♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Sunday 31 August 2014

Giveaway: Happy 6th Year Anniversary; Thank You YOBO!

-INI ADALAH STICKY POST-

Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam, dah 6 tahun rupanya… dalam 6 tahun ni boleh kata banyak benda jadi… 20 Ogos 2008 tarikh kami berkenalan.. Memandang kan Hanim ni penghidap STM, maka data sebenar kejadian hari perkenalan tu gagal diingati..hihi…Dalam tempoh 6 tahun ni, banyak memori wujud lepas kahwin.. Yang sebelum kahwin tu semua tersimpan dalam kepala je.

Saje ngengada nak go through perjalanan kami…hihi

Gambar masa lapor diri UKM (Yobo 2007, aku 2006) 

 Gambar 1st kami..ouwwww....


Carl's Jr - Newlywed

 All in black.. Jom masuk ofis!

15 Feb 2014 - Cameron Highland

1 Mac 2014 - First Galleria Taiping

12 April 2014 - USS, Singapore

Pintu masuk Bukit Merah Laketown Resort


Our Ryan and Anis

Our screen saver.. hihi

Selama 5 tahun + 1 tahun married, hanya 4 bulan masa untuk kami betul-betul tinggal dalam 1 rumah dan kenal side yang kami tak dapat tengok masa zaman bercinta.. Terkadang ada rasa rugi sebab berjauhan dengan Yobo. Tapi ada juga rasa happy sebab setiap kali jumpa, mesti excited as both of us jadi lebih appreciate masing-masing. 

Dalam bulan Ogos, ada 3 hari wajib sambut untuk aku:
20 Ogos - date we first met
22 Ogos - Birthday aku
24 Ogos - Hari Ijabkabul.

dan... jengjeng... Surprise!

Selamat datang ke Giveaway Hanim!hihi

Sempena hari perkenalan kami, Hanim rasa agak murah hati nak bagi barang-barang free ni. Sebelum ni Hanim tak letak column "Follow" dekat sidebar Hanim. Sekarang baru terasa nak tambah follower.. Jemput ramai-ramai ye..

Syarat-syarat:

1. Follow blog Sarah Hanim D'Belog

2. LIKE Page FB & Follow twitter Sarah Hanim. (dekat sidebar)

3. Tekan semua iklan yang ada dekat sidebar blog ni.

4. Klik 3 butang kat bawah entry ni (macam gambar)


Cara Mudah:

1. Wajib buat semua syarat-syarat

2. Buat entry bertajuk:  "Giveaway: Happy 6th year Anniversary; Thank You YOBO!" . 

3. Copy banner dibawah ni dan paste ke entry korang.  

4. Backlinkkan ke sini.

5. Buat sedikit komen buruk mengenai blog Sarah Hanim D'Belog.
Maksudnya, apa yang buruk dan boleh diberi tambah baik untuk blog Hanim.
e.g: kaler blog ni buruk, kalau letak warna cerah lagi cantik kot.

6. PUBLISH!

7. Tinggalkan e-mel dan URL entri anda (link entri giveaway ye)
di ruangan komen entri ini sahaja.

8. Pemenang akan dicabut melalui random.org

Hadiah??

1 helai shawl (ekslusif jahitan Hanim) x 2 pemenang
Blog review x 2 pemenang
Iklan PERCUMA di blog Hanim selama 7 hari x 3 Pemenang
Voucher buy 1 free 1 daripada Burger King x 10 Pemenang

Ekslusif!
1 botol Slimist Spray (bernilai RM90) bagi 1 pemenang yang membawa paling banyak backlink.

*Saya perlukan 20 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Giveaway ini akan berlangsung sehingga jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2014.
Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2014.

P.s: Hanim ada banyak voucher Burger King ni. 
InsyaAllah setiap yang join ni akan terima sekecil-kecil hadiah. 
(^_^)


Friday 22 August 2014

1Malaysia: Hari Berkabung

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali, alfatihah buat semua mangsa #MH17 & #MH370. Takziah buat semua ahli keluarga.

Hari ni pukul 6.50am aku dah terpacak dekat Putrajaya. Sepanjang 45 minit perjalanan ke ofis, aku berangan sambil membebel "awat langit macam redup semacam?".. Hari ini hari berkabung. baru termaktub dalam sejarah Malaysia berkabung secara nasional. Dan hari ini hari lahir aku.. 



