♥ Jom Follow ♥

Saturday, 31 December 2011

Dah Bina Azam 2012?

Bismillahirrahmanirrahim~

Beberapa jam je lagi tirai 2011 akan ditutup..hewhew... Alhamdulillah.. banyak perkara baik yang terjadi dalam tahun ni.. Aku dapat banyak pengalaman.. dan I am ready to learn more...heee... 

So dipendekkan cerita, End Year Fiesta di Nutricity berjalan dengan lancar. Bertemakan PRESIDENT's TEAM, semua yang hadir agak beretika dan datang memang mengikut tema.. whewww... ramaiiiinyeee President Team kat sini! hehe.. Motif Fiesta ni adalah untuk menyampaikan azam baru atau impian bagi tahun 2012.. Tahun 2011, aku tak letak sebarang azam mahupun impian. 

Sebenarnya--> aku tatau nak letak impian pe.. haha

Tapi berada di celah-celah President Team tadi, hati tiba rasa bersemangat nak letak azam. Semestinya bila kata azam/impian itu bererti GOAL.. dan untuk mencapai GOAL tersebut, kita kena ada objective yang SMART.. oke, SMART ni term yang digunakan dalam business (masa Gadis belajar dulu la).. Kali terakhir Gadis guna SMART Goal ni masa nak determine apa objective kat opis dulu..haha.. So basically semua pun tau kan.. SMART ni initial to -SPECIFIC-MEASURABLE-ACHIEVABLE-REALISTIC-TIMELY

Cane nak buat Goal yang SMART..? contoh ye.. instead of buat azam:

NAK BELI KERETA TOYOTA

ditukar kepada

Bulan Mei nak beli Toyota Vios harga lebih kurang RM90k (men letak je ni). Target bayar bulan2 RM1000 untuk tempoh 7 tahun...

Sekiranya dibaca betul-betul statement kedua compare dengan statement pertama, maka uolz akan dapati yang kedua tu lebih SPECIFIC iaitu dengan menyatakan jenis kereta yang dia nak, detail on payment, semua-semua lah.. pastu memang MEASURABLE coz dah ada ukuran kuantitatif kat situ dari ukuran harga kereta tersebut. ACHIEVABLE - ni kena tanya diri sendiri, mampu tak nak capai dream yang satu ni. REALISTIC - ha..ni lagi satu.. janganlah dengan gaji RM 1800 kata nak beli kereta yang bulan-bulan bayar RM1000 oke.. bukan mustahil, tapi realistik ke bila RM1000 dari RM1800 dah ditolak untuk kete, pastu minyak, pastu tol. silap hari bulan makan megi je nanti.. oh jangan susahkan diri sendiri.. Kalau nak sangat kereta Vios tu, meh join Herbalife meh.. ;p dan yang terakhir, TIMELY. ini ukuran masa. bila nak beli kereta, sampai bila nak bayar kereta tu.. etc..etc..

Hee.. Motip entry ni supaya kita ramai-ramai check balik azam tahun lepas, ada ke menepati ciri-ciri GOAL yang sepatutnya.. kalau tak, sila ubah azam anda mengikut corak yang sepatutnya... 

Jom kita buat azam kita.. Make sure hati kental okeh..


sila baca ramai-ramai:
PROF. DATO' DR TOH PUAN SARAH HANIM H.A.M
INSYAALLAH!!!!

(will try to make this happen walaupun tak tahu caranya)

Friday, 30 December 2011

Final Exam datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim~

waaaaahhhh... dua minggu dari sekarang, kepala Hanim dah dipenuhi nota-nota dalam macam-macam bentuk awan dah... So jadual exam aku seperti berikut:

SABTU (31/12/2011) esok la tu - Strategic Management - 10.00 am

ISNIN (02/01/2012) dah tahun baru..yeay! Corporate Entrepreneurship - Due date final assignment

 RABU (04/01/2012) - Final Exam - Entrepreneurship Environment

JUMAAT (06/01/2012) - Final Exam - Science Management

ISNIN (09/01/2012) - Presentation Corporate Entrepreneurship

InsyaAllah lepas tu hasbis semua untuk semester ni... yahuuuuuu!!!!

