♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday 8 August 2014

Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikala sekelian umat bizi share gambar raya masing-masing, aku tetiba nak share story pasal Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41  .. Kisahnya, masa aku dapat surat interview tu aku tengok je. Takde langsung rasa nak prepare apa-apa sebab aku dah rasa selesa kerja satu ofis dengan Bunda & Yobo.. Tapi Yobo pujuk suruh pergi gak..  Tarikh interview aku pada 2 Mei 2014 (Jumaat) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Jalan Cenderasari. Pagi tu Yobo hantar dan aku dengan penuh confident n ready nak jawab soalan temuduga. 

Sepatutnya turn aku pukul 10 pagi  tapi aku datang pukul 8.00 pagi sebab nak selesaikan urusan cepat-cepat. Yela, selagi tak habis interview, selagi tu tak benti debar kan? Senang cerita, interview kali ni aku memang terasa sangat frust.. Keluar je interview terus senyum kelat. Tak tahu nak menangis ke nak marah ke. Bagi aku, soalan yang tuan penemuduga tanya memang dah mudah sangat, cuma aku je yang panik dan terkedu masa terima soalan tu. Mungkin soalan yang aku target tak keluar, maka bila soalan mudah yang ditanya, terus aku kelab kelibut. Ini antara contoh soalan dan jawapan temuduga aku masa dekat SPA tu. Yang mana elok, korang buatla contoh. Mana yang tak elok, korang buang la ye.. tapi awal-awal aku bagitahu, aku sendiri rasa tak konfiden dengan jawapan aku.

1) Apa pendapat awak tentang GST?
- ni okeylah, sebab tanya pendapat, so takde betul atau salah.

2) Sekarang ni ramai orang menentang GST, kalau kena turun kat kampung, macam mana awak nak bagitahu kebaikan GST ni dan macam mana awak nak betulkan persepsi orang tentang GST?
- aku jawab konfiden sebab memang dah faham. Pastu Tuan Panel senyum sambil reply "awak rasa kalau awak jawab macam ayat dalam newspaper, diorang nak faham ke? Orang kampung tak minat nak dengar syarahan awak... bla.. bla.. bla.." okeh.. sentap sekejap...

3) Kenapa awak nak lari dari LHDN? Yela, LHDN kan bagi bonus setiap tahun, gaji pun lagi besar daripada dekat Gomen ni.. Tak rasa rugi ke?
- Wallahi, aku memang rasa rugi nak tinggalkan LHDN. Hatta, kalau boleh aku memang ready untuk stay kat LHDN the whole life. Aku sedia menabur bakti, mencurah ilmu jasa setia kat LHDN. Mungkin sebab aku dah membesar dengan suasana LHDN (terima kasih Bunda) dan aku tahu selok belok kerja di LHDN. Mungkin jugak kerana aku dah prepare dari Tingkatan 4, terus ambil course Akaun sebab nak masuk LHDN.Tan Sri CEO, mohon ambil saya berkerja dengan LHDN please!
- So, soalan ni memang aku jawab jujur je.. Aku jawab  “Saya bukan nak lari dari LHDN, malah saya bersyukur dan gembira kerana dapat peluang untuk berkerja di LHDN walaupun hanya setahun lebih. Walaubagaimanapun, saya sedang mencari jawatan yang sesuai dengan kelayakan saya. Di LHDN, meskipun saya menjalankan tugas-tugas yang sama seperti pegawai yang lebih tinggi jawatannya, hakikatnya saya hanya mampu memberi khidmat di peringkat sokongan, di mana idea dan pendapat saya sangat terbatas untuk dikongsi di peringkat atasan. Saya percaya saya mempunyai bakat dan kreativiti untuk membantu mempertingkatkan kualiti kerja di jabatan saya sekiranya saya diberi peluang sewajarnya.

4) Dulu awak kerja dekat Mahkamah kan? Ada berapa tingkat mahkamah di Malaysia?
- ini aku salah jawab. Lepas tu panel tu gelakkan aku sambil cakap “macam mana awak boleh kerja kat mahkamah ni”. Sentap mak tau.. Aku pun balas la “saya kerja dekat Mahkamah Perusahaan Malaysia, uruskan hal-hal perindustrian. Bukan mahkamah sivil untuk kes-kes jenayah ke apa ke” grrr.. Nampak la panel tu pun tak mahir jugak tentang Mahkamah Perusahaan Malaysia ni. So sama jela kite kan, tak perlu nak gelak sangat la..

