♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 17 November 2011

2010: TRAVELOG BANDUNG – Apa yang menarik tu?

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Warning.. Topik hari ni panjang.. sekian..

Story tentang jalan-jalan di Bandung, Indonesia.. Sebenarnya cerita dah lapuk. Tapi nak share juga. Mana tahu ada yang plan nak shopping di Bandung kan?

Ini lawatan akademik bagi kami student MBA UiTM. Lawatan ini di dicadangkan oleh Pensyarah Pemasaran kami – Dr. Anizah Binti Zainuddin - dan diiringi Prof. Madya Dr. Norlida Binti Kamaluddin.  Tujuan utama lawatan ini untuk mengkaji isu pemasaran dan melihat keberkesanan penerapan organizational behaviour organisasi di negara serumpun itu. Hasil kajian tidak akan dibentangkan dalam blog ini. Entri ini bersifat untuk sharing lokasi yang kami singgah dan sentiasa menjadi tarikan warga Malaysia. Kalau nak dikira entry pasal jaulah Bandung aku ni mungkin dah dikira 'basi' kot nak dibandingkan dengan lambakan entry pasal jalan-jalan ke Bandung ni..

Ini kawasan tumpuan warga Malaysia.

1. Itiniery perjalanan

Warga netizen, mohon sediakan planning awal-awal bagi mengelakkan ketidak cukupan masa melawat. Kan Bandung memang banyak sangat tempat. Jadi sediakan awal-awal. Ini perancangan group kami untuk perjalanan 4 hari 3 malam.

     22/10/2010      0800            Berkumpul di UiTM
0830            Taklimat Ringkas
0900            Bertolak ke KLIA
1030            Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandung
1500            Bertolak ke hotel dan check-in
1530-1830     Bertolak ke Rumah Mode
Exploration, Analysis store layout, accessibility, products offered, facilities and services.
1830-2000    Makan malam & Solat Maghrib
2000-2200    Perbincangan kumpulan mengenai Rumah Mode Marketing           Strategy
2200           Bersurai

     23/10/2010      0600-0730       Sarapan Pagi
0800              Bertolak ke Institut Teknologi Bandung
0830-1130      Diskusi & Forum “Differences and Similarity Malaysian and Indonesian Shoppers. Why Malaysian shop at Bandung?”
1130-1300      Makan Tengahari & Solat Zuhur
1300-1700      Penjelajahan Pasar Baru
“Stiff competition, what is the strategy to survive and maintain in the market from OB overview”
1700-1800      Makan Malam & Solar Asar
1800-2100     Penjelajahan FO
“Pick one FO which provide the best services and attract more customers and discussed in group on the competitive advantage as compared to other FO”
2100-2300     Perbincangan Kumpulan bersama Penasihat Akademik                  mengenai  aktiviti yang dilakukan
2300                Bersurai

    24/10/2010      0600-0730       Sarapan Pagi
0800-0900       Bertolak ke Tangkuban Perahu
0930-1030       Taklimat ringkas dari Penasihat Akademik dan Pemandu                                       Pelancong
1000-1200       Penjelajahan Tangkuban Perahu
“Proactive personality of sellers in Tangkuban Perahu”
1200-1300       Bertolak ke Bandar Bandung
1300-1430       Makan Tengahari & Solat Zuhur
1430-1630       Perbincangan mengenai penjelajahan Tangkuban Perahu
1600-1800       Penjelajahan Petronas Bandung
“Why Petronas Bandung is unsuccessful?”
1800-2000       Makan Malam & Solat Maghrib
2000-2200       Perbincangan bersama Penasihat Akademik sebab kegagalan   Petronas di Bandung
2200               Bersurai

    25/10/2010      0600-0730       Sarapan Pagi
0800-1100       Aktiviti Bebas
1100-1130       Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandung
1530              Tiba di KLIA
                              Bertolak ke UiTM
1730              Bersurai

Memang akademik sangat lawatan ni. Tapi in between perjalanan tu, kami banyak juga singgah ke tempat yang tidak dinyatakan dalam itiniery ni.

