♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Monday 31 December 2012

Gubahan Hantaran: Peach & Turquoise



.: Bismillahirrahmanirrahim:.


Gubahan hantaran ni ditujukan khas untuk abang aku. Tahniah Abangcik & Kak Ain! Selamat bertunang pada 22 Disember lepas. Entry ni sebenarnya nak tujukan khas buat Cik Nurul Azlen & Puan Anis Zuana sebab tolong siapkan hantaran bertunang abangcik. Tapi gambar diorang takde in action pulak. So gambar hantaran jela yang ada.

Dikisahkan.... planning bertunang ni dah ada sebulan awal. Dan kitorang hanyalah bidan terjun menyiapkan hantaran ni. Maka semuanya last minute punya la.. Asalnya nak color peach & turquoise, tapi susah naw nak mencari bunga kaler gitu, last-last jadi cream+biru cair.. Nasib baik cantik gak...

Aku ni tangan batu, tak kreatif. So urusan pemilihan design hantaran ni diserahkan dekat Anis je. Planning asal nak hantaran camni:



Tapi kakak kedai bunga tu kasik idea baru... dia ajar kitorang buat camni:

belajar buat bunga hantaran ni dari 9pm sampai 1 pagi... (TToTT)

Kalau ikut estimate harga kakak tu, upah satu dulang dengan design camtu lebih kurang RM200. Kalau total 7 dulang, mak aihhhh... RM1400!!!


Cara design dalam imagination kitorang.. sangat tak kreatif... sobsob

End up, satu hari tu dipenuhi dengan kerja-kerja hantaran. Kitorang bahagi kerja untuk 3 bahagian. Yang pertama, siapkan base hantaran. Satu hantaran amik masa dalam 1 jam. Kakak kedai tu dah siapkan 1 so tinggal lagi 6. Nasib baik buat berdua dengan Azlen. So dalam 3 jam dah siap base. Base aje tau! belum masuk bunga-bungaan lagi.

Baru siap 7 bijk base hantaran.

Nak buat ni tak susah. Sekejap je belajar. Surela tak secantik dan sekemas kakak kedai tu buat. Tapi untuk amatur cam kitorang, puas hati dan kembang jugak la nak pandang hasil kerja sendiri. hehe

Antara barang-barang "disebalik tabir"

By the way, sekadar sharing. Barang-barang kat kedai bunga Lavender ni agak murah. Dan beliau berbesar hati untuk beri tunjuk ajar secara percuma sekiranya kita beli barang kt tempat dia. Aku kahwin nanti pun nak beli dari dia gak. So sila ke Prima Seri Gombak. Kedai beliau kat sebelah kedai buku Pustaka Rakyat.

In making of kotak kek. End up tak guna pun kotak kek sebab Mak Lok sponsor halwa buah... yeay! Free satu hantaran! 

Adatlakan, nak kahwin ni kalau kita anak orang kaya, atau kita memang kaya, dan tak kisah nak kuar belanja, upah jela kat kedai. Memang hasil dia lagi cantik daripada buat sendiri. Tapi untuk orang yang baru nak kaya macam aku ni, kena la berjimat dulu. Jangan berhabis kat kahwin tapi lepas kahwin kena makan ikan bilis je hari-hari. So kenalah pandai cari idea. 

Tadaaaaaa!! Siap! hehe... 

Memandangkan handphone aku taklah begitu indah, maka ini jela gambar yang ada. Tapi aku akan kidnap gambar dari kamera canggih abangcik.. Boleh tunjuk gubahan hantaran balasan daripada keluarga kak ain. Canteeeeekkkkkk!! 

Apa pun, terima kasih sangat kat kawan-kawanku, Azlen & Anis. Pregnant+sakit badan pun Anis nak jugak ikut cari kedai bunga tu. Panas sampai melecur kaki terkena pistol gam pun, Lin tolong gak siapkan hantaran. Thanks yang tak terhingga.... Sayang korang! Auwwwww!!!

Tuesday 25 December 2012

Tips Kewangan: Atasi masalah kewangan anda



.: Bismillahirrahmanirrahim:.

Tips kewangan ni khusus untuk mereka yang rasa ada masalah kewangan. Macam mana nak tahu anda ada masalah kewangan? Cuba kenal pasti adakah anda tergolong daripada salah satu yang berikut:-


  • Poket kering setiap kali hujung bulan.
  • Makin banyak gaji, makin banyak hutang.
  • Tiada simpanan kecemasan
  • Tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
  • hutang kad kredit semakin bertambah

Kalau ada, maksudnya memang dah WAJIB untuk atasi masalah kewangan anda.

Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.
Scary kan? So SH share kan 5 tips untuk atasi masalah kewangan ni. Harap-harap dapat membantu.

#1: MENABUNG

Biasakan diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan anda. Setiap kali dapat income jangan beli apa-apa hatta isi minyak kereta sekalipun Sebaliknya, terus masukkan 20% dalam tabung simpanan. Lebih baik menyimpan sedikit demi sedikit daripada semua income kita kena bayar duit hutang, kan? 

#2: PEMBAHAGIAN PENDAPATAN

20% sudah masuk simpanan, pastikan anda mempunyai pembahagian yang betul untuk baki 80%. Contohnya, 10% untuk sedekah dan zakat, 20% bayar hutang, 20% belanja kecemasan, dan 30% belanja isi rumah. Yang penting, wajib berdisiplin. Ketahuilah bahawasanya, orang yang kaya raya pun boleh jatuh miskin jika tidak DISIPLIN.

#3: BANYAKKAN BERGURU

Sekarang dah baaaanyaaakkkkk sangat bantuan kewangan contohnya daripada AKPK. Bukan setakat tu, pergi je kedai buku, berlambak buku-buku berkenaan tips kewangan. Amalkan membaca sekurang-kurangnya  satu buku satu bulan supaya kita sentiasa be updated dengan info kewangan dan trend perbelanjaan terkini. Bukan setakat membaca, banyakkan bergaul dan berbincang secara general dengan kawan-kawan sepejabat. Tujuannya adalah untuk memastikan kita tidak terover bajet berbanding orang lain. Tapi jangan pula terpengaruh jika kawan-kawan kita lebih belanja daripada kita oke!

#4: BERBINCANG

Bagi yang belum berkahwin, pastikan anda berbincang dengan ibu bapa kerana mereka lebih arif dalam hal kewangan. Sebaliknya jika anda sudah berkahwin, perbincangan harus berlaku sesama pasangan. Suami perlu tahu perbelanjaan isteri, begitu juga isteri. Bukan untuk menyekat, sebaliknya untuk memastikan kedua-dua pasangan tahu perancangan bulan itu. Berdua kan lebih baik? Dan semestinya JANGAN sesekali mendedahkan perbelanjaan anda kepada pihak ketiga. Tidak menjadi masalah jika sekadar meminta pendapat. Bak kata orang, "Dengar boleh, Percaya? Nanti dulu."

#5: ISTIQAMAH

Apa pun cara yang anda lakukan, mestilah dilakukan secara ISTIQAMAH. Kalau sekejap simpan, bulan depan tak simpan, bulan seterusnya baru simpan semula, percayalah, anda akan balik ke tempat asal. Istiqamah atau Disiplin diri sangat penting. Kalau kewangan pun tak boleh disiplin, tak taulah masa, pakaian, kekemasan dan SOLAT boleh disiplin ke tak kan... =P

Pilihan di tangan anda. Anda boleh pilih sama ada nak kurangkan perbelanjaan (dapatkan tips daripada MasKahwin) anda atau tambah pendapatan anda . All the Best!!