♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 27 June 2013

Tips Memilih Tembikai

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni tade idea.. so aku share gambar tips dan cara nak pilih tembikai je.. weeeee!!!




Wednesday 12 June 2013

Dewan Kahwin Part 2

Bismillahirahmanirrahim..

Tengok Dewan Kahwin saya disini..

Alhamdulillah. Isu dewan kahwin untuk majlis abang aku dah selesai seperti dalam entry Dewan Kahwin hari tu.  Wahai pembaca belog ini.. khusus buat bakal-bakal pengantin yang membaca belog aku ni.. terima kaseh yang tak terhingga sebab sudi baca dan SMS serta Wassap kat saya.. apa pun.. Untuk anda-anda yang sudah terima emel aku tentang maklumat dewan tu.. aku doakan anda semua berjaya mendapatkan dewan untuk hari bahagia nanti..


Boleh kata hampir setiap hari aku terima SMS minta contact dan maklumat dewan. Tak kurang jugak yang tanya nak mintak tempah bunga telur.. aku tak buat bunga telur nyahhh... Entry tu entry gatal tangan mengushar bunga telur semata - mata. Tang bunga telur tu nanti aku cerita.. Hari ni topik kite dewan kahwin. aku namakan Dewan Y je ye.

Dewan Y ni terletak di dalam kawasan Greenwood, Gombak. Jadi, sesiapa yang berada dalam lingkungan Gombak, tak kira korang kat Gombak Setia, Taman Seri Gombak, Taman Samudera, Taman Selaseh, Taman Koperasi Polis dan sebagainya yang kecewa sebab nak Dewan Beringin Seri Gombak tu tapi tak dapat, boleh la cuba cari kat sini. Dewan Beringin ni the only dewan under MPS yang ada aircond. Masa mula-mula aku survey, incek jaga dewan tu kata "adik kalau nak book dewan untuk majlis pape, kena book setaon lagi awal dik".. So sesiapa yang planning nak kawin kurang dari setahun akan datang, boleh lupakan hasrat anda untuk book Dewan Beringin..

Kenapa pilih Dewan Y? AIRCOND.. Itu jela sesatunya dewan beraircond dan tak perlu menggunakan khidmat caterer atau apa-apa Pakej Perkahwinan. Iye ler.. Yang datang nanti sahih-sahih pokcik-pokcik dan macik-macik.. sian depa dok dalam dewan berpeluh-peluh. Especially parents dan keluarga yang duduk sepanjang hari kat situ nanti. tapi dalam cuaca panas cam skang ni, uols pun bole paham kan nape nak ada aircond?

Kalau compare dengan Dewan Beringin, Dewan Y ni lebih banyak parking.. Luar dan dalam kawasan.. semua boleh parking. Dewan ni pun dewan kolej universiti yang baru dibukak. Tapi boleh muat 700 orang dalam satu masa. Dewan Beringin boleh 300 per seating. Maka, bolehla diimaginekan ruang tu. Sah-sah lagi besar dari Dewan Beringin. Sebelah dewan ni ada surau (imagine surau kolej ye). So family member yang malas nak jalan kaki balik umah tu boleh rehat dan solat kat surau tu terus. Tandas ada 2 bahagian. Kalau tandas bahagian depan tu full, boleh pergi kat side belakang.. Tapi aku paling suka sebab tiles kat dewan ni masih baru dan cantik.. Walaupun bukan kat hotel, tiles yang tak terkopak tu boleh memberi imej gah kat majlis nanti.

Untuk pengantin yang bajet terhad. Mesti pening nak cari P.A system bagai kan. So sila gunakan dewan ni punya PA system sepenuhnya. Siap dengan projektor. so pasangla slide tu dan mainkan lagu pengantin tu secukup rasa. Tak payah keluar duit untuk benda-benda yang tak perlu oke...


Bahagian luar dewan tu pulak agak besar. Kata acik Caterer "Acik biasa masak kat situ yo. Sonang kojo. Ekau datang makan yola". So kalau uols ada katerer sendiri, ruang memasak pun besar. Sistem pengairan pun bagusss.. Jangan risau. Apa lagi yang nak aku cerita tentang dewan ni? Ha.. Meja makan TIDAK disediakan ye.. Hanya kerusi sahaja disediakan. Tapi untuk kesenangan bersama, lebih baik meja dan kerusi tu datang bersama katerer.

