai tudung.. hati dah berdebar-debar.. seriyauuu... cepatla selesai bersiap. Oke mana handbag.. mana.. mana.. oh.. tepi katil.. dah taknak pikir kaca tabung tu.. balik nanti jela buat.. this is scary.. kena kua dari bilik ni cepat-cepat. Ohh.. mana pulakkk beg niiii... Tiba-tiba..dari hujung mata ternampak satu lembaga hitam..berbulu lebat.. duduk atas katil.. matanya oren kekuningan.. arghhhh. TIDAKKKKKKKK....
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Kenapala Juna buat mama macam ni. Berderau darah mama tau... Entah bila Juna masuk bilik pun mama tak perasan.. adoyaiiiiiii..

p.s: Hanim betul-betul rasa nak gigit Arjuna ni. Pagi-pagi buta dah wat orang terkejut.. (-_-")

Monday 24 February 2014

We Are Married!

Bismillahirahmanirrahim..

  Yeay! Dah Kahwin!

Kami comot!
 
Anak bujang umi dah berpunya! =’)

Di sebalik kek yang super sedap ni, kelihatan abah dan umi sedang buat tak port… (-.-“)

Tadaaaaa…. ! (^_^)

Sepintas lalu majlis kahwin Seth Iskandar & Siti Nurul’ain pada 16 Ogos 2013. Cliché sangat topic kite kan.. haha.. tapi aku pun dah kawin oke.. Gambar kat atas ni just nak gitau yang seminggu sebelum our big day, we celebrated my brother’s big day.. Al maklumlah.. majlis side kami dibuat untuk 2 pasangan, aku dan abang aku.. haha…

 
Tetiba gugup depan kamera macam tak pernah bergambar kan.. (=.=)

Dari Batu Pahat, kini ke Gombak. Alhamdulillah, majlis nikah kami laki bini selamat berlangsung pada 24 Ogos 2013. Sedih tak dapat tarikh birthday 22 Ogos (T.T). Sekali lafaz je kami pun sah sebagai suami isteri.

Masa yang sangat-sangat ditunggu oleh dua-dua pihak. Abah, menunggu masa nak menikahkan anak gadisnya. Abang, menunggu masa nak lafaz akad.. dupp..dapp..dupp..dapp..

That moment, aku pernah terasa macam “masa nikah nanti taknak nangis oke.. hancur mekap nanti”. But masa lafaz tu disahkan la paling sedih. It’s a moment of departure and arrival at the same time. Terasa macam masa berhenti kejap. Masa tu tetiba rasa macam ada garisan antara aku and Umi Abah. Sebab beban  tu dah bertukar bahu. aku bukan lagi bawah tanggungan Umi Abah.. Sedih siottt.. Tapi pada masa yang sama, it’s the best moment of arrival bila tetiba sedar yang Umi Abah baru je dapat anak lelaki & anak perempuan express. So untuk Abang & Kak Ain, welcome to our big family. >8)

7 balas 9... 

Cukup takat ni je perkongsian untuk akad nikah.. enjoy the pictures.. \(^_^)/





p.s: Thank you abang for choosing me (^_^)

Sunday 23 February 2014

Abah, we'll pray for you.

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah S.A.W bersabda:


"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" 
- Hadis Riwayat Muslim


Firstly... Al-Fatihah buat arwah abah yang dijemput Allah pada 28 Oktober 2013. Juga buat seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Dah agak lama aku menyepi dari berbelog.. Idea menulis dah berkarat dalam diari. Sekarang tetiba rasa nak menulis balik.. Sekadar berkongsi rasa hati dan pengalaman yang tak berapa nak hebat dan dibanggakan (^_^).

Tahun 2013 banyak sangat pengalaman baru. Tahun kejatuhan.. Tahun kebangkitan.. Tahun yang paling mematangkan aku.