HotFm dari semalam dah pasang lagu-lagu islamik.. pagi ni AMkrew ke KLIA.. biasanya pagi-pagi aku nak dengar suara depa ni pasal aku penakut.. yelah, tengah gelap, matahari pun tak naik lagi.. nanti aku imagine tiba-tiba ada tangan pegang kaki aku.. huhu.. dalam kepala dok imagine plan petang ni nak amik abang..malam nakgi secret recipe makan Shepherd's Pie, tiba-tiba lagu ni berkumandang:-

Lirik Lagu SurgaMu - Ungu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena Kutahu
Hanya Kau Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena kutahu
Hanya Kau Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu


Sentap habaq hang.. aku ni dahla memang emo berlebih.. pastu terus terimagine.. Agaknya, apalah yang diorang nampak bila tahu kapal terbang tu dah nak terhempas? yang ada anak tu, sempat tak mak-mak pegang dan peluk anak dia? yang suami isteri, sempat tak cakap "saya sayang awak sangat-sangat".. Aku pun mula bayang kalau aku ada dalam situasi tu dengan Yobo dan anak-anak.. nauzubillah.. wallahi.. tak kuat untuk aku imagine. 

Pagi ni, seluruh Jabatan dijemput berkumpul di lobi untuk sama-sama bertafakur.. Aku dan Yani sanggup dok menyelit sebab nak tengok berita. Hari ni, kumpulan pertama sebanyak 20 jenazah tiba di bumi kelahiran mereka. Itu tarikh lahir aku dan aku akan ingat hari sejarah ni.. 24 Ogos, tarikh anniversary kami, kumpulan kedua jenazah akan tiba. Kali ini belum pasti berapa ramai. Aku terbayang lagi, "habis tu, kalau family yang tak terima jenazah hari ni macam mana?" hurm... mesti lagi hiba dan sedih.. dalam seluruh rakyat Malaysia secara rasmi menyambut ketibaan jenazah mangsa, ahli keluarga yang belum terima apa-apa pengesahan hanya mampu melihat dan berdoa. Tabahlah wahai sekelian makhluk.. 

Aku memang emo. Aku boleh menangis bila tengok Ryan dan Anis menangis. Aku boleh menangis bila kucing aku mati sebab sakit. Aku boleh nangis bila tengok bangkai kucing/anjing mati dilanggar tapi tak dialih.. Dan aku boleh menangis bila dengar kawan aku sentap dengan aku sebab aku tak belikan roti john. Inikan pulak bila aku menjadi saksi sejarah hari ni, mahukan aku tak menangis. Aku terbayang di masa hadapan nanti, kalau anak-anak aku baca buku sejarah pastu tanya, “Ibu, kenapa dapat jenazah pun orang sambut?”, “Ibu ada tak masa ni?”. Sebab aku selalu tanya Arwah abah dan arwah Tok Mama, tentang sejarah zaman Jepun yang masa tu tengah menjajah Malaysia.

Tapi, akan ada tak kesempatan tu?

Hari ni usia aku bertambah lagi setahun. Belum pasti akan bertambah lagi seminit, apalagi nak tambah sehari.. Allah pilih mereka, orang-orang bertuah, untuk pulang pada Allah. Allah pilih keluarga mereka untuk terima ujianNya. Dan Allah pilih kita semua.. Sama ada untuk menjadi saksi, atau pula untuk menyedarkan kita bahawa dunia ini sementara..

Dan aku masih terbayang, bagaimanakah rupanya detik akhir aku nanti?


Sempat tak aku cakap “Abang, kite jumpa lagi nanti ye?” 

Ore nampyeon, saranghaeyo... 

Thursday 21 August 2014

JUAL BELI BARANG ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah tak beli barang online?

Aku pernah.. bukan setakat pernah, malah dah tahap ketagih.. sobsob.. senanye kalau beli online ni dah banyak kali terkena problem yang sama - barang tak/lambat sampai. Paling mahal aku pernah beli regenye 2k lebih. Tapi biasanya aku tunggu sampai seminggu dua dulu baru contact supplier. Dan based on respond supplier tu aku akan ada feeling macam "oke, takpelah, maafkan jelah.." atau "hurmm.. pasni tak beli dah kat sini kotttt". So this is another story yang dalam kategori "oke, takpelah, maafkan jelah.." tapi masih menggamit emosikuuu..

11 Ogos 2014 - Isnin minggu lepas, aku beli barang online. Kali ni aku beli stroller untuk si kembar Ryan dan Anis. Kalau ikutkan patutnya aku dah dapat barang tu sebab normal Poslaju 1 hari je untuk kawasan Bandar. Paling lama pun 3 hari. Dek kerana Bunda dah bising bertanya, aku pun whatsapp owner kedai ni untuk check status. Aku wassap pada 15 Ogos 2014 - Jumaat tengah hari tapi owner cakap dia akan update status kat aku petang tu memandangkan dia berada di luar kawasan. Malam tu kutunggu dan kutabahkan hati dek kerana janji beliau tidak kesampaian. Sebab aku pembeli yang baik, maka aku malas nak bising-bising dan aku tunggu je. Untuk pengetahuan, Barang melalui pos boleh diterima pada hari Isnin hingga ke Sabtu. Tapi aku anggap Isnin-Jumaat sebab aku tak suka nak buat repo tak baik dengan orang.