Tinggal tesis aje lagi.. Lepas tu dah buleh KONVO!! InsyaAllah.. InsyaAllah!

Doakan Hanim oke!!

Wordless Friday..? Haha

Bismillahirrahmanirrahim~

Malam tadi Hanim ditugaskan untuk menjaga Adik - Alia Fatihah.. So memang sopan lah bahasaku di hadapan beliau.. Lepas tidokan Adik, aku dengan bangganya tengok TV ( ofcoursela cte Korea kan.. Haha).. Memandangkan macam dah sangat lama xtengok tv, kepala macam lost kejap.. - lost sebab xtau channel mana best.. Haha-

Elok je aku nak naik tdo, tiba-tiba ternampak budak Krystal balik dari berpoya2 n terus landing cam gambar tu... Oke.. Zzzzz

P.s: celah mana 'wordless' tu tah. Haha

Thursday, 29 December 2011

Herbalife, saya sedang mencuba MLM.. (^_^)

.: Assalamualaikum :.

Alhamdulillah.. hari ni baru lepas jumpa customer, sempat g ngedar flyers.. Pastu check akaun, ada bonus! weeeheee! bak kata Hot FM, Hari saya memang HANGAT!! haha....

oke... jangan lari topik..nehi..nehi..haha... 

InsyaAllah minggu depan Hanim akan ke antara event Herbalife yang terbesar iaitu Zero to Hero.. Pastu akan ada pulak event Spectacular... So my aim untuk settlekan 1st n 2nd cut World Team before Spectacular! wuhuuuu!!! insyaAllah... 

Rasanya ni first time macam serius nak join MLM walaupun tahu kemalasan untuk berjual beli itu sangat tebal.. So far nampak macam agak meyakinkan. Eh, takleh ragu-ragu. Once dah gerak, there is no turning back. Yang ada slowing down je.. Muahahaha

Tugas aku sekarang ---> cari info pasal event-event tersebut...

Sekian, terima kasih.... haha

Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday: Amie


Kenapa hidup Hanim perlu dipenuhi dengan makhluk seperti ini?

End Year Fiesta 2011

.: Assalamualaikum :.

Weeheeeeeee!!! Seronotnyeeee bila dengar ada perkataan FIESTA disitu.. haha.. oke.. terserlah kepoya-poyaanku..hewhew... ehem... End Year Fiesta ni merupakan Team Activity. So tahun ni merupakan yang pertama kali buat team kami.. Aku sangat rasa bertuah sebab dapat jadi part of Action Team.. yahuuuuu!!!!!

So bila kata F.I.E.S.T.A automatik kita kata acara MAKAN-MAKAN.. ye.. Jadi selaku ahli Action Team, Hanim bertugas sebagai AJK Makanan. Maka pencarian kami dah bermula.. Abang-abang dan kakak-kakak caterer boleh la menghantar quotation anda.. hehe

Apapun, End Year Fiesta ni seharusnya menjadi antara kenangan yang bertitle MOST MEMORABLE sebab pada masa inilah kita akan set goal untuk tahun 2012. dan pada End Year Fiesta 2012 nanti, kita beramai-ramai akan bukak balik dan baca goal kita tu untuk check sama ada dah tercapai atau tak.. Memandangkan ini yang pertama kali buat team kami, maka takdelah aktiviti membaca goal tahun lepas. Hehe...

Semestinya semua berdebar-debar nak tunggu event ni.. Jadi dimaklumkan, event ni khusus buat Senior Consultant ke atas sahaja.. Mana-mana yang belum qualify, jangan bimbang. Anda masih boleh join tapi kenalah cukupkan volume point sebelum Sabtu ni... hehe

I am looking forward to meet everybody during the event. Buat ahli-ahli sekalian, sila datang oke!! Pendaftaran dibuka sehingga esok malam. Sila mendaftar dengan upline masing-masing. Oh.. diingatkan sekali lagi.. Terbuka kepada team Amalina Peter yang dah qualify Senior Consultant saje oke...

Jumpa lagi!!


Tuesday, 27 December 2011

Dia yang kucinta


.: Assalamualaikum :.

