♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Wednesday 6 March 2013

Dewan Kahwin dan Bunga Telur

Bismillahirrahmanirrahim..

Isu Dewan kahwin masih hot walaupun dah dua bulan mencari. Alhamdulillah, berkat persahabatan bonda dengan Makcik Hendon (yang jugak caterer kitorang), kami berjaya book dewan untuk majlis kahwin nanti. Harganya RM2500. Mahal sikit tapi bila compare everything, rasanya harga tu just nice. Mana taknye, dewan tu dah lengkap dengan dua bijik projektor, sekali PA System, surau, tandas, bilik rehat, aircond, dan paling penting, dewan tu baru. Haha... Maksudnye dinding dan lantai dewan tu masih cantek.

Kalau ikutkan, dorang ada sediakan kerusi sekali. Tapi untuk memudahkan kerja-kerja mengemas dewan kahwin tu nanti, adalah lebih balik amik dengan Acik Caterer. Dewan tersebut terpaksa dirahsiakan namanya sehingga kad kahwin keluar (atas permintaan Bonda). Tapi kalau ada B2B yang masih tercari-cari dewan, boleh email kat aku, nanti kita bagi contact number. Tapi dewan ni lokasi dia sangatlah dekat dengan rumah kami. Around 5 minit jalan kaki je. Pihak Pengurusan pun sangat baik. Term of payment sangat best. Boleh bayar bila-bila pun takpe. Nak bayar before majlis pun takpe, masa majlis pun takpe and LEPAS majlis pun takpe. Kalau tengah sengkek tu boleh la bayar lambat siket. Tapi lebih baik bayar awal-awal en. Takut t berhutang pulak (=.=)

Apa pun, planning nak buat bunga telur sendiri masih berjalan. Tapi bunga telur untuk letak dalam Goodies Bag jela. Yang bunga pahar tu dah ade plan baikkk punye dengan Yobo... hehe.. tapi saje nak gedik tengok2 yang lain.. so motip kali ni adalah untuk bersiar-siar menonton bunga telur. Btw, aku suka benda-benda tradisional. So sila abaikan kalau pemilihan bunga ni macam makcik-makcik siket.. lalalala~

Yang ni yang paling suka sangat2!
Sweet je pink + putih. Pure and innocent kan?
Grrrrr!! Cantekkk! 

Eksklusif sangat tau... ada rupa crystal2 gtew... 
Suka sangat yang ni.. shape bunga tu unik.. 
Bonda berkenan bunga dip or bunga stokin je.. lain-lain tu takmo!
Camne diorang buat bunga ni jadi cantik??  

Yang aku pnye handmade tu rupa nila.. hee
Dia punya color combination ni wat aku rasa macam nak makan cokelat. 
 Yang ni pun cantik... simple and sweet.

Apa pun, bila berbelanja nak kena beringat jugak. Kadang-kadang rambang mata, tatau nak pilih mana kan. So buatlah shortlist untuk apa pun keputusan. Pas dah buat shortlist tu baru beli. Jangan nanti berlaku pembaziran. Haa.. nak kahwin ni kena berjimat. Tapi jangan pulak sampai jadi berkira sangat... (^_^) heee... Pendek kata, pergilah Nilai 3... banyak yang murah dan berpatutan.. Selamat Berkahwin!

p.s: thanks to para owner of the gorgeouspictures!