Isnin – 19 Ogos 2014, aku wassap lagi tanyakan status. Agak pelik di situ sebab aku ada beli barang daripada kedai lain tapi barang tu ambil masa 2 hari je nak sampai. Lalu aku bertanya lagi dengan owner.. Sepi… tiada balasan… Setelah 3 jam menunggu, aku wasap tanda soal “??” itu je sebagai tanda bahawa aku ni sedang tertanya-tanya dan bosan mendengar soalan Bunda. Beliau reply dengan meminta aku tanya di page FB. Terus aku mesej page berkenaan.

20 Ogos 2014- Selasa, aku baru terima mesej reply dari page berkenaan. Daripada gaya reply dan soalan tu, nampak macam order aku tak diproses lagi. Aku rasa page ni dah ada 21k LIKE, maka repo dengan customer sepatutnya dah tip top. Come on lah. Kalau ada customer yang boleh gaduh dengan owner kedai sebab baju/tudung/ barang lain yang harganya bawah RM200, aku rasa aku lagi boleh mengamuk sebab aku order ni stroller untuk twin yang korang pun sahih tahu harganya bukan ciput. At least inform la bila dah pos ke apa ke. Aku pun ada jugak online business tapi takde pulak customer aku merungut barang tak sampai Yang lambat sampai pun sebab hari raya dan customer aku kat Sabah.

Untuk page berkenaan, dan mana-mana individu/syarikat yang nak buat sale secara online, tolong jangan abaikan nasihat aku ni. Aku share tips ni mudah-mudahan urusan bisnes korang lagi sistematik dan ramai customer datang. Untuk pengetahuan, tips ni bukan aku yang create, tapi aku belajar dengan otai-otai online bisnes and aku ubah ikut bahasa aku.

URUS TEMPAHAN

1.       Bekalkan pelanggan dengan maklumat produk, spesifikasi dan harga. Jangan takut pamer harga dan biarkan pelanggan buat pilihan mereka.
Kalau kita sendiri nak shopping pun kita pilih-pilih harga kan, so bagi peluang tu kat pelanggan kita jugak. Rezeki kita Allah yang bagi,so percaya Allah sepenuhnya.
2.       Confirmkan jumlah pembayaran, cara pembayaran. Kalau dah isi form tu, make sure korang komfemkan balik. Kalau susah sangat, download app MSM dekat smartfon tu pastu buat autoreply. Seboleh-bolehnya elakkan pelanggan isi form banyak kali dan elakkan soal jawab yang terlalu banyak.
Ini antara satu kelemahan kedai ni. Aku dah isi form online, dia suruh aku wassap lagi detail tu.. Sepatutnya kalau dah customer wassap bagitau nak beli, korang provide dengan detail payment, mintak dia isi borang online, pastu tanya dia balik dah isi ke belum. Kalau dah, korang check terus kat emel, atau apa aplikasi yang berkaitan, pastu komfemkan lagi sekali dengan ayat “oke cik, saya dah terima form. Ni Cik XYZ alamat yang kt Gombak tu, betul kan?” Tak payah nak formal sangat sebab pelanggan online ni lagi suka relationship dengan owner kedai supaya diorang rasa secure.
3.       Terus prepare barang yang nak pos. Update customer dengan detail pos.
Jangan menipu kata dah hantar tapi sebenarnya belum proses pun order tu. Percayalah, ada balasannya nanti. Macam aku biasanya aku memang akan rembat form Poslaju kat pejabat Pos tu banyak-banyak atau aku beli je sampul Pos Prabayar. Yang penting bukan cara korang balut bungkusan tu, Tracking Number dekat borang tu yang customer nak tahu.
4.       Lepas 2-3 hari, check balik tracking number tu dekat website Poslaju.
Apapun status di Poslaju, make sure korang update customer. Tanya dah dapat ke belum.
Ni boleh check sekali 10 number. So takde isu kedai kau banyak sangat order sampai rasa leceh nak check.
5.       Kalau barang dah sampai, buat ucapan terima kasih & appreciation to customer.
Ini sangat mudah tapi jarang ada owner kedai yang buat. Kena ingat, memang rezeki Allah yang pegang, tapi Allah nak jugak tengok usaha kau. Sekecil-kecil usaha pun boleh membantu di masa hadapan. Kalau customer kau suka kau, InsyaAllah dia akan beli lagi dengan korang.

Apa yang Hanim tahu belum tentu betul dan tepat. Tapi atleast perkara atas ni benda basic yang kena ada. Biasanya masalah jadi kalau kita buat bisnes ni part time (tak kata fulltime takde problem tapi normally orang yang buat part time la jadi masalah sebab bisnes ni side income je kan) Hanim juga owner kedai online secara part time. So jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Sama-sama jaga peniaga yang lain oke.

