♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday 24 February 2012

Mari Menggemok?

Bismillah...
Assalamualaikum... :)

-Jom ramai-ramai singgah booth Fitrah As Sham – Herbalife J19 @ Karnival WOW Putrajaya -



Bangun pagi bersiap nakgi opis, rembat roti 2-3 keping, makan dalam kereta. On the way ke opis, singgah stall nasik lemak tepi jalan (konon sebab nak tolong macik tu kasik laku). Sampai opis, terus makan nomnomnomnom buat kerja.. bosan.. g pusing tempat member, rembat kepek ngunyah-nyunyah.. ada kacang dalam drawer, ngunyah lagi. (-.-”) pukul 10, turun mengeteh dengan member. Beli mee goreng dengan teh tarik... habis makan, nyembang kejap sambil makan cekodok goreng... beli kuih RM2 buat bekal dalam bilik karang.. 11pagi masuk opis buat muka tak bersalah, duduk, buat kerja sambil berangan..oke, tu aku..

Sementara tunggu lunch hour, makan kuih tadi. Perut kenyang dah tapi mulut still nak mengunyah.. Grrr... Boss datang bebel-bebel...stress. Mata pandang jam, tangan buat-buat bizi main keyboard. Bila nk lunch ni... adoi...

1.00pm.. HURRAYYYYY!!!! Gaji baru masuk. Boleh makan besar sikit. Takde jauh-jauh aihh..ikan bakar kat kafe bawah ni pun cukuppp... Baru bau asap dari dapur, perut otometik lapar balik. Tengok air asam dia, pergghhh... Terus mintak nasik lebih.. Lapar beb.. Plan asal nak makan ikan bakar je, tapi nampak telur masin, amik sepotong, amik ulam buat cukup syarat. Oh ada papedom, masyuukkkk... * Sambil nakg amik ikan bakar ternampak ketam masak lemak. Hermmm... dah dilema antara ikan bakar dengan ketam.. okelah.. taruk kuah ketam pun jadilah* oh lupa nak oder.. “adik, milo ais satu!”

Errkk..Alhamdulillah. Kenyang yangg amat. Menyandar kat kerusi sambil sembang-sembang *Leklu..sapkok lu ← ini bukan saye* before naik opis, singgah 7-eleven beli cikedis buat bekalan kalau bosan petang ni.. KALAU BOSAN OKE.. tapi tak bosan pun, omnom nom nom nom jugak. Sambil plan malam ni nak masak ketam sebab tadi tak dapat makan, goreng ikan pekasam, buat kangkung goreng sikit ← buat cukup syarat janji ada sayur je ni. Oh rutin hariankuuuu...

Malam goreng nuget dengan kopok sikit buat jajan nak tengok TV japgi. Before masuk tido, tengok muka depan cermin “lawa kottt aku ni”.. tengok badan “ok, aku gemok. Esok nak puasa”.. Hakikatnya, esok tak jadi posa.


Sedar tak sedar, inilah rutin harian buat kita yang suka makan.. oke, aku pun suka makan. Haha.. Kalau ikutkan, sayur pun nak makan yang bergoreng. Kekadang tu, minyak sayur tu lagi lebih dari minyak ikan goreng.. Perghhhh...kolestrol...

Hewwww..... Seronok rasa bila pagi-pagi masuk opis orang tegur “u nampak dah slim”.. auwww.... hoho... tapi bila orang tegur “nape kau macam dah gemok?” terus muka berubah 1000 bentuk. Meowww... Takpe, Herbalife kan ada. Haha ← sempat pomot ni.. Tapi kalau rasa nak jimat tanak makan Herbalife, meh nak bagi sikit tips untuk berdiet:-

  1. KURANGKAN MAKANAN BERGORENG A.K.A BERMINYAK
korang sedia maklum makanan berminyak itu sememangnya mengGEMOKkan walaupun sekadar guna minyak zaitun.

  1. PILIH MASAKAN YANG LEBIH SEGAR & SIHAT
Kalau tengok sayur pun dah layu, ikan pun dah lembik semacam, pilihla makanan sihat macam KFC ke McD ke.. oke, ajaran sesat ni.

  1. JADIKAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNACK
    Kenyang pun kenyang, sihat pun sihat. Kalau malas nak potong kat rumah, beli je epal ke, limau ke. Buah potong pun baru singgit... -jangan kedekut untuk kesihatan anda-

  1. AMALKAN '88888'
Ini Menteri Kesihatan yang cakap oke. Makan sebelum lapar dan benti lepas 80% kenyang, makanan terakhir mesti before jam 8 malam, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tidur 8 jam sehari, dan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari.

  1. MALAS BERSENAM? TUKAR HABIT ANDA.
Sejujurnya, akusangat tak rajin nak bersenam sebab masa aku sangat terhad dan aku memang tak rajin. Tapi sejak akhir-akhir ni, energy bertambah (Herbalifers memang energetic sikiit). So kalau kau biasa rumah sejengkal dengan kedai pun nak naik kete, sila tukar amalan tersebut. Kalau selama ni parking kat soping mall tu nak depan pintu masuk, kali ni cari area jaoh sikit. Pelan-pelan kayuh beb!

  1. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Ini dah kaver semua aspek ni. Dalam erti kata lain, ambil balik piramid makanan tu, pastu ikut betul-betul saranan dia. Ada paham??

No comments:

Post a Comment