♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 27 June 2013

Tips Memilih Tembikai

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni tade idea.. so aku share gambar tips dan cara nak pilih tembikai je.. weeeee!!!




Wednesday 12 June 2013

Dewan Kahwin Part 2

Bismillahirahmanirrahim..

Tengok Dewan Kahwin saya disini..

Alhamdulillah. Isu dewan kahwin untuk majlis abang aku dah selesai seperti dalam entry Dewan Kahwin hari tu.  Wahai pembaca belog ini.. khusus buat bakal-bakal pengantin yang membaca belog aku ni.. terima kaseh yang tak terhingga sebab sudi baca dan SMS serta Wassap kat saya.. apa pun.. Untuk anda-anda yang sudah terima emel aku tentang maklumat dewan tu.. aku doakan anda semua berjaya mendapatkan dewan untuk hari bahagia nanti..


Boleh kata hampir setiap hari aku terima SMS minta contact dan maklumat dewan. Tak kurang jugak yang tanya nak mintak tempah bunga telur.. aku tak buat bunga telur nyahhh... Entry tu entry gatal tangan mengushar bunga telur semata - mata. Tang bunga telur tu nanti aku cerita.. Hari ni topik kite dewan kahwin. aku namakan Dewan Y je ye.

Dewan Y ni terletak di dalam kawasan Greenwood, Gombak. Jadi, sesiapa yang berada dalam lingkungan Gombak, tak kira korang kat Gombak Setia, Taman Seri Gombak, Taman Samudera, Taman Selaseh, Taman Koperasi Polis dan sebagainya yang kecewa sebab nak Dewan Beringin Seri Gombak tu tapi tak dapat, boleh la cuba cari kat sini. Dewan Beringin ni the only dewan under MPS yang ada aircond. Masa mula-mula aku survey, incek jaga dewan tu kata "adik kalau nak book dewan untuk majlis pape, kena book setaon lagi awal dik".. So sesiapa yang planning nak kawin kurang dari setahun akan datang, boleh lupakan hasrat anda untuk book Dewan Beringin..

Kenapa pilih Dewan Y? AIRCOND.. Itu jela sesatunya dewan beraircond dan tak perlu menggunakan khidmat caterer atau apa-apa Pakej Perkahwinan. Iye ler.. Yang datang nanti sahih-sahih pokcik-pokcik dan macik-macik.. sian depa dok dalam dewan berpeluh-peluh. Especially parents dan keluarga yang duduk sepanjang hari kat situ nanti. tapi dalam cuaca panas cam skang ni, uols pun bole paham kan nape nak ada aircond?

Kalau compare dengan Dewan Beringin, Dewan Y ni lebih banyak parking.. Luar dan dalam kawasan.. semua boleh parking. Dewan ni pun dewan kolej universiti yang baru dibukak. Tapi boleh muat 700 orang dalam satu masa. Dewan Beringin boleh 300 per seating. Maka, bolehla diimaginekan ruang tu. Sah-sah lagi besar dari Dewan Beringin. Sebelah dewan ni ada surau (imagine surau kolej ye). So family member yang malas nak jalan kaki balik umah tu boleh rehat dan solat kat surau tu terus. Tandas ada 2 bahagian. Kalau tandas bahagian depan tu full, boleh pergi kat side belakang.. Tapi aku paling suka sebab tiles kat dewan ni masih baru dan cantik.. Walaupun bukan kat hotel, tiles yang tak terkopak tu boleh memberi imej gah kat majlis nanti.

Untuk pengantin yang bajet terhad. Mesti pening nak cari P.A system bagai kan. So sila gunakan dewan ni punya PA system sepenuhnya. Siap dengan projektor. so pasangla slide tu dan mainkan lagu pengantin tu secukup rasa. Tak payah keluar duit untuk benda-benda yang tak perlu oke...


Bahagian luar dewan tu pulak agak besar. Kata acik Caterer "Acik biasa masak kat situ yo. Sonang kojo. Ekau datang makan yola". So kalau uols ada katerer sendiri, ruang memasak pun besar. Sistem pengairan pun bagusss.. Jangan risau. Apa lagi yang nak aku cerita tentang dewan ni? Ha.. Meja makan TIDAK disediakan ye.. Hanya kerusi sahaja disediakan. Tapi untuk kesenangan bersama, lebih baik meja dan kerusi tu datang bersama katerer.

Harga sewaan dewan tu RM2500 (RM500 cagaran kebersihan kot). Kak Marziah (person in charge) Dewan ni cakap, bayar tu tade term pape. Atas dasar kepercayaan dedua pihak. Nak bayar deposit bape pun tak kisah, bila-bila pun takpe asalkan BAYAR. Tak ada pemotongan duit deposit dilakukan sekiranya berlaku pembatalan akad. So kalau jumpa dewan yang lagi bagus dan berkenan di hati, boleh proceed dengan dewan tersebut. Datang bawak resit je jumpa dorang balik.

Untuk itu.. aku nak ingatkan.. hanya ada yang mencari dewan kahwin di sekitar gombak sahaja yang aku akan bagi contact number akak tu. Sebab aku ada henfon number je, so kenala jaga privacy dia kan. Sekadar perkongsian, dewan tu dewan kolej. Dorang bukak untuk majlis kahwin dengan tujuan membantu para muslim yang nak kahwin. Jadi, jangan rosakkan kepercayaan mereka oke. Selamat mencari!

p.s: Gambar kat atas bukan gambar Dewan Y. Sekian

Tengok Dewan Kahwin saya disini..