2. Tempat Menarik di Bandung buat warga Malaysia

Korang nak cari tempat yang macam mana? Sebab kami datang untuk lawatan akademik, jadi lokasi yang kami pilih adalah terhad. Tapi biasanya aku cari 3 benda je; tempat makan di Bandung, tempat untuk cuci mata atau sightseeing dan tempat untuk shopping.

Untuk jalan-jalan cuci mata, korang boleh tengok list ni:-

a)  Mesjid Agung Al-Ukhuwwah
Ni dah jadi amalan Hanim sekeluarga kalau berjalan mesti kena cari dan tengok reka bentuk masjid-masjid di negara orang. Kalau tak jumpa masjid ni, cari juga masjid lain.

b)  Gunung Berapi Tangkuban Parahu
Kalau anda adalah orang Malaysia dan pertama kali sampai ke Bandung, ini lokasi wajib pergi sebab kat Malaysia takde Gunung Berapi.

c)  Kawah Putih
ni gambar kat Tangkuban Parahu tauu..

Kalau nak dibandingkan dengan Tangkuban Parahu, Kawah Putih agak kurang popular tetapi sebenarnya ramai yang berpendapat Kawah Putih adalah lebih cantik. Kawah Putih sebenarnya berasal dari kawah gunung berapi tu mempunyai batuan dan pasir yang memutih di kawasan sekitarnya. Air hujan yang berkumpul ke dalam kawah tersebut yang menyebabkan lama-kelamaannya jadilah sebuah tasik. biasanya, air tasik kawah putih nampak berwarna kehijauan dan pemandangannya memang cantik. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak tahan duduk lama-lama di sana kerana bau belerangnya agak kuat.

3. Factory Outlet dan shopping di Bandung

a)      Pasar Baru

Buka dari Jam 9am – 5pm. Bangunan Pasar Baru hanya ada 4 tingkat dan pengunjung di sini memang sangat ramai. Maka untuk mengurangkan kesesakan, adalah lebih-baik jika anda datang awal pagi. Inilah tempat shopping paling popular bagi pelancong asing. Korang boleh dapatkan  produk kain ela,baju kebaya,telekong dan bermacam-macam lagi pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, satin dan lain-lain. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan pun boleh didapati. Peniaga-peniaga di sini sudah sangat biasa dengan pelancong dari Malaysia. Oleh itu pandai-pandailah anda membuat tawar-menawar.

Harga pakaian di Pasar Baru memang jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara borong. Sama seperti mana-mana tempat lain, kualiti pakaian di sini pun ada bermacam-macam. Kalau korang ada banyak masa, buat perbandingan dengan beberapa kedai lain untuk mendapat gambaran harga bagi sesuatu barang atau pakaian yang korang nak beli.Tapi kalau rasa harga yang ditawarkan sudah cukup murah, beli jela terus sebab di Pasar Baru memang banyak sangat kedai dan korang mungkin tidak sanggup (dan tak larat) untuk pergi ke semua kedai. 

b)   Cihampelas Walk
Jeans dan bermacam-macam pakaian branded ada di sini. Harganya memang murah dan berbaloi.

c)   Jalan Braga - boleh kata macam ala-ala street mall.

d)  Toko Tiga - beli Levis kat sini.. murah gila baiii

e)  Paris Van Java (Shopping Mall) - mall ni cam biasa je.. kat sana ada banyak Factory Outlet ala-ala FOS..


f)   Kartika Prasarana
Ini lokasi untuk beli kek lapis. Bagi aku, sedap dan murah lagi kek lapis di Sarawak. Tapi kalau korang baru pertama kali, beli la sekotak dua untuk rasa kek dan browniesnya. Memang banyak gila pilihan sampai tak menang lidah nak merasa.

g)      Rumah Mode

Antara factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa ramai dikunjungi terutama pada hujung munggu. Banyak terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian  kasual jeans dan t-shirt

h)     Donatello
Antara kawasan yang popular untuk shopping pakaian. Bentuk bangunan jelas kelihatan rekabentuk pengaruh penjajah dan ada juga cafe/restoran di sekitarnya. Barangan kulit jenama tempatan seperti kasut, beg wanita, tali pingang, beg galas dijual bersepah-sepah di sini.

     i)     Jalan Cibaduyut - banyak barang kulit yang murah-murah beb.