Cewahhhhhhh.... bila Gadis bukak cerita pasal cintan-cintan ni..auwww... feeling gitu... haha.. sori babe... ini bukan cite pasal kepoya-poyaan yang ketara... Gadis nak share cite pasal kekasih hati Gadis yang sejak kebelakangan ni asyik nak bermanja-manja dengan Gadis... Beliau itulah yang bernama SHAM.. meooowwww.... sayang budak ni...

1st time kua dengan beliau

Sham merupakan kekasih pertama yang diperkenalkan oleh Umi.. Perjalanan hidup kami agak seronok... sebabnya Gadis tak kenal siapakah Sham ini dan apakah yang berlaku dalam proses berkenalan.. Yang Gadis tahu, Umi cakap
Pergi mana-mana pun, bawak Sham... Elok-elok.. Jaga diri.. Jangan buat Umi menyesal”..

Oke..ayat last tang “Jangan buat umi menyesal” tu betul-betul Gadis ingat sampai bila-bila... Ouhhhh...rindu kat Umi...

So bermulalah tarikh percintaan kami pada 20 Januari 2010. Masa ni Gadis baru Semester satu kat UiTM Shah Alam.. Umi cakap umi dah tak larat nak teman Gadis berulang-alik tengah malam ke Shah Alam.. Sebab tula Umi kenalkan dengan Sham.. Pasni Papehal mintak tolong Sham je... Oh Umiku... Hoho...
Dating kat KLCC...err..kottttt

Gumbiranya hati Gadis... Berbunga-bunga... Harum mewangi lagi.. Kita ni kan.. Pompuan kan.. bila kua mana-mana, pegi outstation ke,even ke Hypermarket Giant tuutttttttt belakang rumah pun tergedik-gedik nak beli barang kat Si Dia.. So berlakulah pembaziran di situ.. Miahahaha.. Tapi cinta itu kan buta.. Maka demi Sham, kurela berkorban apa sahaja...auwww...haha..

Hobi kami berdating...
dan berdating
  dating lagi..
  
masih dating..aihhhh...

Tapi yang kusangka panas rupanya tak sampai ke petang... Sham mula buat hal.. nak ngengada.. padahal tak sampai setahun pun kenal... Yang buat Gadis geram bila dia leh wat hal kat tepi jalan.. perghhh...panas gak hati ni... Mujurlah tahap kecomelan beliau mengatasi pemandangan majazi, so dengan mudahnya beliau dimaafkan (=.=)”.

Mangsa keadaan.. TT_TT

Walau apapun yang berlaku, dah hampir dua tahun dah pun usia percintaan kami, Sham masih setia menemani Gadis.. Yang paling Gadis terharu bila Sham sanggup bersusah payah mengangkut 9kotak stok Herbalife n tolong bawak Gadis ngedar flyers malah bagi fully support kepada Gadis untuk proceed dengan Herbalife walaupun di saat-saat genting.. Dengan sebab itu, Gadis nekad untuk teruskan hidup dengan Sham..sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir...

Maka Gadis dedikasikan ucapan ini khas buat Sham dan Umi tercinta. Thank You Baby... Sayang kamu sangat-sangat... Thanks Umi sebab kenalkan Sham kat Gadis.. Walaupun Sham bukanlah pilihan hati Gadis, tapi Gadis janji Gadis jaga Sham sebaik mungkin... Sama macam Umi jaga boifren Umi yang manja tu...


Setia disisi SHAM. Berkilat u..
masa ni Sham xde luka-luka or calar2.. Tapi sekarang ni ..........................


Sekian, surat cinta daripada Gadis Jutaria.

p.s: Hujung minggu ni nak bawak Sham jumpa Doktor.. yahuuuuu!!

Monday, 26 December 2011

Sahabat saya bersanding!

.: Assalamualaikum :.


Dimaklumkan bahawa Incek Yussamir Yusof dengan jayanya telah melangsungkan persandingan beliau n atie pada 24 Disember 2011

Weeehheeee.... Rasa seronok pulak tengok orang kahwin ni kannnn.. bilalah turn Gadis.. haha

Untuk makluman, Incek Yussamir dan Puan Mardiati ni merupakan upline Gadis dan orang yang bertanggungjawab mendidik saye dalam dunia HERBALIFE.. meowwww...  hehe...