Dan hari ni, 21 Ogos, receive mesej dari admin:

“As salam Pn.... Pn N minta maaf & nk sy inform customer utk kami proceed suruh supplier refund payment shj.. sbb 2 hari lepas Pn N dh pegi kat tempat supplier .. utk check stock & ambil sendiri stok utk penghantaran brg.. tpi stok masih belum sampai lgi.. sbb terlalu ramai sgt2 yg order.. ramai supplier lain juga menghadapi masalah yg sama...masih menunggu stok.. Pn N x puas hati business dgn supplier yg macamni sbb lambat nk tggu stok yg kami dah order & bayar. Nnti service & business kami juga akan terjejas sbb penghantaran lambat brg kpd customer. Nnti Pn.. bgi a/c Maybank ye utk kami compile utk isi refund form kat supplier. Minta Maaf sekali lgi. Terima Kasih

I am speechless.. 2 hari lepas baru check stock? Aku kompius sekejap.. sebab rasa dah bayar seminggu lebih kan.. Agak mengecewakan sebab untuk aku, motip aku beli barang kat kedai tu sebab harga dia offer tu lebih menarik dari tempat lain. Memangla boleh refund, tapi aku rasa aku still nak kan barang tu daripada nak duit tu direfund.. grrr..

Untuk owner kedai ni, aku harap pasni ada prevention action taken. Too bad I have this bad experience with your shop. Apa pun reason di belakang kejadian aku ni, mohon selamatkan pelanggan lain supaya perkara sama tak berulang. Kalau pun ada masalah peribadi, be professional. Dan kalau rasa tak dapat nak penuhi demand, don't promote. Orang kata nak minta maaf memang mudah, tapi hati yang koyak tu susah nak diubat kembali. So pelanggan yang kecewa tak mungkin akan ke kedai yang sama dua kali. 

p.s: korang yang tahu kedai ni mungkin alami pengalaman berbeza. dan review aku hanya tertakluk kepada pengalaman aku sendiri. Bad experience yang aku terima tak menderterminekan korang akan mengalami masalah yg sama. dan aku mungkin akan ke kedai yg sama kalau aku dah lupa pengalaman ni...

Wednesday 20 August 2014

Dhiya's First Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya follower tegar dhiya.. hahaha.. oke korang, pls support dhiya oke!

Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalamgiveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)

Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya 

Friday 8 August 2014

Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikala sekelian umat bizi share gambar raya masing-masing, aku tetiba nak share story pasal Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41  .. Kisahnya, masa aku dapat surat interview tu aku tengok je. Takde langsung rasa nak prepare apa-apa sebab aku dah rasa selesa kerja satu ofis dengan Bunda & Yobo.. Tapi Yobo pujuk suruh pergi gak..  Tarikh interview aku pada 2 Mei 2014 (Jumaat) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Jalan Cenderasari. Pagi tu Yobo hantar dan aku dengan penuh confident n ready nak jawab soalan temuduga. 

Sepatutnya turn aku pukul 10 pagi  tapi aku datang pukul 8.00 pagi sebab nak selesaikan urusan cepat-cepat. Yela, selagi tak habis interview, selagi tu tak benti debar kan? Senang cerita, interview kali ni aku memang terasa sangat frust.. Keluar je interview terus senyum kelat. Tak tahu nak menangis ke nak marah ke. Bagi aku, soalan yang tuan penemuduga tanya memang dah mudah sangat, cuma aku je yang panik dan terkedu masa terima soalan tu. Mungkin soalan yang aku target tak keluar, maka bila soalan mudah yang ditanya, terus aku kelab kelibut. Ini antara contoh soalan dan jawapan temuduga aku masa dekat SPA tu. Yang mana elok, korang buatla contoh. Mana yang tak elok, korang buang la ye.. tapi awal-awal aku bagitahu, aku sendiri rasa tak konfiden dengan jawapan aku.

1) Apa pendapat awak tentang GST?
- ni okeylah, sebab tanya pendapat, so takde betul atau salah.

2) Sekarang ni ramai orang menentang GST, kalau kena turun kat kampung, macam mana awak nak bagitahu kebaikan GST ni dan macam mana awak nak betulkan persepsi orang tentang GST?
- aku jawab konfiden sebab memang dah faham. Pastu Tuan Panel senyum sambil reply "awak rasa kalau awak jawab macam ayat dalam newspaper, diorang nak faham ke? Orang kampung tak minat nak dengar syarahan awak... bla.. bla.. bla.." okeh.. sentap sekejap...

