Assalamualaikum.
TIPS
MELANCONG DAN BERCUTI KELUAR NEGARA | Al-kisah.. kami kahwin dah
dekat setahun rupanya.. tapi tak berkesempatan nak berhoneymoon berdua..sobs..
lepas kahwin dulu terus bercuti tour satu Sabah dengan family Hanim. Lepas tu g
jalan-jalan Cameron Highland.. dengan family hubby pulak. Pastu ke USS pulak,
dengan kawan-kawan Hubby. So this time, ini masa kami pula.. weeee!
Sebelum ni aku share
Travel tapi tak pernah cerita preparation kan.. As usual, bila ke over the sea,
kenalah prepare dengan benda basic dan unexpected. aku listkan antara yang
penting sebelum kita melancong ke luar negara.
1. DOKUMEN | Print semua dokumen
termasuk tiket-tiket yang beli online. Wujudkan buku nota dan catat in case
kalau handphone ada problem. Make sure semua dokumen perjalanan lengkap dan
dikemaskini:
a) Tiket Penerbangan: Pastikan korang baca
detail flight betul-betul (check nama, tarikh, masa, gate dll). Tempah tiket 6
bulan lebih awal supaya
dapat lebih jimat.
b) Passport: Cuba bukak passport korang, check
tarikh luput tu bila? Make sure tak kurang dari tempoh 6 bulan dari tarikh nak
berlepas ni. Takut nanti sia-sia je planning bagai, sekali tak dapat pergi
kannn..
c) Visa: Ha.. ada sesetengah Negara nak
pergi ni kena mohon visa sebelum lawatan. Semak Visa di SINI
d) Kedutaan Malaysia di luar Negara: sangat penting
jika berlaku kecemasan. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Tsunami la,
kebakaran la, perang dsb.. Kalau jadi apa-apa, anda boleh rujuk dengan kedutaan
Malaysia di negara tu. Tulis alamat dan no. telefon kedutaan Malaysia di negara
yang anda ingin lawati. Semak senarai kedutaan Malaysia di SINI
e) Detail Lawatan: Tak kisah korang pergi sendiri
atau dengan agen. Jangan lupa bawa detail lawatan yang diberi oleh pihak agensi
yang lengkap seperti no. telefon tour guide dan hotel.
2. BLACK LIST /
SENARAI HITAM | Ha… digalakkan untuk menyemak nama kita bersih atau tidak daripada
senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen di
SINI
3. DUIT | Cari money changer
yang boleh bagi kadar paling untung… (dalam blog)
Kedai ni dekat Masjid India. Jalan straight dari Semua House menuju ke Mydin. Dia setentang dengan Mydin tu.
Dah lalu sini, pastu ke depan, pastu patah balik ke sini. Kedai ni tulis kat board macam mahal, tapi kena tanya kat tuan kedai tu, nanti dia offer rate lagi murah.. hihi
Haa.. Money Changer tu sebelah kedai ni.
Ops.. de incek hubby di situ.
Semalam check kedai ni paling murah, hari ni kami kenselll.. g kedai sebelah tu.. haha
4. KAD ATM / DEBIT/
KREDIT | Activatekan kad debit/kredit korang. Yang ni untuk back up je.. elakkan
bershopping mahupun berfoya-foya tak hingat dunia. Bukan apa, kita tak tahu apa
nak jadi kan. Untuk aktifkan kad kredit/debit, boleh guna online banking atau
lebih mudah, call je bank mintak nak activate untuk guna kat luar negara. Nanti
bank offer nak aktif untuk one-time only atau selama-lamanya. Untuk debit kad, kalau
kad tu kad VISA, nanti boleh guna kat mana-mana atm yang ada logo VISA tu. Jangan
lupa check caj bank dengan bank masing-masing oke.
5. PENGINAPAN / HOTEL | Kalau guna agen, make sure dapatkan nama
hotem, alamat dan no telefon. Sekarang dah banyak kemudahan secara online untuk
tempahan hotel penginapan. Baca fahamkan terma dan syarat sebelum membuat
sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju.
Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi.
6. BEKALAN MAKANAN | Nak melancong di Negara
orang, manakan sama makanannya dengan kita. Untuk elakkan kelaparan, kebuluran
serta hilang selera makan, bawa bekalan makanan secukupnya. Kalau jenis sambal goreng
ke, serunding ke, boleh lah tahan lama sikit. Kalau rajin, pack dalam plastic kecil-kecil,
cukup untuk sekali makan. So setiap kali makan, boleh bawa 1 pack je. Senang
nak kemas, senang nak bawa, senang nak budget baki makanan. Paling mudah, boleh
ikut kami beli makanan segera brand Brahim’s. Ada kari daging, ada kurma ayam,
sambal ikan bilis dan banyakkkk lagi. Rendam dengan air panas dan sedia untuk
dimakan. Biskut, mi segera dan lain-lain pun digalakkan untuk kudap-kudapan.
