♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Sunday 30 October 2011

Pasha n Adel - Penghujung Cinta

Oke...Lagu ni oke..lagu ni... BESTTTT... Aku bagi 10 star...

tengok lirik dia-

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]


Lagu ni nampak macam innocent kn? Kalaula dapat carik kekasih hati..perghhh...

Kalau yg tak pernah dengar lagu ni, boleh klik link MP3 Pasha Adel..

nak download terus pun buleh..

LAYANNNNN!!


Friday 28 October 2011

Hadiah dari bonda


ini bunda saye... gambar dari bawah meja kat opis bonda..surprise2..haha

Masa kecil dulu sampai besar sekarang ni pun aku suka nyanyi lagu

Bapaku pulang dari kota..
Bapaku belikan kereta...
kereta kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah...

Tapi bila da besar... Bonda belikan saye kereta biru...
err..kelabu? haha... Thanks bonda.. HUGS & KISSES!!

eksyen ye... thanks bunda..saye sayang bunda.. :)

Thursday 27 October 2011

My Virtual Sis

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Aku ada 8 orang adik beradik. Yang dah kawin baru sorang tu je. Anak buah pun dah besar.



Tapi harini aku nak cerita tentang si Petai.
 tangan debab.

Si Petai keluar rumah seawal Form 1. Aku sangat rapat dengan Petai sebab dia yang bongsu. Mana-mana anak bongsu memang disayangi lebih sikit oleh family kan..

si petai memang suka bergambar dengan retis.

Masa mula-mula petai masuk asrama, aku tolong hantar dengan umi. kitorang kagum gila dengan budak-budak sekolah tu. Datang sambut mak bapak dari kereta siap cium tangan. Tu semua budak sekolah SBPI Sabak Bernam.

I pun retis jugak..

Pastu kitorang selalu main surat-surat. Sebab masa ni aku Form 5. Biasala, budak kedeng kan. Budak kecik masuk asrama, mahu tak sedih. Dahla zaman tu nak ke Sabak Bernam dekat 3 jam woo.. Tak tahan kalau jem lagi.. Kebas pungkoq menunggu.

jalan-jalan ke Langkawi. Umi Abah dating kat rumah.

Adik aku si Petai ni dah ada belog. Sebab belog dia nama petai, so aku panggil di petai. So, boleh baca blog dia kat SINI.

Sekian.

Hati itu Milik Siapa?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hari ni ada kes. Kakak tu cuba terjun bangunan. Bangunan ni ada 6 tingkat je. Tapi kalau nak terjun, parah lah juga. Selepas di kaunseling, dia buka cerita. Suami ada lelaki lain. Semalam dia cari bukti.. Godek-godek henfon suami nak cari siapa teman baru si lelaki. Siap register hotlink online nak trace mesej si lelaki. Hari ni naik hantu bila call si gadis, mereka rupanya dah terlanjur dan planning nak kawin lari. Si gadis, tak kisah jadi bini kedua - asalkan akak rela (dah kalau hakak tak rela dik, kau mesti still nak kawin jugak kan). Si lelaki, menafikan tebuk kelapa orang. Si bini, naik gila sorang-sorang. Si kaunselor, geleng kepala.

Aku tak tahu apa mereka fikirkan.



Hati ini milik siapa?

Bukan Allah yang punya ke?

Kalau Allah yang punya, kenapa mengharap pada manusia?

Kalau Allah yang punya, kenapa tak minta pada Allah?

Kalau Allah yang punya, kenapa tak percaya kuasa Allah?


Sambung kakak tu lagi.

"Adik, kalau suami adik nak kawin lagi satu, adik nak ke kongsi ***** dengan orang lain?"

Aku diam. Aku tak fikir ke situ.

Pernah ada kisah di zaman Nabi.. Seorang lelaki datang pada Nabi, mengadu dia miskin walau dah cuba macam-macam cara. Kata Nabi, "Nikah. Dengan bernikah itu maka bertambahlah rezeki".

Tak lama lepas tu, datang lagi lelaki yang sama. Mengadu perkara yang sama. Dan Nabi beri nasihat yang sama. Maka bernikahlah lelaki itu. Tetapi ia masih berulang sehinggalah dia bernikah dengan isteri keempat. Isteri keempat pandai menjahit. Diajarkan kepada isteri-isteri lain macam mana nak menjahit. Lepas dari tu, baru rezeki mereka mencanak naik.

Aku angguk. tanda menjawab soalan akak tu.

"Kau dah kawin ke dik?" - aku geleng.