3) Kenapa awak nak lari dari LHDN? Yela, LHDN kan bagi bonus setiap tahun, gaji pun lagi besar daripada dekat Gomen ni.. Tak rasa rugi ke?
- Wallahi, aku memang rasa rugi nak tinggalkan LHDN. Hatta, kalau boleh aku memang ready untuk stay kat LHDN the whole life. Aku sedia menabur bakti, mencurah ilmu jasa setia kat LHDN. Mungkin sebab aku dah membesar dengan suasana LHDN (terima kasih Bunda) dan aku tahu selok belok kerja di LHDN. Mungkin jugak kerana aku dah prepare dari Tingkatan 4, terus ambil course Akaun sebab nak masuk LHDN.Tan Sri CEO, mohon ambil saya berkerja dengan LHDN please!
- So, soalan ni memang aku jawab jujur je.. Aku jawab  “Saya bukan nak lari dari LHDN, malah saya bersyukur dan gembira kerana dapat peluang untuk berkerja di LHDN walaupun hanya setahun lebih. Walaubagaimanapun, saya sedang mencari jawatan yang sesuai dengan kelayakan saya. Di LHDN, meskipun saya menjalankan tugas-tugas yang sama seperti pegawai yang lebih tinggi jawatannya, hakikatnya saya hanya mampu memberi khidmat di peringkat sokongan, di mana idea dan pendapat saya sangat terbatas untuk dikongsi di peringkat atasan. Saya percaya saya mempunyai bakat dan kreativiti untuk membantu mempertingkatkan kualiti kerja di jabatan saya sekiranya saya diberi peluang sewajarnya.

4) Dulu awak kerja dekat Mahkamah kan? Ada berapa tingkat mahkamah di Malaysia?
- ini aku salah jawab. Lepas tu panel tu gelakkan aku sambil cakap “macam mana awak boleh kerja kat mahkamah ni”. Sentap mak tau.. Aku pun balas la “saya kerja dekat Mahkamah Perusahaan Malaysia, uruskan hal-hal perindustrian. Bukan mahkamah sivil untuk kes-kes jenayah ke apa ke” grrr.. Nampak la panel tu pun tak mahir jugak tentang Mahkamah Perusahaan Malaysia ni. So sama jela kite kan, tak perlu nak gelak sangat la..

5)  Pada pendapat awak, kenapa gomen sibuk sangat nak cakap tentang inovatif, inovatif, inovatif?
- ni aku jawab dengan penuh sopan dan detail. Tapi panel SPA cool je jawab “betul tu. Tapi saya nak dengar main point awak”. Aku pun jawab lagi.. Tapi dia senyum je sambil bagitahu jawapan yang dia nak dengar.. Cuba korang teka apa jawapan panel tu?

Dan beberapa soalan lain aku tak ingat dah.. Lepas keluar tu, terus call Yobo mintak ambil aku. Siap buat muka sebab rasa tak puas hati dengan performance aku.. Huhu.. Kalau dah aku sendiri tak puas hati, panel macam mana pulak kan.. Harapnye diorang ambil kira pengalaman aku dan mengerti bahawa aku reti buat kerja Cuma tak reti nak menjawab soalan interview je.. Nervous...

Keputusan dianggar keluar pada 16 Jun 2014. Aku pun dah tak rasa nak check.. Sebab dah tawar hati dan tak nak berpisah dengan besties kat LHDN.


6 Jun 2014, masa aku tengah menyusukan Ryan dengan Anis, Yobo mesej tanya keputusan temuduga dah keluar ke belum. Aku ni dahlah tengah bizi menyusu dua baby serentak, boleh pulak Yobo ni paksa-paksa aku suruh jugak bukak. Last-last Yobo surrender, dia yang check dan hantar aku gambar ni:
 Alhamdulillah.. memang tak sangka.. Rezeki baby agaknya (masa tahu ni aku belum tahu aku pregnant). Aku pun terus cari info tentang jawatan ni. Dalam pencarian ni lah aku  jumpa Dhiya , jumpa Ena, Farish, Siti Nurhanim, Siti Sarah (Nampak tak, dua-dua nama aku ada dalam ni..hahahah), Kak mar, Fazly, Adleen, Hidayat, Zhuhaini KJ dan ramai lagi.. Mujur jugak Dhiya bukak entry tu, kalau tak, mungkin kitorang masih bersepah-sepah sekarang ni...

Dan sekarang, aku berada di sini, jauh dari kawan-kawan baik aku kat LHDN, jauh dari Yobo, jauh dari Bunda. Sedih kan ayat aku. Sebagai orang yang kurang pandai nak bergaul, aku rasa Allah sengaja nak beri peluang untuk aku belajar dan teruskan pembelajaran (ada hikmah di setiap kejadian). Apapun, thanks a lot Dhiya. Kalau Allah tak gerakkan hati Dhiya, maybe kita semua tak kenal rapat gila macam sekarang. Mungkin kita semua baru nak berkenalan kan..

Bagi yang kurang arif tentang perjawatan dan tugas di jawatan ini, macam mana nak apply dan sebagainya, aku nak share sedikit info. (Info ini adalah petikan dari penerangan panel temuduga dan juga penerangan semasa kami lapor diri). Kebanyakan dari kami tidak memohon jawatan ini di SPA. Setakat yang kami difahamkan, batch yang gagal temuduga PTD M41 tempoh hari dipanggil untuk diberi peluang semula untuk menduduki temuduga jawatan ini. Secara umumnya, tugas kerja jawatan ini sama seperti PTD M41 kerana insan terpilih akan ditempatkan pada kekosongan PTD M41. Dalam erti kata mudah, yang mana ditempatkan di Kementerian akan menjalankan tugas-tugas Penolong Setiausaha (PSU) dan yang mana di Jabatan akan menjalankan tugas-tugas Penolong Pengarah (PP).

