♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Sunday 4 May 2014

Travelog: Tips Jalan-jalan - Preparation

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum.

TIPS MELANCONG DAN BERCUTI KELUAR NEGARA  | Al-kisah.. kami kahwin dah dekat setahun rupanya.. tapi tak berkesempatan nak berhoneymoon berdua..sobs.. lepas kahwin dulu terus bercuti tour satu Sabah dengan family Hanim. Lepas tu g jalan-jalan Cameron Highland.. dengan family hubby pulak. Pastu ke USS pulak, dengan kawan-kawan Hubby. So this time, ini masa kami pula.. weeee!

Sebelum ni aku share Travel tapi tak pernah cerita preparation kan.. As usual, bila ke over the sea, kenalah prepare dengan benda basic dan unexpected. aku listkan antara yang penting sebelum kita melancong ke luar negara.

1. DOKUMEN | Print semua dokumen termasuk tiket-tiket yang beli online. Wujudkan buku nota dan catat in case kalau handphone ada problem. Make sure semua dokumen perjalanan lengkap dan dikemaskini:

a)    Tiket Penerbangan: Pastikan korang baca detail flight betul-betul (check nama, tarikh, masa, gate dll). Tempah tiket 6 bulan lebih awal supaya dapat lebih jimat.
b)    Passport: Cuba bukak passport korang, check tarikh luput tu bila? Make sure tak kurang dari tempoh 6 bulan dari tarikh nak berlepas ni. Takut nanti sia-sia je planning bagai, sekali tak dapat pergi kannn..
c)    Visa: Ha.. ada sesetengah Negara nak pergi ni kena mohon visa sebelum lawatan. Semak Visa di SINI 
d)    Kedutaan Malaysia di luar Negara: sangat penting jika berlaku kecemasan. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Tsunami la, kebakaran la, perang dsb.. Kalau jadi apa-apa, anda boleh rujuk dengan kedutaan Malaysia di negara tu. Tulis alamat dan no. telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati. Semak senarai kedutaan Malaysia di SINI 
e)    Detail Lawatan: Tak kisah korang pergi sendiri atau dengan agen. Jangan lupa bawa detail lawatan yang diberi oleh pihak agensi yang lengkap seperti no. telefon tour guide dan hotel.

2. BLACK LIST / SENARAI HITAM | Ha… digalakkan untuk menyemak nama kita bersih atau tidak daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen di SINI 

3. DUIT | Cari money changer yang boleh bagi kadar paling untung… (dalam blog)

Mula-mula sekali kena decide berapa banyak yang korang willing to spend without bawak balik baki. Maksudnya memang nak belanja habis-habisan la. Sebabnya, nanti jadi tak rajin nak tukar duit tu balik ke MYR sebab harga selalu dapat lagi rendah, melainkan kalau rajin nakgi carik. Macam kitorang memang jenis saving punya manusia, kitorang pusing gak la mencari money changer. Dulu aku biasa tukar sama ada dekat Sunway Piramid atau dekat Kedai Ajmir kat Masjed Jamek. Tapi hari ni kitorang jalan habis-habis, dan terjumpalah kedai ni.


Kedai ni dekat Masjid India. Jalan straight dari Semua House menuju ke Mydin. Dia setentang dengan Mydin tu.

 Dah lalu sini, pastu ke depan, pastu patah balik ke sini. Kedai ni tulis kat board macam mahal, tapi kena tanya kat tuan kedai tu, nanti dia offer rate lagi murah.. hihi

Haa.. Money Changer tu sebelah kedai ni.

 Ops.. de incek hubby di situ.


Semalam check kedai ni paling murah, hari ni kami kenselll.. g kedai sebelah tu.. haha

4. KAD ATM / DEBIT/ KREDIT | Activatekan kad debit/kredit korang. Yang ni untuk back up je.. elakkan bershopping mahupun berfoya-foya tak hingat dunia. Bukan apa, kita tak tahu apa nak jadi kan. Untuk aktifkan kad kredit/debit, boleh guna online banking atau lebih mudah, call je bank mintak nak activate untuk guna kat luar negara. Nanti bank offer nak aktif untuk one-time only atau selama-lamanya. Untuk debit kad, kalau kad tu kad VISA, nanti boleh guna kat mana-mana atm yang ada logo VISA tu. Jangan lupa check caj bank dengan bank masing-masing oke.


5. PENGINAPAN / HOTEL | Kalau guna agen, make sure dapatkan nama hotem, alamat dan no telefon. Sekarang dah banyak kemudahan secara online untuk tempahan hotel penginapan. Baca fahamkan terma dan syarat sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi. 