Kisah kitorang dah Gadis cerita dalam entry Best Friend Forever.. So sila ikuti kisah perjalanan suka duka beliau pulak.. hehe 
oke..lengan gemok itu akan hilang tak lama lagi..InsyaAllah...

Jam 11 pagi.. Pengantin masih belum siap... (=.=)" 
okey..dah hensem n dah lawa.. ready untuk bersanding..yahuuu!!!

Hee...sekarang kami berempat.. Tahun depan, InsyaAllah berlima dengan baby Atie n Yus... Pastu berenam dengan Future Husband Cikgu Seha... 

Bila nak bertujuh..? 

InsyaAllah...bila tiba jodoh Gadis... atau bila Cikgu Seha dapat future baby.. atau bila Yus dapat baby lagi..hahahahaha

Sunday, 25 December 2011

Dunia Herbalife: Success Training Seminar (STS)

.: Assalamualaikum :.

weehhee.... hari ni Gadis berada di Pullman, Putrajaya... untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta adik manissss sekelian, STS adalah latihan khas buat semua wellness coach Herbalife... Yang mana yang kurang jelas tentang Herbalife, atau berminat nak tau lebih lanjut pasal Herbalife atau nak tambah pendapatan dengan Herbalife, digalakkan 1000% untuk join training ni...

 Pak Agung: Special Guest from Indonesia
Herbalife is all about Nutrition

Dalam pada masa kitorang bertraining tadi, sempat gak mata Gadis merewang tengok mamat-mamat hensem dalam Herbalife.. Orang Herbalife memang hensem dan cantekk oke! haha.. tapi nak cakap satu kegemparan.. haha...GEMPAR oke! haha

takdela..tadi ada la sorang mamat ni.. anak mata Gadis sangat suka tengok muka beliau.. sebab beliau hensem..haha... takdela.. asalnye Gadis terserempak dengan beliau kat tepi tangga.. Pastu tengok macam kenal.. oh..muka beliau seperti Abangcik Gadis tapi versi kurus.. haha... Abangcik saye hensem oke! tengok la adik dia pun lawa... auwwww... 

Jejaka yang di belakang itu abangcik Gadis oke!
Gambar di atas ni sebenarnya tak la serupa dengan mamat hensem tadi oke.. mamat tadi tu macam abgcik masa zaman sekolah..haha.. oke...Gadis terkejut lagi satu sebab beliau merupakan orang yg sama dari satu blog ni.. blog yang dah menginspirasikan Gadis untuk terus succeed in Herbalife.. beliaulah yang digelar incek Joe Grim Jow. Makanya... Gadis termalu kejap.. HAHAHAHA... memain je ye incek... sekian...

Saturday, 24 December 2011

Dunia Gadis: Wisdom words

.: Assalamualaikum :. 

Gadis nak post lagi gambar-gambar yang Gadis bagi kat Cik Aminah Hanum masa beliau nak berangkat g Mesir.. oh..saya sangat rindu beliau.. sangattttt... take care sis..love u..
ok.. she did dat...like..always...?

Seriously pals.. do enjoy the ride...

Oh ini sooooo true... sila cari kebahagiaan anda sendiri.. takde sape nak amik tau ko hepi ke sedih ke.. ko sendiri yang kena cari jalan kua ok...

Thursday, 22 December 2011

Wordless Wednesday

toys di ofis Gadis..haha

Wednesday, 21 December 2011

Wordless Wednesday

err...Toy awek Abangcik saye... haha.. sori bangcik..

Tuesday, 20 December 2011

Jalan-jalan makan angin

.: Assalamualaikum :.

Bila anda rasa gembira tepuk tangan..
hei..
Bila anda rasa gembira tepuk tangan..
hei..
Bila anda gembira beginilah caranya..
Bila anda rasa gembira tepuk tangan..
hei..

Ok tade cerita hari ni.. saje nak ngepost je..ekkeke.. nah belanje 1 gambar..