Target last year, Alhamdulillah.. semuanya tercapai..sesetengah tu tercapai dalam tahap minimum.. so yang mana minimum tu tahun ni lah ktie maksimumkan ye.

Last year target nak kahwin, pun tercapai dengan jayanya..haha..Tapi aku mintak maaf banyak-banyak buat yang bagi komen nak maklumat dewan kahwin aku .. InsyaAllah aku share dalam post akan datang ye.

Alhamdulillah jugak, last year aku & abang aku buat majlis bersekali.. So de dua pasang sekali jalan lah.. Atleast abah dapat tengok anak-anak & menantu-menantu abah sebelum abah pergi.. aku nak share sikit tentang abah. Kot-kot ada antara readers blog ni di kalangan warga Johor en....

Abah, Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar (10 Oktober 1945 - 28 Oktober 2013) merupakan anak jati Johor. Kalau de student English College kat Johor tu, atau parent yang dalam lingkungan abah, cuba tanya-tanya mak ayah korang, kot-kot kite senanye bersaudara kan. Lepas habis sekolah, abah sambung belajar di University of London. Zaman ni tak ramai orang kita dapat tajaan JPA untuk sambung belajar di luar negara. Memang berapa kerat aje yang dapat. So pelajar tajaan memang kenal semua student Malaysia. Sekali lagi, kalau de parents yang lahir lebih kurang abah, tanyakan pada mereka, kot-kot kenal abah kan.. Hanim mohon supaya segala hutang dihalalkan dan kalau de nak tuntut balik pun boleh mintak kt kitorang balik. Abah segeng dengan Tan Sri Ali Hashim, Dato' Abdul Majid (bekas duta Malaysia  dulu), Raja Salim (bapa mertua Nurul Izzah) dan lain-lain yang sezaman dengannya.

Abah pernah jadi wakil negara untuk pidato (kurang pasti apa pertandingan tu). So aku nak share karangan abah untuk aku yang kitorang jumpa dalam handphone abah.. ada lagi satu pantun untuk adik aku si petai. So harapnye bolehla Dukturah Hanum sharekan pantun tersebut nanti..

DOA ABAH DAN UMI

Sungguh permai Pantai Irama
Airnya cetek tak kira musim
sungguh ramai cucu Tok Mama
Tiada secantik Sarah Hanim

Airnya cetek tak kira musim
Ombak beralun menuju teluk
Tiada secantik Sarah Hanim
Kalau senyum bulan pun tunduk

Ombak beralun menuju teluk
Ufuk barat tiada berawan
Kalau senyum bulan pun tunduk
Siapa melihat pasti tertawan

Ufuk barat tiada berawan
Orang menjala di hujung desa
Siapa melihat pasti tertawan
Pandai pula berbudi bahasa

Orang menjala di hujung desa
Isteri bertenun sepanjang hari
Pandai pula berbudi bahasa
Bersopan santun bagai puteri

Isteri bertenun sepanjang hari
Berhenti rehat menjelang senja
Bersopan santun bagai puteri
Apa dibuat kena sahaja

Berhenti rehat menjelang senja
Tunggu anak dari bandar
Apa dibuat kena sahaja
Kalau memasak macam pakar

Tunggu anak dari bandar
Jual tembaga di Pekan Sari
Kalau memasak macam pakar
Siapa rasa menjilat jari

Jual tembaga di Pekan Sari
Dari mula ramai peraihnya
Siapa rasa menjilat jari
Tambah pula merasa kuihnya.

InsyaAllah.. aku akan cuba latihkan diri untuk jadi macam pantun abah ni. 

Sedikit kenangan dari cucu abah dicoret oleh Fatin Rezal, iaitu anak sulung kepada pengacara TV3, Ezzah Aziz Fawzy.

Semoga abah ditempatkan di kalangan wali Allah dan bahagia di sisi Tok Mama, Tok Abah. Aminnn

p.s: Hari-hari balik ofis pun masih terasa macam Abah ada lagi..