5)  Pada pendapat awak, kenapa gomen sibuk sangat nak cakap tentang inovatif, inovatif, inovatif?
- ni aku jawab dengan penuh sopan dan detail. Tapi panel SPA cool je jawab “betul tu. Tapi saya nak dengar main point awak”. Aku pun jawab lagi.. Tapi dia senyum je sambil bagitahu jawapan yang dia nak dengar.. Cuba korang teka apa jawapan panel tu?

Dan beberapa soalan lain aku tak ingat dah.. Lepas keluar tu, terus call Yobo mintak ambil aku. Siap buat muka sebab rasa tak puas hati dengan performance aku.. Huhu.. Kalau dah aku sendiri tak puas hati, panel macam mana pulak kan.. Harapnye diorang ambil kira pengalaman aku dan mengerti bahawa aku reti buat kerja Cuma tak reti nak menjawab soalan interview je.. Nervous...

Keputusan dianggar keluar pada 16 Jun 2014. Aku pun dah tak rasa nak check.. Sebab dah tawar hati dan tak nak berpisah dengan besties kat LHDN.


6 Jun 2014, masa aku tengah menyusukan Ryan dengan Anis, Yobo mesej tanya keputusan temuduga dah keluar ke belum. Aku ni dahlah tengah bizi menyusu dua baby serentak, boleh pulak Yobo ni paksa-paksa aku suruh jugak bukak. Last-last Yobo surrender, dia yang check dan hantar aku gambar ni:
 Alhamdulillah.. memang tak sangka.. Rezeki baby agaknya (masa tahu ni aku belum tahu aku pregnant). Aku pun terus cari info tentang jawatan ni. Dalam pencarian ni lah aku  jumpa Dhiya , jumpa Ena, Farish, Siti Nurhanim, Siti Sarah (Nampak tak, dua-dua nama aku ada dalam ni..hahahah), Kak mar, Fazly, Adleen, Hidayat, Zhuhaini KJ dan ramai lagi.. Mujur jugak Dhiya bukak entry tu, kalau tak, mungkin kitorang masih bersepah-sepah sekarang ni...

Dan sekarang, aku berada di sini, jauh dari kawan-kawan baik aku kat LHDN, jauh dari Yobo, jauh dari Bunda. Sedih kan ayat aku. Sebagai orang yang kurang pandai nak bergaul, aku rasa Allah sengaja nak beri peluang untuk aku belajar dan teruskan pembelajaran (ada hikmah di setiap kejadian). Apapun, thanks a lot Dhiya. Kalau Allah tak gerakkan hati Dhiya, maybe kita semua tak kenal rapat gila macam sekarang. Mungkin kita semua baru nak berkenalan kan..

Bagi yang kurang arif tentang perjawatan dan tugas di jawatan ini, macam mana nak apply dan sebagainya, aku nak share sedikit info. (Info ini adalah petikan dari penerangan panel temuduga dan juga penerangan semasa kami lapor diri). Kebanyakan dari kami tidak memohon jawatan ini di SPA. Setakat yang kami difahamkan, batch yang gagal temuduga PTD M41 tempoh hari dipanggil untuk diberi peluang semula untuk menduduki temuduga jawatan ini. Secara umumnya, tugas kerja jawatan ini sama seperti PTD M41 kerana insan terpilih akan ditempatkan pada kekosongan PTD M41. Dalam erti kata mudah, yang mana ditempatkan di Kementerian akan menjalankan tugas-tugas Penolong Setiausaha (PSU) dan yang mana di Jabatan akan menjalankan tugas-tugas Penolong Pengarah (PP).

Mengapa jawatan ini diwujudkan?

Kami pun mempunyai persoalan yang sama. Tetapi menurut kata pegawai yang saya hubungi, terdapat banyak kekosongan bagi jawatan PTD M41 dan kami mengisi kekosongan PTD yang sedang menjalani latihan DPA. Wujud persoalan sama ada selepas PTD tersebut tamat latihan, adakah kami yang mengisi kekosongan tersebut akan ditamatkan perkhidmatan? Secara peribadi dan berpandukan hitam putih serta pemikiran akal yang waras, aku rasa semua calon yang menerima tawaran ini jangan terlalu mengharap untuk diserap tetap. Kita masih perlu melalui proses temuduga dan lain-lain syarat yang ditetapkan SPA untuk dilantik secara tetap. Soal adakah perkhidmatan kita akan ditamatkan sebaik PTD yang menjalani latihan DPA pulang tu tak perlu dibangkitkan kerana syarat dan terma kontrak adalah 1+1 (Kontrak 1 tahun dan lanjutan maksimum 1 tahun). Dalam tempoh menjawat jawatan ini, grab ilmu sebanyak mungkin kerana ia mungkin boleh dijadikan pengalaman dan menguatkan keyakinan semasa temuduga. Dalam erti kata lain, nak berkhidmat dengan Kerajaan tidaklah sukar, cuma ia bukanlah terlalu mudah untuk dipertikaikan seperti mana yang berlaku hari ni.