Siyes.. memang xde motip.. (^^,)

Adakah saya bermimpi?

.: Assalamualaikum :.
 Uhukkk.. malam ni final exam untuk paper Global Business Issue.. huk..saye masih cuak.. huhu


Pejam..Celik..Pejam..Celik.. dah nak habis dah semester ni.. InsyaAllah next sem tinggal Thesis je.. Pastu selesai sudah pengajian di sini.. waaahhhh... terasa sekejap je waktu berlalu.. wuwuuuu...

Target terbaru ialah .....

... KAHWIN ...

hahahaha... daku masih bermimpi rupanya.. haha.. sori ... saye aim nak setelkan study dulu... so kawin hanya boleh difikirkan selepas bulan 6 tahun depan.. tapi kalau ada orang yang masuk meminang, saya terima dengan tangan terbuka..haha...

okela..sekadar merapu.. jom study..heee

nah kasik 1 gambar..

Monday, 19 December 2011

Banyak tak gaji korang? eh..

.: Assalamualaikum :.

topik kita pada hari ini ialah... seperti di atas ok... (0.0) hehe

Hee.. aku nak cerita sikit life before Herbalife... Alhamdulillah, akubukan datang dari family susah.. in which kami bukanlah kaya, namun kami tak la kayap... paham kan? haha... ok proceed.

Aku tamat study kat UKM pada tahun 2009, umur pun baru 22 masa tu.. seminggu lepas habis belajar, belum pun kua result exam, aku dah dapat offer letter untuk kerja dengam Gomen sebagai contract officer.. Gaji pun sama macam graduate yang lain.. Tapi malangnya, as pegawai kontrak, aku tak layak dapat EPF mahupun apa-apa elaun.. so aku berkerja makan gaji pokok sebulat-bulat itu selama hampir tiga tahun...err...ok..dua tahun setengah... dengan gaji yang sama, tak naik-naik... tanpa simpanan dan caruman KWSP whatsoever... kena maki kena ngumpat, semua dah biasa... 

Tapi kenapa aku pilih Herbalife..?

oh..sebenarnya semua produk pun bagus... tapi Herbalife ada marketing plan yang menepati keinginan aku<senang nak promote> ... Mudah untuk carik customer <sebab semua orang nak cantik kan>.. dan untung yang besar <oke..saye suka untung-untung ni>.. haha

jadiknye...kenapa anda taknak Herbalife? jawab heeeeyyy....

our captain..! wanna be just like u uncle!

Saturday, 17 December 2011

HIDUP SEORANG PELAJAR


.: Assalamualaikum : Bismillahirrahmanirrahim :.

Hewhew... Seandainya anda adalah seorang pelajar, Hanim pasti anda semua sedang bizi menyiapkan sesuatu yang digelar 'last minute' assignment.. MIAHAHAHAHAHA....

hehe... masa mula masuk semester, kita macam bersemangat gila bagai kan... ? Beriya je kata nak buat kerja awal-awal la, nota kena siap cepat-cepatlah... tapi bila akhir semester, semua tu ngelat semata... haha.. oke... itu Gadis ye..

sesungguhnya aku sangatlah tidak mengikuti peraturan belajar.. tpi Alhamdulillah, result test dan exam memberansangkan.. report tak pernah lagi delay n most important thing... lecturer tak pernah bising-bising.. HAHAHAHAHA...

Teringat masa buat degree dulu.. Ramai kawan-kawan untuk diajak berpoya-poya.. kalau tak dengan kawan pun, duduk sorang-sorang dalam library dan buat kerja sendiri.. hoho... Inilah aku... Yang lecturer suruh buat, semua last minute baru nak terkejar-kejar... tapi yang tak disuruh, rajin pulak nak buat.. contohnya buat research.. hehe.. aku suka buat research sendiri.. baca buku tebal-tebal kat library.. pinjam Quran terjemahan dari akak bilik bawah... pastu g bilik kawan discuss pasal research kite.. tak kurang gak berdebat dengan kawan-kawan usrah.. hahaha... rindunye...