Harga sewaan dewan tu RM2500 (RM500 cagaran kebersihan kot). Kak Marziah (person in charge) Dewan ni cakap, bayar tu tade term pape. Atas dasar kepercayaan dedua pihak. Nak bayar deposit bape pun tak kisah, bila-bila pun takpe asalkan BAYAR. Tak ada pemotongan duit deposit dilakukan sekiranya berlaku pembatalan akad. So kalau jumpa dewan yang lagi bagus dan berkenan di hati, boleh proceed dengan dewan tersebut. Datang bawak resit je jumpa dorang balik.

Untuk itu.. aku nak ingatkan.. hanya ada yang mencari dewan kahwin di sekitar gombak sahaja yang aku akan bagi contact number akak tu. Sebab aku ada henfon number je, so kenala jaga privacy dia kan. Sekadar perkongsian, dewan tu dewan kolej. Dorang bukak untuk majlis kahwin dengan tujuan membantu para muslim yang nak kahwin. Jadi, jangan rosakkan kepercayaan mereka oke. Selamat mencari!

p.s: Gambar kat atas bukan gambar Dewan Y. Sekian

Tengok Dewan Kahwin saya disini..

Tuesday 2 April 2013

Menstruasi

Bismillahirahmanirahim..


Hello abangs abangs yang setia pada aweknye.Siapa rase die hensem?
       Pening? confuse? pernah tak rase penat ngan aweks uols? penatlaa nak layan, cam: 
   "eish, awek aku ni, hari-hari nak tanye aku sayang ke tak." 
   "eish awek aku ni, sikit-sikit nak kate aku tak sayang die,kalau aku tak sayang, takdelah aku layan die."
   "eish awek aku, apelah merepek aku nak tinggalkan die bagai. aku hado je asal die seru." 
   "eish awek aku ni, apehal emo tak pasal"
   "eish awek aku ni, tadi emo, tetibe gelak, tetibe nanges plak, pastu senyum, pastu sensetip tetibe."


     bukan aweks uols tak sayang korang. bukan die nak buli uols. perempuan selalu rase insecure. die selalu nak perhatian. uols rase mengada-ngada ke, manje? kalau uols rase perangai aweks uols tu mengade-ngade, haaa.. bawak berubahla perangai uols tu. perempuan bukan mengada-ngada (well sometimes mengada-mengada lah kan especially bile shopping) tapi kalau die tanye uols sayang die ke tak, die nak perhatian uols,  sebenarnye aweks uols tu nak manje2 ngan uols. kalau uols rase rimas, uols memang rugi and well, hati batu jugak. perempuan manje ni selalunye penyayang.   well, dependslah. iols tak kenal awek korang, so iols tak reti nak bagi jaminan rugi. buatnye die pisau cukur, naya iols.

     jangan marah awek uols tu selalu sangat. tapi cakap la dengan nada yang boleh bawak berbincang. jangan tegur direct, tapi tegur dengan nada 'suggesting'. kalau aweks uols tu ceritekan masalah, uols dengar je, tak payah bagi jalan penyelesaian, unless die mintak. respon uols mestilah macam back up awek uols tu, macam.. "yeke..siannye.." "ohh.. kesahnye.." ...... ala, macam perempuan selalu gosip2 tu.. kalau uols takde idea sangat, diam, angguk-angguk je. sebab sifat perempuan ni suke bercerite.. unless die nak orang tolong die, baru die cakap terang-terang macam "ape pendapat awak?" haa.. tu maknenye die memang tengah ade keraguan dalam hati die, die tak tahu nak decide. mase tu baru uols try suggest. kalau die taknak terime, jangan kecewa. cakap je "okey." 



    tapi, bile awek uols tengah PMS, masa tu tahap kesabaran uols memang kene berlipat ganda. masa tu lah hormon aweks uols tu berterabur bersepah. ompompuan ni hormon penting dia ada banyak, laki-laki ade satu je hormon penting dia. bayangkan la 1 hormon perempuan tu ada banyak function, pastu hormon dia ada banyak, pastu berterabur. umpama jus buah naga, buah mangga, buah durian, buah pisang, buah oren berterabur atas lantai. haaa kan melekit serabut tu. macam tu la otak dan perasaan perempuan time dia tengah PMS. tapi takpe, bendehalah PMS tulah yang buat uols laki2 ni hado kat bumi ni~ 

     masa PMS tu, kadang-kadang sebab hormon yang berterabur tu, otak perempuan tak berape stabil, so perasaan perempuan selalu bercampur baur. lagi uols bersabar ngan dia, lagi dia sayang uols. perangai perempuan ni macam wave. kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. bile kat bawah, uols kene sabar. sebab bile die naik atas balik, uols jugak dapat benefitnye, sebab mase tula die sporting. hahah.