"Sebab kau tak kahwin, beranila kau cakap bagi"... aku diam..

Kalau aku dah kahwin, layak ke aku nak menilai orang supaya bagi suami kau kahwin lain?

Dan kalau lah aku belum kahwin, hilang ke kelayakan aku untuk menilai buat diri aku sendiri?

Lepas sejam lebih memujuk, aku usap bahu kakak.

"Akak.. hati akak Allah yang pegang. Hati suami akak, Allah yang pegang. Hati adik tu pun, Allah yang pegang. Jangan minta dan jangan merayu pada manusia yang tak punya apa-apa. Minta pada Allah. Yakin dengan kuasa Allah. dan kalau kata hati mereka tak berubah, anggaplah itu cara Allah beri rezeki pada akak".

Wallahualam.






















Tuesday 18 October 2011

Some of the best old korean dramas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Zaman-zaman aku sebagai student, kitorang gila tengok cerita Korea dan Jepun. Ada apa dengan kaum mata sepet ni? Aku rasa kalau korang bukak cerita yang zaman masih pakai hanbook atau kimono, korang pun boleh tengok kita semua berasal dari rumpun yang sama. Adab dan kesopanan tu masih kelihatan walaupun di negara berbeza.

Tahun 2011 dah nak sampai penghujung. Tapi aku tengok penggunaan teknologi dah makin dahsyat. Rata-rata boleh mintak incek google carikan. Hatta, sampaikan aku buat assignment pun minta Incek Google proof read kan. Inikan pula setakat mendownload movies dan dramas dari negara lain. Dah tak perlu nak tunggu CD dengan kepala orang depan kita atau kejap-kejap tengok orang bangun melintas kamera. Cukup dengan download torrent. Nak tutup PC sambil download pun takpe, nanti dah on, dia boleh sambung download tanpa perlu nak cari balik link tu.



Sekarang Korean Fever adalah Running Man. Aku tak sure start bila cite ni. Tapi aku mula tengok lepas habis yang Family Outing dulu. A brief information. Running Man ni sebenornye part of variety show yang ada kat Korea. Sebabkan kami adik beradik dah follow Family Outing dan Yoo Jae Suk pun stop Family Outing untuk produce Running Man ni, maka kitorang pun berubah angin la.. Kalau kat TV Korea, cerita ni ditayangkan hari Ahad, maka sesiapa yang FASIH berbahasa Korea tu... ehem... sila lah tolong kami mengsubtitlekan cerita ni..

Untuk sesiapa yang belum tahu, Running Man sekarang dah episod 65 (kalau tak salah).. Setiap minggu akan keluar cerita yang berlainan dengan program dan berlainan. Harap-harap Running Man cipta sejarah dengan ke kreatifan dan inovasi yang para krew TV ni bawa dalam industri hiburan sekarang.

Dalam hal yang sama, typical Malay Drama kebanyakannya pusing-pusing pasal harta, pasal cinta. Even producer Malaysia pun memang suka buat cerita Cinta sebab kita ni, Malaysian suka tengok drama & kisah Cinta. Dah tu kenapa tak tengok cerita omputih?  Alah.. sama je sebenarnya.. Kalau aku tengok cerita melayu, nanti yang sorang ni tanya, nape tak tengok cerita Korea. Kang tengok cerita Korea, datang pulak minachi ni tanya, kenapa tak tengok cerita hindustan? (=,=") kannnn... sama je kan..

Minat kita berbeza.. Tak sama.. Tapi mungkin serupa.

Miss V (cikgu sekolah dulu) pernah cakap:

"Orang ni kan, Cina kah, Melayu kah, Hindu kah, kalau belajar tinggi macam mana sekali pun, kaya macam mana sekalipun, handsome kah, putih melepak kah, kalau dia tak ada kesedaran pun tarak guna juga.. Mark my word, KESEDARAN. Sebab kalau kita tau perut lapar, tapi kita tak sedar kita makan untuk apa, nanti sampai perut terburai pun kita masih mau makan kannnnn"

Hanim sengaja tekankan ayat Miss V tang KESEDARAN tu. Hanim salute dengan orang Korea dan Jepun.. Dahla tang ekonomi diorang pun boleh melonjak-lonjak naik.. Tapi kenapa sampai hiburan Korea Jepun ni jadi sahutan seluruh dunia? Jangan perasan ye, bukan kat Malaysia je gila K-Pop.