Tapi yang tersangat lah pasti... saye bukan degree dalam bidang Quran dan Sunnah.. malah jauh melencong dari subjek tersebut... :P Masa degree dulu, lecturer kelas statistik suka jerit 'SARAAHHHHH!!! Kau monteng kelas aku ye minggu lepas!!” sebenarnya aku duduk kat seat dekat dengan pintu belakang... bukan monteng ye... hehe... Rindu kat Incek Jumaat.. huk9... sekarang ni takde lecturer nak jerit-jerit gitu.. paling tak pun 'kau hantar, kau dapat markah.. tak hantar, FAIL!'.. hoho...

Itu sahaja..

Sekian.

Thursday, 15 December 2011

From Sabah to KL bah


.: Assalamualaikum : Bismillahirrahmanirrahim :.

Jumaat, 9 Disember 2011, Jam 8.00 pagi

Kenapa 9 Disember? Mana pergi 7 dan 8 Disember? Hee...

Sebabkan terlalu banyak kisah antara 7 & 8 Disember..sukalah kiranya aku proceed ke 9 Disember sahaja... lalalala... Ini hari kami terbang pulang ke KL.. so cerita aku kali ni adalah bersifat RANDOM.. hehe...

Sabah, Negeri Bawah Bayu yang sangat faymes dengan seafood serta PEARL... oke.. PEARL.. dan PEARL.. oh... kami wanita memang suka menda cantik ni..haha... So apa yang berlaku di Sabah...?

Thanks crew hotel Le Meridien.. haha

<Perlu diingatkan bahawa semua kepoya-poyaan yang aku bawakan ini dilakukan selepas waktu kerja... mohon jangan yang kata orang Gomen tak buat keje.. sekian>

  1. MAKAN IKAN BAKAR
Siyes aku xsure nape ikan kat sini sangat besar dan gemok... Yang aku tahu kami makan ikan merah dan ikan jenahak... KOTTTTT.. hahaha... Jenahak tu aku yakin..Ikan merah tu xpasti..haha... Tapi apa yang aku leh cakap.. Saya sangat teruja melihat keadaan di sini...

Ikan Bakar.. teoais..teoais...teoais..
  1. SHOPPING PEARL DI JAMILAH

Siapa yang datang ke Sabah semustinya tanak terlepas shopping pearl daripada pemborong PEARL ternama, Puan JAMILAH.. Tapi disebabkan terlalu banyak jenis, aku pun dah jadik rambang mata... huk8.. mula-mula kami datang, kedai tu CLOSE.. tapi second time kitorang datang, yang CLOSE tu dah jadi OPEN.. Maka tibalah saat kerencatan minda sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.. cuma yang ketara... Gaaku is beli sikit je untuk family aku .. meoww....

ini pearl kakak kedai tu punya...
Pearl untuk anak-anak gadis Umi.. hehe

  1. PASAR FILIPINO

Kami tak pergi sini.. haha... tapi kitorang lalu gak la depan pasar tu.. Maybe sebab dah ramai yang mention sini mahal, so kitorang terus proceed ke pasar depan sikit untuk carik UDANG.. Perggggggggghhhhhh... Masuk pasar dia je terus sawan tengok ikan yang sangat besar... Dah rupa daging lembu je tengok ikan-ikan kat situ. Aiyooo.. Udang-Sotong-Ketam dan bermacam pesen ikan yang kitorang tak pernah tengok pun boleh dilihat di sini... Paling aku geram bila dengar abang-abang kat situ jerit “RM5.00 je sepotong dik”.. Mak Aiiiiiiiiiiihhhhhh... murahnye bang...!!!! nasibla haku duduk kat KL... kalo tinggal Sabah, hari-hari makan ikan je kut.

