♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Monday 28 November 2011

Selamat Pagi

Hari ni aku buka booth di UKM Cheras. Jemput datang beramai-ramai oke..

Untuk motivate diri kita masing-masing, jom nak share few more pictures.

Kalau sebelum ni setiap pagi aku bangun takde niat pape, sekarang dah mampu bangun dengan niat nak capai target sendiri n team. 
Dan pada malam pulak, aku harap dapat capai target dan tak give up kalau pencapaian tak menepati sasaran. ;p

Kita boleh dengar cakap orang, tapi not necessary semuanya kita follow.. 

Kalau nak berjaya, jangan fikir apa yang orang cakap kat kita. Kita buat je.
Bila dengar cakap orang tambah-tambah yang negatif, kita akan start down. Tapi apa yang penting sebenarnya bukan cakap orang..tapi keyakinan pada diri sendiri yang penting.

So, good luck untuk semua.. :)

Saturday 26 November 2011

TRAVELOG BANDUNG – Day 4 – 31 Oktober 2010 - Remember me

TRAVELOG BANDUNG – Day 4 – 30 Oktober 2010 – Remember Me

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Baca  Entri lain tentang Bandung:

Ini adalah  final entry tentang Bandung.

Hari ni dah hari terakhir kami di Bandung.. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke airport. Entry terakhir ni aku nak tekankan beberapa perkara kalau korang ke Bandung.

  1. Jaga dan jaga barang korang elok-elok. Sebab Bandung tersangat padat dengan pelancong dan dalam keaadaan camtu, wujud orang-orang yang tak bermoral untuk mencopet segala harta benda.
  2. RM300 dah cukup untuk aku. Tapi aku belum puas bershopping untuk family aku. So untuk korang yang nak bershopping sakan, tukar duit sebanyaknya.
  3. Kebanyakan barang di Jakarta adalah dari Bandung. Kalau korang ke Jakarta dan ada plan nak ke Bandung, jangan susah payah beli kat Jakarta.. Bandung pun hado!
  4. Bawak baju sikit je pun takpe.. nanti boleh beli kat Bandung pastu save ruang beg banyak-banyak.
  5. Jangan lupa activate kad atm dan kad kredit untuk guna di oversea. Senang je, call bank korang pastu cakap nak activate untuk ke oversea.

Dah, meh layan gambo.

goodies yang boleh dipilih.

Jom balikkkk..

Antara beg yang mengalami perkembangan..

Pak pemegang passport~


menunggu Mr Pilot..

Alhamdulillah.. Selamat Sampai.

Kain murah-murah..

Baju beli kat Factory Outlet.

Inilah rupa keychain eden ditipu..

Kipas penghalau nyamok..kekeke

Swimming suit confirm memang murah habaq hangg



Sekian..

Baca  Entri lain tentang Bandung:

Wednesday 23 November 2011

Wordless Wednesday (-.-)'



Tuesday 22 November 2011

Best Friend Forever...

Bismillah..
Assalamualaikum..

Orang kata berkawan biar beribu, bercinta biar satu...

Since zaman matrikulasi dulu lagi aku selalu doa supaya hubungan kami berkekalan. Biarlah runtuh segala tiang, asalkan kami xberpecah.. 

kita kan manusia yang memang ada raaaaamaaaaaaiiii kawan yang selalu "hai-hai" "bye-bye" tapi kawan yang nak share story mory ni xbanyak... so boleh kata dorang nilah the group sengal untuk share topik hangat n story telling...

Ini budak gila yang dikenali sebagai GROUP SEJATI.. kitorang mula berkawan sejak 2 Julai 2005.. Alhamdulillah, setakat ni hubungan kitorang masih baik. harapnya persahabatan kitorang kekal sampai bila-bila.. doakan kitorang ok!

 tengok tarikh oke...ni masa birthday cik Seha Sejati. Tahun 2006. comot gilak!
 Tahun 2007. Kitorang berpisah ikut Univ masing-masing. Yus Sejati di MMU, Seha Sejati di UPM, aku di UKM. Kami maseh tomot ye..
 Tahun 2008. Lokasi: Alamanda. Terima kaseh mak ayah Seha Sejati sebab bagi beliau bawak keta.. kalau tak, maybe kitorang sangat susah nak berdating. ;p
Masih di tahun 2008. Tengok bunga api in PICC.. Kami suda mula melawa.. MIAHAHA
 Tahun 2009 - aku konvo. Gambar ni diamik masa kitorang g jenjalan. Lokasi: alamanda je pun.. HAHA..Saya ada soalan, betul ke itu Yus Sejati...?
 Tahun 2010 - Seha dan Yus konvo.. kitorang tade gambar Yus Sejati konvo. TToTT
Tahun 2011 - Yus Nikah. Welcome ladyship Atie.. You are part of us. Gambar ni ditangkap petang tadi. Atie tengah pregnant oke.. Pix 2012 bakal diisi dengan baby baru serta suami baru... 

