.: Bismillahirrahmanirrahim:.
- Poket kering setiap kali hujung bulan.
- Makin banyak gaji, makin banyak hutang.
- Tiada simpanan kecemasan
- Tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
- hutang kad kredit semakin bertambah
Kalau ada, maksudnya memang dah WAJIB untuk atasi masalah kewangan anda.
Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.
|
Scary kan? So SH share kan 5 tips untuk atasi masalah kewangan ni. Harap-harap dapat membantu.
#1: MENABUNG
Biasakan diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan anda. Setiap kali dapat income jangan beli apa-apa hatta isi minyak kereta sekalipun Sebaliknya, terus masukkan 20% dalam tabung simpanan. Lebih baik menyimpan sedikit demi sedikit daripada semua income kita kena bayar duit hutang, kan?
#2: PEMBAHAGIAN PENDAPATAN
20% sudah masuk simpanan, pastikan anda mempunyai pembahagian yang betul untuk baki 80%. Contohnya, 10% untuk sedekah dan zakat, 20% bayar hutang, 20% belanja kecemasan, dan 30% belanja isi rumah. Yang penting, wajib berdisiplin. Ketahuilah bahawasanya, orang yang kaya raya pun boleh jatuh miskin jika tidak DISIPLIN.
#3: BANYAKKAN BERGURU
Sekarang dah baaaanyaaakkkkk sangat bantuan kewangan contohnya daripada AKPK. Bukan setakat tu, pergi je kedai buku, berlambak buku-buku berkenaan tips kewangan. Amalkan membaca sekurang-kurangnya satu buku satu bulan supaya kita sentiasa be updated dengan info kewangan dan trend perbelanjaan terkini. Bukan setakat membaca, banyakkan bergaul dan berbincang secara general dengan kawan-kawan sepejabat. Tujuannya adalah untuk memastikan kita tidak terover bajet berbanding orang lain. Tapi jangan pula terpengaruh jika kawan-kawan kita lebih belanja daripada kita oke!
#4: BERBINCANG
Bagi yang belum berkahwin, pastikan anda berbincang dengan ibu bapa kerana mereka lebih arif dalam hal kewangan. Sebaliknya jika anda sudah berkahwin, perbincangan harus berlaku sesama pasangan. Suami perlu tahu perbelanjaan isteri, begitu juga isteri. Bukan untuk menyekat, sebaliknya untuk memastikan kedua-dua pasangan tahu perancangan bulan itu. Berdua kan lebih baik? Dan semestinya JANGAN sesekali mendedahkan perbelanjaan anda kepada pihak ketiga. Tidak menjadi masalah jika sekadar meminta pendapat. Bak kata orang, "Dengar boleh, Percaya? Nanti dulu."
#5: ISTIQAMAH
Apa pun cara yang anda lakukan, mestilah dilakukan secara ISTIQAMAH. Kalau sekejap simpan, bulan depan tak simpan, bulan seterusnya baru simpan semula, percayalah, anda akan balik ke tempat asal. Istiqamah atau Disiplin diri sangat penting. Kalau kewangan pun tak boleh disiplin, tak taulah masa, pakaian, kekemasan dan SOLAT boleh disiplin ke tak kan... =P
Pilihan di tangan anda. Anda boleh pilih sama ada nak kurangkan perbelanjaan (dapatkan tips daripada MasKahwin) anda atau tambah pendapatan anda . All the Best!!
No comments:
Post a Comment