      perasaan insecure masa PMS makin berganda. masa tu aweks uols mungkin tuduh uols nak tinggalkan die la, pastu merayu-rayu jangan pergi, macam budak-budak 10 tahun merengek kat kaki mak die tak bagi pegi keje~ (hahaha adek iols dulu macam tu tau, siap kejar kete mak iols lagi. haha tapi skang blaja dokter okey kat egypt!) kadang-kadang macam orang mabuk jugak, cerita possibilities yang sedih-sedih. biase la tu. uols layankan aje. layankan tu maksudnye pujukkan aje, jangan pegi sambung pulak cerite sedih tu. macam iols cakap, lagi uols sabar, lagi sayang aweks uols kat uols. 

    ade sesetengah pempuan akan bertambah nafsu makan die. uols jangan halang, tapi kawal. makanla ape2 pun, tapi dalam kuantiti yang sikit. sebab nanti kalau die gemuk, uols gak yang tak suke kan? suruh awek tu minum air kosong banyak-banyak. ada orang kate minum susu. tapi iols sebagai perempuan, tryla kan, tak nampak pun efek die. mungkin iols tak perasan kot. iols minum air kosong je banyak-banyak.

aaaah. kalau nak cerite perempuan PMS memang panjang. pointnye, perempuan memang pelik. lelaki yang bertuah ialah lelaki yang banyak sabar, dan yang dapat perempuan yang tak pelik(percayela, mesti die bukan perempuan). sempoi macam mane pun perempuan tu, sudut hati die mesti bergetar gak naluri perempuan tu.


good luck la. semoga aweks uols menjadi ibu yang baik pade anak2 uols. =)



PS: perempuan dalam entry ini ialah mengikut perempuan normal standard baik, bukan jenis pisau cukur atau perempuan tahi suke mainkan perasaan orang, atau jenis queen control.

PS: minum herbalife, stabilkan hormon balik. heheheh


Wednesday 6 March 2013

Dewan Kahwin dan Bunga Telur

Bismillahirrahmanirrahim..

Isu Dewan kahwin masih hot walaupun dah dua bulan mencari. Alhamdulillah, berkat persahabatan bonda dengan Makcik Hendon (yang jugak caterer kitorang), kami berjaya book dewan untuk majlis kahwin nanti. Harganya RM2500. Mahal sikit tapi bila compare everything, rasanya harga tu just nice. Mana taknye, dewan tu dah lengkap dengan dua bijik projektor, sekali PA System, surau, tandas, bilik rehat, aircond, dan paling penting, dewan tu baru. Haha... Maksudnye dinding dan lantai dewan tu masih cantek.

Kalau ikutkan, dorang ada sediakan kerusi sekali. Tapi untuk memudahkan kerja-kerja mengemas dewan kahwin tu nanti, adalah lebih balik amik dengan Acik Caterer. Dewan tersebut terpaksa dirahsiakan namanya sehingga kad kahwin keluar (atas permintaan Bonda). Tapi kalau ada B2B yang masih tercari-cari dewan, boleh email kat aku, nanti kita bagi contact number. Tapi dewan ni lokasi dia sangatlah dekat dengan rumah kami. Around 5 minit jalan kaki je. Pihak Pengurusan pun sangat baik. Term of payment sangat best. Boleh bayar bila-bila pun takpe. Nak bayar before majlis pun takpe, masa majlis pun takpe and LEPAS majlis pun takpe. Kalau tengah sengkek tu boleh la bayar lambat siket. Tapi lebih baik bayar awal-awal en. Takut t berhutang pulak (=.=)

Apa pun, planning nak buat bunga telur sendiri masih berjalan. Tapi bunga telur untuk letak dalam Goodies Bag jela. Yang bunga pahar tu dah ade plan baikkk punye dengan Yobo... hehe.. tapi saje nak gedik tengok2 yang lain.. so motip kali ni adalah untuk bersiar-siar menonton bunga telur. Btw, aku suka benda-benda tradisional. So sila abaikan kalau pemilihan bunga ni macam makcik-makcik siket.. lalalala~

Yang ni yang paling suka sangat2!
Sweet je pink + putih. Pure and innocent kan?
Grrrrr!! Cantekkk! 