Sedar tak sedar, dah hampir 6 tahun kami berkawan. Sangat banyak dugaan dalam hubungan kitorang.. Alhamdulillah semuanya berjaya dilalui. Doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat Hanim ni ye.. Korang always the best.!

p.s: Paling suka bila anniversary Yus Sejati (2 Julai) sama dengan tarikh kitorang berkawan.. padahal dia pun tatau tarikh tu.HAHAHAHA 

TRAVELOG BANDUNG – Day 3 – 30 Oktober 2010

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...



Ohhooiiii… sekejap nyela hai rasa dah masuk hari ketiga.. Planning asal, harini sepatutnya ke Tangkuban Parahu. Tapi sebab semalam dah settlekan semua tugasan, maka hari ni kita ke tapak terakhir iaitu Institut Teknologi Bandung dan ke tapak-tapak shopping yang lain.. Walaupun kami ke sini untuk lawatan study, tapi masih bahagia sebab dapat shopping gila babas.. Aku yang tak kaki shopping ni pun jadi sawan bila tengok barang murah-murah belaka kat situ..

Balik dari urusan di ITB, kami ke airport kerana salah sorang dari kami terpaksa meninggalkan akademi..eh? hihi..

Lepas tu apa lagi.. makan..shopping..makan shopping jela.. korang tahu tak barang kat pasar baru tu sangat-sangat murah sampaikan korang bawak baju 2-3 helai pun cukup pastu g borong banyak-banyak kat situ.. takpela.. dah lepas dah pun.. meh layan gambar.. hari ni la nk jadi camwhore lepas bizi dengan kerja rasmi 2 hari lepas.


















Sekian..



Monday 21 November 2011

Kamek di Sarawak!

Bismillah..

Assalamualaikum...

Kita pause cerita pasal Bandung kejap.. meh nak belanje gambar masa ke Sarawak baru-baru ni..

Some pictures during lawatan to Sarawak..
"Focus on KUCHING, SARAWAK"

Pandangan dari atas bilik 
 Pandangan dari sudut lain lak...
 Kuching faymes dengan kuching oke..
 Can this be considered as Kucing?
 Laksa Sarawak.. Splendid!
Piano kat lobby.haha

Sunday 20 November 2011

TRAVELOG BANDUNG – Day 2 – 29 Oktober 2010

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Kalau ikut itinery awal, Hari kedua kami ke Institut Teknologi Bandung.. Tapi aku tak ingat apa yang dah terjadi.. last-last kami ke Tangkuban Parahu dulu. Perjalanan dari pecan ke Gunung ni ada lebih 3 jam. So sepanjang jalan dah bantai tidur..

Dekat sini ada dalam 2 jam juga kami melepak.. dekat gunung tu ada jual makanan jajan, topi dan barang-barang standard kita jumpa kalau ke pantai. Tapi korang takkan jumpa pelampung atau baju mandi atau barang-barang mandi.. yang ada hanya cenderahati comel macam topi si Bad tu beli.

Balik dari situ kami ke kedai makan dan terus ke hotel untuk discussion. Petang hari kedua ni aktiviti bebas. Apa lagi, shopping time! Jadi kami pergi ke Pasar Baru untuk kali pertama. Pensyarah kami recommend pergi supaya kalau ada yang nak tempah baju ke, blazer ke, jeans ke boleh la siap sebelum kami balik KL lusa ni. 

Nak ke Pasar Baru ni jalan kaki 10 minit je dari hotel.. 1st time tengok dalam.. terus macam OMG!!! Memang rambang mata.. Walaupun 4 tingkat je, tapi tak mampu nak masuk setiap kedai.. Pesta membeli dan menolak menawar pun kemain meriah lagi.. kat tingkat atas tu ada foodcourt. so kalau penat, boleh duduk sambil makan sekali.. 

Hari yang sama jugak kami pakat ke Jalan Cibaduyut. Tapi bukan rezeki kot, kedai yang tour guide tu suggest dah  tutup. Nasib la kat situ bersepah-sepah barangnye. Kalau yang minat barangan kulit, sini memang kawasan korang..

Sebabkan aktiviti tak berapa produktif.. meh nak belanje gambar je..

 



























Sekian..