Mengapa jawatan ini diwujudkan?

Kami pun mempunyai persoalan yang sama. Tetapi menurut kata pegawai yang saya hubungi, terdapat banyak kekosongan bagi jawatan PTD M41 dan kami mengisi kekosongan PTD yang sedang menjalani latihan DPA. Wujud persoalan sama ada selepas PTD tersebut tamat latihan, adakah kami yang mengisi kekosongan tersebut akan ditamatkan perkhidmatan? Secara peribadi dan berpandukan hitam putih serta pemikiran akal yang waras, aku rasa semua calon yang menerima tawaran ini jangan terlalu mengharap untuk diserap tetap. Kita masih perlu melalui proses temuduga dan lain-lain syarat yang ditetapkan SPA untuk dilantik secara tetap. Soal adakah perkhidmatan kita akan ditamatkan sebaik PTD yang menjalani latihan DPA pulang tu tak perlu dibangkitkan kerana syarat dan terma kontrak adalah 1+1 (Kontrak 1 tahun dan lanjutan maksimum 1 tahun). Dalam tempoh menjawat jawatan ini, grab ilmu sebanyak mungkin kerana ia mungkin boleh dijadikan pengalaman dan menguatkan keyakinan semasa temuduga. Dalam erti kata lain, nak berkhidmat dengan Kerajaan tidaklah sukar, cuma ia bukanlah terlalu mudah untuk dipertikaikan seperti mana yang berlaku hari ni.

Sedikit latarbelakang, pada usia seawal 22 tahun, aku pernah berkhidmat di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) dan bertanggung jawab secara langsung ke atas urusan Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan MPM. Selama 3 tahun berkhidmat, aku dah hafal dan memang betul –betul mahir dengan dengan bidang aku. Bahagian lain tu faham dan sekadar tahu kerana peraturan yang berkuatkuasa sering berubah seiring perubahan zaman. Pengalaman 3 tahun ini bukanlah asas yang kuat untuk aku mohon supaya diserap tetap. Besar kerugian bagi pihak Kerajaan apabila terpaksa melepaskan pegawai-pegawai yang mahir dalam sesuatu bidang. Tapi bagi aku, pengalaman tu sangat berharga sebab kawalan pentadbiran dan kewangan yang aku belajar sepanjang berkhidmat di MPM boleh aku bawa ke tempat lain hatta di rumah aku sendiri. Maka, ambil yang negatif dan tukarkan menjadi positif. Barulah kita akan nampak betapa besarnya kemewahan ilmu yang kita sedang nikmati.

Untuk yang dah dapat jawatan dan dah lapor diri, kuatkan hati. Aku tahu korang semua ramai dah berjawatan besar dan bergaji besar sebelum ni dan tahniah aku ucapkan sebab korang memilih untuk mencurahkan ilmu dan bakti kepada Kerajaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam! Kalau ada ilmu yang bagus, share dengan orang baru. Benda baik jangan makan sorang-sorang. Yang baru nak melapor diri, all the best!

Yang dah ditemuduga tapi belum dipanggil, SABAR. Allah takkan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu. InsyaAllah ada sesuatu yang legi baik untuk Dia bagi.

Satu hari nanti kita semua makhluk di muka bumi ini akan dipertemukan. Sama ada dalam keadaan baik atau buruk, itu belum dapat dipastikan. Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dalam majlis ilmu.

Goodluck!

Tuesday 5 August 2014

FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH





Klik -> Blog Liya

Happy Anniversary Encik Alias Ismail & Puan Rosmawati bt Abdullah.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir: Surah Ar-Ruum, Ayat 21

Setinggi-tinggi syukur dan tahniah aku ucapkan buat pasangan ibubapa Liya. Jujur dalam hati, terdetik perasaan“Wow.. this couple are surprisingly amazing.” Marah? Cemburu? Gaduh? Mungkin ma dan abah Lia pernah lalu semua tu. Awal perkahwinan, itu semua biasa saja. Bukan setakat gaduh sahaja, belum kira romantiknya lagi. Iyalah, dah 29 tahun bersama. Jelasnya lebih banyak yang gembira daripada berduka. Kalau tidak, masakan lebih suku abad mereka masih mampu bertahan bersama?

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, namun itu bukanlah alasan untuk sentiasa sengsara. Dalam pentas dunia, hidup ini umpama padang uji. Terutamanya di alam perkahwinan. Antara rasa hormat dan tertindas, pengorbanan antara hati yang berkasih mengambil tempat. Sekali lagi Hanim ucapkan tahniah dan syukur untuk ma dan abah Liya. Semoga keduanya bertemu semula di Jannah.

