♥ Jom Follow ♥

Sunday, 20 November 2011

TRAVELOG BANDUNG – Day 2 – 29 Oktober 2010

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Kalau ikut itinery awal, Hari kedua kami ke Institut Teknologi Bandung.. Tapi aku tak ingat apa yang dah terjadi.. last-last kami ke Tangkuban Parahu dulu. Perjalanan dari pecan ke Gunung ni ada lebih 3 jam. So sepanjang jalan dah bantai tidur..

Dekat sini ada dalam 2 jam juga kami melepak.. dekat gunung tu ada jual makanan jajan, topi dan barang-barang standard kita jumpa kalau ke pantai. Tapi korang takkan jumpa pelampung atau baju mandi atau barang-barang mandi.. yang ada hanya cenderahati comel macam topi si Bad tu beli.

Balik dari situ kami ke kedai makan dan terus ke hotel untuk discussion. Petang hari kedua ni aktiviti bebas. Apa lagi, shopping time! Jadi kami pergi ke Pasar Baru untuk kali pertama. Pensyarah kami recommend pergi supaya kalau ada yang nak tempah baju ke, blazer ke, jeans ke boleh la siap sebelum kami balik KL lusa ni. 

Nak ke Pasar Baru ni jalan kaki 10 minit je dari hotel.. 1st time tengok dalam.. terus macam OMG!!! Memang rambang mata.. Walaupun 4 tingkat je, tapi tak mampu nak masuk setiap kedai.. Pesta membeli dan menolak menawar pun kemain meriah lagi.. kat tingkat atas tu ada foodcourt. so kalau penat, boleh duduk sambil makan sekali.. 

Hari yang sama jugak kami pakat ke Jalan Cibaduyut. Tapi bukan rezeki kot, kedai yang tour guide tu suggest dah  tutup. Nasib la kat situ bersepah-sepah barangnye. Kalau yang minat barangan kulit, sini memang kawasan korang..

Sebabkan aktiviti tak berapa produktif.. meh nak belanje gambar je..

 



























Sekian..

No comments:

Post a Comment