♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 22 May 2012

Tips Makan Tanpa Gemuk

Bismillah.
Assalamualaikum..

Tahukah korang bahawasanya aku baru saje kembali daripada training di Singapore...

Nanti akan di story mory kan sori cekgu BM kisah negara singa itu. Ha, apa pulak ni. Tiba-tiba makan tanpa gemuk kan... emo pulak dengan perkataan "gemuk" tu ye. grrr.. I taula..I pun comelsss jugakk. Korang mesti power bila cakap pasal makanan kan. Sihat dan makanan memang tak sah kalau tak dikait dengan piramid makanan. betul tak?


 

Problemnya, aku sendiri kompius cane nak kira saiz hidangan yang betul. Nasik 4-8 hidangan sehari? mak aihhhh.... Rasanya bukan aku sorang je kot yang kurang paham dengan piramid ni. baik ngaku cepat. Maka disebabkan kekonfiusan ini, wujudlah pelbagai piramid lain yang direvised untuk bagi orang-orang lembap seperti aku faham kegunaan piramid tu. Dek kerana tahap kegemokan di Amerika amatlah membimbangkan, maka wujudlah piramid berbentuk pinggan ilham daripada First Lady, Michelle Obama. Sweet kan? Nama piramid ni ialah myplate.

 Jelas kan?

Myplate diperkenalkan pada Jun 2011 dengan harapan ianya lebih mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan. Rata-rata warga Amerika kelihatan sangat comel di atas jalan raya mereka. Sangat sedih bila melihat kadar obesiti di negara tersebut bergerak seiring dengan permodenan dunia. Mudah-mudahan dengan wujudnya myplate ini, bukan sahaja mereka yang di Amerika itu kembali ke pangkal jalan, tapi rakyat Malaysia pun turut ikut serta. Sangat tak best kalau Malaysia dikenali sebagai "TWIN AMERIKA" kerana rakyat jelatanya gemuk bersepah-sepah dijalanan.

Memang sedap dapat makan banyak, tapi always remember we are what we eat. Jangan risau, myplate ni direka untuk semua golongan masyarakat tanpa mengikut bentuk tubuh badan mereka. Cara nak aplikasikan myplate ini sangat mudah:-

1) Kosongkan minda. Amik pinggan dan mula imagine garisan-garisan serta warna di atas.
2) Berbekalkan nafsu makan yang bukan macam syaitanirrajim, ambil makanan sesuai dengan lokasi sepatutnya. aip.jangan lebih garisan itu!
3) Sila ingat bahawa sayur dan buah-buahan mewakili separuh pinggan anda. So nasik dan ayam dan daging serta makanan yang menggemukkan itu sila kurangkan.
4) Minum air sekurang-kurangnya 2 botol besar air meneral.

Pesanan buat diri sendiri, mulakan dengan Bismillah, dahulukan buah-buahan, dan berhenti sebelum kenyang. Alhamdulillah. Sekian~

No comments:

Post a Comment