Eksklusif sangat tau... ada rupa crystal2 gtew... 
Suka sangat yang ni.. shape bunga tu unik.. 
Bonda berkenan bunga dip or bunga stokin je.. lain-lain tu takmo!
Camne diorang buat bunga ni jadi cantik??  

Yang aku pnye handmade tu rupa nila.. hee
Dia punya color combination ni wat aku rasa macam nak makan cokelat. 
 Yang ni pun cantik... simple and sweet.

Apa pun, bila berbelanja nak kena beringat jugak. Kadang-kadang rambang mata, tatau nak pilih mana kan. So buatlah shortlist untuk apa pun keputusan. Pas dah buat shortlist tu baru beli. Jangan nanti berlaku pembaziran. Haa.. nak kahwin ni kena berjimat. Tapi jangan pulak sampai jadi berkira sangat... (^_^) heee... Pendek kata, pergilah Nilai 3... banyak yang murah dan berpatutan.. Selamat Berkahwin!

p.s: thanks to para owner of the gorgeouspictures!

Thursday 17 January 2013

Senarai Dewan Kahwin

Bismillah...

Permulaan Journey untuk hidup baru... ayokkkkk....

Tengok Dewan Kahwin saya disini..

Masa mula-mula dapat tahu dah nak kahwin (masa ni takde terfikir nak kawin pun), I was like "oh, okey.. nak kahwin dah? hurmm... proceed jela..."... camtu je... takde rasa excited, takde rasa nak amik tahu etc.etc... But then, perasaan nak jadi orang "normal" tu tetiba je ada. Masa ni la terasa semua benda nak di DIY kan. Termasukla dewan... (-.-) sangat tak normal... Since angah kawin lagi, kitorang takde plan nak kawin kat rumah... leceh, renyah, penat etc... Makanya, wedding mesti di dewan supaya tak memenatkan keluarga. I read some bloggers punya facts, kena tempah dewan 1 year before wedding. Sekarang dah bulan Januari. Few month left.. Oh dear... dah lambat sangat ni!!!!

Tapi thanks a lot to B2B, exB2B n para bloggers sebab sharing their views and experience. Antara syarat dewan yang dipersetujui, dewan tu mesti boleh memuatkan sekurang-kurangnya 500pax at satu-satu masa, ada toilet yang best, ada aircond, ada bilik persalinan @ bilik rehat, banyak parking, MURAH. As for now, I could divide dewan-dewan ni dalam 3 bahagian:-

Part 1: Dewan Serbaguna + Pusat Komuniti

Mana-mana dewan bawah Majlis. e.g listed below senarai dewan kahwin under DBKL. (Klik sini untuk ke website DBKL)

  1. Pusat Komuniti Bukit Damansara (Phone : 03 - 2095 4652)
  2. Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail (Phone : 03 - 7728 7591)
  3. Pusat Komuniti Lembah Pantai (Phone : 03 - 2021 3642)
  4. Pusat Komuniti Bukit Bandaraya (Phone : 03 - 2096 2317)
  5. Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis 2 (Phone : 03 - 6187 2023)
  6. Pusat Komuniti Seri Petaling (Phone : 03 - 9018 7285)
  7. Pusat Komuniti Taman Ibu Kota (Phone : 03 - 4023 8641)
  8. Pusat Komuniti Taman Melati (Phone : 03 - 6185 0600)
  9. Pusat Komuniti Sentul Perdana (Phone : 03 - 4043 4076)
  10. Pusat Komuniti Bandar Manjalara (Phone : 03 - 7963 3815)

So far SH dah cari kat MPS, MPPJ, DBKL and also MPAJ.. Malangnya semua suda full.. Sedih ='(

Part 2: Dewan under Agensi Kerajaan 

Dewan-dewan ni perlukan sedikit kegigihan sebab banyak sangat passing-passing.. Apa pun, SH senaraikan dewan-dewan yang SH dah pernah cari tapi terpaksa reject atas sebab-sebab tertentu. Contactnye boleh cari google k? (sorry SH tak simpan contact number, lepas call terus bye2)

