Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama
sekali, alfatihah buat semua mangsa #MH17 & #MH370. Takziah buat semua ahli
keluarga.
Hari
ni pukul 6.50am aku dah terpacak dekat Putrajaya. Sepanjang 45 minit perjalanan
ke ofis, aku berangan sambil membebel "awat langit macam redup
semacam?".. Hari ini hari berkabung. baru termaktub dalam sejarah Malaysia
berkabung secara nasional. Dan hari ini hari lahir aku..
HotFm
dari semalam dah pasang lagu-lagu islamik.. pagi ni AMkrew ke KLIA.. biasanya
pagi-pagi aku nak dengar suara depa ni pasal aku penakut.. yelah, tengah gelap,
matahari pun tak naik lagi.. nanti aku imagine tiba-tiba ada tangan pegang kaki
aku.. huhu.. dalam kepala dok imagine plan petang ni nak amik abang..malam nakgi
secret recipe makan Shepherd's Pie, tiba-tiba lagu ni berkumandang:-
Lirik Lagu SurgaMu - Ungu
Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Kuhanya hambaMu yang berlumur
dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah
hidupku
Karena Kutahu
Hanya Kau Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah
hidupku
Karena kutahu
Hanya Kau Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Sentap
habaq hang.. aku ni dahla memang emo berlebih.. pastu terus terimagine..
Agaknya, apalah yang diorang nampak bila tahu kapal terbang tu dah nak
terhempas? yang ada anak tu, sempat tak mak-mak pegang dan peluk anak dia? yang
suami isteri, sempat tak cakap "saya sayang awak sangat-sangat".. Aku
pun mula bayang kalau aku ada dalam situasi tu dengan Yobo dan anak-anak..
nauzubillah.. wallahi.. tak kuat untuk aku imagine.
Pagi
ni, seluruh Jabatan dijemput berkumpul di lobi untuk sama-sama bertafakur.. Aku
dan Yani sanggup dok menyelit sebab nak tengok berita. Hari ni, kumpulan
pertama sebanyak 20 jenazah tiba di bumi kelahiran mereka. Itu tarikh lahir aku
dan aku akan ingat hari sejarah ni.. 24 Ogos, tarikh anniversary kami, kumpulan
kedua jenazah akan tiba. Kali ini belum pasti berapa ramai. Aku terbayang lagi,
"habis tu, kalau family yang tak terima jenazah hari ni macam mana?"
hurm... mesti lagi hiba dan sedih.. dalam seluruh rakyat Malaysia secara rasmi
menyambut ketibaan jenazah mangsa, ahli keluarga yang belum terima apa-apa
pengesahan hanya mampu melihat dan berdoa. Tabahlah wahai sekelian
makhluk..
Aku
memang emo. Aku boleh menangis bila tengok Ryan dan Anis menangis. Aku boleh
menangis bila kucing aku mati sebab sakit. Aku boleh nangis bila tengok
bangkai kucing/anjing mati dilanggar tapi tak dialih.. Dan aku boleh menangis
bila dengar kawan aku sentap dengan aku sebab aku tak belikan roti john. Inikan
pulak bila aku menjadi saksi sejarah hari ni, mahukan aku tak menangis. Aku
terbayang di masa hadapan nanti, kalau anak-anak aku baca buku sejarah pastu
tanya, “Ibu, kenapa dapat jenazah pun orang sambut?”, “Ibu ada tak masa ni?”.
Sebab aku selalu tanya Arwah abah dan arwah Tok Mama, tentang sejarah zaman
Jepun yang masa tu tengah menjajah Malaysia.
Tapi,
akan ada tak kesempatan tu?
Hari
ni usia aku bertambah lagi setahun. Belum pasti akan bertambah lagi seminit,
apalagi nak tambah sehari.. Allah pilih mereka, orang-orang bertuah, untuk
pulang pada Allah. Allah pilih keluarga mereka untuk terima ujianNya. Dan Allah
pilih kita semua.. Sama ada untuk menjadi saksi, atau pula untuk menyedarkan
kita bahawa dunia ini sementara..
Dan
aku masih terbayang, bagaimanakah rupanya detik akhir aku nanti?
Sempat
tak aku cakap “Abang, kite jumpa lagi nanti ye?”
Ore nampyeon, saranghaeyo...
Casino Secret Review: $100 Free + 100 Spins
ReplyDeleteCasino Secret Review. カジノ シークレット Players are invited to get up to $100 free and 100 spins. This is the kind fun88 soikeotot of welcome bonus you would expect from 1xbet a casino.