♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 18 October 2011

Some of the best old korean dramas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Zaman-zaman aku sebagai student, kitorang gila tengok cerita Korea dan Jepun. Ada apa dengan kaum mata sepet ni? Aku rasa kalau korang bukak cerita yang zaman masih pakai hanbook atau kimono, korang pun boleh tengok kita semua berasal dari rumpun yang sama. Adab dan kesopanan tu masih kelihatan walaupun di negara berbeza.

Tahun 2011 dah nak sampai penghujung. Tapi aku tengok penggunaan teknologi dah makin dahsyat. Rata-rata boleh mintak incek google carikan. Hatta, sampaikan aku buat assignment pun minta Incek Google proof read kan. Inikan pula setakat mendownload movies dan dramas dari negara lain. Dah tak perlu nak tunggu CD dengan kepala orang depan kita atau kejap-kejap tengok orang bangun melintas kamera. Cukup dengan download torrent. Nak tutup PC sambil download pun takpe, nanti dah on, dia boleh sambung download tanpa perlu nak cari balik link tu.



Sekarang Korean Fever adalah Running Man. Aku tak sure start bila cite ni. Tapi aku mula tengok lepas habis yang Family Outing dulu. A brief information. Running Man ni sebenornye part of variety show yang ada kat Korea. Sebabkan kami adik beradik dah follow Family Outing dan Yoo Jae Suk pun stop Family Outing untuk produce Running Man ni, maka kitorang pun berubah angin la.. Kalau kat TV Korea, cerita ni ditayangkan hari Ahad, maka sesiapa yang FASIH berbahasa Korea tu... ehem... sila lah tolong kami mengsubtitlekan cerita ni..

Untuk sesiapa yang belum tahu, Running Man sekarang dah episod 65 (kalau tak salah).. Setiap minggu akan keluar cerita yang berlainan dengan program dan berlainan. Harap-harap Running Man cipta sejarah dengan ke kreatifan dan inovasi yang para krew TV ni bawa dalam industri hiburan sekarang.

Dalam hal yang sama, typical Malay Drama kebanyakannya pusing-pusing pasal harta, pasal cinta. Even producer Malaysia pun memang suka buat cerita Cinta sebab kita ni, Malaysian suka tengok drama & kisah Cinta. Dah tu kenapa tak tengok cerita omputih?  Alah.. sama je sebenarnya.. Kalau akutengok cerita melayu, nanti yang sorang ni tanya, nape tak tengok cerita Korea. Kang tengok cerita Korea, datang pulak minachi ni tanya, kenapa tak tengok cerita hindustan? (=,=") kannnn... sama je kan..

Minat kita berbeza.. Tak sama.. Tapi mungkin serupa.

Miss V (cikgu sekolah dulu) pernah cakap:

"Orang ni kan, Cina kah, Melayu kah, Hindu kah, kalau belajar tinggi macam mana sekali pun, kaya macam mana sekalipun, handsome kah, putih melepak kah, kalau dia tak ada kesedaran pun tarak guna juga.. Mark my word, KESEDARAN. Sebab kalau kita tau perut lapar, tapi kita tak sedar kita makan untuk apa, nanti sampai perut terburai pun kita masih mau makan kannnnn"

Hanim sengaja tekankan ayat Miss V tang KESEDARAN tu. Hanim salute dengan orang Korea dan Jepun.. Dahla tang ekonomi diorang pun boleh melonjak-lonjak naik.. Tapi kenapa sampai hiburan Korea Jepun ni jadi sahutan seluruh dunia? Jangan perasan ye, bukan kat Malaysia je gila K-Pop.

Sedikit pandangan dari pemerhatian mata kasar Hanim:-

1. Seronok belajar bahasa orang dari bahasa kita sendiri.

Kalau kat Malaysia kita ada banyak loghat kn? Hanim pernah try ckap loghat Sarawak, Pantai Timur, Utara- ni Hanim memang da familiar sebab Umi asal dari Penang..Tapi at the end, empunya bahasa atau kawan2 yang tak punya bahasa tu mesti akan cakap "burukla wei.. cakap KL kau jelah"... 
Cuba compare dengan negara membangun, kat US ke, UK ke even Korea pun, dorang sedaya upaya nak tolong orang lain supaya mahir bahasa dorang.. Itu yang membuatkan bahasa diorang e.g KOREA dan JEPUN lebih mudah dan seronok nak belajar berbanding belajar bahasa sendiri.. kena gelak semedang..

2. Aku bangga dengan hasil rakyat aku

Korean people ada satu ego tentang barangan hasil negara diorang. Even di setiap province pun ada specialty masing-masing.. Kalau Malaysia ada durian Pahang. Mereka ada daging lembu Korea yang dianggap gred A++, nak makan seafood yang ketam besar bagak tu boleh cari yang segar-segar kat Busan, nak buah-buah boleh ke Jeju-do ('-do' maksudnya pulau)  tapi yang paling best sekali, sebab cuba macam mana sekali pun, mereka ni tetap akan dahulukan barangan tempatan berbanding import.. Lebih organik katanya. Dan kalau guna produk import, orang tu nampak sangat takde semangat kenegaraannye. Kita berani tukar barang kita semua? Beli dari FAMA atau guna kereta Proton je pasni.

3. Health is important

Paling ketara kat mata Hanim.. Orang Korea ni banyak gila makan sayur.. Mungkin disebabkan kepercayaan diorang untuk reincarnation nanti, maka diorang kena jadi sihat supaya dihidupkan dalam keadaan sihat (kalau tak nanti boleh dihidupkan sebagai pokok atau haiwan atau benda tak bernyawa). Tang ni, kalau tanya Hanim pun Hanim fail.. eden tak suka sayur! Tapi tengok diorang makan macam sedap gila je.. Memang best bila niat makan sayur tu bukan semata nak badan cantik, tapi sebab nak SIHAT. Berapa ramai antara kita yang diet sebab nak body cantik je tapi tak nak fikir camne nak sihat?

Aku salute dengan pemikiran Tun Dr Mahathir.. I am really looking forward to the mission of mentality kelas pertama tu... :)

Mungkin dah tiba masanya untuk kita Malaysian wujudkan identiti kita.

Apapun, Hanim hanyalah insan picisan. Bersuara pun setakat dalam bilik mandi..

Kalaulah ada kesedaran dalam hati kita...rakyat Malaysia...

p/s: oh..ini cuma buah fikiran serta pendapat Hanim.no offence okey!

No comments:

Post a Comment