♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 18 October 2011

Kawan saya nama Cik Zaza

Bismillahirrahmanirrahim.

Meh aku kenalkan Cik Zaharah a.k.a miss zaza.. one of my bestie during our univ life. Antara sahabat paling best masa kat UKM dulu. kitorang start kamceng masa tahun 2. Masa tahun 1 tu aku kenal-kenal nama dia je sebab dia budak fames so aku segan nak tegur.. kekeke.. kitorang satu fakulti dan satu kolej kediaman.

tadaaaa.. ni la miss zaza.. cantik kan?

Masa tahun 1, aku berkawan dengan budak kelas ekonomi, Kak Huda n Kak Nana. Sebab masa tahun 1 semua sememeh lagi. Pastu subjek banyak campur dengan semua course. Tapi kenal  la jugak budak-budak course sendiri. Terutama yang duduk 1 matrikulasi dulu. Roommate aku budak sains. Most of the time, beliau gagal dihubungi dan takde pun kat bilik. Maka aku selalu melepak dengan geng yang sama kolej atau sama kokurikulum atau sama kelas jela. normal la tu kan.

My bunch of besties.. kekeke

Masuk tahun 2, si wawa tegur aku (wawa yang pakai tudung tu). Dia memang muka tak malu sikit.. kekeke.. Baca entri wawa pasal aku kat sini.. Kalau tak silap aku, si wawa ni yang tegur zaza. Masa tu dalam kuliah kot. Zaza duduk sorang-sorang  (macam aku). Pastu wawa tegur, zaza pindah duduk sekali dengan kitorang. terus lekat jadik trio pastu terus jadik kamceng sampai En Jumaat panggil aku "setan dan kawan-kawannnye"(next time aku nakg interview En jumaat ni masuk blog ni sikit..hihi).. So far, life aku dengan kawan tak pernah ada berdua. Semua bertiga. Masa kat Sekolah Menengah, ada Cik Sofina dengan Cik Intan Hanina.. Kat Matrik Ada Yussamir dengan Fasihah.. kat UKM ada Wawa & Zaza.. 

Miss zaza & miss oya berkaroks.

Zaza ni budak choir.. suara dia memang sedap gilak.. memang ratu karaoke hardcore la.. Aku penyegan sket nak berkaraoke ni. So kita bagi dia nyanyi sambil layan anugerah suara Allah bagi kat dia.. Aku suka sangat dengan Zaza ni. Dia sangatla independent.. Allah bagi kawan yang perfect la untuk kitorang. Ko nak hape.. Dahla lawa, suara sedap, pandai plus rajin pulak tu. Idak le membodek lebih-lebih. Tapi bila dikenang, antara kitorang tiga, sahihnye aku paling pemalas la kan. Tapi paling ketara Zaza yang paling gigih dalam semua hal. Kalau dia tak seret aku study, mahu aku bantai main game je.

Dengan diorang nila aku belajar "belajar".

Ada masa, Zaza bawak kitorang jenjalan. Sebab dia sorang je dah ada lesen. Dak wawa reti bawak kete mak dia. Tapi aku takut kalau wawa bawak.. haha... Sebab dia bawak macam gangster kottt.. sori wa.. hehehe.. Masa kat UKM dulu, budak-budak suka pergi dating atau jalan-jalan dekat The Mines, Serdang atau Mid Valley. Sebab dua tempat tu je yang reachable dengan public transport. Kalau idak pun, paling takde public transport, pergi kat Alamanda, Putrajaya jela. Bertuahnye si Zaza ni bawak kitorang g kat JJ Balakong sebab situ paling takde budak-budak Universiti merendek. First time aku sampai situ tau. Masa ni bulan puasa, kitorang dok cari tempat berbuka. So dengan steamboat Johnny's ni la kitorang melepak.

Dengan diorang aku belajar berjalan-jalan..

Dah adat bertemu, ada pula waktu berpisahnye. Sedih sebab ending kitorang tak sama. Tahun 3, kitorang masing-masing dah start buat majoring berbeza. Zaza ke finance, aku ke marketing, Wawa ke Human Resource. Tapi itu pun tak memisahkan kitorang sebab kadang-kadang g melepak dan menempek kat bilik masing-masing. Kitorang paling suka bilik Zaza sebab dia dapat facing taman belakang pastu bilik dia paling besar dan takde roommate.

Adatlah.. kalau berkawan, takkan takde kecik hati, meroyan bagai.. Entahla. Aku takde simpan rasa sakit hati, kecewa dengan besties aku. Kalau takde dorang yang nak buat kita frust, nk wat kita kecik hati, takkan la kita dapat belajar ertinya berkawan kan? 

Untukmu cik zaza..
Aku sayang gila kat kau n wawa.
Aku sorry banyak-banyak kalau ada buat hati kau bernanah ke berparut ke.
Sebab aku dah hilang henpon aku, maka aku takde no fon ko..
Plus, aku carik pesbuk & friendster ko dah tak aktif.
Kalau-kalau kita dah tua nanti, pastu tetiba anak beranak terbaca post ni..
Ko contact aku balik tau. No fon aku bersepah-sepah terpampang kat blog ni. 
Email pun takpe.. Nanti aku call ko balik..

Kali terakhir aku jumpa zaza, masa dia baru balik Aussie.

Gambar kat atas ni sabun tau.. Miss Zaza bawak balik some gifts from Aussie.. 

Sangat wangi.. Sangat bulat.. Sangat Planetarium..

Tapi tak reti nak guna macam mana.

Za, sayang nak guna kau punya sabun ni.. buat hiasan je boleh tak?

Serius aku rindu kat korang.

Semoga panjang umur, jumpa korang di masa akan datang.

Sayang korang ketat-ketat.

No comments:

Post a Comment