♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday 6 January 2012

Siapakah anda sebenarnya?



.: Assalamualaikum :.

huk..semalam adalah hari emo sedunia ye kawan-kawan.. Dunia aku jela..haha... Semalam aku balik dari Balai Polis Gombak dah pukul 12.30 malam. Mengantuk dan lapar sebab terlupa nak makan dari tengahari. Nasib baik ada shake dalam kereta. Sampai rumah, main iPad kejap, bukak netbook layan blog.. pastu aku bukak la Insyirah punya blog Haruman Mawar. Insaf kejap. Muhasabah diri balik. Bila bermuhasabah ni baru teringat dosa, pahala, syurga, neraka.. perghhhh...terasa diri ini sangat kerdil..

aku bukanlah Ustazah Pilihan yang dah berjaya hafaz Al-Quran 30 juzuk. Hatta nak jadi calon pun jauh panggang dari api. Aku pun bukanlah pelajar Darul Quran yang lancar bacaan jawinya dan terror cakap bahasa arab. Aku ni budak sekolah menengah biasa je.. wuwuuuu...

Macam orang lain gak, satu ketika dulu hiburan adalah geng aku.. haha.. sehinggalah aku sedar yang hiburan tu tak ke mana kalau hati tak tenang dan tak ingat kat Allah. Tapi hati manusia ni taklah secekal hati Asiyah mahupun Sumayyah yang sanggup berjuang bermati-matian demi agama. Tambah lagi bila cara penyampaian dakwah ustazah-ustazah pilihan di luar tu tak kena dengan kita kan...mau tak, pandang atas bawah macam nak makan orang.. so lepas ni para muslimah dan muslimin sekalian, berdakwahlah dengan penuh hemat oke... So di situ jelas nyata sedihnya menjadi Islam sejak lahir tapi tak amalkan ajaran Islam pun.

Tapi Alhamdulillah. aku dilahirkan dalam keluarga besar. Meskipun umi & abah bukanlah ustaz & ustazah, tapi aku dapat jugak ceduk ilmu agama dari mereka. Lebih segan bila tengok adik-adik bertudung labuh tapi kakak pakai macam sarung nangka..Mujur ada komuniti Herbalife. Dari situ baru aku dapat tengok betapa ramainya muslimah sejati yang menjalankan perniagaan sebagai ibadah.. Masa tu barulah sedar diri ni serba kekurangan dan tersangatlah kecik kalau beratur depan Allah. Malu beb.. Alangkan handphone yang manusia cipta kalau buruk pun kita sorokkan, inikan pulak ciptaan Allah... So memang memalukan... Silalah sedar diri itu.

aku doa supaya mampu beristiqamah dalam perubahan dan ada suami yang boleh bimbing aku keluar jauh dari neraka Allah. So semua orang, sila beramai-ramai doakan aku cepat kahwin. Semoga Allah makbulkan doa korang. Thanks! hehe

No comments:

Post a Comment