♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 27 October 2011

Hati itu Milik Siapa?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hari ni ada kes. Kakak tu cuba terjun bangunan. Bangunan ni ada 6 tingkat je. Tapi kalau nak terjun, parah lah juga. Selepas di kaunseling, dia buka cerita. Suami ada lelaki lain. Semalam dia cari bukti.. Godek-godek henfon suami nak cari siapa teman baru si lelaki. Siap register hotlink online nak trace mesej si lelaki. Hari ni naik hantu bila call si gadis, mereka rupanya dah terlanjur dan planning nak kawin lari. Si gadis, tak kisah jadi bini kedua - asalkan akak rela (dah kalau hakak tak rela dik, kau mesti still nak kawin jugak kan). Si lelaki, menafikan tebuk kelapa orang. Si bini, naik gila sorang-sorang. Si kaunselor, geleng kepala.

Aku tak tahu apa mereka fikirkan.



Hati ini milik siapa?

Bukan Allah yang punya ke?

Kalau Allah yang punya, kenapa mengharap pada manusia?

Kalau Allah yang punya, kenapa tak minta pada Allah?

Kalau Allah yang punya, kenapa tak percaya kuasa Allah?


Sambung kakak tu lagi.

"Adik, kalau suami adik nak kawin lagi satu, adik nak ke kongsi ***** dengan orang lain?"

Aku diam. Aku tak fikir ke situ.

Pernah ada kisah di zaman Nabi.. Seorang lelaki datang pada Nabi, mengadu dia miskin walau dah cuba macam-macam cara. Kata Nabi, "Nikah. Dengan bernikah itu maka bertambahlah rezeki".

Tak lama lepas tu, datang lagi lelaki yang sama. Mengadu perkara yang sama. Dan Nabi beri nasihat yang sama. Maka bernikahlah lelaki itu. Tetapi ia masih berulang sehinggalah dia bernikah dengan isteri keempat. Isteri keempat pandai menjahit. Diajarkan kepada isteri-isteri lain macam mana nak menjahit. Lepas dari tu, baru rezeki mereka mencanak naik.

Aku angguk. tanda menjawab soalan akak tu.

"Kau dah kawin ke dik?" - aku geleng.

"Sebab kau tak kahwin, beranila kau cakap bagi"... aku diam..

Kalau aku dah kahwin, layak ke aku nak menilai orang supaya bagi suami kau kahwin lain?

Dan kalau lah aku belum kahwin, hilang ke kelayakan aku untuk menilai buat diri aku sendiri?

Lepas sejam lebih memujuk, aku usap bahu kakak.

"Akak.. hati akak Allah yang pegang. Hati suami akak, Allah yang pegang. Hati adik tu pun, Allah yang pegang. Jangan minta dan jangan merayu pada manusia yang tak punya apa-apa. Minta pada Allah. Yakin dengan kuasa Allah. dan kalau kata hati mereka tak berubah, anggaplah itu cara Allah beri rezeki pada akak".

Wallahualam.






















No comments:

Post a Comment