4. Kedai Makan / Restoran Halal

Bukan semua kedai di Bandung ni halal ye. Perlu ingat Indonesia pengamal budaya asimilasi. Tak kira apa jenis bangsa dan agama, mereka adalah Indonesian. Maka perlu diketahui, bukan semua mereka beragama Islam. Aku dah tak ingat kedai yang kami pergi.. ampunnnn tak dapek den nak nolong.. 

5. Budget / Wang perlu disediakan

Harga yang aku bagi ni pada tahun 2010. Kalau waktu korang baca ni dah berubah tarikh, mungkin harga pun berubah sedikit sebanyak. Ini anggaran expenditure aku sepanjang 4 hari 3 malam di Bandung.
a)       
Penginapan:
(RM70  x  3 x 1 orang)

210.00
b)       
Makanan:
Tiga kali sehari (RM35   x   4 hari x 1 orang)

140.00
c)       
Pengangkutan:
-        Tiket kapal terbang (Cari time promosi)
-        Pengangkutan (bas dan teksi di Bandung)  (RM150)

500.00
150.00
d)       
Kecemasan - Perbelanjaan di luar jangka
2,000.00

JUMLAH BESAR
1,000.00

* Kecemasan tu in case tetiba kena balik Malaysia bos panggil ke, atau ada accident ke atau ada kecemasan yang memerlukan naik flight segera. Bukan kecemasan untuk shopping ye. Duit ni boleh simpan RM100-200 kat dompet dan baki simpan dalam bank, tak payah keluarkan. Nanti activate kad ATM untuk guna kat luar negara so papehal leh guna kad je.. Cashless..
* Ni semua tak termasuk shopping. Kalau korang bukan kaki shopping macam aku, RM1,000.00 dah berlebih sangat-sangat. Kalau korang kaki shopping, korang lebih mengetahui banyak mana nak dibelanjakan.

6. Kadar Tukaran Wang

Pada masa ini, tukaran RM ke Indonesia adalah RM1 = 3000 rupiah. Yang mana kalau tukar RM 300.00, dah dapat 1 juta rupiah. Pengunaan matawang rupiah, sehelai baju tshirt boleh dapat dengan harga 10,000 rupiah (buang 3 kali kosong tu dan imagine guna macam seakan-akan RM10). Jadi kalau tukar 1 juta rupiah tu, bolehlah dapat seratus helai baju.

Dah pergi kedai Money Changer tapi tak paham nak tukar? Guna macam ni

Lihat “We Sell” bila nak beli duit (iaitu sebelum pi oversea) dan
lihat  “We Buy” bila nak jual balik (iaitu kalau ada duit lebih yang tak belanje tu, balik M'sia nak dapatkan balik RM).

Cara paling untung ialah lihat We sell yang rendah dan We buy yang tinggi.

Biasanya aku pergi tukar dekat Jalan TAR. Korang cari jalan yang setentang Semua House menuju ke Mydin. Kat sebelah kanan tu bersepah Money Changer. Aku tak ingat nama kedai tu. Tapi kedai dia warna hijau. Kalau dah sampai sini, compare kan balik ikut formula tadi. Ingat We Sell (rendah), We Buy (Tinggi).

7. Pesanan

Jaga barangan / nyawa anda dan anak-anak anda.  Untuk lelaki, lebih baik letak dompet di poket depan. Untuk yang bawa beg sandang, letakan di bahagian depan..bukan di sebelah sisi lebih-lebih lagi belakang. Pastikan juga passport disimpan dengan baik takut-takut tercicir dan sebagainya.  

No comments:

Post a Comment