  1. Dewan CAC UIA - Out of budget
  2. Dewan KAED, UIA - muat untuk 300pax only
  3. Dewan UTM, Jalan Semarak - sangat tak secure. (If ada any events macam exam ke hape ke, dorang terpaksa cancel majlis kita even dah booking awal2)
  4. Dewan Felda - kena amik pakej
  5. Dewan Gemala Sari, RISDA - kena amik pakej
  6. Dewan Centrium Setiawangsa - kena amik pakej 
  7. Dewan Masjid Wilayah - Off untuk tempahan, tengah renovate
  8. Dewan Masjid Negara - FULL
  9. Dewan FRIM - Full
  10. Dewan Wisma Sejarah - Kecik yang amat
  11. Kampung Pengantin - kena amik pakej
  12. Dewan Puspanita - kena amik pakej
  13. Dewan MARA - kecik
  14. Dewan SEROJA, Kementah (nak sangat dewan ni, tapi takde contact)
  15. Dewan Kem Wardieburn Setapak - FULL
  16. Dewan CIDB - Out of budget
  17. Dewan Prima LJT Melawati - kena amik pakej
  18. Dewan Berlian LJT Melawati - kena amik pakej


Ho... kalo susah sangat, SH buat je wedding kat dewan orang ramai Taman Melewar tu.. Tapi panas.. Dan kebanyakan dewan orang ramai ni tak mempunyai aircond.. kesian orang ramai...Kalau anda berada di bawah area Majlis Perbandaran Selayang, dan dah takde tempat nak buat, dewan orang ramai mungkin boleh jadi penyelamat. Maybe kurang selesa compare to dewan lain. But daripada buat kat rumah, SH rela pergi kat dewan ni.

Untuk sesiapa yang berminat menggunakan pakej dewan, sila abaikan note SH tu. Sebab SH dah ada katerer turun temurun, so tak dibenarkan sama sekali amik dewan berpakej.. sobsob... Jangan tak percaya. SH memang dah call semua dewan (kecuali yang Dewan Seroja tu), and sememangnya bukan rezeki. SH tamola doa orang lain cancel (takutnya imagine cancel wedding.. ohhhh). Mudah-mudahan SH jumpa rezeki kat dewan yang lagi cantekkkk...

Agak fed up jugak dah dekat seminggu lebih tak gak jumpa dewan ni kan. Tapi pencarian perlu diteruskan. Minggu ni plan nakgi wedding festival. Mana tahu ada cadangan dewan yang baru kan. Harap-harap Mr. Yobo ada sama.. Tak larat nak search dewan and frust sorang-sorang... (alasan je ni..) muahahahhaha....

Till then...
Latest: Tengok Dewan Kahwin saya disini..
Yang Masih Mencari Dewan,

Tuesday 1 January 2013

Nak Loose Weight?

Bismillahirahmanirahim...


Hai gadis-gadis chubby.
         penat? sedih? terase kurang kasih sayang? ramai yang kate badan uols besar, montel, atau melabel uols kuat makan? bile beli baju takde sizelah, akak kedai tu tak bagi muke terus cakap 'dik, size besar dah habis lah.'. bile uols usha mamat hensem, die buat dek? mamat idaman reject korang sebab korang chubby? lepas tu takkan nak rase down dan rendah diri aje? tak boley! kene balas dendam okey! tunjuk yang korang lagi bagus, mamat tu rugi sebab die reject uols!macamane?



         mungkin uols sekarang tengah fikirkan cara nak turunkan berat badan tanpa perlu berpeluh, atau pun menghabiskan duit. mungkin uols nak kan care yang tak perlu uols bersusah payah. mungkin uols fikir, takpelah, maybe satu hari nanti lemak2 i akan pecah sendiri. maybe i pakai je losen ni lemak i boleh pecah, hilang la berat tu nanti. atau paling low of the lowest pon uols fikir, takpelah, i nak lelaki yang boleh terime i seadenye~ i nak lelaki yang pandang hati i, bukan rupe~

well, uols salah okey!

          zaman sekarang ni jangan harap nak laki macam tu! well, bukan i-ols nak kate takde, memang ade. tapi cube uols fikir balik, kalau uols mengharap lelaki yang pandang hati tak pandang rupe, adekah uols macam tu? tak,kan?? eeeaaaaa.. jangan tipu.. i-ols tahu okey~ i-ols tahu u-ols mengharap lelaki hensem yang memandang hati je bukan rupe. atau mungkin bukan hensem, tapi ade duit ke, bende lain ke ape2lah.

tak salah pun kalau uols mengharap cenggitu. uols nak yang hensem, yang tampan kacak bergaye. tapi uols kene berusehe. kalau uols nak yang tak pandang rupe, uols pon tak boleh tengok rupe. tapi kalau nak yang ade rupe, dalam post ni i-ols nak citer camne nak bagi uols ade rupe.