6. BEKALAN MAKANAN | Nak melancong di Negara orang, manakan sama makanannya dengan kita. Untuk elakkan kelaparan, kebuluran serta hilang selera makan, bawa bekalan makanan secukupnya. Kalau jenis sambal goreng ke, serunding ke, boleh lah tahan lama sikit. Kalau rajin, pack dalam plastic kecil-kecil, cukup untuk sekali makan. So setiap kali makan, boleh bawa 1 pack je. Senang nak kemas, senang nak bawa, senang nak budget baki makanan. Paling mudah, boleh ikut kami beli makanan segera brand Brahim’s. Ada kari daging, ada kurma ayam, sambal ikan bilis dan banyakkkk lagi. Rendam dengan air panas dan sedia untuk dimakan. Biskut, mi segera dan lain-lain pun digalakkan untuk kudap-kudapan.

7. BEKALAN UBAT | Ini sangat penting. Terutama yang memang terpaksa bergantung dengan ubat. Kalau yang asma tu, bawak inhaler extra pun takpe. Jangan lupa bawa first aid kit yang mengandungi ubat - ubatan basic seperti panadol, vicks, tiger balm, ubat luka , plaster, minyak angin, ubat selsema dan lain-lain. Pil Chit Kit Teck Aun pun kena bawa. In case kalau cirit birit atau perut tak selesa sebab tak dapat terima makanan Negara berkenaan. Kalau cirit birit ni dah spoil terus perjalanan kita nanti. Letak dalam 1 bekas dan jangan lupa label. Kalau pegawai imigresen tanya, baru tunjuk. Tidak payah sorok apa-apa sebab nanti mendatangkan syak kepada pihak penguatkuasa.

8. TELEFON BIMBIT | Zaman sekarang dah canggih, guna whatsapp je pun cukup. Cuma Whatsapp agak terhad di hotel atau tempat yang ada wifi. Biasanya Hanim beli simkad baru di Negara tu. Pastu buat koleksi simkad… (^_^) Biasanya simkad Negara tu sendiri lebih jimat dari roaming.

9. BEG & BAGASI |  Sepanjang masa awasi bagasi anda. JANGAN tinggalkan bagasi anda sesuka hati. Takut-takut ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.  Jangan lupa gantungkan tag nama lengkap dengan alamat dan nombor telefon pada beg anda dan KUNCI.

10. UNDANG-UNDANG | Ambil masa untuk fahami dan patuhi undang-undang ketika berada di negara orang untuk mengelakkan korang dikenakan denda atau penalti. Contoh, Singpore denda kalau meludah merata-rata. Australia tak benarkan bawa makanan basah e.g daging (untuk certain weight).

11. CUACA |  Tak kisahlah Negara tempat korang nak melancong tu ada 4 musim atau sekadar cuaca macam Malaysia, make sure check cuaca! Ni untuk elakkan plan korang terganggu kalau hujan ke, panas terlampau ke dan juga untuk memudahkan planning bekalan pakaian nanti. Check cuaca kat SINI

12. BIL | korang nak berjalan ni lama ke sekejap? Kalau setakat hujung minggu atau 2-3 hari, tips ni mungkin tidak terpakai. Tapi biasanya kami akan bayar segala bil air, bil telefon, bil api, duit kereta, duit rumah dan semua hutang bulanan supaya boleh berjalan dengan hati tenang.. hihi

13. PAKAIAN | yang ini berkait dengan tips no 11. Kalau waktu tu musim sejuk, sekurang-kurangnya kena ada 1pasang long john (thermal wear) untuk lapisan paling dalam. Lapisan kedua-ketiga tu bergantung kepada tahap kesejukan Negara tersebut. Lagi sejuk, lagi tebal. Stokin tebal & sarung tangan, winter coat, baju hujan (in case bersalji). Make sure dari hujung kepala sampai hujung kaki bertutup. Boleh beli hot pack dekat Daiso. Harga RM5 untuk 8pcs (ada macam-macam jenis). Boot salji boleh beli di Negara tu sendiri kalau nak yang murah. Untuk musim sejuk, boleh check entri Travelog  ke China.

14. ADAPTOR | Ada travel plug yang boleh guna untuk semua Negara. Harga RM18 kot. Boleh guna banyak tempat. Jangan lupa bawak extension plug supaya tak berebut-rebut dengan pasangan / kawan-kawan. Nanti tak sempat caj, tak dapat nak tangkap gambar best-best.




15. ITINERY | Kita nak berjalan tempat orang ni sekejap je. So make sure plan betul-betul dan pastikan ada backup plan. Ada 28 huruf dari A-Z. So plan la banyak-banyak in case kalau ada perubahan plan mendadak. Cara sediakan senang je.. pinjam mana-mana kad undangan kawin tengok yang ada "8.00a.m - ketibaan tetamu". Ha.. buat sebijik camtu.. Itinery ni pun penting untuk mempercepatkan proses soal jawab dengan Imegresen. Jawab soalan biar betul. Jangan mendatangkan kecuriagan. Ingat, salah jawab boleh menyebabkan kita tersangkut dan boleh dilihat sebagai penjenayah atau terrorist di Negara yang high Islamophobia.

