Bismillah..
Assalamualaikum..
Korang ada
Hand Bag?
Dah menjadi
lumrah alam untuk wanita dan gadis-gadis, beg tangan adalah aksesori terpenting
semua wanita. Bukan sekadar aksesori wanita, malah beg tangan wanita juga merupakan
keperluan penting untuk kami, para wanita, memuatkan segala barangan peribadi kami.
Sebab itu, jangan pelik kalau selongkat beg tangan sesetengah wanita, korang
boleh rasa macam jumpa ‘peti harta karun’. Memandangkan fungsi beg tangan
amatlah penting bagi semua wanita, meh aku nak kongsi sikit tips membeli beg
tangan;
Pertama sekali,
beli beg tangan daripada jenama yang berkualiti. Tidak
semestinya anda harus berbelanja sehingga
ribuan ringgit untuk memiliki seutas beg tangan yang berkualiti. Sekarang ni
ada banyak jenama antarabangsa dan tempatan yang menawarkan koleksi beg tangan
yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bukak je website Zalora.. banyak
gila choices beg tangan dia..Cantik..murah.. cantikkkkkk! Hei geram.. okey
makk dah rambang mata.


Yang kedua, kena
bijak memilih
material beg tangan yang elok dan
berkualiti. Ini kerana, penggunaan material yang berkualiti dapat menjamin
jangka hayat beg tangan tersebut.
Material yang tidak berkualiti menyebabkan beg tangan anda cepat rosak seperti
terkoyak. Masa zaman belajar dulu, selalu beli beg tangan murah dalam
RM20-30 gitu. Sudahnya, tak sampai sebulan, kulit beg dah menggelupas, terpaksa
beli baru..


Ciri-ciri yang ketiga pula adalah ‘spacious’ atau mempunyai ruangan yang luas. Kalau korang memang
suka memuatkan segala keperluan anda di dalam satu beg tangan, rekaan beg yang
luas merupakan pilihan yang terbaik buat anda. kalau beg tangan aku, dari luar
memang nampak kecik. Tapi bila bukak dalam, hamboihhh.. satu rumah pun aku nak
sumbat.


Dan yang terakhir, pastikan beg tersebut mempunyai compartment
yang banyak untuk memudahkan anda
menyusun barangan peribadi anda. Bukan itu sahaja, ciri-ciri ini juga berguna
untuk anda mudah mencari barangan yang terdapat dalam beg tangan anda.
Sebab
sekarang dah bersepah yang jual online, aku pun tak tahu nak cari kat mana. aku pun antara mangsa yang selalu kena tipu bila beli online ni.. Lepas tu tak
serik-serik kan.. shopping online lagi.. Mujurla ada website Zalora.. Tak payah
bayar dulu. Boleh Cash On Delivery. barang pun boleh check dulu sebelum settle
payment. takde isu kena tipu lagi..
Ha..apa lagi, jom la serbu Zalora!
Ha..apa lagi, jom la serbu Zalora!
daku pun nak senang beli je kat zalora, handbag, wallet, kasut..yang penting boleh beli ikut bajet kita. :)
ReplyDelete