Besar kan? kan? dah cakap dah.. tak tipu derrr...
  1. PEDICURE (Godaan daripada Ku Yah..sori mem..haha)
Haha... Sori puan... gurau je..hehe... Ku Yah sebenarnya nak wat reflexiology... tapi bila aku dengar ada pedicure, dengan lajunya menjerit “NAK IKUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT”... hahaha.. Sangat best dan cantek dan kemas dan laju dan …... wordless.... haha


  1. BALIK!!!!

Masa balik pun dapat makan jugak lagi... Tapi dengan bangganya aku tak tangkap Gambar sebab dah penat.. haha.. Plane yang kitorang naik tu maybe plane baru sebabnya ada skrin kat setiap tempat duduk.. untuk menghilangkan rasa mengantuk serta bosan serta penat... aku pun pasang cite BLIND.. Korean movies oke!!! hahahaha... teruja....

oke..itu bukan harta aku k.. tolong snap je..haha

Rasa macam tak perasan je dunia dah berubah kan? Kalau dulu pergi ke sabah Sarawak, semua orang cite kena naik sampan la, bot la, helicopter la.. Pastu takde nak balik sejam 2 jam derr... paling tidak pun setengah hari.. ni baru tadi dok main belek-belek ikan, sekarang dah sampai KL.. ehe.. ada sesapa nak bawak saya berjalan? Sila contact saye.. HAHAHAHA.. incek Yoga.. saye menuntut janji anda.. yahuuuuu!!! 

Wednesday, 14 December 2011

Dari KL kitak ke SARAWAK pula

.: Assalamualaikum : Bismillahirrahmanirrahim :.

Heee..lamanya tak update blog..huhu.. Hanim berpoya-poya kat Sarawak dan Sabah selama satu mingu.. yahuu!! atas urusan rasmi oke! Hehe... Sebenarnya last week kamiditugaskan ke Sarawak dan Sabah untuk pemeriksaan aset. Tapi biasala, dah nama pun tugas rasmi, of course la orang-orang Sabah dan Sarawak ditarbiyahkan dengan Herbalife.. MIAHAHAHAHAHA....

Ahad, 4 Disember 2011, Jam 6.30 petang

Dengan langkah yang berat (berat sebab bawak beg..haha) Hanimmenuju ke KL Sentral dihantar oleh Umi.. huk3.. umi hantar kat KL Sentral je..hantarla kite sampai KLIA...wuwuuuu.. Jam 7.00 petang, aku menunggu Yang Mulia En Raja Khairul Azhar dan Pn Siti Mariam (chewah..nama penuh I bagi tu) untuk tiba.. Mereka agak lambat ye.. penat den nunggu.. miahaha.. Lepas tu kitorang sama-sama mencheck-in kan beg-beg yang akan payah nak bawak tu ke KLIA. Motip utama → TAK RAJIN nak angkat..haha

Memandangkan flight kitorang jam 10.15 malam, kitorang berpoya-poya makan kat KL Sentral dulu... Tgh syiok makan, tiba-tiba anak Puan Mariam bawak Prosperity Burger dari McDonald.. Pergggggghhhhhhhh...teruja sehhhhhh... MISTI beli sebelum Chinese New Year.. Miahahahaha

Okey2.. Jom naik ERL.. kite gerak ke KLIA dulu...
Jakun jap..tak pernah naik ERL.. hahaha

Sampai suda... setakat hidup aku la kan..aku tak dapat lagi platform yang dekat-dekat balai pelepasan.. semua jauh-jauh belaka.. dah nasib badannnnnn... aih... Mujur ada Herbalife.. energy bertambah serta mengurangkan tahap kemalasan aku .. hewhew...

Betul.. aku tak tipu.. aku memang ke Sarawak last week.. ni la provenye.. haha...
 terbang! terbang! haha

Memandangkan perjalanan kitorang melebihi satu jam, maka dengan rasa besar hatinya, kitorang menerima compliment dari MAS.. compliment la sangat.. haha. Hidangan kali ni berupa daging black pepper dengan noodles ← abang hensem tu yang sebut haaaa.... Tapi disebabkan kenyang dah makan kat KL Sentral tadi kan.. Yang terhabis aku makan hanyalah daging black pepper n coklat mahal tu je..

awwww...

Kitorang sampai kat Sarawak around 11.30. Semestinya Hotel Riverside Majestic menjadi pililhan sebabnya.. hotel tu ada breakfast yang SANGAT BEST!