7. BEKALAN UBAT | Ini sangat penting.
Terutama yang memang terpaksa bergantung dengan ubat. Kalau yang asma tu, bawak
inhaler extra pun takpe. Jangan lupa bawa first aid kit yang mengandungi ubat -
ubatan basic seperti panadol, vicks, tiger balm, ubat luka , plaster, minyak
angin, ubat selsema dan lain-lain. Pil Chit Kit Teck Aun pun kena bawa. In case
kalau cirit birit atau perut tak selesa sebab tak dapat terima makanan Negara berkenaan.
Kalau cirit birit ni dah spoil terus perjalanan kita nanti. Letak dalam 1 bekas
dan jangan lupa label. Kalau pegawai
imigresen tanya, baru tunjuk. Tidak payah sorok apa-apa sebab nanti mendatangkan
syak kepada pihak penguatkuasa.
8. TELEFON BIMBIT | Zaman sekarang dah
canggih, guna whatsapp je pun cukup. Cuma Whatsapp
agak terhad di hotel atau tempat yang ada wifi. Biasanya Hanim beli simkad baru
di Negara tu. Pastu buat koleksi simkad… (^_^) Biasanya simkad Negara tu
sendiri lebih
jimat dari roaming.
9. BEG & BAGASI |
Sepanjang masa awasi bagasi anda. JANGAN
tinggalkan bagasi anda sesuka hati. Takut-takut ada orang masukkan barang
terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari. Jangan lupa gantungkan tag nama lengkap dengan
alamat dan nombor telefon pada beg anda dan KUNCI.
10. UNDANG-UNDANG | Ambil masa untuk fahami
dan patuhi undang-undang ketika berada di negara orang untuk mengelakkan korang
dikenakan denda atau penalti. Contoh, Singpore denda kalau meludah merata-rata.
Australia tak benarkan bawa makanan basah e.g daging (untuk certain weight).
11. CUACA | Tak kisahlah Negara tempat korang nak
melancong tu ada 4 musim atau sekadar cuaca macam Malaysia, make sure check
cuaca! Ni untuk elakkan plan korang terganggu kalau hujan ke, panas terlampau ke
dan juga untuk memudahkan planning bekalan pakaian nanti. Check cuaca kat SINI
12. BIL | korang nak berjalan
ni lama ke sekejap? Kalau setakat hujung minggu atau 2-3 hari, tips ni mungkin
tidak terpakai. Tapi biasanya kami akan bayar segala bil air, bil telefon, bil
api, duit kereta, duit rumah dan semua hutang bulanan supaya boleh berjalan
dengan hati tenang.. hihi
13. PAKAIAN | yang ini berkait
dengan tips no 11. Kalau waktu tu musim sejuk, sekurang-kurangnya kena ada
1pasang long john (thermal wear) untuk lapisan paling dalam. Lapisan kedua-ketiga
tu bergantung kepada tahap kesejukan Negara tersebut. Lagi sejuk, lagi tebal. Stokin
tebal & sarung tangan, winter coat, baju hujan (in case bersalji). Make
sure dari hujung kepala sampai hujung kaki bertutup. Boleh beli hot pack dekat
Daiso. Harga RM5 untuk 8pcs (ada macam-macam jenis). Boot salji boleh beli di Negara
tu sendiri kalau nak yang murah. Untuk musim sejuk, boleh check entri Travelog ke China.
14. ADAPTOR | Ada travel plug yang
boleh guna untuk semua Negara. Harga RM18 kot. Boleh guna banyak tempat. Jangan
lupa bawak extension plug supaya tak berebut-rebut dengan pasangan /
kawan-kawan. Nanti tak sempat caj, tak dapat nak tangkap gambar best-best.
15. ITINERY | Kita nak berjalan
tempat orang ni sekejap je. So make sure plan betul-betul dan pastikan ada
backup plan. Ada 28 huruf dari A-Z. So plan la banyak-banyak in case kalau ada
perubahan plan mendadak. Cara sediakan senang je.. pinjam mana-mana kad undangan kawin tengok yang ada "8.00a.m - ketibaan tetamu". Ha.. buat sebijik camtu.. Itinery ni pun penting untuk mempercepatkan proses
soal jawab dengan Imegresen. Jawab soalan biar betul. Jangan mendatangkan
kecuriagan. Ingat, salah jawab boleh menyebabkan kita tersangkut dan boleh
dilihat sebagai penjenayah atau terrorist di Negara yang high Islamophobia.