Sedikit latarbelakang, pada usia seawal 22 tahun, aku pernah berkhidmat di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) dan bertanggung jawab secara langsung ke atas urusan Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan MPM. Selama 3 tahun berkhidmat, aku dah hafal dan memang betul –betul mahir dengan dengan bidang aku. Bahagian lain tu faham dan sekadar tahu kerana peraturan yang berkuatkuasa sering berubah seiring perubahan zaman. Pengalaman 3 tahun ini bukanlah asas yang kuat untuk aku mohon supaya diserap tetap. Besar kerugian bagi pihak Kerajaan apabila terpaksa melepaskan pegawai-pegawai yang mahir dalam sesuatu bidang. Tapi bagi aku, pengalaman tu sangat berharga sebab kawalan pentadbiran dan kewangan yang aku belajar sepanjang berkhidmat di MPM boleh aku bawa ke tempat lain hatta di rumah aku sendiri. Maka, ambil yang negatif dan tukarkan menjadi positif. Barulah kita akan nampak betapa besarnya kemewahan ilmu yang kita sedang nikmati.

Untuk yang dah dapat jawatan dan dah lapor diri, kuatkan hati. Aku tahu korang semua ramai dah berjawatan besar dan bergaji besar sebelum ni dan tahniah aku ucapkan sebab korang memilih untuk mencurahkan ilmu dan bakti kepada Kerajaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam! Kalau ada ilmu yang bagus, share dengan orang baru. Benda baik jangan makan sorang-sorang. Yang baru nak melapor diri, all the best!

Yang dah ditemuduga tapi belum dipanggil, SABAR. Allah takkan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu. InsyaAllah ada sesuatu yang legi baik untuk Dia bagi.

Satu hari nanti kita semua makhluk di muka bumi ini akan dipertemukan. Sama ada dalam keadaan baik atau buruk, itu belum dapat dipastikan. Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dalam majlis ilmu.

Goodluck!

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam.. Congrat yew.. Sronoknya. Sy nk tnya? Brapa lama keputusan temuduga dri lhdn akan kuar?tq :)

    ReplyDelete
  3. Assalam sarah :) mcmana pengalaman jd PT skang? Sronok x? Sy dr batch interview yg sama dgn awk, cuma baru je dpt offer letter harini..harap awk sudi share pengalaman bekrja skrang :)
    Tqvm

    ReplyDelete
  4. Assalmaualaikum sis, Alhamdulillah adik sy akan hadiri temuduga 22/6 bagi jawatan N41 Pegawai Tadbir Mardi di serdang,boleh x puan bg apa² tips @ bercerita sikit tentang skop kerja ini? sy & adik dh seach tp x ada pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. salam sis.. dlu sis keje kt lhdn ea.. sy dpt iv lhdn ingt nk tnye sis.. kalo x keberatan boleh x bg contact number ntok sy wasup sis.
    tq

    ReplyDelete
  6. salam sis.. dlu sis keje kt lhdn ea.. sy dpt iv lhdn ingt nk tnye sis.. kalo x keberatan boleh x bg contact number ntok sy wasup sis.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah, berapa lama masa antara prmohonan jawatan dengan panggilan interview? Lama x?

      Delete
  7. hai sis, nak tanya kalau exam online normally soalan yg mcm mana ye? ada sumber untuk study tak?hehe

    ReplyDelete
  8. 20 September nanti ada exam peg eksekutif LHDN, ramai jugak dapat panggilan exam kali ni, ada yang dah tunggu dari 2015 hehe.

    Info ada kat sini http://www.lamankerjaya.com/peperiksaan-online-pegawai-eksekutif-lhdn-gred-41/

    ReplyDelete
  9. Salam sis,

    Saya nak bertanya adakah sis sudah diserap ke jawatan tetap atau tamat kontrak dengan Pegawai Tadbir N41?

    ReplyDelete