1. Malaskan makan.
mesti susah kan nak buat macam ni? tak uols. tak. uols je yang cakap susah sebenarnye tak. bile nak makan, malaskan diri. beli buah banyak2. buang semua gula-gula, cokelat, kacang kekacang, kerepek atau apelagilah bahan kunyahan mase lapang uols tu. cokelat ngan bende manis tu yang paling banyak kalori tau. jangan tertipu dengan majalah yang cakap boleh hilangkan stress bagai, tu sume propaganda je. gantikan dengan bijirin, oats, buah2 (macam buah anggur, apple, yang simple2), atau sayur. lepas tu tengok movie. haaa.. mesti kadang-kadang tengok movie terase nak makan makanan dalam movie kan? jangan. cakap kat diri sendiri- malas. pastu ngapngap buah-buahan tadi tu.

2. Minum air
kena minum air banyak-banyak. satu hari orang normal 2 liter. yang chubby ni kena minum lebih. maybe sekali minum, try habiskan 1 liter. ye, dramatik sangat. pujuk je diri suruh minum, tapi jangan lupe bernafas pulak uols. lepas tu gerenti uols asyik nak pergi toilet. takpe, pergi. yang ni ni uols takleh malas la. sebab nanti berterabur, nak basuh balik, jadi satu keje lain pulak. cube korang fikir lemak yang terbakar sebab uols kene bangun, jalan laju nak gi toilet. sikit je. tapi sikit-sikit lame2 jadi bukit. dalam case uols ni, sikit-sikit hilang tau-tau dah kurus. kehkehkeh tau kenape? air sangat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma kita. kadar metabolisma tu apa? iaitu kelajuan perpecahan lemak uols la. kalau rendah kadar tu, lambatla pecah. bile lambat, terkumpul dalam badan, tu yang berat naik tu.

3. Cara Pemakanan
Haramkan yang berminyak. kurangkan karbohidrat. nasi? NO. roti? NO. goreng pisang? NO. makap jenis sup-sup tu je. mihun sup, mee sup, sup sayur, sup ikan. kurangkan daging ayam atau lembu. sekali sekale takpe, tapi daging ikan kena selalu. lepas tu makan sikit-sikit, jangan sekali makan tu semua uols nak borong.  uols kene ade perasaan 'takpelah, esok ade lagi, i try makanan yang tu esok je'. pastu kalau esok uols tak jumpe lagi ke atau nauzubillah umur tak panjang ke, uols anggap je takde rezeki. jangan gelojoh. setiap kali makan, sejenis je uols amik. and sehari, maximum pemakanan berat ialah 3 kali. waktu kunyahan lain, makan buah atau sayur atau ape2 yang i cakap tu.

wow nampak sedapkan? go geddit!


okey mungkin ade suatu mase uols rindu nak makan makanan yang beminyakla carbohydrate la manis2 la. i-ols cakap, go for it, tapi sikit je, buat pelepas rindu katenyew. behagak sikit makan tu.ingat target nak kurus.

4. Senaman
yang ni i malas nak elaborate. uols sume dah tau, tapi uols malas kan. biaselah tu. kalau nak cepat lagi kurus, pegilah exercise.

5. Mindset 
untuk setiap makanan yang uols ambil, kuantiti dan kualitinya, uols kena fikir, 'Aku nak pakai baju cantik2'.


     i-ols tau camne uols rase, sebab i-ols dulu gemuk tau. sekarang ni dah mengecik sikit. hahaha i-ols amalkan yang i-ols sebut kat atas tu. lepas tu kakak i (si penulis lagi sorang tu) bagi makan herbalife. herbalife ni uols kene ingat tau, die bukan jamu. no no no. die nutrisi. i tak reti lagi nak explain secare mendalam, tapi cenggitulah. i-ols makan herbalife tu, lepas tu i-ols ikut rutin i-ols kat atas tu. memang laju berat turun. tapi mungkin u-ols tak nak makan herbalife sebab u-ols nak save duit. well, takpe. uols amalkan yang kat atas tu. herbalife ni tolong ape tau? tolong cepatkan process nak kurus, tolong shape kan badan, dengan tolong stabilkan hormon. tapi care tradisional yang macam i sebut kat atas tu la.

iols tahu perasaan menjadi chubby dan montel macam mana. sebab i pun pernah di kritik sebagai seorang yang gemuk.
=)


cheers and good luck uols!