16. AIR | cuba cari botol air yang mudah dilipat. Kebanyakan Negara yang Hanim pernah pergi, rata-ratanya jenis tandas kering kecuali di asia dan susah nak jumpa tandas yang ada pili air.

17. EYE DROP | bergantung kepada cuaca, kalau anda jenis pakai kanta lekap, digalakkan untuk bawa cermin mata. Kalau tidak bercermin mata, bawalah eye drop untuk elakkan mata kering di kala cuaca yang tersangat sejuk.

18. MULTIPURPOSE | Cari barang yang boleh multipurpose. Kalau termos tu, boleh ada cawan sekali, mudah nak bawa ke mana-mana. Sudu bersekali dengan garfu dan pisau. Maggi Cup boleh beli 1 je pastu guna balik cup tu untuk Maggi yang pack 4 segi.. Semua ni untuk menjimatkan ruang bagasi. Isi kurang boleh bawa balik oleh-oleh lebih.

19. CUTI | Sebelum beli tiket kapal terbang, check dulu cuti awam di Negara tersebut. Banyak pro dan kontra. Contohnya, pergi waktu musim perayaan di Malaysia, dapat lihat warga kota bersiap sedia nak sambut raya. Tapi kadang-kadang harga barang melambung naik. Kalau melancong selepas cuti, mungkin dapat harga lebih murah sebab peniaga nak habiskan stok (tapi rugi sebab tak dapat tengok sambutan perayaan Negara tu).

20. CHECK IN | Biasanya anda dah boleh check in secara online antara 24-48 jam sebelum berlepas. Pastikan anda check in seawal mungkin  supaya boleh reserve seat dengan kawan-kawan (kalau air asia) dan supaya tidak kelam kabut masa nak drop luggage nanti. Pastikan tiada cecair melebihi 100ml dibawa naik ke dalam kapal terbang. Kalau bawa losyen atau minyak kapak atau perfume atau apa-apa cecair melebihi 100ml, boleh simpan siap-siap dalam luggage. Datang 2 jam lebih awal untuk elakkan perkara tak diingini. Kadang-kadang masa tu lah kereta nak rosak, takde teksi, ERL pancit.. Eh?

21. PENJAGAAN KULIT | Kalau Negara yang akan dilawati ni sejuk, pastikan bawak losyen dan lip balm untuk elakkan kulit kering. Guna minyak zaitun lagi elok.

22. ERATKAN HUBUNGAN | Dah alang-alang berjalan, carilah network sebanyak mungkin. Bersembang dengan orang kiri kanan.. Ringankan mulut bertanya. Kalau guna travel agen, sembang dengan rakan-rakan 1 bas tu dan pemandu pelancong. Mana tahu bila balik Malaysia nanti berjumpa balik kan.. =)

23. BIJAK MENGEMAS | Selalunya bila melancong, kita akan beli banyak barang terutama kalau Negara tu berlabel Syurga Membeli Belah. Mungkin anda beli banyak cenderahati terutama kain pasang, beg, baju, kasut dan sebagainya. Untuk mengelakkan anda disyak sebagai peniaga, digalakkan untuk buang semua plastic dan tag harga. Kalau kain/baju yang dibeli tu ada banyak manik atau batu, agih-agihkan sesama ahli keluarga dan elakkan untuk isi dalam 1 beg yang sama.

Nak cerita sikit. Masa mula-mula dulu, kami jenis melancong main redah je... End up, kitorang penat berjalan pusing-pusing selama 3 hari berturut-turut tapi tak tahu cari apa. Ni baru kat Malaysia ni.. tempat yang kita memang dah biasa berjalan en. Kalau tempat orang, mau menangis jugak sebab cramp kaki berjalan.. hahaha..



Terjumpa dorang ni kat SOGO. Hanim pernah tengok video tentang lukisan menggunakan spray ni. Masa tu memang viral la.. Ingatkan mat salleh je reti buat, orang kita pun ramai tangan retis tau.. cantik sangat. Tapi sebab ramai sangat keliling dia, tak berani nak pergi depan dia tanya harga etc.


Masa yang sama jugak, ada a group of gegurls tengah buat demonstrasi. Tapi tak dengar pulak tentang apa bantahan tu. Tapi mungkin berkaitan pelaksanaan hukum hudud.. Takpun GST..

Semoga dapat manfaat dengan sharing ni.. hihi

Bye (^_^)