Sedikit pandangan dari pemerhatian mata kasar aku:-

1. Seronok belajar bahasa orang dari bahasa kita sendiri.

Kalau kat Malaysia kita ada banyak loghat kn? Aku pernah try ckap loghat Sarawak, Pantai Timur, Utara- ni memang da familiar sebab Umi asal dari Penang..Tapi at the end, empunya bahasa atau kawan2 yang tak punya bahasa tu mesti akan cakap "burukla wei.. cakap KL kau jelah"... 
Cuba compare dengan negara membangun, kat US ke, UK ke even Korea pun, dorang sedaya upaya nak tolong orang lain supaya mahir bahasa dorang.. Itu yang membuatkan bahasa diorang e.g KOREA dan JEPUN lebih mudah dan seronok nak belajar berbanding belajar bahasa sendiri.. kena gelak semedang..

2. Aku bangga dengan hasil rakyat aku

Korean people ada satu ego tentang barangan hasil negara diorang. Even di setiap province pun ada specialty masing-masing.. Kalau Malaysia ada durian Pahang. Mereka ada daging lembu Korea yang dianggap gred A++, nak makan seafood yang ketam besar bagak tu boleh cari yang segar-segar kat Busan, nak buah-buah boleh ke Jeju-do ('-do' maksudnya pulau)  tapi yang paling best sekali, sebab cuba macam mana sekali pun, mereka ni tetap akan dahulukan barangan tempatan berbanding import.. Lebih organik katanya. Dan kalau guna produk import, orang tu nampak sangat takde semangat kenegaraannye. Kita berani tukar barang kita semua? Beli dari FAMA atau guna kereta Proton je pasni.

3. Health is important

Paling ketara kat mata aku.. Orang Korea ni banyak gila makan sayur.. Mungkin disebabkan kepercayaan diorang untuk reincarnation nanti, maka diorang kena jadi sihat supaya dihidupkan dalam keadaan sihat (kalau tak nanti boleh dihidupkan sebagai pokok atau haiwan atau benda tak bernyawa). Tang ni, kalau tanya aku pun aku fail.. eden tak suka sayur! Tapi tengok diorang makan macam sedap gila je.. Memang best bila niat makan sayur tu bukan semata nak badan cantik, tapi sebab nak SIHAT. Berapa ramai antara kita yang diet sebab nak body cantik je tapi tak nak fikir camne nak sihat?

Aku salute dengan pemikiran Tun Dr Mahathir.. I am really looking forward to the mission of mentality kelas pertama tu... :)

Mungkin dah tiba masanya untuk kita Malaysian wujudkan identiti kita.

Apapun, aku hanyalah insan picisan. Bersuara pun setakat dalam bilik mandi..

Kalaulah ada kesedaran dalam hati kita...rakyat Malaysia...

p/s: oh..ini cuma buah fikiran serta pendapat aku .no offence okey!

Kawan saya nama Cik Zaza

Bismillahirrahmanirrahim.

Meh aku kenalkan Cik Zaharah bt Rezaly a.k.a miss zaza.. one of my bestie during our univ life. Antara sahabat paling best masa kat UKM dulu. kitorang start kamceng masa tahun 2. Masa tahun 1 tu aku kenal-kenal nama dia je sebab dia budak fames so aku segan nak tegur.. kekeke.. kitorang satu fakulti dan satu kolej kediaman.

tadaaaa.. ni la miss zaza.. cantik kan?

Masa tahun 1, aku berkawan dengan budak kelas ekonomi, Kak Huda n Kak Nana. Sebab masa tahun 1 semua sememeh lagi. Pastu subjek banyak campur dengan semua course. Tapi kenal  la jugak budak-budak course sendiri. Terutama yang duduk 1 matrikulasi dulu. Roommate aku budak sains. Most of the time, beliau gagal dihubungi dan takde pun kat bilik. Maka aku selalu melepak dengan geng yang sama kolej atau sama kokurikulum atau sama kelas jela. normal la tu kan.

My bunch of besties.. kekeke

Masuk tahun 2, si wawa tegur aku (wawa yang pakai tudung tu). Dia memang muka tak malu sikit.. kekeke.. Baca entri wawa pasal aku kat sini.. Kalau tak silap aku, si wawa ni yang tegur zaza. Masa tu dalam kuliah kot. Zaza duduk sorang-sorang  (macam aku). Pastu wawa tegur, zaza pindah duduk sekali dengan kitorang. terus lekat jadik trio pastu terus jadik kamceng sampai En Jumaat panggil aku "setan dan kawan-kawannnye"(next time aku nakg interview En jumaat ni masuk blog ni sikit..hihi).. So far, life aku dengan kawan tak pernah ada berdua. Semua bertiga. Masa kat Sekolah Menengah, ada Cik Sofina dengan Cik Intan Hanina.. Kat Matrik Ada Yussamir dengan Fasihah.. kat UKM ada Wawa & Zaza.. 