Isnin, 5 Disember 2011, Jam 8.00 pagi

Kan aku dah cakap.. breakfast dia sedap.. Hahahahaha... contohnya yang ini... Ini je termampu aku makan.. yang lain tu dah tak terlihat.. suda kenyang...
telur..telur..telur..errr.telur....?

saye bukan fotografer k.. gambar mmg sahih tak cantek...

Elok-elok je kitorang habis makan, incek Mutalib dari cawangan Sarawak pun sampai.. Oh lupa pulak.. ada lagi sorang pegawai penting yang datang dengan kitorang.. Mister Yoganathan namanya.. disebabkan beliau berada jaoh sikit malam tadi, so nama beliau xtermasuk dalam senarai tiket flight seperti di atas.. hahaha...

Alamak... takde tangkap gambar kat opis la.. tapi aku suka kat opis sini.. sebabnye dorang willing to learn, sangat peramah, sangat mesra, dan semua yang saaaangggatt positif. Dalam Herbalife punya bahasa, sangat LUAR BIASA.. yahuuuu!!! Tarbiyah Herbalife sambil minum shake kat ofis dorang..haha

apakah....?

Memandangkan ofis ni bagus dan tak banyak masalah, makanya kitorang berjaya setelkan kerja-kerja dengan mudah.. tapi ada more few items yang perlu digodek-godek dan diberi pemeriksaan khusus.. so kerja masih berjalan sehinggalah petang.. Petang ni dah ada penambahan lagi sorang pegawai, Ku Yah.. hehe... Tengku Fuziah ni sangat BESSSTTTTT!!! aku tak perasan bila masa beliau sampai..tiba-tiba je dah ada.. haha.. yang pasti petang tu kami berempat tak termasuk Ku Yah, menuju ke airport untuk tuka tarikh flight ke Sabah.. Sepatutnya flight ke Sabah on 1.50pm hari Rabu, tapi memandangkan kerja di Sarawak dah hampir selesai dan kami pun baik hati taknak buang masa, so kitorang tuka ke esok.. tu esok kite cite.... hehe..

Paling best dan kagum, kat sini waktu dia masih sama dengan KL.. ada 24 JAM lagi.. tapi siangnya pendek kot. Pukul 6 dah gelap macam pukul 7 lebih. So petang tu kitorang pegi pusing sekitar hotel je.. Terima kasih yang tak terhingga to abg Ismail sebab bawak kitorang yang jakun ni pergi makan kat Kubah (one of the best place to find Sarawak's specialty foods). Yang aku order namanya Mi Kolok. Dari mula-mula aku datang Sarawak dulu lagi aku teringin nak cuba Mi Kolok ni tapi baru sekarang ada rezeki.. Alhamdulillah... SODAPNYOO!!! Lagi satu yang kitorang makan, namanya LINUT... Linut ni asalnya daripada sagu.. aku tak ingat suku kaum pe yang consume Linut as makanan utama diorang. Tapi cara makan Linut ni lebih kurang macam makan nasik.. So, amik linut cicah dengan sambal.. Perghhh... Sedap.. tapi bukan taste kami.. so, berlaku pembaziran di situ...

Maka berakhirnya hari yang penuh poya-poya dari kami pada hari pertama di Sarawak. Hari kedua lagi banyak cerita kepoya-poyaan kami... 

Friday, 2 December 2011

Alhamdulillah.. Saya Islam.

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah.. There is no word to express my gratitude to Allah s.w.t except ALHAMDULILLAH.

My Lord, Thank You for choosing me as a slave of You.

Even though aku bukanlah alim ulama, warak dsb, tapi tersangat bersyukur dilahirkan sebagai muslim.
aku syukur yang teramat bila disatukan dengan keluarga yang berpengetahuan dalam Islam.
aku sangat bahagia sebab dianugerahkan sahabat-sahabat yang prihatin dengan saudara Islam.

aku manusia lemah dan aku akui pernah terleka dengan duniawi.

aku masih mengejar cahaya hidayah Allah.

Bayangkan kalau dilahirkan sebagai kafir (Nauzubillah)..

Alangkan panas matahari pun tak mampu kita tahan.. dah tu, mampukah kita nak tahan seksa api neraka?

Nauzubillah..

-Lost of words-