Keluarga Al-Majidun

akudaripada keluarga besar. Al-Majidun dipetik daripada nama abah; Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar. aku ada 8 orang adik beradik; tiga abang, sorang kakak, tiga orang adik perempuan. 16 April 2013, iaitu tahun lepas, genap 30 tahun anniversary Abah dan Umi. Adat kami di pagi raya, biasanya kami akan berlumba-lumba bangun paling awal dan serbu bilik abah untuk kejut abah umi dan terus salam raya. Tapi tahun ini adat tu menyepi sebab tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa abah dan tahun pertama aku, dan abang-abang tak beraya di rumah (pagi raya) kerana masing-masing beraya di rumah mentua. Dan kerana Allah sayangkan kami, tahun ini Dia gantikan kami dengan tiga ahli baru; kakak ipar baru dan baby; RyAnis.

Kiri: Muhammad Ryan Iskandar
Kanan: Anis Shalehah

Alkisah, kami sekeluarga sangat suka makan dan makanan. Dulu, kami tak sangat jarang ke bazaar Ramadhan dan kalau bukan Umi yang bawa, memang kami tak jejak ke situ. Kira-kira dua tahun lepas, kami masing-masing dah pandai cari duit sendiri tapi tak pandai manage duit kami. Nak dijadikan cerita, adik-adik Hanim ke bazaar Ramadhan di Wangsa Maju. Mulanya kami plan nak beli sikit je makanan, tapi lain pula jadinya. Hampir RM100 terhabis di bazaar. Malam tu habis kami semua ditarbiyahkan oleh umi dan abah. Dan segala makanan yang dibeli pun terpaksa dihabiskan sampailah ke sahur esoknya.

Abah cukup pantang kalau kami tak bangun sahur. Dah namanya manusia normal, tahap kemalasan di pagi hari tu memang tinggi tak terhinggalah. Satu hari tu, adik akubuat perangai tak nak bangun sahur; mamnu’ katanya. Puas kami kejut, sudahnya kami yang give up. Tak lama lepas tu abah pula naik. Dengar  je bunyi tapak kaki dan batuk abah, terus adik aku terjun dari katil dan berlari turun ke meja makan. Padahal abah naik tu sebab nak masuk tidur.

Kalau ikutkan, banyak cerita Ramadhan yang aku nak kongsikan. Tapi mungkin di lain hari kita sambung lagi. *Tepuk tangan* sebab walaupun panjang, korang baca jugak entry ni sampai habis. Untuk yang belum follow, boleh follow blog ni laju-laju tau. Jangan lupa follow blog liya di sini.

Barakallahulakuma wa jamaah baina kuma fee khair
(Semoga Allah berkati kamu dan dihimpunkan kamu dalam kebaikan)

Wallahualam~


Monday 4 August 2014

Travelog Malaysia: Jalan-jalan Cameron Highland


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau dah namanya suka berjalan, wajiblah round satu Malaysia dulu.. Iya dak? Hehe.. Jangan lupa, tahun ni tahun melawat Malaysia. Bukan setakat mempromote pelancong asing semata, kita sebagai rakyat Malaysia pun kenalah support dan hargai Negara kita sendiri.

Kali ni kita nak berjalan-jalan dekat Cameron Highland, Pahang. Pahang ye, bukan Perak ye kawan-kawan. Hehe.. Berjalannye dah lama.. tapi baru nak story kat uolls. Jalan-jalan kali ni bersama-sama keluarga mentua aku. Maka kami bertolak dari arah Taiping. akudah beberapa kali ke Cameron Highland tapi setiap kali naik, feeling tu masih berbeza. Mungkin sebab naik tu dengan orang-orang yang berbeza kot…  hihi.. Apapun, kalau dari arah utara mahupun dari arah KL, mohon naik melalui Simpang Pulai sebab laluan Tapah agak berbahaya dan selekohnya tajam-tajam belaka (sumber review rakan-rakan blogger). Nanti ambil Exit Simpang Pulai, terus ke kanan dan follow signboard Cameron Highland. Memang confirm sampai. Dari Exit Simpang Pulai nak ke atas tu ada dalam 1 jam jugak. Disebabkan jalannya bengkang bengkok, kalau sesiapa tak tahan, jangan lupa sedia plastik awal-awal.

Sampai Cameron, kami beli peta dulu.. haha.. gigih kan nak beli peta..  .

RM4.00 per map. Murah..murah

Basically Cameron Highland ada 3 bahagian utama yang wajib lalu; Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata. Tambahan 1 lagi kawasan Ringlet. Tapi Ringlet ni dah jauh ke hujung sangat, kami tak pergi pun ke situ. 

Nah.. untuk rujukan kalau nak pusing-pusing nanti.