Miss zaza & miss oya berkaroks.

Zaza ni budak choir.. suara dia memang sedap gilak.. memang ratu karaoke hardcore la.. Aku penyegan sket nak berkaraoke ni. So kita bagi dia nyanyi sambil layan anugerah suara Allah bagi kat dia.. Aku suka sangat dengan Zaza ni. Dia sangatla independent.. Allah bagi kawan yang perfect la untuk kitorang. Ko nak hape.. Dahla lawa, suara sedap, pandai plus rajin pulak tu. Idak le membodek lebih-lebih. Tapi bila dikenang, antara kitorang tiga, sahihnye aku paling pemalas la kan. Tapi paling ketara Zaza yang paling gigih dalam semua hal. Kalau dia tak seret aku study, mahu aku bantai main game je.

Dengan diorang nila aku belajar "belajar".

Ada masa, Zaza bawak kitorang jenjalan. Sebab dia sorang je dah ada lesen. Dak wawa reti bawak kete mak dia. Tapi aku takut kalau wawa bawak.. haha... Sebab dia bawak macam gangster kottt.. sori wa.. hehehe.. Masa kat UKM dulu, budak-budak suka pergi dating atau jalan-jalan dekat The Mines, Serdang atau Mid Valley. Sebab dua tempat tu je yang reachable dengan public transport. Kalau idak pun, paling takde public transport, pergi kat Alamanda, Putrajaya jela. Bertuahnye si Zaza ni bawak kitorang g kat JJ Balakong sebab situ paling takde budak-budak Universiti merendek. First time aku sampai situ tau. Masa ni bulan puasa, kitorang dok cari tempat berbuka. So dengan steamboat Johnny's ni la kitorang melepak.

Dengan diorang aku belajar berjalan-jalan..

Dah adat bertemu, ada pula waktu berpisahnye. Sedih sebab ending kitorang tak sama. Tahun 3, kitorang masing-masing dah start buat majoring berbeza. Zaza ke finance, aku ke marketing, Wawa ke Human Resource. Tapi itu pun tak memisahkan kitorang sebab kadang-kadang g melepak dan menempek kat bilik masing-masing. Kitorang paling suka bilik Zaza sebab dia dapat facing taman belakang pastu bilik dia paling besar dan takde roommate.

Adatlah.. kalau berkawan, takkan takde kecik hati, meroyan bagai.. Entahla. Aku takde simpan rasa sakit hati, kecewa dengan besties aku. Kalau takde dorang yang nak buat kita frust, nk wat kita kecik hati, takkan la kita dapat belajar ertinya berkawan kan? 

Untukmu cik zaza..
Aku sayang gila kat kau n wawa.
Aku sorry banyak-banyak kalau ada buat hati kau bernanah ke berparut ke.
Sebab aku dah hilang henpon aku, maka aku takde no fon ko..
Plus, aku carik pesbuk & friendster ko dah tak aktif.
Kalau-kalau kita dah tua nanti, pastu tetiba anak beranak terbaca post ni..
Ko contact aku balik tau. No fon aku bersepah-sepah terpampang kat blog ni. 
Email pun takpe.. Nanti aku call ko balik..

Kali terakhir aku jumpa zaza, masa dia baru balik Aussie.

Gambar kat atas ni sabun tau.. Miss Zaza bawak balik some gifts from Aussie.. 

Sangat wangi.. Sangat bulat.. Sangat Planetarium..

Tapi tak reti nak guna macam mana.

Za, sayang nak guna kau punya sabun ni.. buat hiasan je boleh tak?

Serius aku rindu kat korang.

Semoga panjang umur, jumpa korang di masa akan datang.

Sayang korang ketat-ketat.

Monday 17 October 2011

My published diary..

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum..

Thanks for stopping by here at my blog.

Well, this is a typical blog. Nothing outstanding. I'll share everthing that amuse me. So basically, this is a published diary. Do expect some personal stories 😉😉

2 tahun dah konvo.. 2 tahun jugak mula kerja kat Mahkamah ni.. Lots of story to share.. Lots of memory to catch up.. wahhh..macam-macam benda nak menulis ni.. haha.. harapnya sudilah enjoy entry-entry akan datang. Kalau tak best tu, sorilah yek.. mungkin citarasa kita tak sama.. hihi

Alright then.. Till we meet again ..

Sekian~