16. AIR | cuba cari botol air
yang mudah dilipat. Kebanyakan
Negara yang Hanim pernah pergi, rata-ratanya jenis tandas kering kecuali di
asia dan susah nak jumpa tandas yang ada pili air.
17. EYE DROP | bergantung kepada
cuaca, kalau anda jenis pakai kanta lekap, digalakkan untuk bawa cermin mata.
Kalau tidak bercermin mata, bawalah eye drop untuk elakkan mata kering di kala
cuaca yang tersangat sejuk.
18. MULTIPURPOSE | Cari barang yang boleh
multipurpose. Kalau termos tu, boleh ada cawan sekali, mudah nak bawa ke
mana-mana. Sudu bersekali dengan garfu dan pisau. Maggi Cup boleh beli 1 je
pastu guna balik cup tu untuk Maggi yang pack 4 segi.. Semua ni untuk
menjimatkan ruang bagasi. Isi kurang boleh bawa balik oleh-oleh lebih.
19. CUTI | Sebelum beli tiket
kapal terbang, check dulu cuti awam di Negara tersebut. Banyak pro dan kontra.
Contohnya, pergi waktu musim perayaan di Malaysia, dapat lihat warga kota
bersiap sedia nak sambut raya. Tapi kadang-kadang harga barang melambung naik.
Kalau melancong selepas cuti, mungkin dapat harga lebih murah sebab peniaga nak
habiskan stok (tapi rugi sebab tak dapat tengok sambutan perayaan Negara tu).
20. CHECK IN | Biasanya anda dah
boleh check in secara online antara 24-48 jam sebelum berlepas. Pastikan anda
check in seawal mungkin supaya boleh
reserve seat dengan kawan-kawan (kalau air asia) dan supaya tidak kelam
kabut masa nak drop luggage nanti. Pastikan tiada cecair melebihi 100ml dibawa
naik ke dalam kapal terbang. Kalau bawa losyen atau minyak kapak atau
perfume atau apa-apa cecair melebihi 100ml, boleh simpan siap-siap dalam
luggage. Datang 2 jam lebih awal untuk elakkan perkara tak diingini. Kadang-kadang
masa tu lah kereta nak rosak, takde teksi, ERL pancit.. Eh?
21. PENJAGAAN KULIT | Kalau Negara yang
akan dilawati ni sejuk, pastikan bawak losyen dan lip balm untuk elakkan kulit
kering. Guna minyak zaitun lagi elok.
22. ERATKAN HUBUNGAN | Dah alang-alang
berjalan, carilah network sebanyak mungkin. Bersembang dengan orang kiri
kanan.. Ringankan mulut bertanya. Kalau guna travel agen, sembang dengan
rakan-rakan 1 bas tu dan pemandu pelancong. Mana tahu bila balik Malaysia nanti
berjumpa balik kan.. =)
23. BIJAK MENGEMAS | Selalunya bila melancong,
kita akan beli banyak barang terutama kalau Negara tu berlabel Syurga Membeli
Belah. Mungkin anda beli banyak cenderahati terutama kain pasang, beg, baju,
kasut dan sebagainya. Untuk mengelakkan anda disyak sebagai peniaga, digalakkan
untuk buang semua plastic dan tag harga. Kalau kain/baju yang dibeli tu ada
banyak manik atau batu, agih-agihkan sesama ahli keluarga dan elakkan untuk isi
dalam 1 beg yang sama.
Nak cerita sikit. Masa mula-mula dulu, kami jenis melancong main redah je... End up, kitorang penat berjalan pusing-pusing selama 3 hari berturut-turut tapi tak tahu cari apa. Ni baru kat Malaysia ni.. tempat yang kita memang dah biasa berjalan en. Kalau tempat orang, mau menangis jugak sebab cramp kaki berjalan.. hahaha..
Terjumpa dorang ni kat SOGO. Hanim pernah tengok video tentang lukisan menggunakan spray ni. Masa tu memang viral la.. Ingatkan mat salleh je reti buat, orang kita pun ramai tangan retis tau.. cantik sangat. Tapi sebab ramai sangat keliling dia, tak berani nak pergi depan dia tanya harga etc.
Masa yang sama jugak, ada a group of gegurls tengah buat demonstrasi. Tapi tak dengar pulak tentang apa bantahan tu. Tapi mungkin berkaitan pelaksanaan hukum hudud.. Takpun GST..
Semoga dapat manfaat dengan sharing ni.. hihi
Bye (^_^)
Hot pack daiso tu letak dlm luggage ke boleh bawa naik atas flight?
ReplyDelete