Since kita daripada Simpang Pulai, maka map tu dibaca dari atas. Kitorang jalan terus ke hujung dekat-dekat dengan Ringlet. Lepas tu baru patah balik ke arah Simpang Pulai sambil-sambil menyinggah shopping dan cuci mata. Sebab pergi ni sehari je maka masa tu perlu dirancang dengan bijak. Heee.. 


Ini kawasan town dia.. lebih kurang la.. Hospital, Bank dan macam-macam keperluan boleh cari dekat sini.

Perhentian pertama kitorang ialah MARDI. Boleh lah singgah kalau nak tengok macam-macam jenis tanaman dan belajar tentang tanaman-tanaman. Tanya je kat pegawai sini, nanti diorang explain like a pro. Kalau nak beli benih pokok pun ada banyak jenis kat sini.

Mak mentuaku beli pokok halau nyamuk. Bau memang kuat tapi since sumber natural, hasilnya pun mungkin lebih kuat (lupa nak tanya mak kesan pokok ni.. huhu).

Dari Tanah Rata, kami naik ke Pekan Brinchang.

Pekan Brinchang ni famous dengan pasar malam tapi kena datang waktu petang baru jumpa pasar tu. Kami tak singgah dekat dua-dua pitstop ni. Dari Pekan Brinchang menuju ke Kea Farm  ada baaaanyaaakkk sangat jual Strawberry. aku tak ingat macam mana nak pergi tempat yang kitorang pergi tu. Tapi kalau korang jalan-jalan tu, cuba cari pintu gerbang yang ada tulis “Strawberry Village”. Kalau dalam map tu, mungkin dekat area Big Red Strawberry Farm kot. Tapi tryla cari pintu gerbang ni sebab dalam tu penuh dengan kawasan penduduk yang jual strawberry. Semestinya boleh petik sendiri.

Abang petik yang gemok-gemok je taw.

Next Pitstop is Boh Tea Plantation.. hehehe..

Ladang Teh Boh.. Laluan dia sangat sempit..Dan terlalu ke dalam. Kalau tak berani bawa kereta kat laluan camni, cuba ke Cameron Valley atau Bharat Tea. Lepas sampai kilang Teh Boh ni, kena panjat bukit pulak. Kena pulak hari tu kami pergi bawak mak mentua, so memang penatttt nak naik atas tu oi..  Endingnya kami semua pakat mengah kat atas bukit tu.




Menurut salesperson yang kat Boh Tea, Garden Tea camni hanya ada dekat kilang ni sahaja. So memang takleh jumpa kat mana-mana hypermarket. Tiga-tiga jenis ni ada fungsi yang berbeza. Kalau dapat baca kat tin tu, cuba baca. Yang Bukit Cheeding tu teh nya jenis strong dan pekat sikit. Sesuai untuk buat Teh Tarik . Wangi lak tu.  Gunung Chantik tengah-tengah tu baunya tak berapa kuat dan agak mild. Tapi sesuai untuk buat teh o dan teh tarik. Dan last sekali, Palas Afternoon Tea; sesuai untuk minum petang sambil melepak-lepak tengok langit dan berangan… Cecewahhh..

Naik atas lagi

Naik sikit ke atas, kitorang singgah di vegetables market. Waahh… banyak gila mak mentuaku bershopping. aku pun tak lepas peluang jugak, shopping bagi pihak bunda. Hehe.. Kalau masa awal-awal tadi terlepas nak beli Strawberry, belilah dekat sini. Memang berlambak-lambak, murah, gemok-gemok.. nyummm… Kalau korang gila cerita korea dan terasa nak makan keledek bakar, boleh beli keledek madu.. sedap dan sangat manis.. Kukus pun sedap jugak.. (last month bunda ke Cameron, ada konvensyen katanya. Sekali dia borong segala sayur, buah-buahan, dah macam nak bukak kedai gamaknye… (=,=))
 
Dan yang terakhir, Lavender Garden. Masuk kena bayar RM5 per person (kot..dah tak ingat). Pusingla sakan habis-habisan bagi berbaloi sikit RM5 tu kan.. haha..


Kitorang beli pokok lavender dengan satu lagi pokok yang ada bau macam minyak urut. Amoi kedai tu cakap pokok tu elok kalau buat ubat.. Tumbuk daun tu sampai lumat pastu sapu je tempat lenguh-lenguh, sakit badan, dan lain-lain. Pokok lavender tu pulak wajib letak dalam aircond. Malangnya kitorang beli anak pokok tu masa musim panas, maka anak-anak pokok itu tidak bertahan lama. Habis kering dua-dua tu.. Pokok halau nyamuk yang mak beli jugak yang hidup. Nampak benaw tangan kayu kitorang berdua ni.


Kitorang solat on the way turun kat kaki bukit tu. Lepas tu masing-masing terlelap dalam kereta. Kesian abang drive sorang-sorang..

Sekian entry kali ini. Akan datang, Travelog ke Phuket, Thailand.